Teremo pula bila mencoret bab ini, terfikir hendak buat Murni sengsara sekali lagi ke? Tak Sampai hati pulak!. She deserves happiness with Zamri in the next chapter.. betul tak?
Bab 51
Di Kuala Lumpur
Berkerut
muka Ammar membaca fail kes yang telah di sediakan oleh Swee Mee di atas meja.
Kes
bunuh.
Seorang anak di dakwa menyembelih bapanya sendiri kerana si anak
mendengar satu
suara meminta dia membunuh bapanya sebagai menebus dosa keluarga. Ammar
geleng kepala,
dunia semakin tua, dan manusia semakin gila. Ammar terpaksa membacanya
dengan
teliti. Ini melibatkan nyawa satu insan. Adakah benar si anak tidak
siuman atau
memang si anak ada niat membunuh. Tugasnya membela si anak. Jika sabit
kesalahan, si anak pasti akan ke tali gantung. Satu nyawa yang sudah
hilang, sudah
ditakdirkan ajalnya. Nampaknya satu lagi nyawa bakal hilang, menyusul.
Dia tidak boleh melawan takdir, Dia juga tidak mahu mengumpul dosa,
melepaskan orang yang sudah sahih bersalah. Menjadi pembelapun ada
hadnya, jangan cuba menempah neraka. Dia akan cuba sedaya upaya
menyelamat, tetapi jika sudah tersurat dan tersirat, dia redha. Dunia,
dunia, macam-macam.!!.