Bab 33
Sebaik sahaja aku sampai di rumah, aku henyakkan
punggungku di atas sofa. Lelah betul rasanya badan tua ini. Pandangan, aku
dongakkan ke siling. Tudung masih kemas di kepala. Tiba-tiba aku teringatkan
Fahmi. Rasanya bagaikan dia berada di sebelahku, ingin berkongsi masalah berat
yang sedang aku junjung di kepala tua ku.
“Abang, abang beri Lyna pengetahuan tentang hidup.
Tidak semua yang kita hendak akan di anugerahkan Ilahi. DIA akan memberi apa
yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Abang, Lyna sayang abang, tetapi
maafkan Lyna., Lyna tahu Lyna tidak tak sepatutnya berjanji dengan abang Rafiq
tadi. Maafkan Lyna abang..” bisikku, dengan diiringi air mata yang sudah mula
terbit disudut mataku,