Saturday 28 June 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 4



Saya terlupa tempel lagu Kak Pah..saya rasa belum terlambat dan saya tempel di bab ni..

BAB 4

Aku masuk semula ke dungeonku, bilik study dan terus mengetuk semula keyboard komputer. Jari ini gatal sahaja hendak menekan abjad-abjad yang tersusun di papan kekunci itu. Laju pula jari-jari tua ini menekan abjad. Bukan belajar atau berkursus menaip di mana-mana kelas, tetapi disebabkan berpuluh-puluh tahun digasak kerana terpaksa membuat report, dan juga kerana sudah menulis empat buah novel yang tebal, melebihi 600 mukasurat.  Hasilnya jari-jari itu seperti mengenal jari mana yang harus menekan abjad yang mana. Aku pandang ke hujung kakiku, si Ginger yang sedang lena. Bila aku perhatikan, bukannya dia tidur, hanya sekadar menutup matanya dengan beralaskan kaki depannya yang berbulu lebat. Ekornya bergerak, terliang liuk. Kucing yang sudah berusia 7 tahun menjadi teman setia itu aku usap kepalanya. Dia menganga dan kemudian meneruskan semula aktiviti malasnya.. tidur.