Marathon...edited. Tajuk asal Bila Senja Berlalu
BAB 11
Diam tak
diam sudah dua bulan incident Murni bertembung Badri berlalu. Alhamdullillah,
so far so good, tiada apa-apa yang
tidak diingini berlaku. Waktu untuk Hari Keluarga, Pejabat Daerah Bukit Fraser
juga semakin hampir, hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Sebagai Ketua AJK
Makanan, Murni sudah berbincang dengan semua pembantunya. Maksud pembantunya
ialah Shiha dan kawan-kawan, bukannya Zamri okey? Persiapan untuk memasak bagi
lebih kurang 50 orang sudah diaturkannya.
Kak Midah, emak saudara Shiha telah
bersetuju menerima tempahan catering. Murni lega kerana Kak Midah juga
mengenakan harga yang sangat berpatutan dengan menu yang simple.
Untuk makan tengahari, Murni telah
mencadangkan nasi minyak. Pilihan nasi minyak dipilih kerana jika nasi minyak,
tidak perlu lauk yang banyak seperti nasi puteh. Nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, daging masak
korma, jelatah darat dan popadum. Tidak ketinggalan buah, sama ada sebiji
orange atau sebiji epal. Kak Midah juga akan menyediakan makanan bagi minum
petang, katanya dia akan menyediakan pisang goreng panas dan cucur udang. Menu
sebegitu dikenakan hanya RM15 satu kepala. Memang boleh sangat, kira murahlah
tu.. Semua makanan akan disediakan didalam bekas, lengkap dengan lauk yang
diasingkan di dalam plastik berasingan.
Kak Melah
pula bersetuju untuk menyediakan sarapan. Senang sahaja menu untuk sarapan, Bee
hoon goreng berencah udang dan dua jenis kueh manis. Sarapan juga akan disedia
di dalam bekas berasingan dengan harga RM6. Saja suka-suka hendak membantu kata
Kak Melah. Dia bercadang hendak membuat kueh lapis dan bingka. Memang kueh
buatan Kak Melah cantik dan sedap. Nampak gayanya hari itu nanti dipenuhi
dengan aktiviti makan..makan dan makan. Diharap semua games akan dapat
dilaksanakan, jangan semua kekenyangan, tak terlarat hendak mengambil bahagian
dalam semua acara sukan rakyat.
Air pula
akan disediakan sendiri oleh Murni dengan bantuan Kamarul. Air kopi dan teh di
dalam termos tahan panas agar sentiasa panas dan air laycee kotak untuk minuman
makan tengahari. Kudap-kudap juga tidak dilupa, bermacam-macam kudap-kudap
disediakannya, termasuk kacang cap tangan dan jajan-jajan lain. Maklumlah ramai
kanak-kanak. Bekalan air mineral tak usah cerita .. lebih dari 10 kotak sudah
disediakannya. Sudah pastinya air mineral banyak diperlukan, terutama selepas
setiap acara sukan rakyat berlangsung.
Sukan
Rakyat dibawah kelolaan Latiff and the geng, termasuk Zamri. Entah apalah
agaknya acara yang akan diketengahkan oleh mereka nanti. Tahun ini Tuan DO bersetuju, venue Hari
Keluarga tahun ini akan diadakan di Shahzan Resort. Tuan DO kenal rapat dengan
Tengku Shahzan, sehinggakan Tengku telah bermurah hati hendak memberikan ruang
padang dan lain-lain aktiviti rekreasi seperti aktiviti berkuda dan aktiviti
berkayak secara percuma kepada semua anak-anak buah Megat Qalif pada hari
tersebut. Itu juga secara tidak langsung sebagai promosi dan
cara beramal, charity begins at home,
jadi bermula dengan penduduk Bukit Fraser dahulu. Tidak rugi syarikatnya jika
sehari diberikan percuma, betul tak? Namun Pejabat Daerah masih menyewa dua
bilik, satu untuk kegunaan kaum lelaki dan satu untuk kegunaan kaum perempuan.
Bilik ini perlu disediakan bagi keluarga yang masih mempunyai anak kecil dan
juga digunakan untuk menunaikan solat, apabila sampai waktu. Maklumlah, acara
akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga petang selepas Asar. Takkan, setiap
masuk waktu mereka terpaksa berkejar ke rumah untuk menunaikan solat. Walaupun
rumah mereka tidak jauh, tetapi adalah tidak masuk akal, silap-silap bila sudah
sampai di rumah masing-masing, terus tidak muncul dipadang.
Mila tidak sabar-sabar menunggu hari
keluarga ini. Memang setiap tahun, hari keluarga memang ditunggunya walaupun
dia mengerti dia tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Hanya dia dan mamanya,
Murni. Namun setiap acara bagi kanak-kanak pasti dia akan mengambil bahagian.
Mila seperti kanak-kanak lain sentiasa gembira dimana sahaja mamanya berada. Kanak-kanak seusia ini manalah tahu erti
kehidupan sebenar, yang dia tahu semuanya indah.
***
“Ma.. cepatlah..” Mila bersuara seperti
tidak sabar. Dia sudah berdiri di depan pintu kereta menunggu Murni yang
terhegeh-hegeh mengikat tali kasut di depan pintu yang sudah dikuncinya. Kak
Melah berada di belakang Mila, sambil mengelengkan kepalanya. Dia sudah
menyimpan semua makanan untuk sarapan Hari keluarga di dalam bonet kereta Murni.
Bee hoon di sediakan di rumah Murni. Nampaknya ada air tangan Murni juga.
“Ma…cepat la..nanti lambat?” tegur Mila
“Ya la… sabar la.. anak mama ni..” gumam
Murni
Terus Mila masuk ke dalam kereta
ditempat duduk penumpang sebelahan pemandu dengan muka mencerut. Mamanya selalu
lambat!
Murni terus menghidupkan engin kereta
dan berlalu perlahan, mengetahui Mila marah kepadanya kerana lambat bersiap.
“Kak.. semua dah ada kan?” soalnya
kepada Kak Melah yang duduk di belakang.
“Dah Muni, akak dah simpan siap-siap..”
jawab Kak Melah laju.
“Hem.., okey lah macam tu..” terus Murni
memandu.
Mila yang memakai baju T sedondon dengan
mamanya, warna mustard dengan tulisan hitam “Hari Keluarga PDBF 2013” di
poket. Tangan Mila mengibas-ngibas
mukanya dengan topi cap warna yang sama.
Perjalanan ke Shahzan Resort mengambil
masa tidak sampai dua puluh minit. Belum ramai keluarga yang sampai walaupun
mengikut agenda semua keluarga kena hadir sebelum jam 9 pagi. Lagi 10 minit jam
9 pagi. Yang kelihatan hanya beberapa orang AJK makanan dan AJK Games.
“Apa barang yang hendak dikeluarkan…”
mendatar sahaja suara Zamri singggah ke telinga Murni yang baru sahaja
membongkok hendak mengeluarkan makanan bagi sarapan dari bonet keretanya.
Yang dia perasan Kak Melah berada
disisinya, ke mana pula hilangnya Kak Melah dan kini tiba-tiba muncul Zamri
pula. Murni mengetahui, Mila sudah hilang bersama temannya, anak perempuan
Hamdan yang sebaya dengannya sebaik sahaja mereka sampai tadi.
“Eh..Zam..
niha.. barang untuk sarapan..” sambil tangan Murni secara spontan menghulur
bekas plastik empat segi yang sudah bertingkat 3 ke tangan Zamri.
“Ni..
aje..” soal Zamri seperti tidak percaya hanya tiga bekas untuk sarapan 50 orang
“Ada lagi.. yang tu I bawak..” jelas
Murni
Mereka berjalan beriringan menuju ke
meja yang sudah disediakan untuk semua makanan. Semua telah diatur oleh AJK
Logistik.
“Dah lama sampai..” Murni menyoal Zamri.
“Baru
jugak.. Mil mana?” soal Zamri
“Tu..”
Murni memuncungkan bibirnya ke arah Mila yang sedang bermain dengan kawannya
dibawah pokok di hujung padang.
