BAB 42
Diam tak diam, sampai jua tarikh yang dinanti. Suasana rioh rendah, biasalah majlis kahwin orang
Melaka. Hani rasa gementar, walaupun buat kali kedua pengalaman bernikah. Sama
resah dirasakannya sewaktu bernikah dengan Khasif, 6 tahun yang silam, tiada
lainnya. Tidak disangka rupanya dia terpaksa mengulangi rasa resah gelisah buat
kali kedua. Sabar sahaja yang dia mampu, menunggu di kumpulan perempuan yang
mengiringnya sementara Aqram sedang bertarung melafazkan akad nikah di ruang tengah masjid.
Pastinya peluh jantannya menitik, mahu tidaknya gementar, maklumlah pengalaman
pertama. Sudah berapa kali Edros menyapu
tissue ke dahi pengantin yang sedang duduk di hamparan di hadapan Tok Kadi.