Saturday 31 May 2014

Inikah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu - Bab 31 - 36



Minggu depan kita sambung chapter 37 eh! Sabar, kita habiskan cerita Mengharap di Tanjung Harapan, final chapter, esok, insyallah..
 
BAB 31

Mr. Lim, please let Mr. Tu Ah knows about our discussion today, ya?” tegas Zamri kepada Mr. Lim, Ketua Jurutera di tapak projek Tu Ah Tower.  Hasil dari lebih satu jam perbincangan. Zamri sangat berharap agar Mr. Lim akan memberitahu bossnya tentang apa yang telah dibincangkan. Jangan dia tidak faham, lain yang disuruh lain pula yang akan dibuatnya kelak.
“Yes, Mr. Zamli, I will let him know, you jangan lisau.., tadikan saya sudah belitahu, memang kita mahu buat, tapi tak sempat ma..” Mr. Lim berdalih, sedangkan sekiranya tidak

Inikah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu Bab 25 - 30



Dah penat, tak ada marathon lagi..
BAB 26

Tersusun dua beg trolley di depan pintu, menunggu untuk Zamri memasukkannya ke dalam bonet kereta. Mereka akan ke Jengka bila-bila masa sahaja, mungkin selepas bersarapan kelak. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih sedikit dari 5 jam. Jika bertolak awal, sempat sampai sebelum gelap. Jalan ke sana bukannya ada highway, dua jam yang terpaksa melalui jalan kampung. Yang mana Murni sangkal akan bergerak dalam masa terdekat mengikut rancangan. Berborak di meja makan makin rancak, ada sahaja topik yang berbangkit. Bukan setakat Mama dan Abah yang rancak berbual, Abang Ghaos dan Zamri pun boleh tahan juga. Yang tidak tumpang sekaki cuma Murni dan Kak Shimah, isteri abang Ghaous. Budak-budak termasuk Mila sebok menonton TV, siaran sebelah pagi memanglah khas untuk anak-anak bagi melekakan mereka dengan rancangan karton dan animasi

Inikah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu Bab 21-25



Marathon...Marathon..lari..kejar..lari..kejar..
Please, anybody or someboday, jika ada idea yang baik,  tolong kongsikan disini, agar saya dapat baiki apa yang silap! Dah tahap merayu..hu..hu..hu..

BAB 21

Murni mengikat scaft dikepala. Lantas mencapai sarung tangan kain yang selalu digunakan untuk berkebun. Pagi ini dia ingin mengalih beberapa pasu bunga yang sudah sempit kedalam pasu yang lebih besar sedikit agar pokok-pokok tersebut boleh bercambah lagi.
Sudah terbayang dimata, apa yang hendak dibuatnya dengan pokok-pokok bunga itu. Dia tahu, dia bukannya ada sijil didalam hal horticulture. Menanam pokok bunga hanya sebagai hobi sahaja, itupun dia main hentam sahaja.

Inikah Kesudahannnya/Bila Senja Berlalu Bab 15 -20



5 chapter lagi kena marathon...jika sudi hendak baca silakan..

BAB 16

Pagi Sabtu yang cerah, terlihat awan cumulus dan sirrus seperti rendah sahaja di awangan, menutup Banjaran Titiwangsa. Sungguh indah alam yang diciptaNya. Awan dan gunung bagaikan sudah berjanji, bekerjasama bagi mengindahkan lagi alam ciptaanNya. Kabus pula sudah malu-malu hendak menjengah kerana sudah tidak tahan dengan bahang mentari yang baru mencelah. Munculnya hanya seketika, hanya kelihatan di waktu menurun Bukit Fraser. Sampai dikaki bukit, ianya sudah menghilang.

Inikah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu Bab 11 - 15



Marathon...edited. Tajuk asal Bila Senja Berlalu

BAB 11

Diam tak diam sudah dua bulan incident Murni bertembung Badri berlalu. Alhamdullillah, so far so good, tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Waktu untuk Hari Keluarga, Pejabat Daerah Bukit Fraser juga semakin hampir, hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Sebagai Ketua AJK Makanan, Murni sudah berbincang dengan semua pembantunya. Maksud pembantunya ialah Shiha dan kawan-kawan, bukannya Zamri okey? Persiapan untuk memasak bagi lebih kurang 50 orang sudah diaturkannya.

Mengharap di Tanjung Harapan Final - Bab 51

Sudah dijanjikan cerita ini berkesudahan, happy..yeay!!!


BAB 51        

Maaf, kerana terpaksa... 


Friday 30 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 50

Buat pembaca yang mengikuti, terutama Sufi_jamal..silakan..


BAB 50


Maaf, kerana terpaksa..