Murni sebok
mengeluarkan air mineral dari dalam kotak ke atas meja. Zamri pula entah
kemana, sebok persediaan games pertama agaknya. Macam coklat chipsmore pula, kejap ada
di depan mata, kejap dah hilang entah kemana. Itu tidak menjadi masalah, yang penting barang yang berat sudah
diuruskan olehnya. Terima kasih Zam.
Tuan
DO belum nampak lagi, keluarga yang hadir sudah bertambah. Sejurus kemudian
kelihatan kereta Tuan DO memakir di tempat pakir VIP. Tuan Megat keluar bersama
isteri dan dua orang anaknya. Dituruti oleh Tengku Shahzan dan keluarga. Tuan
DO menjemput Tengku Shahzan dan kelaurga sebagai tetamunya. Tetamu bagi aktiviti ini,
bukankah resort ini Tengku Shahzan yang punya! Takkan pula dia hendak menjadi
tetamu di resort sendiri.
Loqman sebagai Master of Ceremony. Dia memang pandai menjadi pengacara, kelakar
pulak tu. Ada ada saja celotehnya, benda yang tidak lucupun boleh jadi lucu
dibuatnya. Patut dicalunkan ke rancangan raja lawak dengan nama Manloq-loq.
Pandai aje Murni menukar nama orang!
Selepas
pembukaan dan kata-kata aluan dari Tuan DO, dengan secara rasmi membuka Hari
Keluarga PDBF dengan hidangan pertama, sarapan pagi. Bagi Tuan DO, isteri dan
tetamu jemputan, Murni sudah sediakan di atas meja di hujung koridor. Siap
dengan kopi di dalam termos kecil. Itu pun jika Tengku Shahzan sudi hendak
menjamah, dia boleh sahaja order dari coffee house miliknya, jika dia mahu.
Tetapi nampaknya dia sporting dan sama-sama bergelak ketawa dengan Tuan Megat.
Tuan Megat pula memang seorang boss yang baik, sudah 8 tahun Murni
mengenalinya. Dari Tuan DO masih berstatus bujang sehingga sudah ada anak dua,
memang tidak berubah, prihatin dan sporting dalam banyak hal.
Acara
dimulakan dengan sukan rakyat bagi kanak-kanak 6 ke 8 tahun, meniup balon
sehingga pecah. Tanpa disuruh, Mila sudah berada di padang untuk acara ini.
Keputusannya Mila mendapat tempat kedua, dia di kalahkan oleh anak lelaki
Hamdan. Lepas satu acara ke satu acara, yang mana Mila boleh menyertai, pasti
ada dia. Ada yang mendapat hadiah, tetapi ada juga yang tidak. Setiap hadiah
yang dimenangi di serahkan kepada Kak Melah. Dia tidak langsung menganggu Murni
yang sebok ke hulu dan ke hilir membuat persedian, maklumlah Ketua AJK makanan.
Sehinggalah
acara untuk keluarga, di mana permainan ini memerlukan 3 orang ahli. Seorang
bapa, seorang ibu dan seorang anak. Mila hendak menyertai, tetapi siapa sanggup
menjadi bapa sementaranya untuk hari ini.
“Ma,
Mila nak masuklah game ini boleh
tak?” Mila dengan termengah-mengah
kerana berlari mendapatkan mamanya dan bertanya Murni yang berdiri di meja
makanan.
“Tak
boleh sayang… kita tak cukup sorang lagi..” jawab lembut Murni.
Mila
berlari pula kearah Zamri yang sedang sebok menyusun hadiah di meja sebelah.
“Uncle,
Mila nak masuk game ni la.. ma kata tak cukup orang, uncle jadi bapa tipu Mila
hari ni boleh tak? Hari ini aje..please…please!” tanyanya kepada Zamri
mencugap-cungap.
Dengan
kerut muka yang meminta simpati. Kasihan pula Zamri melihat Mila. Kepala Mila
diusapnya. Rambut yang diikat ekor kuda, terliang liuk apabila kepala Mila
membalas usapan tangan Zamri.
“Uncle
boleh aje, jadi bapa betul-betul pun boleh.. mama setuju ke?” jawab Zamri
kepada Mila, tetapi Mila tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Zamri. Yang
dia tahu, dia mahu menyertai game itu dan awal perkataan uncle Izam ialah
perkataan “boleh”.
Tangan
Zamri di tariknya, Zamri hanya mengikut Mila yang mengheretnya ke tempat
mamanya.
“Ma..
uncle Izam ada..dia kata dia okey” senang sahaja jawab Mila.
Zamri
dan Murni saling pandang memandang. Zamri mengangkat bahu. Kasihan pula Murni
melihat Mila yang bersungguh-sungguh untuk acara ini.
“You
tak kesah ke Zam..?” tanya Murni
“Apa
salahnya, untuk hari ini aje, janji Mila happy.” Jawab Zamri
“Okey
la.. jom ..” Murni setuju agar Mila bahagia. Lagipun dia dan Zamri tidak
mengambil satu acarapun kerana kedua-duanya sebok dengan tanggungajawab.
Terdengar
rioh sorakan apabila Zamri, Murni dan Mila turun ke padang bersama beberapa
lagi peserta lain. Kemunculan pasangan keluarga tidak rasmi mendapat sorakan
hangat.
Acaranya
mudah, ibu dan anak akan melilit satu roll tissue ke badan bapa seperti mumia.
Tissue roll perlu dililit dari kepala hingga ke kaki sehingga habis satu roll,
kemudian si bapa akan melompat ke barisan penamat di mana ibu dan anak
menunggu. Mudahkan!
Berbunyi
sahaja whistle, Murni dan Mila melilit tissue roll ke badan Zamri yang tegak
tidak bergerak sehingga habis. Cepat sungguh dia melakukannnya. Selesai sahaja
tugas melilit, Murni dan Mila berlari ke barisan penamat menunggu Zamri yang
melompat-lompat ke arah mereka. Mila melompat-lompat sambil bertepuk tangan
meminta uncle Izamnya melompat lebih laju kerana saingannya sudah rapat. Murni
hanya berdiri tersenyum melihat kelatah anaknya. Nampaknya Zamri adalah peserta
pertama yang dapat menamatkan acara ni. Di
barisan penamat, Zamri hilang imbangan dan terus jatuh mendakap Murni.
Kedua-duanya jatuh tergolek. Hampir mencium muka Murni, nasib baik, ada
beralaskan tissue roll yang telah berlilit di mukanya, hanya kelihatan mata sahaja. Punyalah malu Murni apabila semua
orang bersorak, termasuk Tuan DO. Yang lebih menghairan, buat pertama kalinya,
hati Murni berdenyut pantas, apabila mata bertemu mata. Tatkala itu hanya tuhan
sahaja yang tahu, berapa lajunya degupan jantung, Murni. Murni dapat rasakan
begitu juga Zamri. Sudah terkuak ke hati Murni yang selama ini ditutupnya
kejap. Cepat-cepat dia bangun meninggalkan Zamri yang terhegeh-hegeh bangun dan
mengoyakkan tissue roll sendiri dengan pantas. Bayang Murni sudah hilang dari
pandangan. Lama juga Murni menghilang, sehingga ke acara penghujung baru dia
kelihatan semula. Murni segan dan malu diperhatikan oleh semua mata yang dia
kenal. Malu yang amat sangat.
Di
waktu penyampaian hadiah, Mila dengan bangga mengambilnya, tanpa Zamri atau
Murni yang sudah merah padam muka mereka.
Mila tidak mengerti kenapa mama dan uncle Zamrinya jadi begitu, yang dia
tahu dia sungguh seronok didalam acara ini, tambahan pula mendapat tempat
pertama.
Loqman
membuat pengumuman bahawa makan tengahari sudah disediakan. Semua yang hadir
diminta mengambil makanan yang sudah tersedia di atas meja bersama sebotol air
mineral dan sekotak air lychee.
