Bila jam hampir 10 malam, Hani memohon untuk
pulang. Memandangkan kurang selamat seorang perempuan memandu sendirian sejak
kebelakangan ini. Macam-macam perkara disiarkan dalam akhbar. Banyak berlaku
jenayah yang luar biasa dan yang tidak diduga. Jenayah berleluasa kerana krisis
ekonomi dan keadaan politik yang tidak stabil. Ditambah pula dengan angka
penganguran yang saban hari semakin meningkat.
Hani meninggalkan Restaurant Ummi Khadija dan
memandu menuju ke rumah kluster yang didudukinya sejak bergelar isteri kepada
Khasif. Rumah hadiah perkahwinnannya. Hani tidak tinggal di Bo Kaap, tetapi di
De Waterkant. Daerah bersebelahan sahaja. Pemanduannya perlahan, kerana Hani
tidak cekap memandu diwaktu malam, mungkin kerana silau lampu jalan.Jika
perjalanan mengambil 20 minit, tetapi di waktu malam mungkin 25 malah mungkin
lebih.
Sesampainya dikawasan perumahan, dipintu masuk
kelihatan pengawal sedang mengangkat palang besi untuk memberi laluan kepada
kereta Hani. Mereka sudah kenal kereta penghuni disitu.
Konsep Rumah Kluster merupakan satu kompound
yang mempunyai beberapa buah rumah di pagar dengan pagar eletrik dan setiap
tetamu perlu meminta kebenaran tuan rumah yang hendak di kunjungi, baru boleh
pengawal membenarkan pengunjung untuk masuk. Ciri-ciri keselamatan ini amat
Hani perlukan memandangkan dia sekarang tinggal sendirian di rumah 2 tingkat
peninggalan Khasif kepadanya ini. Rumah yang banyak meninggalkan kenangan indah
mereka berdua.
Hani menekan remote untuk membuka pintu garage
dan memakir kereta Honda Ballad hijau pekatnya. Dengan longlai dia keluar dari
kereta dan menekan remote garage sekali lagi untuk menutup pintu garage.
Terus membuka pintu utama dan memetik suis utama
lampu. Serta merta, rumah yang tadinya gelap sudah dipenuhi cahaya.Cahaya lampu
neon.
Alangkah sunyinya rasa di hati Hani, tanpa
Khasif disisi. Jika dulu ada juga Khasif teman suka dan duka, dan juga teman
bergaduh atau merajuk. Bak kata pepatah merajuk kepada yang sayang. Tetapi
kini, dia sendirian dirumah yang agak lapang dan luas untuk dihuni oleh hanya
seorang penghuni.
Setelah selesai membersihkan diri, Hani
menunaikan solat Isyak.Telekong dilipatnya kemas dan terus berbaring sambil
mencapai novel “Lafazkan Kalimah Cintamu”. Novel yang telah dikirim oleh
adiknya Shima 2 bulan lepas, kerana dia tahu Hani memang suka membaca Novel
Melayu sejak dari sekolah menengah lagi.
Baru sahaja beberapa bab dibaca, Hani telah rasa
cukup mengantuk dan terus terlena, mungkin kepenatan disiang harinya.
Kepenatannya ditambah dengan kemunculan Amjad yang tidak pernah jemu
mengodanya. Kenapalah begitu dia bersungguh memikat Hani yang dia ketahui balu
kepada teman karibnya sendiri. Banyak lagi perempuan atau gadis yang
cantik-cantik diluar sana, kenapalah Hani juga yang diburu. Tidak faham
Hani..Tunggulah kau Amjad, entahkan bila hatinya akan terbuka untuk menerima
pengganti Khasif. Buat masa ini memang masih tertutup rapat.. entahlah tidak
akan terbuka. Soal hati dan perasaan, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
***
Terkejut Hani dari tidurnya dengan bunyi burung,
seakan bunyi burung bangau, begitu kuat sekali bunyinya.Memang banyak burung
bangau disitu, kerana rumahnya dekat dengan sanctuary mergastua Cape Town.
Tangannya meraba-raba untuk menngapai jam yang terletak di atas meja sisi. Mata
masih kelat, dibuka matanya kecil untuk melihat jam tersebut. Jam menunjukkan
pukul 5 pagi.
“Dah subuh rupanya..” katanya perlahan.
“Patutlah burung dah keluar cari makan..“
omelnya lagi.