Tuesday 27 May 2014

Monday 26 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 47

Bila dah siap, jari gatal hendak menekan punat publish..
Penyakit ni..penyakit yang tak ada ubat. Bila angin kus-kus sudah mari, malas pula hendak sambung cerita yang lain-lain. Banyak lagi yang perlu saya dihabiskan.. cerita masih tergantung-gantung.
Hisy.. jangan mudah putus asa,.. cuba motivasi diri sendiri....


Bab 47

Maaf...

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 46

Hanya tinggal beberapa chapter sahaja lagi kesah Aqram dan Hani. Lepas ni kita layan cerita Zamri dan Murni pulak ya?
Aqram dan Hani dah sampai Cape Town semula...baca untuk mengetahui sama ada Hani akan terus tinggal di Cape Town atau macam mana..jeng..jeng..jeng..zaz!!


Bab 46



Aqram sedang meneliti laporan yang baru dihantar oleh pembantu khasnya.  Konsentrasi diganggu oleh bunyi ketukan pintu biliknya. Muncul Edros, si lelaki terus melangkah masuk dan duduk di kerusi menghadap Aqram.
“Happy nampak..mamcammana marriage life bro..” tanya Edros, saja hendak mengusik,  apa jawapan kawannya yang seorang ni. Sudah 33 tahun baru hendak settle down, sedangkan diapun sudah hampir 28 tahun tetapi masih juga sedang mencari calon. Girlfriend ramai, tetapi yang istimewa tiada.

Sunday 25 May 2014

Inikah Kesudahannya Bab 6 -10



Lagi coretan Inikah Kesudahannya bab 6-10
BAB 6

(Sambungan kesah semalam)
Di sebelah petang, selepas menunaikan solat Zohor, Zamri cuba memberanikan dirinya untuk mendekati Murni. Manalah tahu dia dapat membantu mana yang boleh. Tidak sanggup rasanya membiarkan Murni yang dia tahu, jiwa kacau sekarang ini. Dia bersedia membantu, jika Murni sudi berkongsi masalah yang dihadapi dengannya, sebagai seorang kawan. Zamri tidak ada niat lain, dia ikhlas.
Perlahan dia mengetuk pintu bilik Murni dan terus masuk apabila melihat Murni memandangnya tanpa bicara tetapi memberikan senyuman yang tidak ikhlas. Nampak dirinya sudah tenang sedikit, tidak seperti semasa di Restaurant tadi. Zamri lega.

Bila Senja Berlalu/Inikah Kesudahannya Bab 1-5



Kepada pembaca yang mengikuti coretan Bila Senja Berlalu, saya sudah ubah tajuk kepada Inikah Kesudahannya. 
Coretan yang sudah di edit.

BAB 1

Murni bergolek ke kiri dan ke kanan di atas katil, bersendirian di dalam bilik yang hanya diterangi oleh biasan cahaya bulan. Cahaya bulan yang mencuri-curi, menyelinap masuk dari celah langsir tingkap cermin yang tidak ditutup sepenuhnya. Murni resah dan gelisah, mata pula degil tidak mahu lelap pula malam ini. Entah apa kenanya. Kerana cuaca panaskah? Sudah hendak menyalahkan cuaca pula. Itu tidak mungkin, kerana cuaca malam ini agak dingin. Malah Murni boleh nampak cuaca yang berkabus diluar, sungguh dingin sehinggakan Murni terpaksa menghidupkan alat pemanas di dalam bilik tidurnya. Alat pemanas yang selalunya hanya menjadi perhiasan, tetapi malam ini alat itu terkejut kerana dipaksa menjalankan tugas. Tugas yang sudah lama tidak dijalankannya. Nasib baik masih lagi berfungsi.

Saturday 24 May 2014

Mngharap di Tanjung Harapan - bab 45



BAB 45

Satu lagi episod happy.. masih lagi lovey dovey..