Murni
sebagai AJK makanan menunggu di hadapan meja untuk mengagihkan makanan dengan
bantuan Shiha dan Layla. Makanan Tuan DO dan keluarga sudah lama disediakan di
meja di hujung corridor, sama tempat mereka bersarapan tadi. Tengku Shahzan
tidak kelihatan lagi, mungkin sebok menguruskan Resortnya.
Majlis
penutup Hari keluarga diakhiri dengan bergambar kenang-kenangan. Semua keluarga
diminta berkumpul untuk gambar berkumpulan. Kemudian pula gambar mengikut
keluarga. Bagi yang tidak berkeluarga, mereka mengambil gambar group single.
Single lelaki dan single perempuan. Zamri turut bersedia untuk bergambar di
group lelaki single, tetapi pengacara, Loqman menyakatnya.
“Zamri..
kau tak boleh masuk group tu.., kau kena masuk dalam group Murni.. nanti
disqualifiedlah hadiah keluarga tu..” Loqman bersuara dengan pembesar suara
sambil ketawa.
Zamri geleng kepala… nanti kau Loqman, kenakan aku
ya..
Tetapi Zamri masih bergambar di group bujang lelaki.
Apabila giliran Murni dan Mila, sekali lagi Loqman bersuara.
“Zamri.. Zamri mana. Zamri?.” mencari-cari Zamri
dengan pembesar suara. Hisy Loqman ni memang dia hendak kena.
Tiba-tiba muncul Zamri yang ditolak oleh
kawan-kawannya ke hadapan.
“Murni.. Zamri masuk dalam gambar keluarga you boleh
tak?..” jelas Loqman
Murni malas hendak mengeruhkan keadaan, tak apa la..
hanya sekadar bergambar, apalah salahnya. Yang penting Mila gembira hari ini,
terutama uncle Zamrinya bergambar memegang bahunya. Murni di sebelah Zamri
hanya tersenyum dibuat-buat, tidak mahu mencacatkan gambar kenangan. Nanti dikatakan tidak sporting pulak. Namapun
Hari Keluarga, untuk menghilangkan stress setelah berbulan-bulan bekerja.
***
Namun kesah hari keluarga tahun ini mempunyai
kelainan. Tajuk utama perbualan, kesah Zamri terjatuh dan terpeluk Murni. Naik
malu Murni dibuatnya, sehinggakan Tuan DO pun tersenyum sumbing apabila
beberapa kali berselisih dengannya. Zamripun
sudah tiga hari tidak datang bertandang ke biliknya. Murni lagi la.. memang
tidak menjengok langsung ke biliknya, jeling pun tidak. Tiga hari yang panjang,
tiga hari yang membuat dada Murni sesak, juga tiga hari yang Murni gunakan
untuk berfikir.
Akhirnya Murni membuat keputusan, sebelum hatinya ditarik oleh
magnet yang datang dari hati Zamri, eloklah dia menebat dulu hatinya.
Wajah Atie bermain dimata, Hello Kota Kinabalu, bye-bye Bukir
Frazer.
BAB
12
Mila menyorong basikalnya perlahan memasuki pintu
pagar menuju ke ruang pakir yang sempit kerana sudah terpakir kereta Murni.
Jari kecilnya membuka sarung tangan dan kemudian meletakkan kedua-dua sarung
tangan tersebut di atas seat basikal lalu membuka topi keledar di kepala. Kemudian
tangan terus mencapai semula sarung tangan lalu menjijit topi keledar,
melangkah masuk melalui pintu yang baru dibukanya.
"Mila dari mana ni.. pagi-pagi ni, Mama ingatkan
Mila ada dalam bilik, rupanya dah keluar, kenapa tak inform mama?."
terdengar tinggi suara murni bersuara selang beberapa langkah Mila masuk ke
dalam rumah. Tersentak Mila apabila tiba-tiba mendengar suara mama
yang tinggi. Mama sudah termakan apa, memarahinya pagi-pagi cuti begini!
Murni mati-mati memikirkan Mila masih berselimut di
hujug-hujung minggu begini. Salah
rupanya sangkaannya. Tup-tup Mila muncul didepan pintu, baru balik dari mana
entah.
Tangan yang tadinya pantas mengeringkan rambut,
terhenti, murni baru selesai mandi gamaknya.
“Mil, kenapa diam.. mama tanya Mil ni.?.”
ulang Murni, apabila soalannya tidak mendapat jawapan.
"Mil..hemm Mil .. berbasikal dengan uncle
Izam.." terketar-ketar Mila memberitahu Murni.
Dia mengetahui mood Mamanya pagi ini kurang elok.
Entah apa mimpi malam tadi agaknya, yang pasti tentu mimpi ngeri.
Senyap kedua-duanya seketika, Mila meneruskan langkah
naik ke atas menuju ke biliknya.
"Mil!..dengar sini..dengar tak mama bercakap Mil
ni.." kedegaran nada marah, Murni
mula meninggikan suaranya lagi. Temperaturenya naik, terutama si anak menyebut
nama lelaki yang dia tidak mahu dengar buat masa ini.
"Berapa kali ma nak beritahu Mil.. kalau nak
keluar ke mana-mana inform mama dulu.. kalau jadi apa-apa siapa yg susah?. Jerit
Murni sambil menjegilkan biji matanya. Bagaikan hendak terkeluar biji matanya. Nama
lelaki itu betul-betul menekan suis kemarahannya ketahap maksima.
Bagaikan singer betina yang lapar sahaja lagaknya.
Jawapan Mila berbasikal dengan Zamri memang menghantui fikirannya. Kenapa Mila
keluar dengan lelaki itu. Mendengar nama lelaki itu mampu membuat hatinya
mendidih.. mendidih marah. Raksa mercury didalam thermometer
melonjak ke paling atas.
"Mil pergi dengan uncle Izam ma.. bukan dengan
orang yang ma tak kenal? Lagipun, pagi tadi Mil masuk bilik mama, tengok ma masih
lena.. tak jadi nak kejutkan..” Mila bersuara perlahan sambil muka tunduk
memandang kakinya sendiri.
“Wah..wah, dah pandai melawan. Mila ni sejak
akhir-akhir ni dah tak dengar cakap ma ya”. Jerit Murni lagi.
Terkejut Mila melihat mamanya yang lain macam sahaja
reaksinya. Marah betul dia dengan uncle Izam. Apa salah uncle Izam.. dia tidak
mengerti.
"Tak kesah..dengan uncle Izam ke dengan sesiapa
sekalipun .. Mila kena beri tahu ma, mama mati-mati ingatkan Mila masih tidur..?,
ni mana uncle Izamnya..!" tengking Murni lagi. Sebenarnya hanya marah
dengan Zamri, jika dengan orang lain, rasanya dia tidaklah semarah ini. Yang
bertanyakan Zamri buat apa? Jika Zamri masih ada diluar, apa yang hendak
dilakukan kepada lelaki itu?
"Dia dah balik rumah dialah ma..” Mila berjalan perlahan, kemudian menoleh
semula kebelakang. Murni lega, sudah berambus rupanya lelaki itu.
Mila tunduk apabila dimarah begitu, berdiri tegak
tanpa berkotek. Dia tahu mamanya sedang naik hantu. Dia tidak faham, Mamanya memarahi
uncle Zamri atau memarahi dirinya.
“Ma.. Mil minta maaf, sebab Mil buat Mama marah..”
terus berlari naik meninggalkan Murni yang merasa serba salah, memarahi Mila
tanpa mendengar penjelasan dari gadis kecil itu terlebih dahulu.
Kemarahanya membuak-buak apabila Mila menyebut nama Zamri.
Marah betul Murni dengan Zamri kali ini.
Murni dengan Zamri sejak dua menjak ini asyik
bercakaran sahaja, sejak insiden hari keluarga tersebut entah kenapa Murni
marah betul dengan Zamri. Sudah seminggu peristiwa itu berlalu tetapi Murni
masih malu diperli setiap kali bertembung dengan kawan-kawan sepejabatnya,
malah satu pejabat daerah Bukit Frazer.
