MTH
“Tik.. tok..tik..tok” hanya kedengaran pendulum
dari jam dinding yang setia berdetik tanpa segan menghayun pendulum ke kiri dan
ke kanan. Jarum jam pendek menunjukkan sedikit jauh dari angka 1, jarum yang
satu lagi menunjukkan angka lima... ahh..sudah pukul 1.25 pagi.
Hani masih berguling ke kiri dan ke kanan. Dia
resah malam ini. Sekejap di peluknya bantal, sekejap bantal menutup mukanya,
sekejap di tepuk-tepuknya..
“Kenapa tak boleh lelap pulak mata ni…isyh..”
gelisah tidak tahu apa puncanya, geramkan matanya yang tidak mahu menerima
arahan tuannya untuk lena malam ini.
Hendak di katakan panas, mustahil.. diluar sejuk
giler. Hendak dikatakan sejuk, heater minyak tercogok di hujung katil sudah
hampir mencicah kakinya, begitu rapat sekali Hani melunjur kakinya untuk
mendapatkan haba yang paling maksima.
Kaki mencari selipar tidur, bangun perlahan lalu
mengapai gambar persandingannya yang tidak pernah beralih tempat sejak 6 tahun
lalu, terletak di atas meja sisi katilnya. Frame gambar yang ada gambar
sepasang pengantin yang sedang tersenyum gembira dengan aksi yang sungguh
romantis. Pengantin lelaki yang berbaju songket penuh ungu lembut siap
bertanjak sedang memeluk erat pinggang pengantin perempuan yang berkebaya warna
sedondon dan bertudung puteh, ada tiara kecil di kepala. Gambar persandingan Hani
dan Khasif. Frame gambar dipeluknya, badan dibaringkan perlahan dengan frame
masih didalam pelukan, mata sudah mula berkaca menahan sebak, sudah tidak dapat
dibendung, akhirnya mengalir juga air jernih itu perlahan-lahan turun ke pipi
tanpa dipinta.
Tangan menyapu perlahan pipi sendiri, namun ada
lagi yang air yang berlumba-lumba membasahi kedua-dua belah pipinya. Walaupun
tiada terdengar esakan, tetapi melepaskan pilu dihati dengan menangis dalam
diam. Menangislah, jika itu boleh meredakan hatimu.
Lamunan Hani mengimbau peristiwa 6 tahun lalu,
masih jelas diingatan, bagaikan baru berlaku kelmarin. Detik pertemuan yang
tidak diduga. Dari hubungan diantara perawat dengan pesakit, menjangkit pula
sebagai sahabat terus pula melarat menjadi kekasih dan akhirnya sebagai suami
isteri. Sudah di takdirkan oleh ketentuanNYA, dia ditemukan untuk menjadi
jodohnya.
****
(6 tahun yang lalu)
Hospital Putrajaya.. Ya, Hospital Putranya di
sinilah segalanya bermula. Hani bertugas sebagai jururawat di hospital yang
canggih dan modern ini. Lokasinya yang strategik di tepi lebuhraya MEX dan
terletak di atas bukit yang tidaklah begitu tinggi tapi mampu di lihat dari
jauh. Setanding dengan bangunan-bangunan yang indah-indah di Putrajaya, di
lengkapi dengan beberapa buah tasik buatan yang di jaga rapi telah menjadikan
destinasi tumpuan para pelancung untuk melawat ke Putrajaya. Sentiasa dihembus
oleh angin segar yang nyaman. Bikin pesakit rasa tak mahu sembuh kerana ingin
tinggal lebih lama lagi. Ibarat berada di chalet kos sederhana, maklumlah
makanan disediakan tepat pada waktunya dan ada perawat-perawat cantik dan
doktor-doktor muda yang merawat mereka, memang satu package lengkap. Tetapi
package ini termasuk sekali dengan seksanya dipaksa mengambil ubat, kerap kali
di ambil darah dan juga kekap diberi suntikan.
