Pagi ini Hani lalui
seperti biasa, tiada apa yang luar biasa. Di akhir tugasnya ke tempat pesakit
mangsa bunga api seperti semalam. Pesakit yang bernama Khasif. Pesakit itu
perlu dilawati dan memberi rawatan yang diperlukannya. Hani dan Dr.Hisham
memeriksa setiap pesakit dan mencatatkan progress setiap pesakit yang telah
dirawatnya.Hani pula sebok juga memastikan semua ubat telah diberi mengikut
jadual, sebagai menyambung tugas yang telah di jalankan oleh perawat yang
bertugas malam.Dr. Hisham berada lama di katil Khasif, lantas memanggil Hani
untuk mengganti balutan baru.
Nurse yang murah dengan
senyuman ini tersenyum lagi, teringatkan dirinya sebelum tidur semalam. Memang
benar, nasib baiklah dia tidak termimpikan si pesakit mumia itu. Kalau tidak
pasti terbocor rahsianya jika Ella terdengar nama sipesakit mumia itu disebut
Hani.
Hani mendengar arahan
Dr. Hisham selanjutnya apa yang harus Hani lakukan. Hani tekun mendengar
arahan.
“Joe, tolong ambil wheel
chair” Hani meminta bantuan Johan, pembantu hospital untuk membawa Khasif ke
bilik khas untuk membuka balutan lama dan diganti dengan balutan baru seperti
yang diarahkan oleh Dr. Hisham untuk menukar balutan.
Sejurus kemudian
kelihatan Johan, pembantu hospital menyorong kerusi roda.
“Sir, I have to take you
to the other room to change the bandage” Joe meminta kebenaran untuk berbuat demikian.
Hanya anggukan kepala
sahaja tanda setuju.
Johan mengangkat Khasif
turun dari katil dan membantunya duduk di kerusi roda, Hani hanya memegang
kerusi roda agar tidak bergerak.
Johan menyorong kereta
sorong ke bilik yang dimaksudkan.
“Sir I need to cut the
bandage, please tell me if its hurt.hah okey..”lembut sahaja penerangan Hani, meminta
diberitahu sekiranya dia terasa sakit sewaktu balutan ditukar.
Dengan perlahan dan
berhati-hati Hani membuka balutan.Di balutan terakhir, pesakit Khasif
mendesiskan mulutnya, pasti sakit agaknya.
“Sakit ya? Ophs..Is it
hurt sir..”
tanya Hani. Tersasul bercakap melayu pula.
Hanya anggukan perlahan
sebagai response.
“Sorry, I will try my
best to take it out slowly..this time ya?” katanya, menyakinkan pesakit
itu, lembut sungguh bicara Hani.
Ibarat memberi gula-gula
untuk mengelakkan seorang kanak-kanak dari menangis.
Bagaikan ada satu
perasaan sebaik sahaja mata Hani bertentang mata dengan pesakit yang bernama
Khasif, tetapi Hani teruskan juga tugasnya, walaupun hatinya terasa janggal.
Bukan dia tidak biasa, selalu ditenung oleh pesakit lelaki. Sejak dari hari
pertama dia bertugas, selalu dia menjadi mangsa tenungan gatal lelaki. Tidak
memadan sakit.
Hani mengunting perlahan
balutan. Akhirnya terlerai balutan lama. Kelihatan kulit yang terbakar sudah
menjadi sedikit kering hanya ada sedikit bahagian yang agak basah dan sedikit
berdarah. Dalam sehari dua lagi akan mengelupas. Kulit yang sudah hitam dan
kering akan diganti dengan kulit yang baru. Dengan menggunakan gunting khas,
Hani mengepit gauze yang sudah disapu ubat. Hani menyapu ubat di bahagian yang
masih memerlukan rawatan. Hani sungguh berhati-hati. Terlalu dekat dengan
kepala pesakit, sehinggakan Hani dapat rasakan hembusan nafas sipesakit menala
kearahnya.Hempas hempus dia menghela, seperti takut sahaja, atau perasaan lain,
Hani tidak pasti.
“Ouch!!..” terdengar
suara Khasif mengaduh.
Khasif menarik dirinya
kebelakang sedikit, mungkin sebab rasa kepedihan.Kepalanya yang botak kini
sudah kelihatan anak-anak rambut yang mulai tumbuh.