Itulah sebabnya Murni mengambil keputusan untuk
mencuba nasib di Sabah pula. Dia terpaksa berpindah juga kali ini, walaupun
hatinya berat hendak meninggalkan bukit ini. Namun keputusan sudah
diambil. Dia harus tinggalkan tempat ini.
Pertama, kerana dia tidak ingin bekas suaminya
menjejakinya.
Kedua, dia tidak mahu Zamri rapat dengannya. Walaupun
sebenarnya dia juga sudah perlahan-lahan menyimpan perasaan kepada lelaki yang
bernama Zamri. Cuma dia cuba nafikan. Rancangan untuk berpindah, belum
diberitahu kepada sesiapa terutama Mila dan Kak Melah. Rancangan masih tertalu awal,
Murni hanya meminta bantuan Atie mencarikan jawatan kosong yang sesuai
untuknya. Jika ada, dia ingin cuba memohonnya. Sudah ada kerjaya baru urusan
perpindahan akan diuruskannya. Jika tidak ada kerja, siapa pula yang akan menanggung
hidupnya dua beranak. Rancangan ini akan diberitahu apabila sampai waktunya
kelak.
Setelah beberapa minit Murni tersedar, kenapa dia
marah sangat kepada anaknya. Dia masih anak-anak, bukannya dia tahu apa yang
sedang bersarang dikepala otaknya. Murni rasa menyesal. Pastinya Mila juga
hairan dengan perangai cepat marahnya sejak akhir-akhir ini.
“Mil, maafkan mama..” bisik hati kecil Murni.
***
Selepas membersihkan diri, Mila berfikir sendiri di
atas katilnya memikirkan apakah salahnya sehingga dia dimarahi begitu sekali. Apakah
agaknya kesalahan uncle Izam yang boleh membuat mama begitu marah sekali
dengannnya. Mila yang tidak tahu menahu yang mamanya mengisytiharkan perang
dingin dengan uncle Izamnya. Manalah dia tahu hal-hal orang dewasa ni
complicated sungguh untuk difikirkannya.
Kalau boleh mahu sahaja dia menjadi seperti wakil
pengaman, agar kedua belah pihak aman dan ceria seperti dahulu. Tindakan perlu
dilakukan, apalah agaknya yang perlu dilakukan jika dia bertindak sebagai wakil
pengaman diantara Mama dan uncle kesayangannya. Perlukah Mila memberitahu uncle
Izam tentang apa yang berlaku kepadanya pagi ini, dimarahi Mama hanya kerana
berbasikal dengannya. Sedangkan aktiviti berbasikal selalu sahaja dilakukan
jika ada kelapangan dengan uncle Izam, dan ada kalanya juga Mamapun turut
serta. Tetapi lain pula jadinya hari ini. Bagaikan dia melakukan satu kesalahan
yang amat besar. Kesalahan yang memang tidak boleh dimaafkan. Kesalahannya
ialah berbasikal bersama uncle Zamri.
“Maafkan Mila, mama. Mila tak akan buat lagi..” bisik
hati kecil Mila.
BAB 13
Murni hanya membiarkan sahaja deringan telefon
bimbitnya tidak henti berbunyi. Sudah banyak kali melaung-laung, memekakkan
telinganya sahaja. Dia sudah tidak terkira bilangannya. Murni mengetahui siapa
pemanggilnya kerana tertera nama di skrin. Mamat degil dan tidak faham bahasa,
apa lagi yang dia mahu!
Hari Keluarga PDBF sudah dua minggu berlalu.
Marahnya kepada lelaki ini masih menebal. Akhirnya Murni kalah, talian yang
tidak henti-henti berbunyi itu dijawabnya juga. Daripada memekakkan telinga
baik dijawab sahaja. Nasib baik Kak Melah sudah pulang kerumahnya dan Mila ke
rumah Tirah. Ingatkan hujung-hujung minggu begini, dia mahu melegakan
fikirannya dengan bersendirian, tetapi ada pula melaun yang menalefon tidak
henti-henti.Orang itu tentunya kurang siuman atau kurang akal. Hanya orang
kurang siuman sahaja yang sanggup mendail setiap 5 minit. Hanya orang kurang
akal yang tidak faham-faham orang tidak mahu bercakap dengannya.
“Ya.... apa hal.!.” kasar sahaja bunyi nada
suaranya, menjawab panggilan Zamri
“Assalamulaikum.. apa yang jawab kasar sangat
ni… relax lah Murni” jawab Zamri
“Mulaikumsalam…”laju sahaja Murni menjawab salam
yang diberi. Takut pula salam tidak berjawab, jatuh berdosa pula.
You nak apa cari I week-end ni..orang nak
rehatpun tak senang”kendur juga kemarahan Murni dengan teguran Zamri, tetapi
masih berbaur marah.
“Saja.. nak tanya khabar you dengan Mil.. apa
khabar awak?” Zamri sudah lali dengan angin perempuan ini.
“Apa ke halnya pulak.. sejak bila you so
caring…nak tanya khabar I dengan Mila ” naik semula nada suara Murni satu oktaf.
“Dah lama.. you aje yang tak perasan..Mil mana?”
jawab bersahaja Zamri.
Sudah masak dengan perangai perempuan ini.
Marahnya sekejap sahaja, dia tahu, marahnya tidak kemana.
“Kenapa tanya Mila pulak..” Murni pula yang
bertanya.
“Saajee” jawab Zamri pendek dan meleret.
“Itu aje!.. kalau setakat nak tanya khabar..
baik tak usah call. buang masa I aje nak jawab call you yang rajin sangat call
I every 5 minit..” nada tidak puas hati Murni.
Kena pula dapat jawapan yang tidak masuk akal
dan menyakitkan hati. Sah si lelaki ini kurang satu screw di kepala.
“Okeylah, kalau macam tu.. bye..” gesa Murni
hendak mematikan talian.
Dari menghabiskan air
liur bergaduh, baik hentikan sahaja perbualan. Dosapun tak berkumpul banyak kerana marah pada
orang tak tentu pasal.
“Ehhh..ehhh Murni.. nanti.. tunggu!. I ada
something nak beritahu you ni..” Pulak! Murni hairan, tadi kata tidak ada
apa-apa, saje hendak bertanya khabar. Tetapi sekarang beritahu ada benda yang
hendak diberitahu pulak. Wahai Encik Zamri, teka teki apakah ini!.
“Sebenarnya I ada hal penting nak cerita dengan
you.. that is why I call you, we need to
talk.., I really mean it.. we need to talk..” lembut sahaja suara Zamri,
membalas suara Murni yang kasar, setiap kali menjawab pertanyaan yang
dikemukakan Zamri.
“Talk about what Zam..? I segan tau..
segan..malu..you masih tak fahamke? ” jawab Murni seperti hendak menangis.
“I want to
talk about us.. dan apa yang you hendak malukan.. it was an accident okey.. accident..you tahu tak makna ac..ci..
dent. I tak ambil kesempatan pun.. it
just happen, I terjatuh kat badan you.. itu aje“ Zamri menjelaskan. Menekan
perkataan accident dengan menyebut satu consonant kata, satu persatu,
perlahan-lahan.
“Muni.. I
want to see you.. , in half an hour time.. boleh..?, I want to tell you something.. I will pick you up in half an hour time,
I promise lepas ni I tak ganggu you lagi dah!” seperti serious sahaja bunyi
suara Zamri. Betulkah pakcik ini tidak akan mengganggu hidupnya lagi.
“Zam.. what
you want to tell me..you can just tell me now.. kenapa..tak boleh cakap
sekarang kat dalam telefon?” berkerut muka Murni memikirkannya, hairan pula
dengan suara Zamri yang serious. Tidak pernah dia berbicara serious begini
disepanjang persahabatan mereka. Boleh percaya ke pakcik ni! Mungkin betul dia
ada benda yang hendak disampaikan. Terus cair hati Murni, terus nada keras
menjadi lembut.
“Tak boleh, I tak boleh cakap dalam telefon,
itulah I need to see you..lagi
setengah jam okey..” Zamri mendesak Murni dan mematikan talian. Mahu tidak mahu
Murni terpaksa.
