Edit sikit-sikit aje.
BAB 3
Memang benar, perjalanan hidup setiap insan memang sudah dirancang
dengan begitu cantik sekali olehNya. Hanya memerlukan waktu untuk
menyaksikannya, kerana ia tidak berlaku hari ini, esok atau lusa. Mungkin
mengambil masa sedikit, mungkin setahun, dua tahun, lima tahun, sepuluh tahun
atau mungkin dari lebih dari 25 tahun…wallahualam. Hanya masa yang dapat
merealisasikannya. Masa..masa..dan masa..
Apa yang perlu hambaNya lakukan hanyalah dengan bersyukur dan
bersabar dengan apa yang telah berlaku. Anggap sahaja yang diri ini sedang
diuji olehNya, sejauh mana diri hambaNya dapat menerima ujian yang diberiNya
ini. Bersyukur kehadratNya kerana terpilih untuk diujiNya, tanda dia sayang
kepada umatNya dengan ujian itu. Itulah
sebabnya aku redha, redha dan redha dengan
ujianNya
Redha dengan pemergian dua rakan baik ku sekali gus dalam sekelip
mata.
Redha dengan kehadiran Camelia yang secara tiba-tiba dan tidak
disangka-sangka di dalam hidup aku, walaupun aku belum bersedia untuk menjadi
seorang ibu ketika itu.
Redha dengan menerima kata-kata
kurang senang dan cemuhan dari masyarakat sekeliling. Kerana aku tahu, aku
membuat keputusan yang betul.
Apa yang aku perlu dan harapkan hanya
sedikit restu dari kedua ibu bapa ku. Aku tahu mereka masih sangsi dengan
keputusan aku ini. Namun mereka juga harus tahu, kerana merekalah semangat
untuk aku bagi meneruskan apa yang telah diaturkan olehNya untuk diriku.
“Bu..” tertoleh aku ke arah suara
Lia yang memandang aku dengan wajah hairan.
“Ibu dengar tak apa yang Lia tanya tadi?“
tanya Lia masih hairan.
“Hemm.. tadi Lia tanya apa?” soal
ku, yang tidak menumpukan kepada soalan Lia, kerana sibuk mengimbas kesah
silam.
“Lia tanyaaa, ibu nak
pergi SPCA tak esok.. kita
buat kerja amal sikit. Lia dah lama tak jengok tempat tu.. si comot tu masih
ada ke atau dah kena adopt..wallahulam.
Lia bukan tak mahu adopt si comot
tuuu.. si kecil ni…,bukan faham sangat tentang kucing, mahu mampus kucing tu
dibuatnya..” jelas Lia sambil tersengeh, tangan mengesek kepala Sandra yang
kini sudah berada di pangkuannya pula, bermain butang baju Lia.
Mengerti akan anaknya Sandra yang
tidak faham lagi dengan binatang peliharaan. Tengok apa yang telah dilakukannya
kepada si Ginger, kucing parsi aku. Gingerpun sudah faham, entah hilang kemana
agaknya dia sekarang ini. Entah-entah terus cabut lari apabila mendengar bunyi
kasut Sandra. Memang Ginger tidak kelihatan sewaktu mereka sampai. Pastinya
lari atau menyorok di secret hiding placenya.
Mana tidaknya, kunjungan sikecil Sandra dua minggu yang lalu pasti memberi
mengajaran yang buruk kepadanya. Sandra telah mengetuk kepalanya dengan botol
susu dan telah menjinjing kucing itu hanya dengan memegang ekor sebelum
memeluknya. Yang hairannya si kucing parsi itu tidak mengigit Sandra,
dibiarkannya sahaja anak kecil itu melakukan apa yang dia suka, walaupun Sandra
telah berlaku kejam terhadapnya. Mungkin dia mengerti yang Sandra masih
kanak-kanak. Atau mungkin dia tidak mahu
bertindak kasar. Kanak-kanak itu adalah cucu tuannya. Dikuatiri pula nanti ada
seekor kucing berwarna orange yang akan menjadi penghuni baru di SPCA,
gara-gara telah mencederakan cucu tuannya. Lagi haru, dari itu baiklah sahaja
dia menyembunyikan diri dari diseksa lagi, janji dia selamat dan masih tetap
tinggal di rumah tuannya yang dia sayang. Makan cukup, kasih sayang juga
melimpah ruah. Yang paling penting, tidak perlu berkongsi makanan dan tempat
tidur dengan kucing-kucing yang lain. Sebuah rumah hanya untuk dirinya seekor
sahaja…lagipun budak nakal itu bukannya ada selalu, hanya muncul sekali sekala.