Dengan longlai Hani bangun dan mengikat
rambutnya dengan ikatan ekor kuda menuju ke bilik air untuk mencuci muka dan
memberus giginya. Terus beruduk untuk menunaikan solat Subuh. Selesai solat
diambil al quran kecil yang dibelinya di Mekah semasa menunaikan umrah bersama
Khasif beberapa bulan selepas bernikah sebagai tanda berbulan madu mereka.
Hani membaca beberapa baris ayat suci tersebut
yang telah dijadikan amalan setiap selepas solat. Selesai membaca, Al-Quran
kecil di simpannya semula di atas meja sisi, dan berbaring semula sementara
menunggu hari cerah. Bergolek Hani ke kiri dan ke kanan, lega sungguh.
Hari-hari cuti hujung minggu begini memang
membuat Hani sungguh terasa sunyi, dan seperti waktu itu berjalan begitu lambat
sekali, tidak seperti hari-hari bekerja sekurang-kurangnya masa berlalu begitu
pantas dengan kesebokan tugasnya. Terutama waktu musim cuti sekolah, seperti
waktu sekarang ini.
Afrika Selatan terletak di hemesfia selatan,
jadi jika musim dingin di utara, maknanya musim panaslah di selatan.Musim bunga
di utara, musim luruh di selatan. Sekarang ini di utara sedang summer holiday,
tetapi di selatan dengan winter holidaynya.
Novel digapai dimeja sisi, dibaca beberapa bab
lagi.Cahaya mentari perlahan-lahan menyelinap disebalik tabir tebal. Novel
diletakkannya semula dimeja sisi.Hani terus berjalan ke tingkap dan menyelak
langsir, hanya meninggalkan langsir sheer yang nipis sahaja.Kemudian Hani
membuka tingkap, angin dingin musim luruh menerobos masuk dan membelai
tubuhnya, cukup terasa dinginnya, terutama di waktu pagi begini. Dengan hanya
memakai pyjama satin kelabu belang kecil hitam, Hani membiarkan sahaja angin
dingin menerpa ke muka dan seluruh tubuhnya sambil meniup lembut pyjamanya yang
sudah sedia lembut. Hani juga memerhatikan langsir nipis beralun lembut
mengikut hembusan angin dan juga turut menyapa rambutnya. Tangannya menyisir
rambut separuh bahunya lalu diperkemaskan lagi ikatan ekor kudanya, kali ini di
ikat tinggi sedikit dan lebih kejap.
Dari jauh kelihatan di atas bukit, pokok-pokok
yang berbagai warna, kuning, coklat dan ungu.Yang pasti, kuning adalah pokok
maple, dan ungu adalah pokok jacaranda.
Jacaranda.. ahh.. bercerita mengenai pokok
Jakaranda, Hani jatuh cinta dengan bunga Jacaranda ini. Pokok yang hanya akan
berbunga setahun sekali dan hanya kembang bertahan selama 3 minggu setahun.Jika
diperhatikan pokok Jacaranda semasa musimnya, kelihatan hanya bunga, bunga dan
bunga, tanpa kelihatan daun, jika adapun hanya beberapa helai sahaja.Jacaranda
bukan tumbuhan asal Afrika Selatan, ianya berasal dari Brazil, mula di tanam
oleh pelaut-pelaut yang singgah di Cape Town pada awal kurun ke 19. Nah!
Setelah lebih dari 100 tahun bermastautin di Afrika Selatan, kini telah di
iktiraf sebagai kebanggaan negara ini. Pokok asing menjadi pokok kebangaan
negara lain.
Pertama kali menjejakkan kakinya di sini, Hani
cukup teruja melihat Jacaranda sehingga penat Khasif melayannya untuk bergambar
di atas taburan kelopak bunga jacaranda yang jatuh meliputi bumi. Tapi kini
hanya tinggal Hani, tiada lagi Khasif untuk menemani Hani mengutip
kuntum-kuntum Jacaranda yang telah gugur ketanah.Memang indah, setiap kuntum di
biarkan kering sehingga warna biru ungu menjadi kusam. Musim Jacaranda memang
di tunggunya setiap tahun.
Tetapi kini, setiap kali musim Jacaranda, hati
Hani sebak, dengan memori-memori indahnya bersama Khasif. Wahai bunga,
kehadiran kau setiap tahun cukup membuat diri ini terus mengingati seseorang
yang Hani sayangi.
Sedang Hani leka memerhatikan keindahan pagi,
pantas pula cahaya mentari menerangkan alam semesta ciptaanNYA, Hani melayan
kenangan sambil tersenyum sendiri.Masih terasa Khasif menemaninya tatkala
suasana begini. Bagaikan Khasif ada disebelahnya, turut sama menyaksikan
keindahan alam.