“Nurse Hani.. Nurse Hani Asmara” terkejut Hani
dan menoleh di belakang, mencari suara memanggil namanya. Cemas sahaja suara
sipemanggil.
“Ya Doktor” menjawabnya dengan pantas berjalan
menuju kearah suara apabila Dr. Hisham, doktor yang menjadi ketuanya di ward
itu memangilnya.
“Could you assist me
with this patient, his is a foreigner, fireworks accident severe burned all
over body”
Dr. Hisham memberi maklumat yang Hani perlu tahu sambil berjalan pantas menuju
ke arah yang di bawa oleh Dr. Hisham.
“His..”, tentunyalah pesakit lelaki. Hani
memikirkan jantina pesakit seperti yang dikatakana oleh Dr. Hisham.
Teringat Hani akan Berita yang ditontonnya di
TV3 malam tadi. Majlis Pembukaan Pesta Bunga Api Tahunan yang memang menjadi
daya tarikan para pengunjung di Putrajaya tahun ini telah berlakunya satu
kemalangan di mana, salah satu bunga api telah tersasar dan mencederakan ramai
para pengunjung. Pelancung asing juga tidak terkecuali. Mana silapnya tidaklah
diketahui olah Penganjur. Penyiasatan punca malapetaka ini sedang rancak
dijalankan.
Hani lihat dikaca TV ramai pengunjung
bertempiaran cuba menyelamat diri masing-masing, juga terdengar jeritan di sana
sini. Insiden ini dapat dilihat sepenuhnya kerana pembukaan tersebut diberi
liputan langsung disemua station TV tanahair dan antarabangsa sempena hari
pembukaannya. Itulah, jika dahulu melihat kemalangan seperti itu berlaku diluar
negara, tetapi kali ini dinegara sendiri.
“Malu betul..” itu sahaja yang dapat Hani
diungkapkan malam tadi sendirian. Tetapi siapalah yang dapat menduga semua ini
akan berlaku. Malapetaka bagi penganjur dan mangsa, tetapi bagi Hani, bukan
malapetaka, malah rahmat, kerana disinilah bermulanya kesah cinta yang tidak
pernah dirancangnya bermula.
“Yes Dr…. which patient
Dr.?”
Tanya Hani lembut.
Dr. Hisham menghulur charta board kepada Hani.
Tertera nama Khasif Mostafa, bangsa Afrika Selatan. Hani menyambutnya dan
mengekori Dr. Hisham.Mereka berjalan pantas beriringan.Rupanya bilik pesakit
hanya selang beberapa bilik sahaja dari Bilik Enggang.
Bilik yang biasanya menempatkan 4 pesakit, hari
ini kelihatan dihuni oleh 6 orang pesakit.Mungkin ramai mangsa yang memerlukan
katil, akibat kejadian malam tadi.Kelihatan di katil, seorang lelaki yang
berbalut di kepala dan kelihatan kaki kanannya tergantung.Hanya kelihatan mata
dan mulutnya sahaja.Hani kurang pasti rupa lelaki ini, tetapi dari sedikit
kulit lengan yang terselamat, orang ini kelihatan berkulit puteh merah.
Pandangan Hani terus tertumpu kepada seorang pesakit ini, nampaknya pesakit ini
mengalami kecederaan yang paling teruk di bandingkan pesakit-pesakit lain.
“Mat salleh agaknya ni..”Lelaki ini mengalami
kecederaan teruk di kepala kerana serpihan bunga api telah dikatakan membakar
rambutnya dan lebih memburukkan keadaan lelaki ini telah dipijak oleh
pengunjung-pengunjung yang mahu menyelamatkan diri didalam keadaan huru hara
malam kejadian itu.
“Kasihan, mungkin warded malam tadi tu, teruklah
si Mas malam tadi ya, pasti ramai lagi mangsa, nasib baik tak ada yang mati,
buat malu Malaysia aje” rungutan Hani dalam hatinya… rasa sempati pada temannya
Masayu yang bertugas malam.
