Thursday 29 August 2013

MENGHARAP DITANJUNG HARAPAN BAB 5

 Bab 5



Pagi ini Hani lalui seperti biasa, tiada apa yang luar biasa. Di akhir tugasnya ke tempat pesakit mangsa bunga api seperti semalam. Pesakit yang bernama Khasif. Pesakit itu perlu dilawati dan memberi rawatan yang diperlukannya. Hani dan Dr.Hisham memeriksa setiap pesakit dan mencatatkan progress setiap pesakit yang telah dirawatnya.Hani pula sebok juga memastikan semua ubat telah diberi mengikut jadual, sebagai menyambung tugas yang telah di jalankan oleh perawat yang bertugas malam.Dr. Hisham berada lama di katil Khasif, lantas memanggil Hani untuk mengganti balutan baru.
Nurse yang murah dengan senyuman ini tersenyum lagi, teringatkan dirinya sebelum tidur semalam. Memang benar, nasib baiklah dia tidak termimpikan si pesakit mumia itu. Kalau tidak pasti terbocor rahsianya jika Ella terdengar nama sipesakit mumia itu disebut Hani.
Hani mendengar arahan Dr. Hisham selanjutnya apa yang harus Hani lakukan. Hani tekun mendengar arahan.

Thursday 8 August 2013

Mengharap di Tanjung Harapan Bab 4

Bab - 4

MTH

“Tik.. tok..tik..tok” hanya kedengaran pendulum dari jam dinding yang setia berdetik tanpa segan menghayun pendulum ke kiri dan ke kanan. Jarum jam pendek menunjukkan sedikit jauh dari angka 1, jarum yang satu lagi menunjukkan angka lima... ahh..sudah pukul 1.25 pagi.
Hani masih berguling ke kiri dan ke kanan. Dia resah malam ini. Sekejap di peluknya bantal, sekejap bantal menutup mukanya, sekejap di tepuk-tepuknya..
“Kenapa tak boleh lelap pulak mata ni…isyh..” gelisah tidak tahu apa puncanya, geramkan matanya yang tidak mahu menerima arahan tuannya untuk lena malam ini.
Hendak di katakan panas, mustahil.. diluar sejuk giler. Hendak dikatakan sejuk, heater minyak tercogok di hujung katil sudah hampir mencicah kakinya, begitu rapat sekali Hani melunjur kakinya untuk mendapatkan haba yang paling maksima.

Thursday 1 August 2013

MENGHARAP DI TANJUNG HARAPAN BAB 3

Bab 3




Bila jam hampir 10 malam, Hani memohon untuk pulang. Memandangkan kurang selamat seorang perempuan memandu sendirian sejak kebelakangan ini. Macam-macam perkara disiarkan dalam akhbar. Banyak berlaku jenayah yang luar biasa dan yang tidak diduga. Jenayah berleluasa kerana krisis ekonomi dan keadaan politik yang tidak stabil. Ditambah pula dengan angka penganguran yang saban hari semakin meningkat.
Hani meninggalkan Restaurant Ummi Khadija dan memandu menuju ke rumah kluster yang didudukinya sejak bergelar isteri kepada Khasif. Rumah hadiah perkahwinnannya. Hani tidak tinggal di Bo Kaap, tetapi di De Waterkant. Daerah bersebelahan sahaja. Pemanduannya perlahan, kerana Hani tidak cekap memandu diwaktu malam, mungkin kerana silau lampu jalan.Jika perjalanan mengambil 20 minit, tetapi di waktu malam mungkin 25 malah mungkin lebih.