MTH
“Tik.. tok..tik..tok” hanya kedengaran pendulum
dari jam dinding yang setia berdetik tanpa segan menghayun pendulum ke kiri dan
ke kanan. Jarum jam pendek menunjukkan sedikit jauh dari angka 1, jarum yang
satu lagi menunjukkan angka lima... ahh..sudah pukul 1.25 pagi.
Hani masih berguling ke kiri dan ke kanan. Dia
resah malam ini. Sekejap di peluknya bantal, sekejap bantal menutup mukanya,
sekejap di tepuk-tepuknya..
“Kenapa tak boleh lelap pulak mata ni…isyh..”
gelisah tidak tahu apa puncanya, geramkan matanya yang tidak mahu menerima
arahan tuannya untuk lena malam ini.
Hendak di katakan panas, mustahil.. diluar sejuk
giler. Hendak dikatakan sejuk, heater minyak tercogok di hujung katil sudah
hampir mencicah kakinya, begitu rapat sekali Hani melunjur kakinya untuk
mendapatkan haba yang paling maksima.