Tuesday 29 December 2015

Mungkin Ya - bab 8



Bab8

Di Malaysia
 
“Bang, macammana agaknya kita hendak dapatkan duit beli tiket si Amy dan budak-budak tuh?” tanya Mona si ibu.
Tidak tergamak dia melihat Pak Aminuddin, yang sedang memandang jauh keluar. Silap-silap lamunan sudah menyeberang Lautan Hindi!

Monday 30 November 2015

Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak - bab 7


Bab 7

 

Mata Amy perlahan-lahan terbuka. Nampak imbasan gerigi palang menegak,

“Eh! Kemana pula aku sekarang ini?” hati kecil Amy kini membuahkan bicara.

Diraut mukanya berkali-kali. Cuma mencerna apa yang sudah berlaku, Setahu Amy, kali terakhir dia bersama En. Helmi dan dua orang anggota polis tapi kini dia di mana?

Soalan yang tidak ada jawapan.

Tuesday 13 October 2015

Mood Menulis..

Nampaknya mood menulis sudah kembali. Insyallah saya akan consistent dengan penulisan saya ini selepas ini.  SELAMAT MAAL HIJRAH kepada semua yang singgah di Blog ini. Mulakan tahun baru dengan azam dan semangat baru, Aminnn

Monday 6 July 2015

Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak!- Bab 6



Amy melangkah perlahan, menyusur jalan menuju masuk ke pejabat Encik Helmi. Mata melilau, terpegun dengan keindahan seni bina bangunan yang dia bakal masuk.
Wahhh!! Gah dan cantik rupanya Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria ini ya!
Itulah pasal!  7 tahun terperuk di Cape Town, sampai tak ada masa langsung hendak menjengok Kedutaan, tempat yang sepatutnya semua rakyat Malaysia yang merantau jengok selalu. Sekurang-kurangnya jika ada apa-apa berita dari tanah air, boleh disalurkan. Ini tidak? Masing-masing buah hal sendiri. Bila sudah tersepit dan memerlukan bantuan barulah terhegeh-hegeh meminta simpati. Rungut Amy sendirian, memarahi dirinya sendiri akan kecuaian yang telah dia lakukan tanpa dia sedar.

Tuesday 2 June 2015

Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak! - Bab 5



Bab 5

“Kenapa sayang”, sambil Amy mencium kepala kedua-dua anak-anaknya yang sudah duduk di celah ketiaknya. Rindu sangat gamaknya.
Belumpun satu malam berakhir, sudah tidak boleh berpisah. Maklumlah mereka berada di rumah orang yang bukan keluarga, mahupun kawan. Hanya kenalan yang dikenalkan atas kawan! Sudah tidak tahu hubungan apa yang sepatutnya diberikan kepada pasangan baik hati ini. Sanggup membantu orang yang tidak ada pertalian darah langsung, melainkan saudara seislam.

Monday 11 May 2015

Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak - Bab 4


Bab 4

 

“Makan, jemput makan jangan malu, buat macam rumah sendiri” kata Encik Helmi menegur Amy. Encik Helmi perasan bukannya dia makan, asyik menguis-nguis nasi yang tidak banyak manapun di dalam pinggannya.

Amy mengangkat mukanya dan hanya mampu tersenyum. Termalu juga, tertangkap tidak menumpukan menekmati rezeki di depan mata.

Friday 8 May 2015

Mungkin Ya., Mungkin juga Tidak - Bab 3


Bab 3

 

Masih teriyang-iyang di telinga Amy apabila teringatkan apa yang telah dikatakan oleh si pemandu. “Master Azmi told me to make sure you and the boys arrived safely in Pretoria”

Patutlah dia tahu nama Amy dan patutlah dia sebok menjadi jurucakap dan penyampai maklumat!

Monday 27 April 2015

Mungkin Ya, Mungkin juga Tidak! - Bab 2



BAB 2

Suara hiruk pikuk di dalam bas, telinga sudah tidak tahu suara mana satu yang perlu tembus ke gegendang, corong telinga menerima segala nika bentuk bunyi! Yang Amy tahu, semua jenis suara boleh didengarnya bercampur-campur, kalah pasar borong. Namun Amy masih bersifat tenang, tidak mahu anak-anaknya panik. Yang pasti Amy tidak mengerti apatah lagi memahami, apa yang dia dengar. Semua suara yang didengar, hanya bahasa asing yang dia tidak faham sepatah haram. Mahu tidaknya, di Afrika Selatan ini mempunyai 11 dialeg yang sangat berbeza diantara satu sama lain. Bukannya dialeg seperti Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, sekurang-kurangnya tidaklah banyak bezanya! Daileg mereka terlalu berbeza antara satu sama lain, ibarat langit dengan bumi?

