Thursday 14 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 5

Saja-saja gatal jari hendak menaip.. Layan!!


Bab 5

Sarah menolak perlahan pintu bilik mereka. Jarang sekali pintu bilik itu tertutup, tetapi sekarang ianya tertutup rapat. Apartment mereka yang hanya mempunyai satu bilik, jadi dibilik yang berkongsi itulah sahaja untuk mereka mendapatkan sedikit privacy. Jika diluar, mahu beku, sebab cuaca sudah sejuk giler. Terdengar Sarah, bunyi suara Hanna yang bercakap perlahan seakan berbisik. Sungguh romantik. Perlahan-lahan juga Sarah menutup pintu, agar kawannya tidak menyedari yang dia menolak pintu tersebut. Jika Hanna perasan, tentu dia akan merasa segan. Perlahan-lahan juga Sarah berjalan meninggalkan kawannya yang sedang melayan perasaan diatas katilnya dengan telefon melekap ditelinga.

“Dengan Zaid lah tu..” bisik hati Sarah, tersenyum simpul.
“Siapa kata long distance relationship cannot work out? Tu.. dah terbukti okey aje..“ bisik hati kecilnya lagi.

“Yang penting masing-masing kena setia dan jujur diantara satu sama lagi..itu aje..“ Sarah bermonolog sendiri.
“Yang aku ini, macammana? Usahkan long distance relationship. Short distance relationship pun tak ada”, sambung Sarah lagi.
“Jodoh ni tidak payah susah-susahlah nak cari.. nanti dia datang sendiri, insyallah” Sarah menyedapkan hatinya.

Dia berlalu menuju ke sofa. Tonton sahaja apa-apa siaran yang ada, siaran yang semuanya berbahasa tempatan, iaitu bahasa Swiss German. Bukan ada subtitlepun.Tidak fahampun tidak mengapa, janji ada suara. Boleh faham sebenarnya dengan sekadar melihat body language, seperti silent movie.

Lama juga Sarah bersendirian, memberi peluang kawannya membisik kata-kata rindu dengan tunangnya.  

“Amboi orang tu..“ kata Sarah, mengusik Hanna, sebaik sahaja Hanna menghenyakkan punggungnya disofa, disebelahnya.
“Ala.. Sarah, biasalah aku dengan abang Zaid tu.. bukan kau tak kenal dia, abang pandai bercerita. Baca doa sekejap aje, taskirahnya yang panjang. Nampaknya aku terpaksalah dengar taskirah dia tu seumur hidup aku, dah terjerat, nak buat macammana?” kata Hanna.
Tersenyum simpul Hanna. Dia tidak merungut, malah dia senang mempunyai bakal suami yang peka dalam soal bab agama. Hanna tahu, dia perlukan seorang lelaki yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat. Lelaki itu adalah abang Zaid.  

“Kau patut bersyukur Hanna, dia pilih kau jadi pasangan hidup dia. Jika tak, beratur perempuan kat luar sana tu yang sanggup rembat dia tu“ kata Sarah lagi.
Hanna akui, abang Zaid memang ramai peminat perempuan semasa di Universiti dulu. Sebut sahaja Mohd Zaid Zain, perempuan tentu bulat mata. Tergila-gilakan lelaki yang boleh serba serbi, tambahan pula penolong wakil pelajar.

Hanna  beredar menuju kedapur.
“Sarah, bila kau masak?“ terkejut dia apabila sudah terhidang beberapa jenis lauk diatas meja kecil diruang dapur.
“Tadi..“ jerit Sarah dari ruang tamu yang tidaklah jauh manapun.
“Hebat kau! Cepat kau masak?“ kata Sarah lagi.
“Cepatnya apa? Itulah lamanya kau bercengkerama dengan Zaid tu.. sampai aku selesai masakpun kau tak habis lagi lovey dorvey“ jawab Sarah menyakat lagi.
“Mana ada!“ jawab Hanna lagi.
“Dah tu, jangan mengarut, mari makan..“ Hanna yang tiba-tiba merasa lapar pula.

Tadi semasa berbual dengan abang Zaid, tidak pula dia terasa lapar. Kenyang hanya dengan mendengar suara Zaid yang berada beribu batu.
Sarah muncul didepan Hanna. Kerusi ditariknya, dia duduk bertentang Hanna. Dihadapannya rezeki mereka malam ini, kepala ikan salmon masak lemak, sayur salad dan telur dadar. Juga tercogok periok nasi ditepi meja yang masih panas.

