Saturday 7 December 2013

Aku bukan Perempuan Itu - Bab 5

Sejuk-sejuk ni, malas hendak keluar, baik duduk dalam bilik.. ha! inilah hasilnya. 

BAB 5

 “Saayanngg.., kenapa tak tidur lagi ni..” Johan membuka sebelah matanya perlahan dan dilihatnya, mata Didi masih bulat merenungnya. Rapat sungguh, nafasnyapun boleh dirasa berlalu mengikut helaan nafas Didi dimukanya.
“Hemm… tak boleh lelap..” jawab Didi.
Johan sudah tahu, ini kes “Jika dia tidak boleh tidur, orang lainpun juga tidak dibenarkan tidur..”
Di tariknya Didi supaya lebih dekat disisinya.
“Kenapa pulakkk..” soal Johan dengan suaranya yang mamai.
Penat dan mengantuk, banyak pula patient hari ini, siang tadi sampai hendak kebilik airpun terpaksa ditangguhnya. Sudah musim buah ni, memang penyakit batuk dan selsema menjadi-jadi. Kena pulak musim durian diwaktu musim hujan. Yang sipesakitpun satu, bila makan tu tidak ingat dunia.

Thursday 5 December 2013

Aku Bukan Perempuan itu - Bab 4

Sorry.. makin lama makin merapu saya ni.. layan!!

BAB 4

 Atirah duduk kerusi dihadapan meja Didi.

“Apa kata Johan?“ tidak menyempat-nyempat duduk, dia sudah bertanya. Soalan umpama sangat penting. Kedudukan punggungnya dikerusipun belum selesa lagi, sudah terpacul soalan.

“Kata apa?” Didi menyoal semula kawannya. Didi buat-buat tidak faham

Mana tidaknya, solan yang meminta orang yang menjawab berfikir dahulu sebelum menjawabnya. Sebenarnya Didi tahu Atirah ingin mengetahui sama ada dia sudah mempunyai jawapan kepada persoalannya kelmarin.

“Betina tu la..?” soal Atirah dengan nada tinggi.

Tuesday 3 December 2013

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 3

Mengantuknya, ya ampun.. hendak tambah a few more pagespun rasa tak tertahan. Macammanapun layan aje lah dulu.  Nanti saya edit lagi ek!

Bab  3

Banyak doa dan istighfar yang Didi baca selepas solat maghrib. Didi sedar, hanya DIA sahaja tempat dirinya berserah. Bertakung air matanya sewaktu melafazkan doa-doa diakhir solat. Dia terasa lega, sekurang-kurangnya ada tempat mengadu. Cuma dia tidak faham kenapa dia cepat marah sejak akhir-akhir ini. Cemburunya juga berganda-ganda. Apabila dia bertafakur, dia rasakan dia sudah membuat banyak kesalahan. Kenapa perlu mencari punca masalahnya dengan hati yang panas, kenapa tidak secara tenang. Bukankah didalam tenang, fikiran boleh berfikir secara rational.  Kenapa perlu risaukan hal yang belum berlaku. Hargailah dengan apa yang kita ada. Baiki mana yang silap. Tidak rugipun jika beriktiar.  Berkajang-kajang senarai yang bermain dikepalanya. 

Saturday 30 November 2013

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 2

Coretan entah apa-apakan! Saya sendiripun tak tahu... main hentam sahaja.

Bab 2

Terkejut Didi apabila terasa ada tangan kasar di dahinya, namun dia tetap membatukan dirinya. Dia tahulah suaminya seorang doktor, sampai terbawa-bawa tugas seorang doktor dirumah.  “Sudah balik rupanya syaitan gondol” bisik hati kecil Didi.  

Didi tidak menyedari kepulangan suaminya kerana terlelap setelah penat mengamuk dan menangis. Namun dibiarkan sahaja tangan kasar itu melekap didahinya. Tidak mampu ditepisnya  Tadinya bukan main lagi marahnya, bagaikan gunung berapi Karakatau. Tetapi hanya kerana sentuhan tangan kasar lelaki yang dibenci itu sudah didahinya telah berjaya meredakan sedikit rasa marah. Mudah sungguh Didi mengalah, hanya dengan sedikit sentuhan, dia sudah cair. Betul kata Atirah, dia seorang isteri yang lembut, baik dan mudah mengalah. Salah satu sebab Johan mengambil kesempatan ke atas kelemahan dirinya.

Friday 29 November 2013

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 1

Tak tahu hendak beri tajuk apa. Buat sementara tajuk "Aku Bukan Perempuan Itu". Tengok flow cerita, jika sesuai, tajuk ini akan kekal.

BAB 1

“Prangg…” bunyi kaca berkecai. Berselerak kaca di lantai, tetapi Didi hanya memerhati sahaja, Puas rasa dihatinya. Direnungnya gambar yang tersadai dicelah kaca-kaca yang terselerak.  

Tidak! Didi masih tidak puas hati. Frame gambar kristal pecah, tetapi tidak langsung mencemarkan gambar yang ada didalam frame itu. Gambar sepasang pengantin yang nampak mesra. Si pengantin perempuan tersenyum dilebar sehingga ketelinga, berada didalam pelukan sipengantin lelaki. Sama cantik dan sama lawa, seri pangantin, Kebaya dan baju melayu yang sedondon, siap bertanjak. Itu semua gara-gara aksi membunuh yang diabadikan selepas mereka bernikah 5 tahun lalu. Itupun hasil dari tunjuk ajar photographer professional yang mereka tempah. Sudah biasa dengan pose-pose mengancam begitu. Ini bukan hasil kerja yang pertama, sudah beratus-ratus pasangan pengantin yang menjadi model rakaman kamera canggihnya.

Friday 22 November 2013

Tram Bila Kau Ada

Tram merah yang sama tetapi sebulan yang lalu. Tak silap saya bagi coretan saya kepada chapter 4 "Bila Kau Ada". Bercinta dalam Tramlah jawabnya..ha..ha..ha..

Tram BKA

Inilah tram yang Hanna tunggu setiap pagi didalam coretan saya "Bila Kau Ada". Pagi ini 22 Nov. 2013

Thursday 21 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 7

Sorry la.. tak ada idea menarik yang hendak saya sampaikan di coretan ini. Hanya setakat kesah Moonliner Bus. Penggunaan bas ini untuk mengelakkan kemalangan yang mungkin berlaku jika pemabuk yang memandu. Oleh yang demikian, adalah amat praktikal keujudan bas ini di negara yang membenarkan minuman keras diminum seperti meminum air mineral..



Bab 7

Bergegas Hanna bangun, apabila dia melihat jam di skrin telefon menunjukkan waktu. Berkali-kali diteleknya seperti tidak percaya. Janjinya hendak bertemu Adi jam 10 pagi di Bahnhof Zurich. Kini dia sudah tersasar dari waktu yang sepatutnya. Dia cuma ada 20 minit untuk bersiap. Dia terlewat bangun. Itulah padahnya jika tidur semula selepas subuh. Semalam sampai Zurich sudah hampir jam 12.00 tengahmalam. Nasib baik sempat mengambil tram yang terakhir, itu pun nasib baik mereka sampai dua minit awal, sebelum tram tiba. Jika terlewat dua minit itu, mereka terpaksa menunggu bas yang dipanggil moonliner, bas khas yang hanya beroperasi selepas jam 1.00 pagi. Tujuan bas itu adalah bagi membawa penumpang yang hendak pulang selepas bersosial di pubs, nightclub atau penumpang yang terlalu mabuk dan tidak layak untuk memandu pulang.

Friday 15 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 6



Coretan hari ini.. layan..

Bab 6

Gelap lagi Hanna dan Sarah sudah tercogok di Train Station Zurich yang panggil Bahnhof. Tiket sudah ditempah, dua hari yang lalu. Tidak perlu membawa beg yang besar, cukup sekadar beg galas belakang. Sehari semalan sahaja, perlu bawa yang patut-patut sudah memadai. Seperti backpackers sahaja lagaknya. Sudah memang packpackerspun. Pelajar manalah ada duit yang banyak. Merantau berjalan-jalan hanya mengambil peluang sahaja. Jika hendak melancung dari Malaysia sudah pasti mahal harganya, terutama tiket kapalterbang. Sudah terlanjur berada di continent Eropah ini, redah sahajalah ketempat-tempat yang paling hampir atau negara jiran. Tidak perlu membayar tiket kapalterbang yang  mahal, cukup sekadar menaiki keretapi. Tidaklah murah mana, tetapi sekurang-kurangnya lebih murah dari tambang kapalterbang. Yang paling utama, tidak perlu berada 2 jam lebih awal untuk check-indi lapanganterbang. Cukup hanya perlu berada di depan plateform 15 atau 10 minit sebelum keretapi sampai. Keretapi disini memang datang dan pergi tepat pada waktunya, tidak cepat atau awal walaupun seminit. Kecuali ada gangguan cuaca, seperti ribut salji atau kerosakan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Swiss, pengurusan keretapi yang dipanggil SBB (Schweizerische Bundesbahnen) didalam bahasa German yang bermaksud Swiss Federal Railways. Pengurusan yang dikatakan terbaik dirantau Eropah dan terkenal di seluruh dunia dengan pentadbiran railwaynya yang bersih, cepat dan tepat pada waktu sehingga menjadi ikutan beberapa buah negara.

Thursday 14 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 5

Saja-saja gatal jari hendak menaip.. Layan!!


Bab 5

Sarah menolak perlahan pintu bilik mereka. Jarang sekali pintu bilik itu tertutup, tetapi sekarang ianya tertutup rapat. Apartment mereka yang hanya mempunyai satu bilik, jadi dibilik yang berkongsi itulah sahaja untuk mereka mendapatkan sedikit privacy. Jika diluar, mahu beku, sebab cuaca sudah sejuk giler. Terdengar Sarah, bunyi suara Hanna yang bercakap perlahan seakan berbisik. Sungguh romantik. Perlahan-lahan juga Sarah menutup pintu, agar kawannya tidak menyedari yang dia menolak pintu tersebut. Jika Hanna perasan, tentu dia akan merasa segan. Perlahan-lahan juga Sarah berjalan meninggalkan kawannya yang sedang melayan perasaan diatas katilnya dengan telefon melekap ditelinga.

“Dengan Zaid lah tu..” bisik hati Sarah, tersenyum simpul.
“Siapa kata long distance relationship cannot work out? Tu.. dah terbukti okey aje..“ bisik hati kecilnya lagi.

Thursday 7 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 4

Rasanya hendak capai 100 muka suratpun sakit, untuk cerita ni.. Entahlah!



Bab 4

Hanna berjalan laju. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam poket jeketnya. Pagi ini terasa luar biasa sejuknya. Dia sudah melihat ramalan cuaca sebelum keluar tadi, 2 degree Celsius paling rendah dan 11 degree Celsius paling tinggi. Rasanya waktu 2 degree itu adalah sekarang. Sarah disebelahnyapun sama sepertinya, menyimpan kedua belah tangan didalam poket jeket masing-masing. Tudung yang dililit kemas, sesekali beralun ditiup angin sejuk, terus menerpa kewajah mereka yang tidak terlindung.
Glove kait benang bulu memang ada tersimpan didalam beg galas yang ada dibelakangnya, tetapi malu pula hendak Hanna guna. Nampaknya orang belum lagi mengguna glove kerana belum masuk musim dingin. Nanti jadi perhatian orang pula jika Hanna seorang sahaja yang sudah memakai glove. Nampak sangat orang Asia yang ini lebih-lebih, mengalahkan orang Swiss. Hanna batalkan niat hendak memakai glove, nasiblah kau sejuk, malu punya pasal.

Tuesday 5 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 3

SALAM MAAL HIJRAH 1435 Hijriah


Bab 3

Sejak akhir-akhir ini kerap sekali Hanna terserempak dengan Adi. Jika tidak didalam tram, mereka akan tersempak di dalam kampus. Tidak perlu berjanjipun mereka tetap berselisih bahu. Mana hendak lari, jika sudah satu campus, jawabnya kena redah sahaja.

Musim luruh sudah sampai ke penghujungnya, musim sejuk bakal menjengah. Angin dingin terasa menerpa kemuka. Sejuk betul, walaupun sudah berjeket tebal, berkasut boot, malah memakai pakaian termal lagi. Ialah, sudah biasa mentari sentiasa bersinar di tanah air. Alih-alih tercampak diperantauan yang hanya menekmati beberapa bulan sahaja bahang mentari. Mahu tidaknya terasa perubahan. Perubahan yang adakalanya tidak dapat diterima oleh badan Hanna yang kurus comel. Rasanya sejuk sampai ketulang..errr.. jika sejuk-sejuk begini mahu rasanya dia melompat seperti hero cerita “Jumper“ tu kan bagus. Bila rasa hendak panaskan badan terus melompat balik Malaysia, bila ada kuliah balik semula ke sini.

Friday 1 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 2


Bab 2
 
Entah apa yang saya coretkan ni.. meraban aje tidak tentu hala. Slowly slowly hendak kukuhkan karekter.

Pantulan arca dirinya dicermin diperhatikan. Hari Isnin datang, lagi, nampaknya Hanna perlu bersiap untuk ke kelas, kerana setiap hari Isnin dia ada kelas awal, seawal 8.00 pagi.

Hanna menarik nafas panjang, bukan dia mengeluh kerana terpaksa keluar awal hari ini untuk menimba ilmu dan menjalankan tugasnya sebagai seorang pelajar, tetapi dia merasa puas hati dengan apa yang dia lihat wajahnya dicermin dihadapannya. Dia merasa bersyukur berada di bumi ALLAH yang cantik ini. Dia tidak pernah menduga sehingga sampai disini rupanya perjalanan hidupnya semata-mata untuk menimba ilmu. Teringat Hanna dengan hadith yang diberitahu oleh ustaz sewaktu dia disekolah rendah.

Sunday 20 October 2013

Bila Kau Ada - Bab 1

Cerita ini baru hari ini saya coretkan. Tidak ada hala tuju sebenarnya, jangan tidak dapat siapkan sudah!

Bab 1

“Hari ini kita nak sarapan apa ya?” tanya Rayhannah yang masih berpyjama biru polkadot puteh, bersandar di pintu masuk dapur. Bertanya kepada Maisarah yang baharu sahaja keluar dari bilik air hanya dengan berkemban tuala warna burgundy dengan rambutnya yang dililit ala turban dengan tuala warna yang sama. 
Sarah angkat bahu?
Manalah dia tahu? Dari dari dalam bilik air. 
Dalam bilik air adakah benda-benda untuk persediaan sarapan?
Wahai cik Hanna, kut iapun hendak bertanya, tunggulah dia berpakaian dahulu.

“Apa yang kita ada?” akhirnya berjawab juga soalan Hannah, Sarah menjawab sambil berjalan pantas masuk ke bilik mereka. Bilik yang dikongsi bersama sudah lebih dari 2 tahun.
Kawan punya pasal, terpaksa juga dijawabnya.

Ahh.. malas Hannah hendak menunggu kawannya yang seorang itu. Hannah membuka peti sejuk. Satu pertiga badannya yang kecil sudah hampir masuk ke dalam peti sejuk tersebut, membongkok melihat semua shelf dari atas terus ke bawah. Hannah terpaksa membongkok kerana memang tidak semua barang yang berada di dalam peti sejuk tersebut dapat dilihat sepenuhnya, jika hanya dengan berdiri di depan pintu. Bukannya banyakpun barang yang disimpan di dalamnya. Semua yang adapun adalah keperluan yang penting-penting sahaja. Maklumlah pelajar, manalah ada banyak duit hendak stock barang makanan.

Friday 18 October 2013

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 13

Cerita pasal bertudung ini, saya selitkan pengalaman saya semasa bertugas di Fiji Islands. Saya seorang sahaja perempuan yang memakai tudung yang berwarna cerah. Tambahan pula saya berbaju kurung setiap hari kepejabat sehinggakan saya telah ditahan oleh seorang lelaki india muslim bertanyakan saya dari negara mana? kerana dia selama ini rupanya memerhatikan saya setiap hari melintas jalan membeli sarapan di kedai roti yang bernama "Hot Bread Kitchen". Roti yang dimasak di dalam kedai itu sendiri. Aroma roti yang baru dimasak, boleh terhidu dari seberang jalan.. enak sungguh. Hemm.. Dengan bangganya saya jawab dari MALAYSIA.  Di sini saya juga berhenti memakai tudung berwarna puteh kerana disalahanggap saya seorang nun..bila saya pakai tudung puteh, pasti saya akan didatangi oleh orang meminta belas ehsan. Sampai naik takut pula, terutama apabila memanggil saya dengan nama Sister.   macam-macam..


BAB 13
“Saya suka budak Hani tu bang…, orangnya cantik, baik, berbudi bahasa..sopan.. dah duduk luar negeripun masih jaga aurat.. susah tengok budak perempuan macam tu, ada tu  masa di Malaysia bukan main lagi pakai tudung bagai.. sampai Nampak mata aje..keluar negeri sekejap aje dah terbang tudung entah kemana, silap hari bulan kalah perempuan mat salleh di buatnya… punya lah daring..!!” Puan Fatehah memulakan perbualan semasa makan malam di restaurant.

“Bagus lah macam tu, tak cepat melatah.. Ain nanti kalau ada peluang belajar luar negeri kena belajar jaga tata susila, ha… bila nak pakai tudung macam Kak Hani tu..”  tegur Encik Mansor memandang anak gadis remajanya..

Friday 4 October 2013

Mengharap di Tanjung Harapan - bab 12


BAB 12

Saya selitkan pengalaman menginap di Kruger Park. National Park (Safari) yang tertua didunia. Berada ditengah-tengah hutan, middle of nowhere tanpa TV, reception telefon, mahupun siaran radio. Safari yang dikongsi oleh 3 negara. Disebelah timur bersempadan negara Mozambique dan di utara pula bersempadan negara Zimbabwe. Melihat binatang bebas tanpa dikurung. Zirafah tenang mengunyah daun yang tinggi. Springboks terkinja-kinja riang, gajah sekumpulan(lebih dari 50 ekor) mandi disungai, impala berlari-lari. Badan sumbu memerhati ditepi jalan. Takut juga, tetapi kerana ada ranger dengan senapang, buat diri rasa selamat. Tetapi  di coretan ini saya coretkan kesah ke Fairy Glen, private game reserve yang sedikit kecil.


Hani memikirkan benda yang sepatutnya tidak perlu difkirkannya. Hani memikirkan kemungkinan En. Mansor seorang businessman agaknya, jika tidak, mana mampu hendak bercuti sekeluarga diluar negara, banyak belanja ni… 5 orang. Bilik hotel saje kena at least 3 bilik, tiket kapalterbang, makan, mahu  puluhan ribu ringgit terbang, just for this trip....” bisik hati kecil Hani sambil berjalan.

“Tak apalah janji mereka beri business pada aku” getusnya lagi.

Hani menoleh, Aqram rupanya masih di belakang. Hani dapat merasakan Aqram selalu memadang kepadanya membuatkan Hani sedikit kurang selesa. Namun kerana tugas, Hani mengabaikan perasaannya.

Thursday 26 September 2013

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 10

BAB 10

Walaupun kepalanya masing terasa sakit, digagahkan juga memandu. Sepanjang pemanduan, ingatan kepada insiden sebenar tadi masih bermain dikepalanya. Tidak pasal-pasal sahaja sudah terhutang budi dengan orang yang tidak dia kenal. Malu kepada dirinya sendiri tidak dapat digambarkan. Namun dicuba untuk menghilangkan perasaan itu.    

“Malunya aku hari ni, macammana boleh tak perasankan tempat berminyak tu.. kan dah jadi free show.. ishy lantaklah ”.. sesekali senyum sendiri, ada kalanya mengelengkan kepala. Malu menjadi tontotan orang, tetapi yang selebihnya ialah bayangan wajah lelaki tadi.

Tuesday 17 September 2013

Mengharap di Tanjung Harapan - bab 9

BAB 9

21 Disember menjadi tarikh bersejarah bagi Khasif dan Hani. Hari pernikahan mereka yang sederhana tetapi meriah. Ummi Khadija dan Abi Mostafa, kedua-dua ibu bapanya turut hadir di majlis pernikahan. Baru lega hati Kasmah, apabila dimaklumkan kedua ibu bapa Khasif turut serta. Tidak lagi risau seperti majlis pertunangan, hanya menggunakan wakil.

Di hari bahagia tersebut, Hani mengenakan kebaya moden berwarna mutiara dengan tudung lace puteh di majlis pernikahan.  Begitu juga Khasif dengan warna sedondon, Khasif kelihatan seperti pahlawan melayu melaka dengan ketinggian dan kekacakannya mengenakan baju melayu siap

Friday 13 September 2013

Tersilap post cerita

Hari ini Menghitung Bintang Dilangit Bab 2 telah disiarkan didalam www.penulisan2u.my. Tetapi telah tersilap post. Admin telah menyiarkan Bab 2 kepada Mengharap Di Tanjung Harapan bukannya Bab 2 Menghitung Bintang Dilangit. Agaknya tentu pembaca tertanya-tanya. Bab ini kesah Hani dan Khasif. Mana pulak kesah Erin dan Karl?. Tidak mengapalah..layan aje!!