Thursday 23 April 2015

MUNGKIN YA, MUNGKIN JUGA TIDAK! - BAB 1



BAB 1

Amy memandang keluar tingkap bas. Laju sahaja bas dua tingkat yang dinaiki meninggalkan lepas satu pemandangan ke satu pemandangan yang memang tidak menarik perhatian Amypun. Tangan mengusap lembut rambut si anak yang tidur di atas pangkuan. Kemudian mata mengerling ke tempat duduk sebelah kanan. Seorang lagi anaknya. Amy senyum, si abang yang pulas tidur.
Amy memandang sayu ke arah kedua-dua anaknya, silih berganti.
“Maafkan mummy sayang.. mengheret kamu berdua ke kancah kehidupan yang realitinya tidak semanis seperti yang diharapkan..”bisik hati kecil Amy.
Dibibir mengukir senyum sedangkan hatinya, hancur berkecai, sudah tidak boleh di cantum lagi, walaupun menggunakan glue gajah! 

Wednesday 21 January 2015

Pengorbanan Cinta 3 versi - Bab 2



BAB 2

Suri, ibu si Uda mencapai huluran si anak.
Berbuai-buai ikan-ikan itu apabila beralih tangan.
“Cepat balik Uda?”tanya si ibu.
“Hendak ribut bonda..”jawab si Uda.
Si ibu hanya angguk.
Punyalah dia leka menganyam tikar sehinggakan dia tidak perasan keadaan cuaca di luar.
Tekun betul dia menghabiskan kerjanya.

Tuesday 13 January 2015

Pengorbanan Cinta Tiga versi - Bab 1



UDA DAN DARA

BAB 1

Uda memandang ke langit. Nampak awan hitam yang berarak berlahan di ufuk timur. Gaya seperti hendak hujan, dia perlu pulang segera. Takut pula terperangkap di dalam hujan, silap-silap menjadi mangsa rebut.
“Ya ALLAH, selamatkan aku..”kata Uda perlahan,
Dia memanjatkan doa agar dia mendapat perlindungan yang Satu.
Pandangannya terpaku ke arah beberapa ekor ikan yang sedang terkotek-kotek cuba bernafas di atas daratan.
Wahai ikan, manakan mungkin.
Wassalam kau ikan,

Saturday 10 January 2015

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 39 (Last)



Bab 39

Ke hulu ke hilir Khalid berjalan, menunggu keputusan pemeriksaan tulang sumsumnya. Dia gabra bagaikan menanti kelahiran anak sulung.
Jika sesuai, memang confirm Danny anaknya. 
Kemudian dia mara ke arah Eli yang diam, duduk bersandar di sofa.
Di belainya tangan Eli yang lembut.
“Sabar Eli, I berdoa ianya akan sesuai. I juga hendak lihat Danny sihat..“katanya membuat Eli tercegang.
Apa sebenarnya yang sedang dilakukannya.
Dia seakan-akan memberi harapan.
Adakah satu lagi harapan palsu, sama seperti yang pernah di berikan kira-kira 6 tahun lalu?
Eli sudah tidak mahu mengharap.
Cukup-cukuplah!

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 38



Bab 38

Perlahan Dr. Khalid mengikut langkah lemah Eli masuk ke dalam bilik.
Dia lihat terbaring seorang budak lelaki, berumur lebih kurang lima tahun.
Ahh.. ini pasti anak saudara kawannya Megat Amir yang dikatakan sakit.
Masih kawankah?
Atau sudah menjadi musuh beberapa minit yang lalu.
Sedangkan Khalid tidak faham kenapa si bekas kawan cukup marah kepadanya.
Sampai hendak kena penumbuk sulong!
“Lid, cuba you tengok betul-betul budak tu..“kata Eli, sayu
Khalid merenung wajah si budak.
Diamatinya, ada iras seseorang.
Budak itu ada iras dirinya sewaktu kecil.

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 37



Bab 37

“Didi, kau hendak pergi lawat kawan kita yang baru deliver baby boy tu nak? Lunch time nanti kita pergi“kata Tirah kepada Didi yang diam tidak berkotek, menyiapkan minit mesyuarat yang telah dihadirinya beberapa hari yang lalu. 
Sudah tiba giliran dirinya untuk menjadi pencatat minit, terpaksalah bertanggungjawab.
“Ah! Apa?“tanya Didi, baru perasan si kawan bertanyakan dirinya.
“Nak lawat Ayu, kerani depan tu. Dia dah dapat baby boy semalam. Dekat aje, kat hospital Serdang. Kita pergi lunch time nak?“ ulang Tirah, tetapi bersuara dengan lebih lengkap.