“Oh…I’m sorry Sir..
it is hurt!!” soal Hani, terkilan membuat pesakitnya merasa sakit, rasanya
dia sudah cukup berhati-hati tadi sewaktu di lapisan yang terakhir.
“Tiiidak..” jawabnya.
Hani terkejut dan
sedikit menjauhkan dirinya. Biar betul, dia dengar sipesakit asing ini
berbasaha Melayu.
“Eh.. Encik pandai cakap
Melayu ke” terkejut Hani, yang selama ini lelaki itu berdiam diri kerana tidak
mengerti, rupanya..dia faham.
Nasib baik Hani tidak berbicara
lebih-lebih.
Khasif hanya
menganguk-angguk “Sikit-sikit, simple words” jawabnya
“I have been here many
times..”
jelasnya lagi
“Oohh..that goods, you
learn and try to speak Malay..” kata Hani lagi
“Okey, from now on, I
will speak Malay with you, ask me if you don’t understand ya..” tujuan Hani
bukan untuk membantu Khasif menguasai bahasa Melayu, tetapi sebenarnya sekadar
untuk membuat Khasif lebih selesa.
“Really? You teach me
Bahasa.., I really appreciate it..” dengan mata yang bersinar-sinar gembira,
Hani ingin menjadi private tutornya.
“Why not..” soal Hani pendek,
tetapi tangan masih ligat membersihkan luka dikepala. Apabila berbual mesra
begitu pesakit lupa yang dirinya sedang dikerjakan oleh Hani. Mudah sikit untuk
Hani menjalankan tugasnya.
‘why you want to learn
Malay..”
tanya Hani, sengaja untuk memulakan bicara, juga secara tidak langsung untuk
mengelak agar si pesakit menjadi bosan.
“Easy for me to tackle
Malay girls.?.” menjawab dia, boleh tahan jawapannya, serious atau it’s just
a joke.
“Haa…if that the main
reason, I’m sorry, I cannot help you..” kata Hani jujur.
Hani sengaja menyakat
Khasif, dia tahu Khasif juga tidak serious dengan kenyataannya.
“Ada ke nak tahu bahasa
Melayu sebab nak mengurat perempuan melayu.. kalau nak tackle perempuan, tak
perlu belajar bahasa. Bahasa apa saja pun boleh.. macam bahasa isyaratpun orang
faham..”bisik hati Hani. Seperti apa yang berlaku sekarang ni, berapa ramai
gadis melayu yang tersangkut dengan lelaki Bangla, lelaki Nepal, lelaki Afrika.
Lelaki Indon tak usah dipertikaikan, kerana mempunyai bahasa yang sama. Ni..
yang mempunyai bahasa lain sama sekali, boleh juga mereka berpasangan, tak
perlupun belajar bahasa bagai. Tup-tup aje dah ajak nikah. Bawa balik kenegara
mereka, siperempuan dah tak tahan hidup susah. Mana tidaknya, ada tu yang kena
kerja pecah batu, atau makan sekali sehari.Masa tu baru teringat, ada silap
tang mana? Entah silap tidak memahami apa yang telah dijelaskan oleh si lelaki.
Mungkin dia ingin memberitahu keadaan sebenar, tetapi disebabkan siperempuan
tidak tahu bahasa yang hendak disampaikan, hanya mengangap, semuanya indah.
Eh.. apa pulak melalut kesah orang kahwin bangla ni.. Hani.. oi nurse Hani!
“Nurse.. nurse..”
terkejut Hani yang dia tidak perasan namanya dipanggil. Asyik leka dengan kesah
gadis yang kahwin bangsa asing.
“Ya.. sorry..”
termalu Hani, tertangkap mengelamun.
“How much longer, I have
to stay here” tanyanya
“I have no idea, but
surely I can find out from the Doctor?, maybe a few more days or maybe less,
why? Dont want to see my face anymore? ” nada bergurau Hani
Sambil tersenyum dan
mengeleng-gelengkan kepalanya
“No, because I‘m afraid,
I wouldnt be able to see you anymore..” jawab Khasif.
Terkejut Hani, hampir
sesak nafasnya, biar betul apa mamat ni kata, atau hanya bergurau. Hani yang
beri jawapan tadi yang memberi dia idea untuk menjawab sedemikian, gasak
kau.Baru beberapa saat, Hani memikirkan nasib gadis yang bersuamikan orang
asing.Hampir 90 peratus mempunyai masalah. Ini, Hani hendak terjebak? Lelaki
afrika pulak tu.. nauzubillah. Sudah pupuskah lelaki Malaysia. Tersenyum Hani.
Namun dilindungnya perasaan kurang senang itu.
“Who said you cannot see
me anymore, you are most welcome to visit me anytime , you know where to find
me is’nt it?” Hani hanya cuba berbahasa, mengetahui pesakit ini tidak akan
menjengoknya.
Perkataan sebegini
selalu didengarnya dari pesakit-pesakit yang terdahulu. Bukan dari mulut si
pendatang ini seorang. Sebelum keluar wad bukan main manis mulut, nanti kita
jumpa lagi, jemput ke rumah dan macam-macam lagi.. tetapi bila sudah sihat, tak
muncul pun, bayang pun tak nampak. Tambahlah pulak orang asing.. emm.. lagi
lah.. balik ke negara mereka terus lesap.
“Oh ya!.. I’m glad to
hear that..”
katanya. Hani hanya tersenyum.
Perbualan begini sudah
biasa baginya. Hanya sekadar berbual untuk mengisi masa yang terluang, tidak
lebih dari itu. Janji kerja yang diamanahkan kepadanya beres.
Kacak jugak mamat ni
walaupun kepala botak, kalau senyum lagi mengoda Bertuahlah girlfried dia, kata
Hani di dalam hati sambil tersenyum sendirian. Sempat pula memberi komen anak
teruna orang. Hemm… teruna.. entah-enah sudah ada anak berderet di Afrika
Selatan sana tu.., mana Hani tahu.
“why are you smiling? Tegurnya lagi.
“Are you laughing at
me?” dengan suara yang agak tinggi apabila tiada jawapan yang terima dari
Hani, malah Hani terus tersenyum.
“no…no..” jawab cuak Hani,
tidak menyedari rupanya dia diperhatikan.
“You look beautiful
when you smile” kata Khasif.
Sakit-sakitpun nak
mengayat ke?didalam hati Hani. Kalau senyum aje cantik, kalau tak senyum tak
cantik ke?.
Hani membalut semula
kepalanya dengan balutan yang baru, tapi kali ini tidak menutup muka.Seperti
pak haji baru balik Mekah aje rupanya dia.Balutan di kaki juga di tukar. Nampak
kelibat Johan, Hani melambai tangan meminta untuk membantunya membawa Khasif
semula ke katilnya. Hani membantu Khasif untuk naik semula ke katil.Matanya
tidak berganjak dari merenung Hani. Hani rasa tidak tentu arah, tetapi Hani
buat tidak nampak sahaja. Hani tahu dia hanya menjalankan tugas seperti yang
telah diarahkan kepadanya untuk dilakukan, tidak lebih dari itu.
“Are you comfortable
now?”
tanya Hani..
“Ehemm.” jawabnya.
sambil membetulkan kedudukannya supaya lagi selesa.
“Nurse, could you help
me” Hani mendekatkan
dirinya
“Yes..” menjawab tegas
”Can you put up right
the bed a little ..” dia ingin bersandar dengan selesa, tetapi katilnya di posisi
untuk baring, bukan untuk duduk.Hani mengeliling katil dan memusing alat di
penghujung katil untuk menaikkan sedikit kepala katil seperti yang di
kehendaki..
”Okey now..”
tanya Hani
“Yes, thank you..”
jawabnya kerana berpuashati, gembira di perlakukan begitu.
“Terima kasih” jawabnya
sekali lagi dalam bahasa Melayu.
“Hem.. dan jumpa lagi..“
sambungnya.
Hani hanya berdiri
mendengar setiap patah perkataan yang terkeluar dari bibirnya yang merah. Sedap
pula dengar orang asing berbahasa Melayu. Hani rasa bangga, ada juga orang
asing yang berminat dengan bahasa ibundanya.
Ada-ada mamat Afrika
ni.. nasib baiklah kau sakit. Sabar ajelah Hani !! tersenyum dan berjalan
keluar dari bilik pesakit bersama mamat afrika yang banyak songeh.
“Yang penting aku tidak
terjebak.." bisik hati Hani.
No comments:
Post a Comment