Friday 8 August 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 20



Bab 20

“Macammana Rissa mum..” tanya Johan, sebaik sahaja mummy yang membuka pintu.
Terpaksalah orang tua itu menjadi penjaga pintu, kerana sudah tahu anak menantu pastinya pulang lewat. Mengambil peluang nampaknya mereka.
“Tengah tidur kat bilik sebelah..okey aje dia. Yang lebih-lebih tu..orang tua tu, mengacau si Rissa nak tidur” kata mummy, mengatakan papa sebagai orang tua. Dia lupa, jika papa tua, diapun tua juga. Johan dan Didi hanya senyum.
“Thanks mum, sebab jaga Rissa. Kita orang naik dulu.. dah lewat ni..” kata Didi dan terus mengikut di belakang Johan.

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 19


Bab 19

 Didi di rumah resah. Di suruh bersiap, tetapi sudah hampir dua jam menunggu tetapi orang yang menyuruh tunggu tidak juga muncul-muncul. Ini bukan Johan, yang Didi kenal, Johan yang dia kenal, seorang yang selalu menepati waktu dan lelaki yang tidak pernah mungkir janji. Malah dia yang selalu awal. Istilah janji melayu, yang mana selalu lambat dari waktu, memang tidak ujud dalam kamus hidup Dr. Johan.

“Manalah papa ni ya Rissa..!  Mama dah penat tunggu ni... Minyak wangi mamapun dah hilang bau.Hisyy.. mana lah dia pergi, masih kat klinik lagi ke?.” kata Didi kepada Rissa. Sendiri menyoal, sendiri juga yang menjawab.