Bab 61

Karl hanya mempunyai 4 bulan sahaja lagi untuk dia
bercuti dengan separuh gaji. Setiap hujung bulan dia akan ke pejabat berjumpa
Encik Lokman untuk melaporkan kesihatan Erin. Erin pun sudah semakin rapat
dengan Karl, cuma dia tidak suka Karl yang pandai-pandai menyentuhnya. Erin
lebih selesa bersama Wan Jie.