“Bu.. mana Ginger, Lia tak nampakpun
dia masa sampai tadi..” baru Lia perasan yang si kucing orange tidak kelihatan.
Aku menoleh ke arah tempat terakhir
yang aku perasan Ginger tidur, memang dia sudah tidak ada.
“Entah.. tapi ibu perasan ada dalam
bilik ni tadi..temankan ibu..ni entah mana dia hilang..kejap lagi keluarlah dia
tu” kata ku, memang tadi aku perasan Ginger ada duduk di hujung kakiku. Meliang
liuk ekornya tetapi mata terpejam.
“Meow.. meow..” tiba-tiba terkeluar
suara Sandra.
Dia mengerti, ibutok dan umminya
membicarakan tentang Ginger, si kucing orange. Membongkok sambil bercekak
pinggang dia mencari meow meownya. Sandra tidak mengetahui yang si kucing
orange memang menyembunyikan dirinya dari ditemui. Terutama dari ditemui oleh
budak yang memanggilnya meow meow. Aku dan Lia hanya tersenyum melihat telatah
si kecil Sandra..comel...sungguh comel.
“Bu..Alim tengok gate tu kena cat
semula, nak ke kalau Alim catkan balik, bila cuti hujung tahun nanti..” tiba-tiba muncul Halim.
Kedua-dua perempuan yang sedang duduk, terus memandang
ke arah Halim. Sandra berlari ke arah ayahnya. Halim terus mengelek Sandra.
Sandra yang bermain dengan tangannya sendiri, pastinya kecewa kerana meow
meownya tidak dia temui.
“Suka hati Alim la.. ibu tak kesah..kalau nak
buat, kalau tak senang, tak apa, ibu upah aje, sesiapa yang boleh..” jawab ku, beralas.
Sebenarnya, kalau dia sudi, apa
salahnya. Tidak mahu berterus terang, masih berlapik. Nanti dikatakan
menggunakan khudrat orang pula.
“Tak payah upah orang bu, Alim buatlah
nanti..” jawab Halim penuh yakin.
Aku hanya memandangnya.
Di hati terasa lega, tahu niat hati Halim yang jujur ingin membantuku.
“Abang nak air apa, Lia ambilkan..” tanya Lia kepada suaminya.
Dia berdiri, menunggu jawapan dari
suaminya. Dia tahu Halim perlukan minuman untuk
membasahkan tekaknya. Mahu tidaknya, tadi berjemur di tengah panas sibuk
melihat gate.
“Apa-apalah yang sejuk..” kata Halim dan membiarkan Sandra berjalan
semula terkedek-kedek mengikut umminya yang sedang membuka peti sejuk, lalu
mengeluarkan sesuatu.
“Haah Alim, tolong tengokkan wifi ibu tu ah…susah nak dapat
connection..apa masalahnyapun ibu tak tahu..” pinta ku kepada Halim yang sudah
duduk di sofa dan menoleh ke arah aku yang masih duduk di meja komputer di bilik
study.
Terus sahaja Halim bangun dan
berjalan kearahku. Dia bersila di atas hamparan melihat apa yang sepatutnya
dilakukannya. Ditekannya punat, dimatikan modem, dan diresetnya semula.
Kelihatan lampu modem yang sudah mula menyala semula dan terkelip-kelip,
menandakan ianya sedang bekerja mencari signal.