“Zam.. zam nanti!“tetapi talian sudah dimatikan.
Hendak tak hendak, Murni kena bersiap. Dalam
setengah jam Zamri akan datang menjemputnya. Sudah kes paksa rela!
“Apa ajelah si Zam ni..
tak serik-serik ke kena sakat.. “ bisik hati Murni, namun dia bersiap juga
untuk berjumpa Zamri. Tapi jangan harap dia hendak keluar on time. Biar dia
tunggu, kalau 8 tahun dia sabar menunggu, takkan, sejam dia dah tak boleh
sabar. Murni memang betul-betul hendak menguji kesabaran Zamri.
Murni mengambil lebih
dari setengah jam seperti yang diminta Zamri. 45 minit baru dia muncul setelah
Zamri menunggu hampir 20 minit didalam kereta. Zamri sabar menunggu, jika Murni
mengambil masa lebih dari itu pun dia akan tunggu. Asalkan Murni muncul, itu
sahaja harapannya. Didalam kereta, kedua-duanya membisu, tidak tahu apa topik
perbualan. Kereta Zamri meluncur menuju Allen Water.
Mereka duduk di
restaurant tepi tasik. Kelihatan beberapa pengunjung yang menaiki bot, mengayuh
bot berpasangan. Zamri senyum, melihat pengunjung yang riang ria. Didalam hati
berkata-kata, alangkah indahnya jika dia dan Murni yang mengayuh bot tersebut
dengan riang ria. Tetapi jangan mimpi, usahkan hendak berada didalam satu bot,
satu kereta pun asyik diam. Jika naik bot, mahu mereka tenggelam dibuatnya,
kerana masing-masing tidak akan mengayuhnya.
Cuaca sangat cantik dan
terang, kelihatan berbalam-balam gunung di Banjaran Titiwangsa yang menjadi
latarbelakang tasek di Allen Water ini. Sesekali angin dingin menyapa muka
Murni dan sungguh terasa nyaman. Segar sedikit rasa dirinya, hilang sementara
marahnya kepada Zamri dek hembusan bayu segar.
“You nak minum apa?..” tanya Zamri apabila
pelayan datang bertanya. Namun tiada jawapan dari Murni. Hati Murni masih
bengkak terutama dipaksa-paksa begini.
“2 fresh orange please” mendatar sahaja suara
Zamri membuat tempahan.
Mengetahui Murni memang pengemar jus, apa sahaja
jus buah menjadi pilihannya. Tidak perlu bertanya dua kali, memang pasti tidak
akan mendapat jawapan. Zamri memesan minuman bagi pihak Murni yang mengambil
langkah untuk terus berdiam membisu.
“Hah… okey.. apa yang you beria-ia nak beritahu
I.. tadi.. tak sabar I nak dengar..its
better be good okey..” tidak sabar Murni ingin mengetahuinya.
“Relax Murni.. what a beautiful day, today.. jangan spoil mood okey.. nekmati hari
yang ceria ni sepenuhnya” Zamri masih tidak putus asa, cuba meredakan bahang
yang masih panas di dada Murni terhadap dirinya. Lagipun dia tahu, berita yang
bakal disampaikan akan mengeruhkan lagi suasana, bukan bertambah baik.
Cuaca yang cantik dan dingin juga tidak berjaya
menyejukkan hati Murni yang tambah terbakar oleh desakan Zamri untuk berjumpa.
“Muni, firstly I nak beritahu you, I ada satu
hajat, hajat itu memerlukan you untuk ia menjadi kenyataan” Zamri tunduk sambil
menyedut jus orange yang telah berada dihadapannya. Sebenarnya dia berat hati
hendak menyampaikan, tetapi dia memaksa dirinya untuk meluahkan memandangkan
keadaan kini akan membuatkan jurang diantara dirinya dengan Murni. Sebelum ini
berlaku, dia perlu mengambil tindakan pantas. Dengan meluahkan apa sahaja yang
terlah tersimpan didalam hatinya selama ini.
“Apa hal pulak, hajat you tapi I pulak yang
terlibat..” berkerut-kerut muka Murni, tidak memahami apa yang hendak
disampaikan oleh Zamri. Memang Murni tidak mahu faham.. sejak dari dahulu lagi,
memang dia selalu lari dari tajuk, jika Zamri cuba berbicara berbunga-bunga
seperti ini. Dia rasa seram sejuk dan naik rimas.
“Murni… macam ni.. lah, senang cakap… I nak
ambil you sebagai isteri I, you sudi tak?, I rasa this is not the first time I melamar you.. dah berzaman, but I still did not get any answer, this
time I nak you fikir baik-baik, for
Mila’s sake.. Murni.. Mila needs a father.. I sayang dia dan I sanggup jadi
bapa dia, walaupun hanya sebagai bapa tiri..” Zamri meluahkan hatinya. Zamri
risau sebenarnya, adakah sudah tiba masanya dia mengujakan hasratnya.
Adakah ini, waktu yang terbaik untuk dia melamar
Murni?Waktu mereka sedang perang dingin.Ditambah pula faktor persekitaran
yang dingin, bertambah-tambahlah dingin perhubungan mereka. Terutama hati
perempuan dihadapannya yang memang sudah beku dan tidak mudah
dicairkan. Cik Murni, berapa lama agaknya kau berguru dengan snow queen,
sehingga kau berjaya membuat hatimu sekeras batu dan sesejuk ice. Hamba ni,
tidak sempat berguru dengan si Wizard, untuk mempelajari ilmu saktinya
bagaimana hendak mencairkan hati seorang perempuan. Sudah 8 tahun berusaha,
tetapi masih tidak berjaya. Rasanya, adakah ada penantian hamba ini bagi tahun
yang kesembilan?
Bab 14
(Masih
lagi di Allen Water)
Zamri sudah tidak
melamar secara romantik lagi, hanya straight
to the point, kerana melamar secara romantik dia sudah cuba beberapa kali,
tetapi tidak berjaya. Siap bunga bagai.. akhirnya Murni ambil bunga tapi tidak
juga ada jawapan. Cuma nasib si bunga, baik sedikit, tidak tercampak ke dalam
tong sampah.
Kali ini Zamri nekat,
lantaklah apa Murni akan kata, janji dia akan terus mencuba sehingga Murni
bersetuju.
Murni hanya diam
menunggu Zamri menghabiskan kata-katanya. Dia sudah naik muak..
“Kenapa?You dah sedia ke nak terima I dan Mila
dalam hidup you.. kan banyak gadis-gadis lain yang muda dan yang lebih cantik..
kenapalah you masih cari janda yang dah ada extra baggage ni..dah berapa kali
you cuba, dan you tentu dah tahukan jawapannya...” Murni sudah tidak malu lagi
menjawab soalan Zamri.
“I tak hendak perempuan lain, I hendak you.. 8
tahun I tunggu..tunggu jawapan dari you..” jelas Zamri. Belum sempat Zamri
menghabiskan kata-katanya Murni mencelah.
“Siapa suruh you tunggu, ada I suruh?.. I tak
suruh kan!.. terus terang, I memang suka berkawan dengan you, tapi hanya
sebagai kawan.. sebab I banyak kekurangan dan I tak mahu you rugi dalam banyak
benda.. dan nanti you menyesal..” terang Murni, tegas, dia tegas dengan
pendiriannya.
“I pun banyak kekurangan, kalau you sudi terima
kekurangan I, kenapa tidak I boleh terima kekurangan you..kita ni manusia Muni,
mana ada manusia yang sempurna?”Zamri sedar dan faham tentang perkara itu.
“Tapi…” kata-kata Murni
terhenti.
“Shu shu..shu.. tunggu I
habis cakap dulu” Zamri memotong kata-kata Murni kerana dia hendak menjelaskan
sesuatu.