Betullah kata pepatah Melayu, bercerai mati
tidak sama dengan bercerai hidup. Bercerai hidup dapat dilupakan segala memori,
tetapi tidak dengan bercerai mati, memori masih kekal di sanubari.
Hani tak mampu melawan takdir, dia bersyukur
berjumpa dan bernikah dengan orang yang dikasihinya walaupun hanya
sekejap.Tuhan lebih mengasihinya. Walaupun hatinya pilu bila mengenangkannya,
tapi sebagai seorang Islam, Hani redha dengan ketentuannya. Yang tinggal kini
hanya memori indah, memori yang tidak mungkin dilupakan. Hani masih mempunyai
ramai lagi insan yang sangat mengasihinya walaupun dia sudah tidak ada apa-apa
ikatan lagi.Apa yang berlaku ada hikmahnya. Jalan hidup setiap insan telah
begitu cantik di atur oleh penciptaNYA.
Tersentak Hani dari lamunan, apabila telefon
bimbitnya berbunyi.
“Assalamulaikum, Sis, sorry to call you at
this hour” sangat jelas kedengaran suara Roseina, seperti Rosiena bercakap
di hadapan Hani gamaknya.
“Mualikumsalam Seina .. hey?” salam disambut
terkejut gembira mendengar suara Seina dihujung talian.
“We reached Kulalumpur,
KLIA, we are on the way to the Hotel..eh..Holiday Inn City Centre”termengah-mengah,
excited sungguh Seina hendak bercerita.
”Tired though, 10 hours flight, cannot sleep
but the food is good..the satay..ehh delicious” jelasnya lagi.
Seina .. Seina, memang kaki makan, hanya makanan
yang di ingatkannya… tahulah Ummi tu tukang masak terulung. Hani hanya senyum
dengan kata-kata Seina.
Tak sempat Hani hendak mencelah, Roseina cukup
ghairah hendak menceritakan kegembiraannya kepada Hani, Hani hanya mendiamkan
diri memberi laluan Roseina meluahkan kegembiraannya. Kali ini dia akan menjadi
pendengar sahaja.
Perbezaan waktu antara Afrika Selatan dan
Malaysia lebih kurang 5 jam, jika sekarang 6 pagi, sudah pasti di tanahair Hani
sudah 11 pagi. Hani percaya Roseina akan jatuh cinta dengan Malaysia, sama
seperti abangnya dulu yang sangat suka dengan Malaysia.
“Sis, sorry, did I talk
too much, how are you?, How is the office, everything ok?” bertalu-talu soalan
diajukan.
Awal-awal sudah bertanya pasal pejabat..Hisy..
buat-buatlah relax, enjoy your trip. Hani menaikkan matanya ke siling.
“Everything is fine
Seina…come on, you just left the office less than a day, don’t worry, I will
hold the fort, the most important thing is.. is you enjoy your stay there and
don’t forget to meet my sister Shima.. I will sms her about your trip there
okey?”..
jelas Hani
“Ummi?” tanyanya lagi
“Ya, I met her last
night, she’s fine too” sungguh dia tidak lupa bertanyakan khabar umminya. Nasib baik
Hani menjengok orang tua itu malam tadi, jika tidak, nampaknya dia tidak ada
jawapan kepada soalan Seina.
“ok, I better stop now,
I need to keep my cellphone battery before it’s run out.”Kata Seina lagi.
“e-mail me haa, Ok,
assalamualikum” menamatkan perbualan.
“mualikuam salam” jawab Hani perlahan. Walaupun
Hani tahu Seina sudah mematikan talian, pastinya tidak mendengar jawapan salam
Hani.
Hani tersenyum sendiri, terus ke bilik air untuk
membersihkan diri.Selesai di bilik air, Hani menuruni tangga spiral menuju ke
dapor untuk menyediakan sarapan. Sarapannya yang ringkas.
Disudut dapur kelihatan Manja, kucing
kesayangannya yang nampaknya masih melayan mimpi-mimpi indah didalam bakul yang
telah dikhaskan untuknya. Hani dapat melihat Manja mengerakkan telinganya,
menunjukkan dia peka akan kehadiran Hani, hanya mungkin malas untuk membuka
mata.
“Manja, bangun.. jangan malas” kata Hani,
seperti Si-Manja mengerti apa yang di katakannya.
