Bab 8

“Adi..Adi..tunggu” laungnya. Adi
menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Di lihatnya Hanna yang
berlari-lari anak mendekatinya. Hanna sudah tidak merasa sengan diperhati oleh
orang sekeliling kerana meninggikan suara. Suaranya kuat memanggil nama Adi,
dia tidak perasan. Dia menjadi perhatian orang dengan pandangan yang kurang
sopan. Ahh.. peduli apa, asalkan Adi dengar dia memanggil. Adi hanya tegak
seperti patung batu, menunggu Hanna dan kemudiannya berjalan seiring.