“Hani, he is a
foreigner, I give you full responsibility to this patient and we are waiting
more information about him from the police and immigration. His leg got third
degree burnt, luckily his face only suffer first degree. We will try to help
him” Terang Dr. Hisham
terus menghala kepada pesakit yang Hani terpandang tadi.
Hani hanya menganggok-anggokkan kepalanya tanda
mengerti sambil tangannya yang lembut mencatit semua maklumat yang disampaikan
oleh Dr. Hisham kedalam buku kecil yang baru dikeluarkan dari poket uniform
putehnya. Sesekali membetulkan tudungnya.Hani harus peka dan faham apa yang
telah dijelaskan oleh tuan doktor.Jangan nanti yang sakit di bahagian kaki,
yang dibalut dibahagian tangan. Sah-sah tidak mendengar dengan betul apa
maklumat yang telah diberikan oleh tuan doktor. Jika ini yang terjadi, tunggu
sahaja surat saman yang akan menjengok!
Hani faham, kaki lelaki ini mengalami kecederaan
teruk kerana menurut Dr. Hisham, Third Degree Burnt, jika terkena jangkitan,
lelaki ini kemungkinan boleh kehilangan kakinya. Kemungkinan besar serpihan
besar bunga api tersebut jatuh dikaki, agaknya. Hani membuat andaian.Nasib
baiklah juga mukanya hanya mengalami kecederaan first degree, yang mana hanya
melecur di permukaan kulit atas sahaja, tidak dalam ke urat saraf, kalau teruk,
sudah pasti mencacatkan wajahnya seumur hidup.Yang pasti kulit kepala dan
rambutnya sudah hangus.
“Ya ALLAH selamatkan pemuda ini, dia mangsa
keadaan kerana berada ditempat yang salah dan di waktu yang salah, bisik hati
Hani.
Hani hairan, kenapa pulak Hani mendoakan lelaki
ini? Bukan Hani kenalpun dia, malah bukan ada apa-apa pertalian saudara,
mungkin cuma naluri seorang insan terhadap seorang insan lain yang ditimpa
musibah agaknya.Memang tepatlah Hani memilih kerjayanya sebagai seorang
Jururawat, jiwanya cepat tersentuh dan mudah rasa kasihan.
Dengan raut wajah yang ayu berkulit puteh,
hidung tidaklah pancung mana, sesuai dengan sepasang mata yang agak
kecil.Sekiranya Hani tidak memakai tudung, pasti sekali pandang seperti seorang
gadis jepun atau korea.Bonusnya dengan perwatakan Hani yang lembut dan sentiasa
senyum, membuat semua pesakit senang dengan kehadiran nurse Hani.
Hani perasan seorang pesakit yang di sebelah
kirinya seperti ingin duduk, tetapi pergerakannya terbatas di sebabkan balutan
di kedua-dua belah tangannya.Hani terus berjalan pantas menuju ke katil dan
terus membantu pesakit tersebut untuk duduk dengan beralaskan bantal.Pesakit
ini tidaklah seteruk pesakit yang telah di beri tugas oleh Dr. Hisham
kepadanya, nampakya hanya kedua-dua belah tangannya sahaja yang melecur, muka
dan kaki tidak tercedera.Hani gembira setiap kali dapat membantu pesakit-pesakit
yang memerlukan perkhidmatannya. Segera dibantunya pesakit ini.
“Terima kasih, nurse” jawab pesakit tersebut,
yang nampaknya seperti rakyat tempatan, berbangsa India.Ucapannya yang
seakan-akan ucapan David Arumugam, Kumpulan Alley Cats.
Hani tersenyum sendiri. “comfortable now?”
tanyanya dengan suara yang lembut.
“Yes, terimakasih” ulangnya lagi, sempat pula
mengelengkan kepala kiri dan kanan.
“Tadi kata comfortable, tapi geleng kepala
pulak, yang mana satu ni.” tersenyum sendiri Hani dibuatnya.
Sepanjang Hani berada dibilik tersebut, Hani
perhatikan mata pesakit yang berbalut tersebut memang terbuka, menunjukkan dia
sedar, cuma tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutnya. Hani juga tidak betah
untuk mengganggu pesakit ini, mungkin lain kali Hani akan memulakan
perbicaraan. Buat masa ini cukuplah sekadar senyuman yang diberikan dan
menjalankan apa yang seharusnya dibuat sebagai seorang perawat dan dia
meninggalkan Bilik Enggang menuju ke kaunter tengah.
“Leza, I dah habis duty hari ini, buku register
mana?”Tanya Hani kepada temannya yang sedang duduk di kerusi kaunter tengah.
“Teruklah kita, pesakit ramai ni..” ulas Leza
sambil mengambil buku register dan menghulurkannya kepada Hani.
Hani menyambut buku tersebut dan mencatat waktu
dia habis bertugas. Buku beralih tangan semula kepada Leza
“Jumpa esok, insyallah,” Hani bersuara.
“Bye” jawab Leza, yang sedang mengandung anak
sulung, tangannya mengusap-usap perutnya kelihatan bulat terletak cantik diatas
pehanya.
“Tunggu hari aje mak buyung tu..” bisik Hani di
dalam hatinya dan meninggalkan Leza
Hani berjalan menuju ke ruang lift dan
bersama-sama beberapa orang yang Hani pasti mereka adalah pelawat, pelawat yang
menziarah kaum keluarga. Bukan ke, ziarah menziarah kaum keluarga atau kenalan
dituntut oleh agama. Tambahan pula waktu lawatan sudah tamat. Hani menekan
punat lift untuk turun. Semua mata tertumpu kepada bulatan hijau yang
bernombor. Kelihatan tanda anak panah berwarna hijau menyala dan number menurun
dari tingkat 7. Sesampai tingkat 4, pintu lift terbuka, kelihatan sudah ada
beberapa penghuni di dalamnya.Hani memberi laluan kepada seorang makcik dan
cucu lelakinya untuk masuk dahulu dan di ikuti beberapa orang lain.Cucu kepada
perempuan tua tersebut menekan lift untuk membenarkan semua masuk, termasuk
Hani. Hani keluar di Level L dan berjalan laju menuju Kafeteria.Memang menjadi
kebiasaan Hani untuk membeli lauk sahaja sekiranya Hani bertugas siang.Mana
sempatnya dia memasak, setakat goreng telur dadar sempatlah.
Hani perhatikan tidak ramai yang berada di
Kaferia sewaktu itu, yalah sudah jam berapa?Jam tangan di belek.. hem..
patutlah 2.15 petang, orang sudah nak minum petang, Hani baru hendak makan
tengahari. Hani beratur bersama beberapa orang pelawat hospital, Hani dapati
tiada banyak pilihan yang boleh dibuat, tapi bagi Hani, itu tidak menjadi
masalah, janji perutnya yang sudah berkeroncong itu perlu di isi.Ada seketul
ikan atau ayam dan 2 jenis sayur sudah mencukupi.
Hani memilih seketul ayam masak lemak cili api,
kangkong goreng belacan dan menghabiskan semua ulam-ulam yang hanya tinggal
beberapa helai terus di sudunya sedikit sambal belacan. Memang pilihan yang
enak, bisik hatinya. SyukurAlhamdullillan.
“kena pulak dengan nasi panas..hem yummy” Hani
seterusnya menuju ke juruwang untuk membayar.
Bekas plastik berisi lauk yang di pilih dan
bekas polistrin untuk sayor dan ulam di hulurkan kepada juruwang.
“Berapa Encik?” tanyanya. Bungkusan beralih
tangan, sambil tangan pemuda didepan kaunter itu merasa berapa ketul ayam yang
telah Hani ambil.
“Ayam RM3, sayor dua jenis RM1.30 satu, nasi tak
ambil? ” tanyanya kearah Hani. Hani hanya mengelengkan kepala.
“Hemm.. RM5.30 sudah la..ya?” jawabnya.
Hani membuka purse yang telah sedia di pegangnya
sedari tadi dan mengeluarkan note RM6.00. Pulangan 50 sen di terimanya dengan
ucapan terima kasih.
Hani berjalan menuju ke pakir di mana kereta
Myvy putehnya di pakir.
Dari jauh, Hani menekan kunci untuk membuka
pintu sambil berjalan menuju kereta dengan sedikit mata di kecilkan,
memandangkan bahang cuaca petang yang perit.Hani mengenjakkan ponggongnya ke
kerusi pemandu dan menghidupkan engine kereta, terus kedengaran siaran radio
bersuara dan seterusnya menghidupkan penghawa dingin. Dibiarkannya aluran
siaran radio light and easy menemaninya buat seketika, lagu “Imagine, John
Lenon” berkumandang. Break tangan di lepaskan dan Hani memandu dengan perlahan
dan berhati-hati mengikut jumlah kelajuan yang dibenarkan keluar dari
perkarangan hospital menuju ke persint 10 rumah apartment yang di sewanya
berkongsi dengan seorang teman, memang tidak jauh dari hospital tempat dia
bertugas. Bertemankan John Lenon yang lunak mendendangkan lagu “Imagine”.
Lagu tak sempat habis, Hani sudah sampai rumah. Jalan kakipun boleh sampai
dirumah. Tetapi disebabkan malas punya pasal, sejengkalpun tetap hendak
berkereta.
(Masih lagi 6 tahun yang
lalu)
“Baru balik” tegur Kak Ida, jiran disebelah
rumah Hani.
Pintu rumah Kak Ida
nampak terbuka luas, memang dia sedang menunggu anak lelakinya pulang dari
sekolah gamaknya.Terdengar juga rengekan bayi perempuannya yang berusia 8 bulan
dari dalam rumah.
“Ahha Kak” jawab Hani
ringkas.
“Kerja siang minggu
ni”menjelaskan lagi pertanyaan Kak Ida. Orang tanya sepatah, Hani menjawab
panjang lebar pula.
Tersenyum sahaja Kak Ida
mendapat jawapan dari Hani. Bukan dia tidak tahu, jika Hani pulang diwaktu
begini, maknanya dia bertugas diwaktu siang. Saja melawa sebagai jiran sekadar
untuk beramah mesra, gitu...
Tidak lama kemudian
kedengaran tapak kaki seakan-akan orang berlari. Sah si Kunip, nama singkatan
manja, Haniff, anak lelaki Kak Ida sudah pulang, dan pastinya sedang lapar, itu
yang berlari menaiki tangga seperti di kejar anjing gamaknya. Baru dahjah satu.
Hani tersenyum
sendirian. Dengan lauk masih di jinjing, Hani terus ke dapur meletakkan
bungkusan di atas meja dan terus memasak nasi. Selesai menekan butang periuk
nasi, Hani terus ke bilik untuk bersalin pakaian. Uniform putehnya dicampakkan
ke dalam bakul raga yang berada di sudut bilik untuk tujuan di cuci dan
mencapai kain batik. Kain batik dipakainya dan tuala hijau digapai untuk
membersihkan diri. Selesai mandi dan beruduk Hani mengenakan kemeja T lusuhnya
dan berkain batik untuk menunaikan solat Zohor.Selesai solat Zohor Hani terus
menuju untuk menjamah rezekinya pada hari ini.Alhamdullillah.
Begitulah routine
hariannya, sama ada bekerja siang, mahupun malam. Berulang-ulang routine
hidupnya tanpa sebarang gangguan.
Butang remote TV di
tekan sebaik sahaja selesai makan.Sambil menekan-nekan lagi mencari siaran yang
sesuai untuk di tonton.
“Tak best langsung
rancangan hari ni” komplennya. Sedang Hani sebok mencari siaran yang entah
apa-apa, kedengaran kunci berlaga seolah-olah seseorang cuba membuka pintu,
tapi tidak dihiraukan. Dia tahu teman sebiliknya Noor Nabilah, cekmek molek
dari Kelate.Sebaik sahaja pintu dibuka terjengok gadis manis Ella dengan
sebelah tangannya menjinjing beg plastic bertanda Parkson Grand. Tersenyum
sinis Ella nama singkatan Nabilah.
“Gi Alamanda ke ?” saja
Hani bertegur, sedangkan sudah nyata Ella ke Parkson, bukannya ke tempat lain.
Terang-terang sudah ada
bukti, beg plastik Parkson, lagi mahu tanya.
”Ahha, ada sale Raya kat
Parkson, ni aku beli 1 blouse 1 skit untuk raya..50% off “ beriya-iya
bercerita, siap dengan memek mukanya lagi untuk mengukuhkan lagi berapa
hebatnya jualan murah Parkson yang dipotong harganya sehingga separuh.
“oh..awal keluar pagi
tadi, bangun-bangun aku tengok kau dah tak ada” Hani memulakan perbualan.
“aku off hari ni, esok
duty siang, lagi pun aku dah janji dengan Bad untuk sarapan sama, dia shift
pagi” Ella memberitahu keluar bersarapan dengan Badarudin, teman istimewanya.
”Ya ke, akupun shift
pagi minggu ni, tak jumpa pulak Bad pagi ni!” jelas Hani
“Dia kena di wad
Pediatric” jawab Ella
“Ooooh..” pangjang ooo
Hani, patutlah Badarudin tidak ditemuinya. Badarudin di wad lain.
“Akupun shift pagi jugak
minggu ni, aku kena di wad Enggang, ramai pesakit mangsa bunga api tu
la…kasihan. Kau dah makan?”
“Dah! kat Alamanda tadi,
aku nak mandi dan solat dulu!, panas betul hari ni..”Ella terus menuju ke
biliknya.
Mata Hani masih
memandang temannya sehingga pintu bilik Ella tertutup.Hani membuangkan
pandangannya keluar.Memang cuaca hari ini panas, mengiyakan kata-kata Ella
sebentar tadi.Tangan mencapai novel yang terletak di sisi meja kecil.Diperhatikan
kipas angin di siling berputar ligat, tetapi sayang tidak dapat mengatasi
bahang yang datang dari luar.
Siaran TV yang tidak di
tonton oleh sesiapa di matikan.
“Buang letrik aje, bukan
siapa yang tengok. Baca novel lagi best” tangannya mengapai Novel “Aku Yang Kau
Tinggalkan” yang telah Hani baca setakat bab 15.
Sedang Hani leka membaca
novel tersebut, terbayang wajah pesakit yang dibalut sehingga tidak dapat di
kenalpasti rupanya.
“Kenapa wajah lelaki ni
pulak yang bermain di kepala aku,mungkin aku kasihan melihatnya yang terlantar
seorang diri, tiada saudara mara yang datang melawat. Maklumlah bukan orang
tempatan, kasihan” tiba-tiba terkeluar dari mulutnya
”..apa nak di kata”
menjawab soalannya sendiri.
Dia sendiripun kurang
mengerti kenapa dirinya asyik teringatkan lelaki ini.
“Biarkanlah“ Hani cuba
menidakkan gerak hatinya yang dia sendiri kurang mengerti mengapa.
Setiap solat Hani
mendoakan kesejahteraan kepada keluarganya dan juga agar hidupnya di berkati
ALLAH selalu. Hani bergolek golek sendirian di atas katil bujangnya sambil
membaca beberapa bab lagi novelnya. Seperti selalu, Hani tidur sebelum jam 11
kerana esoknya bertugas pagi. Asyik teringatkan mamat berbalut seperti mumia
tu.. janganlah pulak sampai terbawa ke mimpi. Mahu nanya jawabnya. Hani
tersenyum sendiri, apalah fikir yang bukan-bukan. Nasib baik juga teringatkan
manusia yang berbalut mumia bukan hantu yang mumia. Mahu mengigau, buat malu
sahaja jika didengar oleh Ella. Hani senyum sendiri.
No comments:
Post a Comment