Thursday 30 October 2014

30 jam - bab 14



Bab 14

Jari Erin terhenti lagi. Memang idea datang mencurah-curah. Yang perlu difikirkan, adalah olahan ayat yang tepat, agar pembaca faham apa yang hendak disampaikan. Yalah, walaupun ianya hanya imaginasi penulis, kena juga logic. Jangan pula seperti cerita animasi walt Disney sahaja. Mahu pembaca jueh bibir. Hendak menipupun biarlah berpada-pada. Jangan sampai tidak masuk akal. Tetapi Erin menulis dari pengalamannya. Namun ada juga tokok tambah yang tidak berlaku, kena juga tambah sikit asam garamnya agar cerita lebih menarik. Bukan gitu!
Pembaca sekarang sudah semakin cerdik. Bukan boleh main hentam kromo hendak menipu mereka hidup-hidup. Silap-silap ada yang kena tegur berbakul-bakul. Mahu malu penulis dibuatnya!