Setelah 2 hari pengantin baru berperap di rumah, Hani mengajak Aqram keluar   membeli sedikit buah tangan untuk diberi kepada keluarga di Cape Town.
Mega Mall dipilih. Dari satu kedai ke satu kedai diredah. Setelah penat Hani mengajak Aqram ke KFC. KFC di Afrika Selatan tidak halal. Hanya di restaurant yang menempatkan ramai  komuniti islam barulah ada KFC halal, itupun diatas usaha penduduk tempatan memastikan ayam yang dibekalkan adalah dari ayam halal. Kena berhati-hati kerana jika tidak peka, terkena ayam kiok, sudah pasti tidak halal.
“Ya la sayang, ke KFC kita..” tanpa banyak soal sambil berjalan berpimpin tangan.
Hani hanya menunjukkan isyarat tangan yang dia hanya akan menunggu di meja yang kosong di hujung restaurant. Aqram mengangguk laju, bersetuju. Dengan menjinjing beberapa beg kertas, Hani ke meja yang di tunjukkan dan Aqram ke kaunter tempahan.
Hani memerhati Aqram bercakap dengan seorang perempuan yang berpakaian ranggi tetapi sopan semasa dia mengambil tempahan dari tempat duduk yang sudah di pilihnya.
Nampak mesra, “ah.. sudah, siapa pulak perempuan tu..kawan dia agaknya” bisik Hani. Aqram dan si perempuan menoleh-noleh kearah Hani. Hani hanya senyum dari jauh. Bolehkan dia senyum, bila melihat si suami berbual mesra dengan perempuan mana entah! Kena berlakun, jangan tunjukkan yang desperate atau cemburu, maintain cool.
Sambil memegang dulang Aqram dan perempuan itu menuju kearah Hani.
“Tengok tu, sampai boleh ajak join sekali!” bisik hati Hani yang geram.
“Baru beberapa hari menjadi suami sudah tunjuk belang!” tambah kata hati Hani, yang cemburu sebenarnya.
Dulang makanan di letakkan di atas meja di hadapan Hani.
Hani, this is my old friend Amelin Emelda..” Aqram memperkenalkan Amelin sebagai oldfriend.
“Ooo.. ini rupanya Emel, cantik!” Hani masih berkata-kata didalam hati.
Aqram tidak mengetahui Ain sudah memberitahu Hani, nama perempuan yang pernah mengecewakan abangnya bernama Emel.
Tangan yang dihulur disambut. “Emel “memperkenalkan diri
“Hani” jawab Hani
“Nice to meet you Hani, we were close friend masa di UK dulu..” sambil menuding jari menunjukkan dirinya dan Aqram
“Ohh” Hani sambil menganggukkan kepala, buat-buat faham.
Congratulations to both of you..We should catch up over coffee, one fine day.., what do you think, I will ask Aliff if he wants to join” kata Emel lagi.
“ aaa..aaa insyallah..” sambil mengangkat keningnya seolah-olah bertanyakan Hani.
Hani membalas dengan muka blur, manalah dia tahu! Kenapa perlu tanya dia, Aqram sepatutnya membuat keputusan sendiri. Mungkin dia ingin mengelak dari bertemu bekas kawan baiknya. Atau memang dia suka bertemu bekas kekasih lama!
“Insyallah.. boleh, you tanya Aliff dululah?”kata Aqram
Hemm, I will let you know. See you soon..” Emel memandang Hani dan Aqram dan terus menuju ke meja yang kelihatan dua kanak-kanak perempuan sedang menunggu.
“Siapa dia bang..” Hani pura-pura bertanya, ingin mengetahui sejauh mana kejujuran Aqram kepadanya.
“aaa..aaa dia kawan abang dulu, Hani jangan sangka lain pulak, its over between us okey, dia dah jadi isteri orang, but now dah separated.” Menjelaskan walaupun agak rasa ragu, takut menyinggung perasaan Hani.
Oh.. I see, kawan ya?” dengan anggukan perlahan. Jujur rupanya dia. Sengaja hendak perangkap, manalah tahu mengena.
“Hani faham, she’s the girl from your past..is’nt it?” tanya Hani perlahan.
Hanya anggukan dari Aqram yang diterima.
But now I have you and you only… trust me..” sambil mengambil tangan Hani dan dibelainya. Memang romantik mamat ni. Tak kira dimana, di KFC pun boleh romantik lagi. Macammanapun Hani suka dilayan begitu, Sayang abang Aqram ku. Hani tiada berniat hendak bertanya lebih banyak lagi mengenai kesah silam Aqram, biarlah menjadi rahsia hidupnya, begitu juga Hani dengan rahsia kesah silamnya. Yang  penting, siapa yang sedang berjalan sambil mengepit lengan sasa lelaki ini, jika bukan dirinya. Kenapa perlu dia cemburu, sedangkan lelaki ini sudah menjadi suaminya. Buang semua buruk sangka. Kesah silam yang lama biarkan sahaja menjadi sejarah. Kerana sejarah mengajar kita erti hidup.