“Sedap kau masak hari ini, sebab mood baik ke? atau kau saja sorok talent kau pandai masak..  takut kena masak selalu..” bersahaja Hanna, bercakap dengan mulut yang penuh, mengusik Sarah. Sarah cebek muka.
“Sudah selalu aku masak, tiada yang lainnya. Dia yang berselera malam ini kerana baru berbual dengan orang tersayang tu, dia tidak sedar. Hendak mengena aku pulak..  “ bisik hati kecil Sarah.
“Kau diam ajela..kalau sedap makan banyak sikit..“ kata Sarah.      
“Tetapi..tetapi malam ini lain sikit, Hanna tidak seperti ayam berak kapur seperti malam sebelumnya. Sudah tidak bergaduhlah tu..“ berkata-kata lagi hati Sarah.
Dia senyum, baguslah jika sudah okey. Pasti dia risau, jika kawannya ini ada masalah yang tidak mahu dikongsinya bersama.

***

“Minggu depan ada cuti panjangkan” Tanya Hanna kepada Sarah yang sedang tekun membaca. Terhenti sebentar Hanna dan memandang kearah kawannya.
“Ah..ah.., cuti All Saints Day, hari Jumaat pulak tu! Kenapa?” tanya Sarah ingin tahu.
 Tiba-tiba sahaja kawannya yang tadi diam mentelaah, dan bersuara mengenai cuti minggu hadapan. Jadi yang diam tadi dia betul-betul mentelaah atau memikirkan hal lain.
“Kita dah 2 tahun kat sini, Pisa sama Florence kita tak sampai lagi kan..” kata Hanna.
Kenapa pula Hanna membangkitkan hal Pisa dan Florence. Buku yang dibacanya itu mengenai Italykah? Tadi Sarah nampak dia mengambil buku mengenai dengan alam sekitar. Adakah buku tersebut kesah Florence dan Pisa? Sarah agak hairan.
“Hemm.. pasal tu, boleh jugak. Dekat aje kan..” kata Sarah
“Dekat tak dekat, mahu juga 4 jam macam tu“ kata Hanna
“Dekatlah tu, kalau 7 jam kita dah redah ke Venice last year..tak ingat?“ kata Sarah.

Tersengeh sahaja Hanna, teringatkan perjalanan selama 7 jam ke Venice dalam train non stop dari Zurich ke Venice. Naik kematu punggung, siap makan nasi lemak lagi. Nasi baik tidak kena marah oleh penumpang yang lain dengan bau sambal ikan bilik dan nasi lemak. Rakyat tempatan bukan suka sangat bau-bau yang tidak pernah mereka hidu. Mereka tahu complaint sahaja. Namun, its a good trip kerana mereka melancung diwaktu pelancaran Venice  Masquerade Festival.

“Kita pergi satu malam aje, cukup kot” kata Hanna lagi, merancang perjalanan yang tiba-tiba muncul dikepalanya.
“Tak penat ke?” Tanya Sarah sambil mengerutkan mukanya. Temannya Nampak serious dengan perancangannya minggu depan.
“Nak penat apa? At least hari Ahad tu kita rehat kat rumah, buat asssigment yang belum habis” kata Hanna lagi, bersemangat dia hendak melihat menara condong itu.
“Hey Sarah, kita kena pergi tengok jugak, sebelum menara tu runtuh tau!. Aku baca dalam internet, menara tu dah tak bertahan lama lagi, dah condong sangat dah, tunggu masa aje nak rebah“ kata Hanna menguatkan fakta yang mereka harus melihat sendiri menara yang hampir rebah itu.
Sarah menupang dagunya. Biar betul minah ni, hendak sangat melihat menara yang condong yang dikatakan hampir rebah itu.
“Iya lah.. kita pergi. Dah tu, sambung balik research kau tu.. nanti tak siap” kata Sarah.
Terus sahaja dia menyambung semula kepada pembacaannya yang telah tergendala tadi.
Hanna juga menyambung pembacaannya. Dia gembira, minggu depan akan ke Florence dan Pisa. Ada orang tu sudah bersetuju dengan rancangannya.
Tuscany here I come. Tersengeh sahaja Hanna….
  

No comments: