Bab 19
“Manalah
papa ni ya Rissa..! Mama dah penat
tunggu ni... Minyak wangi mamapun dah hilang bau.Hisyy.. mana lah dia pergi,
masih kat klinik lagi ke?.” kata Didi kepada Rissa. Sendiri menyoal, sendiri
juga yang menjawab.
Rissa yang
berbaring juga sudah siap sedia. Hanya mengodek-godek kakinya apabila melihat
mama Didi berbual dengannya. Apa yang dia tahu, bila pakai pakaian
cantik-cantik, tentu hendak dibawa berjalan.
Didi
berjalan ke depan, manalah tahu ada kelibat si suami, tetapi hampa. Hendak
menalifon, takut pula dia sedang sebok atau sedang memandu. Dialah yang sepatutnya
menalifon Didi, memberitahu apa yan sudah berlaku. Bukannya Didi yang memaksa
dia mesti sampai tepat pada waktu, tetapi dia sendiri yang mengatur waktu
tersebut. Tempat yang hendak mereka tujupun Didi tidak tahu. Semua gara-gara
hendak membuat kejutan konon. Ha! Akhirnya memang betul-betul dia yang mendapat
kejutan.
“Assalamualaikum..”
bunyi orang memberi salam, suara datang dari luar rumah. Didi memanjangkan
lehernya, hendak melihat siapalah agaknya yang memberi salam petang-petang
begini. Yang
pasti suara bukan suaminya kerana suara perempuan. Nada suara seperti dia kenal
sahaja.
“Laaa.. mummy, masuk masuk..” jemput Didi.
Terus
disalam dan dicium tangan ibu mertuanya.
“Mummy datang
dengan siapa?” tanya Didi lagi. Mata mencari-cari, insan lain selain dari
mummy.
“Tu ah..
dengan papa..” muncul papa Darus tersengeh. Menghajun kunci kereta.
“Johannya
mana?” tanya mummy.
“Johan? Belum
balik lagi mummy, kejap lagi sampailah tu..” pandai-pandai sahaja Didi memberi
tahu yang Johan akan muncul sekejap lagi. Memang dia sangat berharap akan
kemunculan si suami. Sekejap yang macam mana yang Didi tafsirkan? Jika Johan
sampai lagi dua jam, kira aci sekejap tak? Jika dia muncul selepas 3 jam dan
dikatakan sekejap, itu namanya sekejap waktu orang eskimo, kerana waktupun
beku. Dua jam, ibarat dua puluh minit.. betul ke? Didi tersenyum sendiri,
pandai-pandai membuat andaian. Mana ada waktu orang eskimo ke, waktu orang
padang pasir sahara ke? Waktu semuanya sama, sedetik demi sedetik akan tetap
berganjak, walau di manapun kau berada.
“Mummy nak air apa? Papa?” tanya Didi
untuk mempelawa menghidangkan minuman.
Dah namapun tetamu, walaupun mereka
keluarga, apabila sampai di rumahnya, sudah tentu dianggap tetamu. Tetamu yang
paling istimewa, mertua katakan.
“Juice bolehlah..” kata papa, bagi pihak
mummy dengan nada mendatar.
“Aloooo.. tomei tomei cucu tok mummy..”
kata mummy mengagah Rissa.
“Rissa pergi kat tok dada..” sambil
mummy Rina menghulurkan Rissa kepada papa Darus.
Mummy menjeling Didi dan kemudian
menjeling ke arah Rissa.
“Rissa cantik-cantik pun nak ikut papa
sama mama ke?” usik mummy lagi.
“Di..Johan nak bawa kau orang ke mana?”
tanya mummy kepada Didi.
“Entah, mum?Didi pun tak tahu, dia tak
cakap pulak? Nak surpriselah tu..konon..” jawab Didi jujur.
Memang dia tidak tahu rancangan Johan.
Sudah terlambat 2 jam ni, jadikah kejutannya tu.
Ahh.. lagi satu, kehadiran kedua
mertuanya di rumah juga adalah kejutankah?. Tertanya-tanya Didi, tak habis-habis
dengan kejutan. Jangan dapat heart attack kerana selalu mendapat kejutan,
sudah! Tak adanya dapat heart attack, kerana ada doctor in the house.
“Mummy tak tahu kau orang nak keluar,
mummy saje saje nak jenguk.. tengok-tengok
Didi dan Rissa dah bersiap bukan main lagi ni.. nampaknya kami tak boleh
lamalah..” ujar mummy lagi., bunyi merajuk sahaja.
Okey,
nampaknya kehadiran mereka bukan kejutan atau consfirasi Johan, kerana mereka
tidak tahu yang Didi dan Johan sudah ada rancangan.
“Taklah
mum, entah jadi entah tidak nak keluar ni.. abang tak muncul-muncul
lagi ni..” bunyi ragu Didi.
Dua jam tadi, punyalah beriya Johan
memesan, akhirnya dia yang merosakkan program. Bagi Didi, tidak menjadi hal,
bukannya mandatori untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan setiap tahun di luar.
Kehadiran Johan sentiasa berada di sisinya sudah cukup untuk meraikan ulangtahun
setiap hari, tidak perlu menunggu setahun.
Tidak lama kemudian, muncul Johan termengah-mengah.
“Ah! Mummy! Papa pun ada!, dari mana
ni?” Johan terkejut, apabila dilihatnya kedua ibu bapanya duduk melayan si
kecil.
Patutlah Johan seperti kenal sahaja
kereta yang terpakir di tepi padang. Ingatkan kereta jiran! Punyalah hayal,
sampaikan kereta bapa sendiripun dia sudah tidak ingat registration numbernya.
Apa sebenarnya memenuhi otak fikirannya?
Memikirkan kerana kelewatan sampai di
rumah kerana sudah berjanji dengan isterikah?
Memikirkan takut tempahan di
batalkankah?
Memikirkan wajar atau tidak membawa
Rissa bersamakah?
Memikirkan kemalangan yang baru dia hulurkan
bantuankah?
Atau mangsa kepada kemalangan itu!
Hanya Johan yang tahu..
“Dari
rumah, saje-saje singgah. Kau orang nak keluar ke?” tanya mummy lagi.
Sudah tahu masih hendak bertanya.
“Sepatutnya.. tapi booking dah 2 jam
terlepas, tak tahulah dia orang masih simpan ke tidak booking tu?..” kata
Johan. Alasan..
Memaklumkan booking meja di hotel. Semua
yang ada hanya tertanya-tanya, apa yang Johan cuba sampaikan, kerana hanya dia
seorang sahaja yang faham. Bagi Didi dia faham yang Johan menempah meja di
hotel untuk ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 6. Tetapi bagi mummy dan
papa, memang mereka blank. Tempah meja di hotel, untuk occasion apa? Birthday
Didi agaknya, kerana mereka tahu, hari ini bukan tarikh lahir anak lelaki
mereka. Dan yang pastinya bukan ulang tahun kelahiran Rissa yang baru 3 bulan.
“Sorry ma, kita orang ni nak celebrate
wedding anniversary kami yang ke 6, kan sayang.?.” hanya anggukan yang
diberikan Didi. Tidak mahu pula terover, hendak mengikut budaya barat, tarikh
perkahwinanpun hendak diraikan.
“Ohh.. wedding anniversary. Habis tu,
korang nak bawa Rissa sekali ke kat hotel tu?Kasihan dia, sejuk-sejuk kat sana.
Biar aje mummy yang jaga?
Nanti lepas dinner, kau orang singgah ambil Rissa kat rumah. Kalau penat tidur
aje kat sana?” kata mummy Rina.
Sebenarnya
memang dia yang hendak menjaga Rissa, tetapi diberi alasan menghalang mereka
membawa Rissa sekali. Tektik lama, dah tahu dah!
Johan
angkat keningnya laju ke arah Didi. Didi pula kerut muka.
Hisy.. suami ku sayang, tak payahlah main angkat-angkat kening. Buat aje
keputusan, setuju atau tidak, Didi ikut aje..
“Mummy okey ke dengan budak kecil tu..
nanti nangis, susahkan mummy aje” Johan memberi alasan, sebenarnya dia rasa
elok juga dijaga mummy.
Memang perancangan hendak mencari orang
menjaga Rissa, tetapi mummy bagaikan datang menyerah dri untuk menyelesaikan
masalah. Syukur Alhamdullillah.
Johan memandang Didi. Didi hanya diam,
diam bersetuju atau tidak bersetuju tidak Johan faham.
“Joe nak tukar baju kejap? Sayang tolong
abang..?” Johan meminta Didi mengikutnya ke bilik.
“Mummy.. Di naik kejap..” katanya sopan.
Didi hanya
tersenyum dan berjalan pantas mengekori si suami.
“Kita biarkan mummy jaga Rissa aje malam ni ya
sayang?” kata Johan sebaik sahaja dia sampai di biliknya dan Didi membantu dia
menanggalkan pakaian.
“Ehh.. ada
darah..darah siapa ni bang?” kata Didi yang tidak ambil perhatianpun kepada apa
yang dikatakan Johan.
Dia leka melihat ada beberapa titik darah di
lengan kemeja doctor Johan.
Didi tidak
tahu menahu yang baju puteh lagi penuh dengan kesan darah dan masih di bonet
kereta. Itu akan diurus oleh Johan kemudian. Dihantar ke dobi sahaja.
“Haah, ada car accident tadi, depan
klinik. Kat pedestrian trail tu.. sayang perasan tak? Mangsanya teruk, Dah hantar ke hospital, tu yang abang
lambat tadi. Bantu mangsa..” jawab Johan tanpa menceritakan apa yang sebenarnya
berlaku. Namun ceritanya cerita betul, Cuma tidak jelas sahaja. Perlukah dia
memberitahu dengan terperinci..ahh.. tak perlu.
Yang
penting si mangsa sudah selamat di bawah jagaan hospital. Itu
yang penting.
“Abang mandi dan solat dulu.. baju kat
sana tu” ujar Didi sambil menunjukkan baju yang sudah tergantung cantik di rail
hanger.
Senyum sahaja Johan, senyuman senget dan
terus memeluk Didi. Ciuman singgah di pipi.
“Dah tu, siap cepat, Didi turun dulu…”
kata Didi dengan nada riang. Hai suamiku
cukup-cukuplah mengoda. Mummy dan Papa ada di bawah tu.. dah lupakah?
Didi meninggalkan Johan untuk bersiap
bersendirian. Malu pula dirinya meninggalkan mertua di tingkat bawah, sedangkan
dia berasmara di tingkat atas. Menantu kurang asam!
Didi tidak terus turun, tetapi ke bilik
Rissa, menyiapkan beberapa persalinan untuk anaknya. Manalah tahu, persalinan
diperlukan sepanjang penjagaan mummy.
“Mummy, betul ke okey?” ulang Johan,
sebelum menghulurkan Rissa kepada mummy.
“Boleh.. kenapa? Tak percaya?, kalau
mummy tak pandai jaga budak, kau tak besar panjang macam sekarang ni..” jawab
mummy.
Rasa tercabar apabila anak sendiri
mempertikaikan kebolehannya.
Johan terdiam. Tidak ada niatpun Johan
tidak percayakan mummy, cuba takut menganggu sahaja. Maklumlah sudah berpuluh
tahun tidak ada budak kecil di dalam rumah.
Mereka beredar berasingan. Papa dan
mummy pulang ke rumah mereka, manakala Johan dan Didi menuju ke hotel yang ditempah.
Jika meja yang ditempah sudah dibatalkan, nampaknya Johan terpaksa membuat plan
B. Plan B yang belum terfikir lagi. Tapi sebelum itu, dia ada kejutan pertama
buat perempuan yang dia sayang.
Jeng..jeng..jeng..
Tangan Johan meraba perlahan di seat belakang
keretanya, Perlahan-lahan dia menarik sesuatu.
Jambangan bunga yang diletak di tempat
duduk belakang, lalu terus dihulur kepada Didi.
“Alhamdullillah, sudah 6 tahun sayang
setia disamping abang…jaga abang” katanya.
Didi
terharu, mata sudah berkaca. Bergenang air mata gembira dengan dengan kata-kata
Johan yang romantis. Dia yang patut berterima kasih kepada Johan yang masih
setia bersamanya yang selalu buat perangai. Perangai buruk macamanapun si suami
masih bertahan. Tahu tak apa?
“Didi yang
patut terima kasih kat abang, sanggup bertahan selama ini dengan kerenah tak
senonoh Didi..” jawab Didi dengan hati yang sebak, seperti hendak menangis. Perempuan biasalah, sentiasa emosional. Senjatanya
ialah air mata!
Tangan
menyambut jambangan bunga lalu diletakkannya ditepi dan mencium tangan si
suami.
“Dahlah tu, janganlah emo pulak..kita
kan nak happy celebrate ni..” kata Johan.
“Cukuplah tu.. tak comellah isteri
abang, kalau mata dah bengkak..hidung dah merah..” cepat-cepat Didi menyapu
matanya dengan tissue sebelum air matanya jatuh.
Kereta
meluncur meninggalkan kawasan perumahan mereka menuju ke destinasi.
“Mr.
Johan.. yes, follow me please” kata waiters di restaurant hotel 5 bintang
tu.
Puhh.. Johan lega. Sambil berpimpin
tangan Johan dan Didi melangkah mengikut arah yang dibawa oleh pelayan.
Bagaikan rasa baru berkenalan pula rasanya, sedang berdating..
Nampaknya Johan tidak perlu memikirkan
plan B, kerana tempahan mereka tidak dibatalkan. Mereka meraikan ulangtahun
perkahwinan mereka, sama seperti tahun-tahun yang lepas. Hanya mereka berdua
dan mereka lupa si kecil Rissa menunggu kepulangan mereka. Mummy sudah memberi
peluang untuk mereka pulang lewat, jadi apa lagi!
Bagaimanalah agaknya, jika Rissa turut
serta, tentu mereka terpaksa pulang awal. Bersama Johan berdua-duan begini,
membuat Didi lupa, dia pernah abaikan lelaki ini.
Nasib baik tidak menyempang jauh, masih
sempat berpatah balik.
Nasib baik Johan bukan lelaki yang suka
mengambil kesempatan di atas kelemahan isterinya. Nasib baik Johan bertahan dengan kerenah isterinya
yang alpa melakukan kesilapan.
Juga
berterima kasih kepada Mona, insiden Mona menjawab telefon yang menyedarkan
Didi akan kealpaannya itu.
Semuanya
kerana perkataan “nasib baik” yang di ulang-ulang oleh Didi. Tetapi adakah perkataan
“nasib baik” itu akan terus menyebelahi Johan dan Didi di masa-masa mendatang!.
“Que Sera,
Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be“...sedangkan Que Sera,
Sera itu bermaksud “Whatever will be, will be“ cuma di dalam bahasa
Spanish..gasaklah. Orang kata Que Sera Sera, kitapun ikut kata Que Sera Sera!!
No comments:
Post a Comment