Monday 9 September 2013

Mengharap Di Tanjung Harapan - Bab 8

BAB 8

Hani tidak dapat melelapkan matanya, insiden beberapa jam yang lalu sungguh membuatnya runsing. Keputusan perlu di buat. Mata juga perlu dilelapkan kerana esok dia akan bertugas pagi. Hanya keluhan kecil terdengar sekali-sekali.
Di hatinya memang merindui lelaki ini, tetapi bila difikir-fikirkan betulkah dia boleh bersama lelaki ini sepanjang hayatnya. Sudah pupuskah lelaki Melayu di Malaysia ini, sehinggakan Hani menerima lelaki yang diimport dari Afrika Selatan. Bolehkah keluarga Khasif menerima dirinya seadanya. Bolehkah Khasif menerima keluarganya juga, adat dan tatasulila. Menjela-jela soalan yang tidak ada jawapan yang di senaraikan. Senarai yang mengandungi soalan, tanpa jawapan.
Perkara ini melibatkan masa depannya bersama lelaki yang bernama Khasif. Penelitian perlu di buat

Saturday 7 September 2013

Mengharap di Tanjung Harapan bab 7

BAB 7

BAB 7


Alamanda sunyi, senang sahaja pagi ini Hani memilih tempat pakir yang masih banyak yang kosong, Hani memilih yang paling hampir dengan pintu masuk. Hani juga memilih ke Johney’s Restaurant. Meja berpayung yang terletak di luar kedai menjadi pilihan mereka kerana lebih santai dan berangin. Khasif menarik kerusi mempersilakan Hani duduk sebelum dirinya sendiri duduk, sungguh gentleman, influence dari didikan white Africa yang kebanyakannya berasal dari England.

“Hemm..What would you like to have?” Tanya Hani sambil membelek-belek buku menu yang memang sedia ada di setiap meja.

Friday 6 September 2013

Mengharap di Tanjung Harapan - bab 6

BAB 6

 Hari-hari mendatang Hani lalui seperti biasa, tidak ada yang lainnya. Jika ada masa terluang atau cuaca mengizinkan, Hani menyorong Khasif keluar dari bilik, sama ada kekantin atau setidak-tidaknya di café. Walaupun café itu kecil, tetapi ianya membekalkan pau melayu yang enak. Makan hari-haripun tidak jemu. Khasif selalu meminta Hani membelinya pau kari. Jangan muka bulat jadi pau sudah… Khasif hanya sakit terbakar, selera tidak jejaspun, masih tajam, makanan apa sahaja disorong kepadanya, pasti selamat.    
Semua ini Hani lakukan untuk mengelakkan pesakitnya bosan sekiranya hanya duduk di bilik.  Sambil-sambil itu Hani mengajar beberapa ayat Bahasa Melayu yang mudah kepadanya.

Thursday 29 August 2013

MENGHARAP DITANJUNG HARAPAN BAB 5

 Bab 5



Pagi ini Hani lalui seperti biasa, tiada apa yang luar biasa. Di akhir tugasnya ke tempat pesakit mangsa bunga api seperti semalam. Pesakit yang bernama Khasif. Pesakit itu perlu dilawati dan memberi rawatan yang diperlukannya. Hani dan Dr.Hisham memeriksa setiap pesakit dan mencatatkan progress setiap pesakit yang telah dirawatnya.Hani pula sebok juga memastikan semua ubat telah diberi mengikut jadual, sebagai menyambung tugas yang telah di jalankan oleh perawat yang bertugas malam.Dr. Hisham berada lama di katil Khasif, lantas memanggil Hani untuk mengganti balutan baru.
Nurse yang murah dengan senyuman ini tersenyum lagi, teringatkan dirinya sebelum tidur semalam. Memang benar, nasib baiklah dia tidak termimpikan si pesakit mumia itu. Kalau tidak pasti terbocor rahsianya jika Ella terdengar nama sipesakit mumia itu disebut Hani.
Hani mendengar arahan Dr. Hisham selanjutnya apa yang harus Hani lakukan. Hani tekun mendengar arahan.

