Monday 30 November 2015

Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak - bab 7


Bab 7

 

Mata Amy perlahan-lahan terbuka. Nampak imbasan gerigi palang menegak,

“Eh! Kemana pula aku sekarang ini?” hati kecil Amy kini membuahkan bicara.

Diraut mukanya berkali-kali. Cuma mencerna apa yang sudah berlaku, Setahu Amy, kali terakhir dia bersama En. Helmi dan dua orang anggota polis tapi kini dia di mana?

Soalan yang tidak ada jawapan.

Leher berpusing 360 darjah. Muka berkerut seribu,

Hemm,, Nampak seperti berada di dalam lokap, ya di dalam lokap.

Kenapa dia di lokap?

Apa kesalahannya?

Laaa.. Pura-pura tidak tahu, bukankah awak sudah tinggal lebih masa, sudah menjadi seorang penjenayah, awak adalah seorang pendatang tanpa izin? Sama taraf dengan orang perahu Myanmar atau Bangladesh atau lebih mudah rakyat Indonesia yang bertebaran di tanah air yang tidak mempunyai dokumen sah! Lagi mahu tanya!!

Tiba-tiba muncul seorang lelaki orang puteh berjubah dengan rambut palsu gaya seorang hakim.. Dari mana pula datangnya si lelaki, tiba-tiba menjawab soalan yang tersirat di dalam dada Amy.

Eh! Bukankah dia berada di dalam lokap sekarang ini, apa ke hal pulak pakcik berambut palsu ini berada di lokap? Bukankah tugasnya di mahkamah?

Amy hanya tersenyum kelat..mengerti akan kesalahannya, dan kini baru dia tahu, dia sudah berada di dalam penjara. Confirm ..

“Tuan, di mana anak-anak saya?” tanya Amy dan memusingkan badannya ke arah si tuan hakim, tetapi si tuan hakim lesap dari pandangan.

Huh! Mulut Amy ternganga luas, boleh masuk banyak lalat jika berterusan.

“Apa ni?” jerit Amy sambil mengusutkan rambutnya.

“Eh! Mana tudung?”tanyanya lagi.

“Tolong saya.. tolong..Can someone or anybody help me! I really need to  what has happen, please..” laung Amy dengan kedua-dua tangan menggoyang tiang besi.”

“Tolong saya.. Toloooong..” laung Amy lagi.

 

“Madame.. Madame..” Amy membuka matanya, terhidang di depan mata seorang perempuan berambut perang memegang segelas air.  Amy menyapu mukanya, pasti air dari dalam gelas yang telah direnjis oleh si perempuan berambut perang itu.

“Cik Amy  tadi pengsan, tu yang Marali tolong sedarkan… siap terjerit-jerit minta  tolong tadi, buat saya gelabah!” terpusing kepala Amy mendengar suara lelaki yang Amy sudah tidak  berapa sanjung lagi setelah apa yang telah berlaku sekarang. Menyerahkannya ke pihak berkuasa.

Namun suara itu menyedarkan dirinya hanya bermimpi rupanya.

Dia belum lagi berada di dalam penjara, dan dia belum lagi dibicara. Aduh! lama lagi nampaknya dia akan berpeluang pulang ke tanah air. Berapa lama? Persoalan muncul tiba-tiba di minda Amy. Dia sudah tinggal tanpa dokumen yang sah lebih kurang empat tahun, adakah selama empat tahun juga dia perlu menginap di hotel yang di panggil penjara? Tentunya empat tahun yang sungguh terseksa kerana terpisah dengan kedua-dua anaknya. Ya ALLAH, janganlah ini terjadi. Selamatkan hambamu yang memerlukan pertolonganMu Ya ALLAH. Doa Amy bersungguh-sungguh di dalam hati. Hanya Dia yang mampu membantunya di saat ini.

“Cik Amy okey.. hemmm atau hendak merehat lagi. Kalau boleh saya hendak selesaikan segera. Ni ha, Mr. Hendrik dan Mr. Krista, Polis Gauteng (Pretoria adalah dalam daerah Gauteng). Saya sudah deal dengan mereka untuk Cik Amy dan anak-anak house arrest sahaja selama dua minggu di rumah saya. Lepas tu, Cik Amy boleh pulang Malaysia bila saya prepare emergency certificate. Macammana boleh?”kata Encik Helmi dan diperhatikan oleh dua orang Polis yang tidak mengerti sepatah haram bahasa Malaysia. Yang mereka tahu, apa yang dibualkan oleh Encik Helmi adalah mengenai mereka, terutama jelas terdengar nama-nama mereka disebut.

Tiba-tiba bagaikan ada satu cahaya yang menerpa ke wajah Amy. Amy tiba-tiba merasa lega dan Encik Helmi sekali lagi menjadi orang harapannya.

“Terima kasih Encik Helmi, hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya” kata-kata hati Amy yang tidak  terluah.

“Ya, saya okey… kita teruskan aje perbincangan. Saya ikut apa aje yang Encik Helmi aturkan untuk saya anak beranak. Saya sudah tak tahu hendak buat apa..” jawab Amy.

Perlahan Amy bangun dan menuju ke sofa yang sudah ada dua orang polis dan Encik Helmi yang sedang menunggu. Si cantik jelita berambut perang, yang entah siapa namanya yang disebut Encik Helmi, beredar tanpa perlu disuruh.

Sedangkan hati sudah berdendang gembira. Dia tidak perlu ke penjara, berjumpa dengan pak hakim lagilah tidak perlu.
Phoossshhh.. pergi kau Pak Hakim, dan satu bilik penginapan di Penjara Pretoria sudah kosong, boleh diberikan kepada penghuni lain

1 comment:

Rose Ezadora said...

Okey tak flow cerita ini?