“Remember 2 months ago, masa kita lunch di
Smokehouse, you jumpa that guy.dan lepas tu you tak tentu arah.. nak balik ofis
cepat, I tanya you tak mahu cerita.. .you know what? I balik awal that
afternoon.. I pergi balik kat Smokehouse dan confront that guy..nasib baik the
group tu still around, I tahu banyak kesah silam you. I tahu kenapa you merajuk
bawa diri sampai di sini. Dia ingat I suami you, I biarkan aje. For you info,
your ex is looking for you, dan dia tak tahupun keujudan Mila dan dia tidak
tahu dia ada anak.. so untuk selamatkan Mila, you kena terima lamaran I this
time, or else.. I takut bila dia tahu nanti, dia akan tuntut Mila dari you,
sebab dia lawyer kan.. lawyer yang berjaya. Your friend.. apa ke namanya..
Bad.. ya Badri told me your ex dah berpisah dengan wife dia, perempuan yang
perangkap you tu.. and they dont have any
children, he is also looking for you.. dia nak pujuk you semula.. dia
menyesal salah sangka dengan incident tangkap khalwat tu…” panjang lebar Zamri
bercerita, sehingga terlihat urat-urat leher dia bercerita bersungguh-sungguh.
Murni terpampan
mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut Zamri. Terlalu detail,
sehinggakan dia rasa malu kesah sebenar hidupnya sudah diketahui oleh orang
yang tidak sepatutnya. Kesah hidupnya yang telah ditutupnya rapat-rapat, yang
kini sudah terburai keluar. Keluar dari mulut kawan karibnya yang kini sudah
menjadi musuhnya.
“I tahu dia ceraikan you talak 3… untuk rujuk
semula dengannya you kena berkahwin dahulu..that is why you tak mahu kahwin
lagi, takut nanti kalau you janda semula dan dia boleh nikah semula dengan you,
but that is not going to happen if I’m
your husband.. I will be at your side selagi you memerlukan I, kecualilah
kalau you dah jemu dengan I.. itu cerita lain.. but for now, I want you to be my wife.. nak hentikan semua gossip
dan juga for Mila’s sake..lagipun mana ada konsep cina buta dalam Islam, you
tahu tu kan?” Tidak henti-henti Zamri menjelaskan pertemuan mereka kali ini.
Hinggakan tidak memberi peluang Murni mencelah.
Murni ternganga, dia terkejut, dia tidak
menyangka rupanya Zamri begitu banyak mengetahui tentang dirinya. Dia juga
tidak sangka Zamri berjumpa Badri rupanya petang itu. Badri telah menceritakan
segalanya kepada Zamri.
“Badri how could you..” marah Murni kepada
silelaki itu. Ingatkan perempuan sahaja boleh jadi mulut tempayan. Rupanya
lelakipun tidak kurang hebatnya. Kurang asam kau Badri!.
Tetapi apabila part bekas suaminya sedang
mencarinya, Murni rasa gelabah. Tiba-tiba Murni rasa takut, takut hendak
menerima kenyataan yang bekas suaminya sedang mencarinya. Apa akan terjadi jika
Badri memecah tembelang, tentang dimana dia berada kepada bekas suaminya.Dan
yang lebih dia takut apabila dia mengetahui tentang Mila. Murni
takut kehilangan Mila, dia sanggup buat apa sahaja asalkan Mila masih
bersamanya. Murni tahu Zamri boleh menerimanya dan Mila. Bagaimana pula dengan
keluarga Zamri. Bolehkah keluarganya menerima hakikat yang anak terunanya
gilakan seorang janda yang lebih tua darinya dan sudah beranak satu.
“Ahhh… bingong..
binggong..” Murni menarik nafas panjang.
Berbagai soalan muncul
bertalu-talu di mindanya. Dia langsung tidak dapat focus dengan apa yang sedang
Zamri cakapkan kepadanya. Yang dia nampak mulut Zamri yang terkumat kamit. Otak
Murni sudah dipenuhi dengan soalan-soalan yang bakal didengarnya. Air jus yang
sudah lama berada di atas meja terus dihirupnya tanpa meminta kebenaran dari
Zamri. Tekaknya tiba-tiba kering.. kering disebabkan kesah hidupnya yang
tunggang langgang telah diketahui Zamri dan akan jadi haru biru jika bekas
suaminya muncul semula dalam hidupnya. Menuntut haknya daripada Murni, hak yang
menjadi rahsianya selama ini.
“Ya ALLAH.. selamatkan
hambamu ni.. tenangkan hatinya, dan berikan petunjuk agar hambamu dapat memilih
dengan tenang dan yang terbaik untuk dirinya. Hanya kau yang mengetahui “
berastagrafar Murni.
Murni tunduk, air mata
sudah berjujai turun. Mata ditutup dan kepala mengeleng-geleng, seperti tidak
percaya yang Zamri mengetahui rupanya kesah hidupnya yang disembunyikannya
selama ini.Kesah hidupnya yang penuh dengan warna warni.. tetapi warna hitam
yang melebihi dari warna ceria..
“Murni..Murni..” Zamri
memegang kedua belah pipi Murni untuk menghalang dari terus mengeleng dam
mendongakkan muka Murni.
“Murni.. dengar sini.. I sayang you and I need
you and Mila beside me..trust me..terimalah lamaran I, I promise I will try to
protect you and Mila. Your ex masih ada hak atas Mila, dia biological father
Mila, sebab bila Mila nak nikah, dia kena jadi wali, wali yang sebenar, kecuali
jika dia tak mahu hadir… kena pakai wali hakim. But I can still jadi bapa dia,
as a step father… fikir Muni.. you fikir baik-baik.. Mila makin besar, sooner
or later, dia mesti tanya siapa bapa dia… I
want to be with you to explain all this to her..” sayu sahaja pujukan
Zamri.
Sudah berani memegang muka Murni. Dia bukannya
mengambil kesempatan, tetapi hanya ingin Murni berhenti mengelengkan
kepalanya.Geleng beribu kalipun tidak akan dapat mengurangkan apa-apa, sakit
leher lagi ada.
Mata Murni sudah merah dan berkaca. Air mata
mengalir di pipi. Lembut rupanya hati perempuan ini, kelemahannya kepada Mila.
Dia tidak sanggup kehilangan Mila, Zamri tahu itu. Air jernih sudah mula keluar
perlahan di hujung kedua-dua matanya. Hidung sudah sedikit merah. Dari menangis
dalam diam, sudah mengeluarkan esakan.Itulah kelebihan perempuan.. senjata
melemahkah lelaki dengan air mata.. Sungguh! Zamri juga cair apabila melihat
perempuan menangis, tambahan pula dihadapannya dan perempuan yang mengalirkan
air mata itu, perempuan yang amat dia sayang.Sayang dalam diam kerana perasaan
sayangnya tidak pernah berbalas.
Pengunjung yang lalu lalang sudah tidak dihiraukannya.
Mereka pasti mengangap, suami isteri yang sedang bergaduh kerana melihat Murni
yang beresak-esak menahan sedu dan Zamri sedang memujuk. Nampak seperti
romantik, pujuk memujuk, tanpa mereka tahu apa kesah sebenarnya.
“Dah tu..” Zamri menghulur kertas tissue untuk
Murni mengelap air matanya, dari dia terus menyika air matanya yang
berlumba-lumba turun di pipinya yang puteh dengan belakang tangannya.
Jika perempuan yang sedang menangis di hadapannya
kini, isterinya sudah pasti akan di dakapnya agar dapat dia merasa lega. Tetapi
apakan daya, perempuan itu tidak ada kaitan apa-apa denganya. Langsung
tidak ada ikatan apa-apa. Bukan girlfriend, bukan tunang, dan juga bukan
isterinya. Hanya seorang perempuan yang dia sayang dan cinta, tetapi tidak
berbalas Dia hanya mampu memandang,
tidak lebih dari itu.
“Dah.. nak I hantar
balik ke atau macammna?I nak you relax dan fikirkan apa yang I cakapkan tadi”
kata Zamri lagi.
“Oh ya.. I jugak pernah
tiga kali pergi jumpa mak dan abah you kat JB.”terang Zamri.
Bulat mata Murni yang
masih merah, terhenti esakan, terkejut dengan apa yang baru didengarnya.