Thursday 8 August 2013

Mengharap di Tanjung Harapan Bab 4

Bab - 4

MTH

“Tik.. tok..tik..tok” hanya kedengaran pendulum dari jam dinding yang setia berdetik tanpa segan menghayun pendulum ke kiri dan ke kanan. Jarum jam pendek menunjukkan sedikit jauh dari angka 1, jarum yang satu lagi menunjukkan angka lima... ahh..sudah pukul 1.25 pagi.
Hani masih berguling ke kiri dan ke kanan. Dia resah malam ini. Sekejap di peluknya bantal, sekejap bantal menutup mukanya, sekejap di tepuk-tepuknya..
“Kenapa tak boleh lelap pulak mata ni…isyh..” gelisah tidak tahu apa puncanya, geramkan matanya yang tidak mahu menerima arahan tuannya untuk lena malam ini.
Hendak di katakan panas, mustahil.. diluar sejuk giler. Hendak dikatakan sejuk, heater minyak tercogok di hujung katil sudah hampir mencicah kakinya, begitu rapat sekali Hani melunjur kakinya untuk mendapatkan haba yang paling maksima.

Thursday 1 August 2013

MENGHARAP DI TANJUNG HARAPAN BAB 3

Bab 3




Bila jam hampir 10 malam, Hani memohon untuk pulang. Memandangkan kurang selamat seorang perempuan memandu sendirian sejak kebelakangan ini. Macam-macam perkara disiarkan dalam akhbar. Banyak berlaku jenayah yang luar biasa dan yang tidak diduga. Jenayah berleluasa kerana krisis ekonomi dan keadaan politik yang tidak stabil. Ditambah pula dengan angka penganguran yang saban hari semakin meningkat.
Hani meninggalkan Restaurant Ummi Khadija dan memandu menuju ke rumah kluster yang didudukinya sejak bergelar isteri kepada Khasif. Rumah hadiah perkahwinnannya. Hani tidak tinggal di Bo Kaap, tetapi di De Waterkant. Daerah bersebelahan sahaja. Pemanduannya perlahan, kerana Hani tidak cekap memandu diwaktu malam, mungkin kerana silau lampu jalan.Jika perjalanan mengambil 20 minit, tetapi di waktu malam mungkin 25 malah mungkin lebih.

Tuesday 30 July 2013

MENGHARAP DI TANJUNG HARAPAN BAB 2

BAB 2



“Hisy.. kemana pulak si Sulayman ni..” Hani ketap bibir, menunggu sudah hampir satu jam, bayang Sulayma tidak juga muncul. Mentari diluar sudah malu-malu mengeluarkan cahaya. Sebentar lagi bulan akan mengambil alih tugas. Kepala otak Hani hanya memikirkan si Sulayman, kemanalah agaknya dia? Nafas ditarik panjang, sekurang-kurangnya apabila nafas dihela, lega sedikit di fikirannya yang risau kerana ada juga oxygen yang masuk.
Dari tidak berbuat apa-apa, Hani melayan dirinya dengan membaca artikel di intenet untuk menambahkan lagi pengetahuannya di bidang perniagaan pelancongan, bukannya dia ada asas perniagaanpun. Melibatkan diri dibidang ini secara tidak sengaja.

MENGHARAP DI TANJUNG HARAPAN BAB 1

NOVEL PERTAMA

Bab 1

Saje cuba-cuba menulis.. harap mendapat teguran dari pembaca.


“Excuse me, Excuse me….”Hani bersuara perlahan meminta laluan sambil dia berlari-lari anak. “Thank you…” ucapannya lagi, antara dengar dengan tidak. Seperti tidak ikhlas sahaja hendak menyebut, tapi apalah gunanya bersuara kuat kerana orang yang dia ingin ucapkan terima kasihpun sudah lesap entah kemana. Bukan dia kenalpun insan-insan itu.Hani masih meneruskan perjalanannya pantas dengan menjinjing 2 beg kertas berwarna brown.Berjalan di celah-celah orang ramai, menuju ke Waterfront Cape Town, Mega Mall. Mall yang terletak bersebelahan dengan Hotel Victoria and Alfred. Hoel yang begitu gah tersergam menghadap Victoria Wharf yang terkenal di negara kelahiran Nelson Mandela ini. Hotel Viktoria and Alfred, hotel bertaraf 5 bintang yang masih mengekalkan ciri-ciri kolonial. Disinilah tempat pertemuan yang telah di aturnya bertemu Roseina.