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 36



Bab 36

Megat Amir menghitung waktu. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi akan mencapai tiga bulan. Maknanya, dia akan pulang ke tanah air. Sudah tidak sabar hendak bertemu dengan seseorang, siapa lagi jika bukan “N“.
Megat Amir tersenyum sendiri apabila terbayangkan wajah Anne.
Tiba-tiba dia teringatkan doktor yang tertinggal wallet tuh!
Apeke namanya?
Mohd Khalid Hykal Mohd Sidek..
Oi! Ingat dia tu, kawan-kawan kau ke? Dia doktorlah! Dr. Mohd Khalid Hykal Mohd Sidek.
Ahhh.. baru betul.
Kata hendak berjumpa, tapi tidak berhubungpun?
Dialah yang kena make the first move? Takkan aku pulak?  Dia memang tak mahu jumpa tuh! Manis mulut aje. Entah-enta call card aku dah lama masuk bakul sampah. Amir bermonolog sendiri.
Apocot!!

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 35



Bab 35

“Ke Qatar?“tanya Amir kepada seorang lelaki yang duduk di sebelahnya.
Si lelaki hanya angguk.
Amir terus berbahasa melayu.
Dia sudah tahu, mesti lelaki melayu, kerana tidak ada kelainanpun di antara dia dan si lelaki yang dia tanya.
Kulit sawo matang, raut melayu terakhir, dan yang paling ketara dia memegang pasport sama warna dengan dirinya. Sempat pula Megat Amir kepoci, sampaikan pergerakan si jiran menyimpan pasport ke dalam poketnyapun dia nampak!
Megat Amir sengeh.  
“Saya pun..“kata Amir.
Dia yang menyoal, dia juga yang menjawab.
Tidak faham-fahamkah, jiran sebelah tidak layan?
Yang hendak mesra alam sangat tu kenapa?

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 33



Bab 33

Johan duduk di sofa lobby menunggu si teman.
Dia terawal turun, duduk-duduk sahaja dahulu.
Didi, nampaknya tidak bersamanya, biarkan aje dia berehat di bilik, bertemankan Arisa. Lagipun dia hendak bercerita something secret. Hanya teman tertntu sahaja yang harus tahu.
Jari jantan Dr. Johan ligat menekan abjad kecil telefonnya.
Dunia semakan canggih, membuat manusia semakin modern. Itulah sahaja cara orang modern menghilang kebosanan.
Apa lagi, jika tidak dengan dunia internet.
Kemodenan sudah menghilangkan erti sebenar keindahan hidup di dunia. Manusia leka dengan benda kecil itu dan hanya sebok mengadap sama ada komputer atau telefon.
Pergerakan hanya di dunia kecil masing-masing.

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 32



Bab 32

Pagi Sabtu yang agak mendung. Mendung sahaja, tidak hujan. Didi sudah melihat ramalan cuaca. Cuaca mendung di Selangor, tetapi cerah di Negeri Sembilan.
Didi memasukkan semua keperluan berkelah ke dalam bonet kereta Johan. Semua keperluan, tetapi tidak ada makanan. Berkelah cara modern. Makanan di beli sahaja di gerai yang banyak terdapat di sana kelak.
Sekurang-kurangnya makanan masih panas dan tidak buang masa.
Hanya perlu bayar.
Apa yang Didi bawa ialah sun block, cermin mata hitam, baju mandi muslimah untuknya dan baju mandi Rissa. Tidak ketinggalan seluar mandi baru buat Johan yang dibelinya di kedai sukan beberapa hari yang lalu. Johanpun tidak mengetahui yang Didi juga menyediakan pakaian mandi untuk dirinya. Didi main hentam beli, Didi tahu saiz seluar sang suami.
Tetapi ini pakaian sukan, samakah saiznya?

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 31



Bab 31

Terkelip-kelip Didi memandang ke arah suami yang buat muka selamba, walaupun tahu dirinya diperhatikan oleh si isteri.
Tekun membaca buku atau buat-buat tekun?
Bukunya tebal bukan main!
Didi menelek tajuk buku yang tebal.
Buku medical kut!
Perlahan Didi membaca tajuk buka,“Blink: The power of thinking without thinking. Oleh Malcolm Gladwell.“
Eh! Dari tajuk, sudah tahu, ini bukan buku medical?
Orang yang intelek sahaja yang suka membaca buku-buku jenis ini.
Bukan novel atau seangkatan dengannya!
Komik mentalah lagi!!

Saturday 3 January 2015

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 30



Bab 30

“Mana Danny?“tanya Johan kepada Eli.
Terus dia melabuhkan punggungnya di kerusi bulat restaurant Subway, fast food sandwiches terkenal itu.
Tempat yang selalu menjadi pilihan Eli untuk bertemu Johan. Biasalah, sandwich, makanan yang sesuai untuk mereka yang memikirkan kesihatan. Juga kepada mereka yang menjaga diet dan potongan badan.
“Danny dengan abang Amir..“jawab Eli bernada perlahan.
Nampaknya mereka berdating berdua..jangan ada orang yang nampak, sudah!
Johan mengerti, si abang yang hanya pulang setiap 3 bulan ke tahan air.
Berulang dari Doha dan KLIA sudah seperti menaiki bas sahaja.