Manja membuka separuh sahaja matanya dan terus
menggoyang-goyangkan ekornya. Tersenyum Hani melihat telatah kucing
kesayangannya. Hani terus mengusap badan Manja, terus sahaja kucing separuh
parsi itu bergolek meminta di usap perutnya pula. Manja memang terapi bagi
Hani, dialah juga peneman setianya sejak kebelakangan ini.
Terkenang Hani dengan penemuan Manja. Manja Hani
temui pada satu malam 3 tahun lalu, beberapa bulan selepas pemergian Khasif,
mengeow tidak henti di salah satu pokok renek di hadapan pintu rumah
Hani.Mulanya Hani tidak ambil peduli, di biarkannya, takut kucing kepunyaan
jiran, tetapi lama kelamaan jeritan kucing masih berterusan sehingga lewat
malam, seperti mengganggu pula ketenangan jiran-jiran lain. Hani mendekatinya
dan menurunkannya, terus memberikan susu, ketika itu tidak ada makanan.
Nasiblah kau kucing, makan apa sahaja yang ada. Sejak dari itu Manja menjadi
penghuni di rumah tersebut.Seperti mengerti sebenarnya Hani memang
sangat-sangat memerlukan seorang teman waktu itu.
Sudah menjadi kebiasaan sejak menjadi isteri
Khasif, Hani hanya bersarapan 2 keping roti bakar dan sebiji telor mata kerbau
dan juga secawan kopi O tanpa gula.Hani sudah tidak betah menyediakan nasi
lemak atau beehoon goreng yang sejak azalinya sebagai sarapan pagi sepanjang
umurnya di tanah air tercinta. Mungkin nasi lemak atau bee hoon untuk makan
tengahari atau makan malam, sebab ianya cepat dan mudah di sediakan. Tetapi itu
dulu, sekarang sudah berubah, dengan 2 keping roti bakar dan secawan kopi telah
mampu untuk dia bertahan sementara sampai waktu makan tengahari.
2 keping roti dimasukkan ke dalam toaster,
sambil tangannya memecahkan sebiji telor ke dalam kuali leper untuk di buat
scamble di atas dapor eletrik yang sudah di panaskannya tadi. Tidak sampai 5
minit sarapannya sudah siap dan Hani perlahan mengunyah roti sampai matanya
memandang keluar jendela dapornya.Kelihatan pengawal sedang membuat rondaan,
kelihatan juga beberapa buah kereta keluar masuk.Tidak di ketahui siapa
empunya, Hani kenal semua kereta jiran-jirannya seramai 6 keluarga.Ternyata
kelibat kereta tadi bukan kepunyaan mana-mana jirannya.Mungkin saudara-mara
jirannya yang datang melawat di hujung minggu.
Di Afrika Selatan, tidak sama dengan diMalaysia.
Di Malaysia pada hujung minggulah masanya ramai orang berbelanja.Semua Mall dan
Gedung-gedung di buka setiap hari.Di sini, lain pula kesahnya semua tempat
ditutup, kecuali tempat-tempat tumpuan pelancong.Mungkin ingin menggalakkan
mereka yang berugama Kristian untuk memenuhi ke gereja. Wallahualam.
Bila duduk bersendirian begini, imbauan kenangan
silam selalu bermain di mata. Khasif, lelaki pertama yang telah merebut hatinya
sehingga Hani sanggup meninggalkan keluarga dan tanah air demi untuk
bersamanya, sungguh hebat cinta Hani kepada Khasif. Tetapi perancangan DIA
lebih berkuasa, tiada seorang umatpun yang boleh melawan takdirnya, percaturan
hidup yang begitu indah yang telah di susunNYA kepada setiap hambanya.Khasif
hanya di pinjam sementara sahaja buat Hani, Hani redha dengan ketentuan ini.
Sekali lagi timbul di benak hati Hani kenapa dia
masih berada di sini, sedangkan tiada apa lagi yang perlu ditunggunya. Dia
sepatutnya kembali ke pangkuan keluarga di mana ibu, abah dan adik-adiknya yang
sentiasa berdoa dan sentiasa menuggu kepulangannya. Sebenarnya jika inilah
soalannya, memang tiada jawapan yang boleh Hani berikan. Mungkin kerana layanan
dan kemesraaan keluarga Khasif membuatkan Hani lupa di mana sepatutnya dia
berada atau mungkin kerana Hani tidak berusaha melupakan Khasif, masih hidup
dengan bayang-bayang orang yang sudah 3 tahun pergi buat selama-lamanya.
Benarkah sebegitu utuh kasihnya kepada arwah! Kita hanya mampu merancang, yang
menentukan hanya DIA.
No comments:
Post a Comment