Friday 25 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 64



 BAB 64                                        

“Saaayanggg..” Karl memanggil lembut isterinya dengan nada meleret.
Malam kedua selepas majlis mereka.  Mereka ingin merehatkan diri setelah penat di siang hari. Penat kerana masih melayan tetamu yang datang kerana ada tetamu yang tidak sempat hadir di majlis mereka kelmarin, tetapi mereka tetap datang berkunjung. Penat disakat keluarga juga menokok tambah kepenatan. Penat aktiviti malam, tak usah di sebut! 
Berdua-duaan di balcony rumah banglow sambil membuat kerja tidak bergaji, mengira bintang di langit dan memerhati kerlipan kapal-kapal yang berlalu di Selat Melaka. Kedua-duanya berdiri dengan tangan memegang besi gerigi.

Indahnya Takdir Mu - Bab 63



Bab 63

“Erin dah sedia ke?” tanya Suzilah kepada Del.
Karl hendak masuk ke bilik bagi majlis menyarung cincin. Rumah banglow yang dahulunya sunyi, kini hingar bingar dengan majlis perkahwinan Erin dan Karl. Sengaja Karl mengadakan majlisnya di rumah itu. Dia suka dan sayang rumah yang sudah terbiar begitu lama.  Wak dan keluarga sungguh gembira dengan keputusan Karl untuk tinggal terus di situ. 
Tidak ketinggalan Oma Maria, oma adalah gelaran nenek di dalam bahasa German. Dia sudah terbiasa membahasakan dirinya oma semasa di German dahulu. Dia sudah melupakan segala perkara

Indahnya Takdir Mu - Bab 62



BAB 62

Jari Karl menekan tetikus, mengedit gambar yang baru sahaja dimasukkan ke dalam komputer. Hasil dari temuramahnya dengan Duta Besar Filipina di Kuala Lumpur. Tugasan pertama selepas pulang dari Filipina dan juga selepas bercuti panjang selama hampir 6 bulan. Hasilnya tidak sebaik selalu, kerana fikirannya tidak focus kepada tugas. Fikirannya tertumpu hanya pada Erin yang ditinggalkan sesudah subuh tadi. Tenangkah dia atau meracau seperti selalu?