“Hah! Jumpa mama dan
abah?” Murni seperti tidak
percaya apa yang baru didengarnya. Zamri memberitahu dia juga pernah berjumpa
dengan mama dan abahnya di Johor Bharu. Betul ke apa yang didengarnya, atau
Zamri hanya ingin dia berhenti menangis. Sungguh serious lelaki ini rupanya
dengan perhubungannya.
“Mama Seri..She is such a nice lady..dan Pak Cik
Majid seorang yang open minded, abang Ghaus juga baik..” sambung Zamri lagi.
Zamri hanya memerhati Murni yang sudah terbeliak biji mata, tanpa sepatah kata.
Murni hilang kata-kata, tidak disangka selama 8
tahun dia berkawan dengan Zamri, banyak perkara yang berlaku yang tidak dia
ketahui tentang lelaki ini. Semuanya mengenai dirinya dan keluarganya. Pandai
Zamri menyimpan rahsia. Patutlah mak selalu bertanya khabar mengenai Zamri,
ingatkan mak hanya sekadar bertanya kerana Murni sering juga menceritakan kesah
Zamri kepada mak. Maklumlah Zamri selalu membawa Murni dan Mila keluar tengok
wayang bersama. Tetapi itu hanya sekadar tengok wayang, tidak lebih dari itu.
Mila juga selalu memecah tembelang kepada nenek Serinya.
Ingatkan Murni tidak mahu membabitkan Zamri dari
pengetahuan keluarganya. Rupanya mereka sudah kenal mengenali diantara satu
sama lain. Zamri juga sudah pernah berjumpa dengan abang Ghous, abang sulungnya.
Pandai betul lelaki ini menyimpan rahsia dan berlakun, boleh jadi best actor,
jikalau begini.
Lepas satu ke satu rahsia yang dibongkar Zamri
kepada Murni. Rasanya sudah sampai waktu untuk Murni mengetahui dia
bersungguh-sungguh untuk menjadikan Murni isterinya, bukan main-main.Zamri amat
berharap kali ini dia akan mendapat jawapan yang dinantikannya selama ini.
“Apa lagi yang you buat, yang I tak tahu.. apa
lagi rahsia mengenai I dan keluarga I yang you sorokkan.. apa lagi Zam..?”
tanya Murni yang sudah tidak mengeluarkan air mata, kerana terlalu terkejut
dengan penjelasan Zamri.
“Dah tak ada rahsia lagi.. sebenarnya bukan
rahsiapun.. I pergi berkunjung rumah parents you, bukan I pergi
sembunyi-sembunyi.. pergi atas jemputan. I terserempak dengan abang Ghous masa
dia datang sini 5 year ago.. remember!.. masa dia tengah makan durian kat depan
Café Mesra tu.., dia ajak I kerumah dia..” jelas Zamri lagi.
“Kan you pun ada sama.. makan durian sampai tak
ingat dunia..”tersenyum dia melihat Murni yang masih ternganga. Mata dan hidung
sudah kurang merahnya.
Terbayang Murni, memang pun abang Ghaous suka
makan durian kampung, tidak disangka ketika itu ada penjual orang asli menjual
durian kampung dan madu asli di depan Restaurant Café Mesra. Habis diborongnya
durian tersebut dan dimakannya anak beranak disitu juga…termasuk dirinya dan
Mila masih kecil ketika itu....abang Ghaous..abang Ghaous.. hantu durian.
Tersenyum Murni mengingat peristiwa itu. Hilang sekejap rasa marah dan
tertipunya kepada Zamri.
“Hahh.. dah okey ke?.. senyum sikit..fikir
baik-baik, tenang..cepat-cepat beri jawapan.. I hope you tak mengecewakan I
this time..”Zamri memberi harapan agar jawapan gembira yang akan diterimanya
kelak.
Murni menghela nafasnya panjang. Setelah
mendengar penjelasan panjang lebar dari Zamri, Murni sudah membuat keputusan.
Lelaki ini memang serious di dalam perkara ini dan memang pandai membuat hati
Murni tenang. Tambah-tambah lagi satu masalah yang Murni amat takut dan
bimbang, bimbang akan kemunculan bekas suaminya. Kini Murni perlukan seseorang,
seseorang yang boleh dipanggil suami. Seseorang yang boleh melindungi dirinya,
melindungi Mila dan yang lebih penting seseorang yang Murni perlukan untuk
menyika air matanya dan seorang lelaki yang Mila boleh panggil papa. Dia tahu
lambat laun, dia terpaksa hadapi ini semua. Murni nekat untuk bersetuju sahaja
dengan lamaran Zamri dengan satu syarat.
“Okey Zam.. kalau I terima, tetapi bersyarat..“
kata Murni
“Syarat!” terkejut Zamri, Murni mengenakan
syarat pula.
Sebenarnya Murni tidak dapat memikirkan apakah
syarat yang hendak diberikan kepada Zamri. Nantilah akan difikirkannya. Sengaja
ingin menduga kesungguhan lelaki itu dengan hubungan ini.
“Syarat pun syarat la.. tapi jangan syarat yang
tak masuk di akal sudah la..”Zamri mengomel
“Bagi I, tak ada syarat-syarat, yang penting you
sedia terima I, dan tak sia-sialah penantian I selama ni”, sambil tersenyum
seperti yakin Murni tidak akan mengubah fikirannya.
“Ha.. okey apa syaratnya..” tanya Zamri ingin
tahu. Murni memandang ke syiling..
“Nantilah I beritahu you kemudian..” sebenarnya
dia tidak pasti apakah syarat yang hendak diberikannya.
“Macam ni lah Zam.. I nampak you boleh terima I
dan keluarga I. Yang I bimbang keluarga you, boleh ke mereka terima I?.”
keraguan Murni dengan penerimaan mereka terhadap dirinya yang berstatus janda.
“Itu lah sebabnya I nak bawa you jumpa parent I
next week..kira jadilah ya?” jelas Zamri.
“You will
meet my mom, ayah dan dua orang kakak I..and my brother .. mereka okey..
mereka dah tahu hal kita, cuma tak pernah tengok rupa you aje.. mereka dah jemu
dengan I asyik cerita hal you aje everytime balik kampung..” Zamri dengan
selamba bercerita.
Murni mengerut muka, apa ke halnya mamat ni
cerita hal dirinya kepada orang yang tidak dikenalinya.
“Okey lah kalau macam tu.. I ikut you balik
kampung next week.., tapi I belum boleh beri jawapan lagi okey, lepas jumpa
keluarga you baru I beri jawapan.. dan jugak syarat tu..boleh?” tanya Murni
“Boleh .. sayang.. janji you ikut I balik
kampung next week.. dah jom I hantar you balik.. malam ni tidur awal, bangun
malam…sembahyang istiqarah..doa banyak-banyak minta petunjuk.. you mesti nampak
muka I punya lepas tu dalam mimpi you..” Zamri bergurau.
Murni cebik muka, macam confident aje muka dia
yang akan muncul… kalau muka Lee Min Ho, pelakun Korea tu yang muncul dalam
mimpinya macammana?
“Jangan buat muka macam tu… buruk rupanya., I
cakap betul apa..unless you ada orang lain yang I tak tahu” tegur Zamri. Kini
Murni mampu senyum segaris.
Mereka sama-sama berdiri dan berjalan menuju ke
pajero Zamri. Zamri sempat mengambil beberapa helai lagi tissue dari kotak
tissue di atas meja dan menghulur ke tangan Murni.
“Nah..sedia ni .. kalau nak menangis lagi dalam
kereta, boleh menangis kuat-kuat..orang tak dengar..” Zamri mengusik Murni.
Murni mengambil tissue yang dihulur, manalah
tahu sekurang-kurangnya sudah sedia ada ditangannya, tidak perlu menyika air
mata dengan belakang tangan lagi.Manalah tahu Zamri ada lagi rahsia yang dia
terlupa hendak beritahu.
Nampaknya rancangan berhijrah ke KK terpaksa
ditunda, atau mungkin dibatalkan terus, kerana Murni sudah ada penyelamat,
Knight with shining armour versi Melayu disisinya.
