Jemput singgah..
Bab 65
Tiba-tiba
kepala Zamri rasa pening, rasa nak muntah pun ada. Entah kenapa, mustahil pening kerana perut kosong! Pagi tadi sepinggan nasi lemak dengan sambal
sotong habis dibedal. Sambal sotong Murni memang class, no. 1, mana boleh miss.
Kenapa ni ek?
Kerana
tidak larat, dia menalifon Murni untuk ke biliknya. Nasib baik kerja yang
diarahkan oleh Tuan DO sempat diselesaikannya. Ini baru jam 10.00 pagi, lama lagi hendak petang untuk
dia pulang dan berehat di rumah.
Tidak lama
kemudian, pintu terkuak. Murni dengan wajah cemas mendekatinya. Diurutnya
pelipis Zamri, tetapi tangannya ditahan oleh Zamri dari terus mengurut pelipisnya.
“Kataaa
peninggg.?.” bersuara Murni seperti tidak faham, tadi beritahu pening, hendak
diurut pelapis dilarang pula. Habis apa yang harus Murni bantu. Itu sahaja cara
untuk melegakan orang yang sedang pening!.
“Hemm..
memang rasa pening.. abang rasa nak muntahpun ada jugak. Rasa macam mual.aje”
jawab Zamri
Murni
meletakkan tangannya ke dahi Zamri. Tidak pula dirasanya panas. Penyakit apa pula dia ni. Hisy.. tak
pernah-pernah dia sakit sebegini ganjil. Dunia modern, penyakitpun jadi modern
juga kah?
“Nak Muni
bawa abang pergi klinik..?” tanya Murni lagi. Muka berkerut-kerut, tidak dapat
memahami apakah penyakit yang dihidap oleh si suami. Memangpun dia bukan doktor,
tetapi sakit yang biasa-biasa, tak perlu jadi doktorpun untuk mengetahui.
“Entahlah..
tak payah rasanya, abang nak minta rehat sekejap, tolong inform boss please..”
pinta Zamri untuk memaklumkan Tuan DO yang dia hendak metutup pintu dan tidak
mahu diganggu buat seketika. Bertujuan
untuk berehat di biliknya sahaja sebentar. Bak kata orang 40 winks.
“Nanti Muni
beli panadol ya bang.. risau pulak Muni, tengok abang macam ni.” Muka Murni memang
nampak muka cuak.
“Salah
makan agaknya ni, Muni..” jawab Zamri yang cuba menafsirkan apa yang tidak kena
pada dirinya. Hendak jadi doktor yang tak bertauliah pulak, membuat andaian
sendiri. Yelah, dia yang
sakit, dia juga yang menanggungnya, dan dia yang merasa. Jadi, apa yang
dikatakan mungkin ada betulnya. Tetapi makanan apa pula yang dia kata tersalah
makan? Murni juga
memakan makanan yang sama, tetapi tidak pula sakit? Hisy.. abang Lee Min Ho
Malaya ku.. bisik hati Murni. Hanya berbicara di didalam hati, tidak terluah,
demi menjaga hati si suami.
“Entahlah,
abang rehat aje, Muni turun kat koperasi sekejap, lepas tu baru beritahu Tuan
Megat.” Kata Murni, berjalan pantas menuju ke pintu keluar. Tangan sudah di tembol
pintu, kemudian berpaling semula ke arah Zamri yang sudah duduk di sofa.
“Betul ni..
tak mahu gi klinik?” ulang Murni dari jauh.
Hanya
gelengan kepala dan tangan yang di angkat tinggi mengisyaratkan tanda “Tidak”
dari Zamri yang diterimanya. Zamri terus melentokkan kepalanya di sofa yang
memang ada di biliknya dengan mata terpejam. Nasib baik ada isteri yang satu
pejabat, dapat juga dia bermanja-manja. Jika dia sakit, dan masih solo,
jawabnya tanggunglah sendiri. Tetapi bila difikirkan, sakit kepala begini,
tidak pernah dirasakannya. Ini pertama kali dia mengalaminya. Kenapa pula
terjadi kepadanya?
Dalam
sakit-sakit Zamri berfikir. Hendak dikatakan terlalu banyak berfikir, atau ada
banyak masalah. Setahu dia, tidak ada. Apa yang hendak difikirkannya dan apa
pula masalahnya. Yang adapun hanya masalah Ammar, tetapi bukanlah masalah besar
sebenarnya. Jika Murni memberikan kerjasama, sudah boleh kira settle. Masalah
yang boleh dipanggil masalah mungkin, bila dan cara hendak memberitahu apa
sebenarnya hubungan Ammar dengan Mila, itu sahaja. Atau, adakah sakit ini ada
kena mengena dengan kecederaan yang dialaminya kerana kemalangan dahulu? Sakit
yang datang kemudian.. orang kata apa tu..side
effect..Entahlah..
Kerja di pejabat
juga tidak boleh dikatakan masalah kerana Zamri dapat menjalankan tugasnya
dengan baik, sama ada sewaktu bujang, mahupun setelah berumahtanga.
Baru hendak
memikirkan punca penyakit,, pintu terkuak lagi. Siapa lagi kalau bukan
isterinya, Murni masuk dengan segelas air suam di tangan.
“Nah
bang..” Murni menghulur gelas air dan dua butir ubat yang telah di keluarkan
dari kelongsongnya. Zamri hanya tinggal ngap sahaja.
“Abang
rehat aje.. nanti Muni beritahu Tuan Megat pasal abang dan jugak Jamie suruh
forward aje semua call abang kat Muni kalau ada panggilan untuk abang.. hemm?..”
jelas Murni.
Zamri hanya
mengangguk, sudah tidak larat benar nampaknya dia. Dihati Murni, jika selepas
berehat tidak juga kebah, Murni nekat untuk membawanya ke klinik juga. Mahu tak
mahu, kali ini Zamri kena setuju. Arahan dari Mrs. Zamrizal.
“Hemm..
dah, Muni nak keluar, abang rehat, dalam satu jam Muni datang lagi.. ek..!”
kata Murni yang dipasti tidak ada tindak balas dari Zamri yang dia setuju
dengan cadangan Murni. Murni keluar, dan sebelum menutup pintu memandang semula
ke arah Zamri yang sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Kasihan pulak cik abang sorang yang sedang sakit. Confirm
ini penyakit misteri!.