Saturday 2 August 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 66 (Final)


Akhirnya selamat di selesaikan. Harap pembaca setia dapat membacanya kerana saya akan delete 15 chapter terakhir dalam beberapa minggu lagi.
Harap Maaf!
BAB 66 (Final)

 Karl dan Erin tenang duduk di kerusi, hanya menunggu pengumuman untuk boarding. Sudah lama perancangan untuk melawat Mama Suzi akhirnya tercapai jua. Mereka menuju ke Geneva, melawat mama Suzi dan juga cuti 2 minggu honeymoon. Tambahan pula kehadiran mereka diperlukan oleh Mama Suzi untuk membantunya berkemas, kerana dia sudah menamatkan perkhidmatannya di Geneva, Switzerland dan akan ditukarkan ke Beijing, China pula. Erin berjanji membawa Karl menjelajah ke tempat-tempat yang pernah dia pergi. Kali ini pastinya kunjungan yang paling indah, kerana Karl ada bersama. 

Indahnya Takdir Mu - Bab 65


BAB 65

Erin mencari-cari meja yang telah diberitahu penaja tentang lokasi mejanya. Matanya melilau tidak tentu hala.

Ishy.. sorang sorang begini memang mati kutu dibuatnya. Pengunjung tidak ramai lagi kerana hanya staff dan mereka-mereka yang terlibat sahaja kelihatan mundar mandir didewan yang besar itu. Lagi pun Pesta Buku hanya akan dibuka untuk orang awam bermula pada jam 10.00 pagi, masih ada 15 minit lagi untuk mencari.