Seperti yang dijanjikan...
Bab 28
Bab 28
Panjang leher Hani menjenguk keluar, kalau-kalau Aqram
dan keluarga datang ke majlis kenduri kesyukuran. Majlis akan bermula tidak lama lagi, tetapi
orang yang diharapkan tidak muncul, bayangpun tidak ada. Seingatnya, abah dan
ibu ada menjemput Aqram sekeluarga sewaktu menghantar Hani pulang tempoh hari,
tetapi mengapa tidak muncul pula hari ini?
Dia siap berjanji sewaktu perbualan tidak rasminya beberapa hari lalu. Inikah katanya “serious”? Serious tahi kucing! Pandai memujuk rayu didalam telefon sahaja. Didalam telefon bukan main lagi, kata sayang, kata ingin selalu bersama. Tetapi bila berjanji, tidak ditepati. Adakah ini kritiria calun suami yang baik? Membebel Hani sendirian didalam hati. Hendak diluahkan, malu pula. Dimulut kata tidak bersedia, dihati pula mengharap. Kuat betul tarikan Hani kepada lelaki ini. Hani sudah putus harapan. Nampaknya dia sudah tahu yang dia sudah kehilangan kembar Khasif. Tidak apa, jika itu yang terbaik buat dirinya, dia redha. Dia akan cuba kuis kata hati yang mengharap. Bila hilang di mata, perlahan-lahan akan hilang di hati. Bak kata orang puteh "out of sight, out of mind". Yang Hani takut, ungkapan "ebsence makes the heart grows ponder..". Hemm.. Hani pilih idiom yang pertama, okey!