Sudah
hampir satu jam mereka di perpustakaan, tetapi Kerry masih tidak dapat mencari
apa yang dia cari. Naik bingung Tok Mama dibuatnya.
“Jumpa
tak?”tanya Tok Mama didalam nada berbisik. Mana boleh bersuara kuat di
perpustakaan. Tengok poster yang tergantung di dinding, gambar bibir seorang
wanita yang bergincu merah menyala meletakkan jari manis di tengah-tengah
bibirnya yang gebu. Tentu pemiliknya seorang wanita yang cantik, Entah-entah
bibir Angelina Jolie!
Ah!
ke situ pula. Jauh sangat sudah tersasar, memikirkan yang bukan-bukan. Hanya
kerana bibir.