“Bu, modem macam ni orang dah tak
pakai dah..ibu guna broadband ajelah, lagi senang, boleh bawa kemana-mana aje,
tak perlu ada line telefon janji ada signal telefon, kalau nak guna modem jugak…
ibu tukar aje dengan modem yang laju sikit, yang ini dah kategori pre-historic,
dah dinasour!” jelas Halim, sambil tersenyum.
Modem itu tidaklah lama sangat
seperti yang dikatakan Halim, tetapi maklumlah perubahan dunia ICT yang begitu
pantas menjadikannya ketinggalan zaman sedikit.
Aku masih tidak mahu mengalah. Jika orang yang belajar ICT beritahu
sudah dianosour tu, maknanya memanglah sudah ketinggalan zaman.
“Memang ibu dah ada broadband tu,
tapi kadang tu, bila signal broadband tak baik, ibu guna jugak wifi tu..” aku menjelaskan kepada Halim.
Memang aku ada mengguna dua internet
provider. Wifi dari TMnet yang aku langgan bersama talian telefon tetap di rumah
lebih dari 10 tahun dan juga Maxis broadband yang telah aku guna hampir 3
tahun. Jika menulis menggunakan desktop aku terus connect wifi, manakala jika aku dengan laptop kecil, aku akan guna
maxis broadband itu. Aku mengerti bahawa aku sepatutnya hanya memerlukan satu
internet provider sahaja. Memang betul kata Halim, broadband amat mudah digunakan
dan boleh dibawa ke mana sahaja. Tetapi sekiranya aku hendak menukar modem yang
baru, aku terpaksa pergi sendiri ke kedai TM yang berdekatan, itu yang aku
malas. Hisy bercinta hendak beratur dan mengisi borang itu dan ini. Tambahan
pula hendak ke Cyberjaya di mana pejabat TM yang paling hampir dengan
kediamanku, satu hal lagi...
Tidak mengapalah, angap sahaja aku
masih memerlukan khidmat wifi itu. Sedekah bulanan
kepada Telekom Malaysia.
“Halim boleh tolong ibu, tolong tukarkan tak? Ibu malaslah nak gi
Cyberjaya tu..dah lah tak berapa tahu jalannya, ofis TM tu pun ibu tak tahu kat
mana.. tolong ek?” rayu ku. Punyalah lembut gigi dari lidah, apabila hendak
memohon bantuan dari orang. Siap buat muka kasihan lagi, berharap untuk
mendapat simpati.
“Hemm.. ibu beri Alim bill terakhir dan IC copy ibu.. nanti Alim
uruskan…” kata Halim yang sudah berjalan ke ruang tamu, menuju ke sofa di mana
Camelia dan Casandra sudah berada. Turut menantinya ialah segelas juice yang
telah terletak di atas meja kopi.
Aku lega, berjaya juga aku memohon bantuannya. Aku segera bangun
mencari bil telefon yang terakhir yang ku letak di dalam fail di atas meja
study. Kemudian ke rak buku untuk mencari salinan kad pengenalanku yang aku
ingat ada beberapa salinan lagi di dalam salah satu fail kulit keras yang
tersusun. Tanpa banyak bicara aku hulurkan dokumen yang diminta sambil turut
serta menghirup juice yang juga sedang menanti aku untuk diminum.
“Esok jadi tak?” ulang Lia kepada ku.
“Jadi apa?” tanya ku semula.
Aduh! Aku lupa lagi, agaknya ciri-ciri orang sudah tua .. penyakit L.U.P.A.
Bukannya aku focus sangat dengan apa
yang dibicarakan Lia tadi. Lia senyum, tua sangat ke ibu sekarang ini,
sehinggakan cepat sangat lupa. Tidak sampai setengah jam berbual perkara yang
dirancang. Kini sudah tidak ingat!.
“Pegi SPCA tu ke? Lia sorang atau
sama Alim.. habis tu Sandra?” tanya aku lagi untuk mendapat kepastian. Ahh..
baru Lia lega, ingatan ibu masih baik lagi. Dia sengeh lagi.