Wahai lelaki bernama
Zamri, betulkah kau penyelamat? Atau kehadiran kau akan menambah lagi sesak
didada?
BAB 15
“Kakkk… Muni nak minta
pandangan akak sikit.. boleh?” tanya Murni kepada Kak Melah dengan tangan masih
penuh dengan bueh sabun, kerana sedang mencuci bekas-bekas yang telah digunakan
untuk memasak.
“Hem…bolehhh, apa dia?”
jawab Kak Melah yang sedang mengacau lauk masak lemak ikan parang. Lembut
sahaja dia mengacau, agar santan tidak pecah, isi ikan tidak hancur.
“Muni nak minta
pandangan akakla..” ulangnya lagi.
Malu sebenarnya hendak
memulakan pertanyaan. Dulu selalu menafikan ada hati dengan orang tu, tup-tup
dah sampai hendak mengikut balik kampung pula. Takut kena perli.
“Iya.. pandangan apanya? Asyik-asyik pandangan,
asyik-asyik pandangan.. pandangan apa ..buat akak tertanya-tanya aje..” Mata
Kak Melah melerek ke arah Murni yang tidakpun menoleh kepadanya, masih membilas
bekas-bekas dari bueh sabun. Masih memikir, untuk meluahkan. Masih sempat untuk
dia ubah fikiran, jika tidak mahu membicarakannya. Boleh aje pusing cerita
lain.
Kemudian bekas-bekas tersebut diletakkannya di
atas saringan.
“Ni.ah...si Zam tu ah ajak Muni sama Mila
ke rumah keluarga dia kat Jengka nun, minggu depan..” akhirnya Murni bersuara
dengan tersekat-sekat.
Segannya yang kedua, bimbang dikatakan akan
disalah anggap oleh Kak Melah, seperti perigi mencari timba.
“Hem.. pasal tu..Muni nak pegi ke?” pertanyaan
seperti terkejut sahaja Kak Melah.
“Entahlah kak? Rasa segan pulak nak pergi rumah
keluarga orang lelaki yang tak ada hubungan apa-apa, nanti apa pulak mereka
kata.. macam Muni ni, perempuan tak tahu malu aje..” Muni meluahkan rasa
risaunya tentang pandangan orang mengenai idea Zamri mengajaknya pulang bersama
kekampung.
“Dulu akak tanya, Muni kata tak ada apa-apa
dengan si Zam tu! Ni.. dah lain macam aje akak tengok?
Kasihan akak masa Murni marah si Mil, tak pasal-pasal budak tu Muni marah”
Murni diam, memang salahnya, angin tak bertempat.
“Kalau akaklah, akak
pegi..akak nampak Izam tu baik orangnya.. lagipun Muni dah lama berkawan dengan
dia kan? Tentu Muni dah tahu hati budi dia” sambung Kak Melah. Nasib baik Kak
Melah sporting orangnya.
“Akak bukannya apa, dah
lama sebenarnya akak nak tanya Muni, tapi takut pulak Muni marah… hemm akak
sebenarnya nak tanya, Muni ni.. tak ada hajat ke nak cari bapa baru buat si
Mila tu..si Zam tu akak tengok rapat dengan Mil” pandangan Kak Melah tidak
dialih dari lauk yang sedang mengelegak, sengaja tidak mahu mamandang wajah
Murni.
Dia tahu Murni memaling ke arahnya, mungkin
terkejut dengan soalan cupumas agaknya. Soalan yang sudah biasa didengarnya.
Tetapi selalunya soalan itu muncul jika dia dikampung, tetapi sekarang ini
sudah menjangkit di dalam rumahnya sendiri.
“Kesitu pulak akak ni.. Muni memang rapat dengan
Zam, tapi Muni anggap dia macam kawan aje..sama dengan kawan-kawan satu pejabat
yang lain.. tapi ni .. ni pulak dia ajak kawin..” secara tidak sengaja Murni
sudah terlepas kata.
“Ahh..baguslah tu.. akak
setuju kalau Muni terima dia. Itu pandangan akak, keputusan pada Muni” terhenti
Kak Melah mengacau, sungguh, berita yang didengarnya adalah berita gembira,
senyum segaris dan pandangan ditala ke arah Muni yang buat tidak tahu, tangan
masih menyusun bekas-bekas di tempat penyejat air. Malu eh! Orang membicarakan
soal hubungannya dengan lelaki yang baru beberapa jam menandatangani perjanjian
damai dari perang dingin. Itulah, kerana terpaksa aku relakan...
Orang dah warning,jika
tak mahu kena tarikan magnet hati Zamri, kena cari penebat. Tetapi tarikan
magetnya kuat betul, sampai Murni dah tak boleh lari! Terlambat mencari
penebatpun satu hal.
Murni pandang semula ke arah Kak Melah. Kak
Melah senyum meleret.
“Ingat senang aje Kak
Melah ni.. bukan dia yang kena buat keputusan nak kahwin..” Murni berbisik
didalam hatinya.
“Zam.. oh Zam.. sudah
tidak ada gadis lain ke dalam dunia ni..yang hendak kau jadikan isteri? Yang
tunggu aku yang kepala angin ni buat apa?” hati Murni berkata-kata.
“hey berangan ke?akak
tanya ni.. nak terus makan ke?” terkejut Murni kerana disergah oleh Kak Melah.
Tertangkap berangan.
“eh.. akak bercakap
dengan Muni ke tadi?” tersentak Murni.
“Ye la.. siapa lagi..
akak tak nampak orang lain . ..selain Muni dengan akak aje yang ada kat ni,
sekarang ni” tesrsengeh sahaja Murni apabila tertangkap sedang berkhayal.
“Oh.. sorry la..Muni rasa
kita terus makan aje la.. lepas makan akak bolehlah balik. Maaflah kak,Muni
tahan akak balik lambat sikit malam ni. Muni memang penat betul malam ni, kalau
tak ada akak, makan maggi aje rasanya. Tak larat nak masak. Mila pun tentu dah lapar
tu..” Murni mengeluarkan beberapa pinggan dari dalam cabinet dapur dan
menyusunnya diatas meja.
Mana tak penatnya. Penat menangis dan penat
menahan malu, apabila Zamri membuka cerita. Jika dihimpun, boleh dijadikan
drama, Zamri sebagai naratornya bercerita dari satu episod ke satu episode
menyelak kesah silam Murni yang dia tahu.
“Oh ya..pasal pecah geran tanah tu, saya dah
selesaikan, akak tolong beritahu Pakcik Taha datang ofis.. ambil geran baru,
sebelum tu call dulu, berapa kena bayar.. saya tak tahu urusan pembayaran sebab
Pak Taha kena call Bahagian Kewangan.. ya kak?” Sambil bercakap angan Murni
menceduk perlahan kuah masak lemak kedalam mangkuk. Termalu sebenarnya, dia
cuba mengaleh tajuk, sudah cerita bapa Kak Melah pula. Kak Melah senyum
meleret.. dia faham.
“Hemm. Ialah..” Kak Melah memegang 3 gelas
kosong dan disusunnya di atas meja. Persediaan untuk makan malam.
Semua sudah tersedia diatas meja,, hanya
menunggu tuan puteri Mila sahaja turun dari biliknya. Berita untuk menerima
pelawaan Zamri ke rumahnya hujung minggu depan belum lagi diberitahu Mila.Murni
sudah dapat mengagak, pasti Mila melompat gembira jika berita ini disampaikan
nanti. Murni tidak mahu memberitahu Mila awal-awal. Rancangan ini hanya akan
diberitahu sehari sebelum bertolak.
Nampaknya Murni kena buat muka sardin.Bertamu ke
rumah orang bujang. Ini baru kira betul perigi cari timba. Perigi yang sudah
terdesak, demi anak tersayang. Kasihan kau Mila, tak pasal-pasal nama Mila di
pergunakan.
Lagu untuk Mila. Bukan Micheal.. Mila ma belle (my beuty..)
Sont les mots qui vont tres bien ensemble
Tres bien ensemble..
No comments:
Post a Comment