***

Selesai solat Isyak, Hani yang sudah sedia dengan pyjama satinnya seperti biasa menyikat rambut sebelum tidur. Jika rambut seharian terkurung didalama kerudung, bila malam eloklah dibelai dengan urutan sikat. Aqram pastinya masih tingkat bawah bersama keluarganya, mungkin dengan papa kerana memaklumkan maklumat terkini mengenai urusan pejabat, sudah 3 hari Aqram bercuti. Banyak kerja yang sudah diselesaikan oleh papa. Sekurang-kurangnya Aqram masih mengenai apa yang berlaku dipejabat.
Biarkanlah Hani tidak mahu masuk campur urusan pejabat. Atau mungkin man’s talk, manalah Hani tahu. Mama sudah lama beristirehat di bilik, sudah tidur agaknya dia. Hani menoleh melihat jam, jam menunjukkan 11.25 malam. Malam masih muda.
Baru berkira-kira hendak bangun dari kerusi kecil meja solek, pintu terkuak. Siapa lagi kalau bukan si suami yang masuk. Masuk dengan senyuman menyimpan seribu rahsia. Hani duduk semula dan meneruskan menyikat rambutnya, walaupun pada awalnya dia sudah bersedia untuk bangun.
“Dah selesai berbincang dengan papa?“ tanya Hani, sengaja hendak memulakn perbualan.
“Dah“ jawab Aqram sepatah.
Aqram mengambil sikat yang dipegang Hani dan diletakkanya di atas almari solek. Hani hanya berdiam untuk menunggu apa tindakan seterusnya. Hani sebenarnya tahu, Aqram sudah meminta haknya yang tertangguh di laksanakan.
Degupan jantung Hani bertambah debar, rambut paras bahu Hani yang terlerai di alihnya di sisi bahu. Kucupan mesra diberikan di belakang leher Hani. Sungguh mengasyikkan dengan hembusan nafas Aqram yang sedikit laju, selaju degupan jantung Hani.
“Assalamulaikum sayang..” katanya perlahan di corong telinga Hani sambil memimpin tangan Hani, terus menutup lampu. Hanya membiarkan bias lampu dari luar yang suram menyumbang suasana yang terasa romantik.
“Mualaikumsalam sayang..” balas Hani lembut. Hani membiarkan tangannya yang dipimpin tanpa apa-apa bicara, mereka mengerti, mereka bukan anak-anak remaja. Mereka sudah cukup dewasa untuk melaksanakan apa yang sepatutnya. Malam ini tidak terkecuali.
Seminggu berlalu begitu cepat, hari ini Aqram akan bertugas semula. Sebagai memulakan hari, setiap pagi dimulakan dengan subuh berjemaah.  Hani sudah menyediakan pakaiannya yang telah siap diseterika bergantung di pintu almari pakaian.  Hani memperkemaskan kepenampilan Aqram supaya nampak lebih kemas. Dengan tubuh Aqram yang sasa, mengenakan apa sahaja pakaian tidak menjadi masalah, kerana semuanya segak apabila dipakai.
 “Hani, tolong abang …” sambil mengoyang-goyangkan talileher, ingin bermanja dengan si isteri. Talileher digapai, dililitkan di leher si suami dan membetulkan ikatan. Bukan Aqram tidak biasa mengikat talileher, sebenarnya itulah yang di buatnya setiap pagi sebelum ke pejabat selama lebih dari 10 tahun, tetapi memandang sekarang sudah beristeri, dia mahu isterinya pula memasangkannya kerana dia senang melihat wajah isterinya berada depan matanya. Terlalu rapat sehingga boleh di dengar hembusan nafas Hani yang turun naik. Tiap hari diperhatikan wajah Hani seperti tidak jemu-jemu. Orang sedang kemaruk cinta, macam itu rasanya.
 Bagi Hani ini tidak menjadi masalah, setakat menggosok sehelai baju setiap pagi, memasang tali leher, apalah sangat, lepas ni tak ada kerja. bosan pulak nanti dirinya. Hendak mengemas rumah?  Semua akan diuruskan oleh pembantu rumah. Hendak memasak, semua akan dibereskan oleh Mak Ara. Setakat tolong motong memotong sebelum masak tu,  boleh aje.
Selesai memperkemaskan talileher. tangan Hani menolak perlahan dada suaminya menunjukkan sudah selesai, tetapi Aqram memeluk isterinya dan satu ciuman singgah di pipi Hani. Hadiah dengan ciuman dipipi.. berbaloi juga.
Turun bersarapan bersama, selalunya mama dan papa sudah ada bersedia di meja makan.
Kemudian Hani menghantar Aqram ke pintu dengan menjinjing brief case si suami. Brief case di hulur dan tangan Aqram disalam dan dicium. Hani memerhatikan kereta suaminya bergerak sehingga hilang dari pandangan. Mama dan papa senang melihat kebahagian anak dan menantu.  Berulang kali mama menyatakan Hani memang pilihan yang tepat buat anaknya. Semoga berkekalan, itulah doa yang selalu dipanjatkannya kepada Ilahi. Insyallah..

.