“Hah.. ialah SPCA” jawab Lia
mempastikan topik perbicaraannya, esok kunjungan ke SPCA.
“Esok berapa haribulan?” tanya ku
lagi.
“5 September..” jawab Lia.
Aku sengeh, bukannya apa? Aku
teringat lagu Kak Pah tadi “Kenangan Indah di bulan September”.
“Lia sama ibu aje.. Alim jaga Sandra
kejap..bukannya lama, paling lamapun dua tiga jam aje macamtu.. jelas Lia,
bernada ceria kerana bunyi soalan aku, seakan aku sudah bersetuju.
“Boleh tak bang.. abang jaga Sandra
kejap” tanya Lia untuk memastikan Halim setuju dengan rancangannya.
“Bila?“
“Esok..“
Halim diam. Diam tandanya tidak ada
objection. Lia senyum.
Rindu betul nampaknya dia dengan
pusat perlindungan binatang SPCA itu. Aku yang bekas doktor veterinarpun tidak
teruja seperti dirinya.
“Hemm.. bolehlah, pukul berapa nak
ambil ibu..” tanya ku lagi.
Aku memberi persetujuan.
“Lapan..” jawab Lia sepatah
“Haaa.. ialah, ni.. nanti Lia jangan
lupa bawak pulang bekas lauk minggu lepas, ibu dah simpan kat cabinet kat dapur
tu..” kata ku. Lia hanya menganggok.
3 gelas kosong dijinjingnya ke dapur
untuk dicuci dan kemudian membuka kabinet dapur untuk mengambil dua bekas
plastik yang dia kenal kepunyaannya lalu dimasukkan ke dalam beg kain. Beg kain
yang digunakannya semasa membawa lauk tadi.
“Kami nak pergi Giant kejap ni.. ibu
ada apa-apa nak kirim ke? Ada barang-barang yang tak cukup?” tanya Lia lagi.
Memang anak ini selalu mengambil
berat tentang diriku. Dia mahu memastikan agar aku
cukup segala keperluan harian. Aku hanya menggelengkan kepala. Apa lagi yang
aku perlukan. Semuanya cukup untuk kegunaan aku seorang. Apalah sangat
keperluan yang harus dibekalkanpun. Sudahlah tinggal keseorangan, makan apa
sahaja yang ada, jika malas memasak, kedai di luar sana tu, macam-macam ada,
boleh beli sahaja. Yang penting mesti ada
duit, semua boleh dapat.
“Kalau macam tu.. nanti jumpa ibu esok ek.. dah jom bang..” ujar Lia ingin memohon diri
untuk pulang.
“Nanti senang.. saya uruskan yang
ini ya..!” Halim mengoyangkan bil telefon beserta saLynan kad pengenalan.
Aku hanya menganggok. Sandra sudah
dikelek oleh umminya.
Aku mencium kedua pipi Sandra, dia
kurang selesa lalu mengelak ke dada umminya.
“Nanti teman ibutok lagi tau.., bye sayang..” kata ku sambil tangan
mengamit ke arah Sandra yang turut mengamit jari-jari montoknya, masih dikelek
umminya. Perlahan Lia berjalan meninggalkan aku yang berdiri di depan pintu.
“Assalamulaikum… insyallah jam 8 esok..jam 8 jam bu..” ulang
Camelia.
Halim sudah di tempat duduk pemandu
mengerakkan kereta perlahan. Si kecil Casandra masih menggamit jarinya yang
montel apabila cermin tingkap kereta diturunkan. Aku hanya memerhatikan kereta
bergerak dari perlahan ke laju. Aku masih berdiri sehingga kereta Honda City
kelabu, hilang dari pandangan. Tanpa aku sedar Ginger si kucing orange juga
turut serta berdiri di kakiku. Entah bila dan dari mana dia muncul. Seperti
faham-faham sahaja, keadaan sudah selamat untuk dia boleh munculkan dirinya.
Aku geleng kepala.. Ginger..oh..Ginger..
No comments:
Post a Comment