Friday 27 June 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 3


Edit sikit-sikit aje. 

BAB 3

Memang benar, perjalanan hidup setiap insan memang sudah dirancang dengan begitu cantik sekali olehNya. Hanya memerlukan waktu untuk menyaksikannya, kerana ia tidak berlaku hari ini, esok atau lusa. Mungkin mengambil masa sedikit, mungkin setahun, dua tahun, lima tahun, sepuluh tahun atau mungkin dari lebih dari 25 tahun…wallahualam. Hanya masa yang dapat merealisasikannya. Masa..masa..dan masa..

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 2



Terlebih rajin... layan aje la..
BAB 2

Terbayang aku dengan kesah Camelia, budak perempuan yang aku ambil sebagai anak angkat oleh kerana amanat. Amanat dari seorang teman yang tidak dapat aku tolak kira-kira 23 tahun yang lalu. Anak malang yang kehilangan kedua ibu bapanya, hanya dalam sekelip mata. Kata-kata gurauan yang terakhir oleh arwah Sumayyah, ibu Camelia rupanya menjadi kenyataan, aku ingatkan hanya mainan lidah Maya sahaja, rupanya tidak, ia betul-betul menjadi kenyataan. Kenyataan yang amat berat untuk aku terima hakikat kebenarannya.  

Kecelakaan menimpa mereka sewaktu mereka pulang dari berkunjung ke rumah ku. Musibah yang meragut nyawa mereka dan hanya Camelia yang terselamat dari kecelakaan itu. Lia menjadi yatim

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 1



Dulu coretan ini bertajuk "September", kita dah tukar ya..
Saya dah edit bagi ceria sikit.. perasan.. 

BAB 1

 “Hello.. Hello…Salam sejahtera, Apa khabar pendengar di luar sana.. ahh.. okey! diharap masih lagi setia bersama saya mendengar lagu-lagu nostalgia yang merdu dengan bait-bait cinta di dalam lagu yang akan saya siarkan bagi santapan telinga pendengar yang setia pada pagi ini.
Okey! Saya pasti lagu ini akan dapat membuat pendengar tersenyum apabila mendengarnya. Saya juga pasti kakak-kakak atau abang-abang pendengar di luar sana masih ingat lagu ini?
Terkenang saya dengan lagu ini, saya sangat teruja dengan iramanya, walaupun sewaktu itu saya masih di sekolah rendah. Waktu lagu ini berada di carta kemuncak. Lagu ini mengimbaskan kenangan saya bersama teman-teman sekolah pada setiap bulan, tidak semestinya hanya kenangan indah di bulan September kannnn?
Untuk para pendengar, saya hidangkan dengan lagu “Kenangan indah di bulan September”… nyanyian Dato’ Syarifah Aini. Lagu yang menjadi hits satu ketika dahulu.. di penghujung tahun 70an.. layaaaaan!“ celoteh pengacara radio berkumandang.