Bab 5
Sarah menolak perlahan pintu bilik
mereka. Jarang sekali pintu bilik itu tertutup, tetapi sekarang ianya tertutup rapat. Apartment mereka yang hanya
mempunyai satu bilik, jadi dibilik yang berkongsi itulah sahaja untuk mereka mendapatkan
sedikit privacy. Jika diluar, mahu beku, sebab cuaca sudah sejuk giler.
Terdengar Sarah, bunyi suara Hanna yang bercakap perlahan seakan berbisik. Sungguh
romantik. Perlahan-lahan juga Sarah menutup pintu, agar kawannya tidak
menyedari yang dia menolak pintu tersebut. Jika Hanna perasan, tentu dia akan
merasa segan. Perlahan-lahan juga Sarah berjalan meninggalkan kawannya yang
sedang melayan perasaan diatas katilnya dengan telefon melekap ditelinga.
“Dengan Zaid lah tu..” bisik hati Sarah,
tersenyum simpul.
“Siapa kata
long distance relationship cannot work out? Tu.. dah terbukti okey
aje..“ bisik hati kecilnya lagi.