Hani
tidak dapat melelapkan matanya, insiden beberapa jam yang lalu sungguh
membuatnya runsing. Keputusan perlu di buat. Mata juga perlu dilelapkan kerana
esok dia akan bertugas pagi. Hanya keluhan kecil terdengar sekali-sekali.
Di
hatinya memang merindui lelaki ini, tetapi bila difikir-fikirkan betulkah dia
boleh bersama lelaki ini sepanjang hayatnya. Sudah pupuskah lelaki Melayu di
Malaysia ini, sehinggakan Hani menerima lelaki yang diimport dari Afrika
Selatan. Bolehkah keluarga Khasif menerima dirinya seadanya. Bolehkah Khasif
menerima keluarganya juga, adat dan tatasulila. Menjela-jela soalan yang tidak
ada jawapan yang di senaraikan. Senarai yang mengandungi soalan, tanpa jawapan.
Perkara
ini melibatkan masa depannya bersama lelaki yang bernama Khasif. Penelitian
perlu di buat
sedalam-dalamnya sebelum jawapan seratus peratus menerima dia di dalam hidup Hani. Hani juga terfikir adalah Khasif jodohnya yang telah di tentukan ALLAH kepadanya, kerana jodoh, pertemuaan dan ajal adalah ketentuanNYA. Jika itu yang telah tersurat, dia redha. Redha dengan apa yang telah tertulis untuknya.
sedalam-dalamnya sebelum jawapan seratus peratus menerima dia di dalam hidup Hani. Hani juga terfikir adalah Khasif jodohnya yang telah di tentukan ALLAH kepadanya, kerana jodoh, pertemuaan dan ajal adalah ketentuanNYA. Jika itu yang telah tersurat, dia redha. Redha dengan apa yang telah tertulis untuknya.
Memang
tidak dapat di nafikan Hani rasa bahagia bila bersama dengan lelaki ini. Kaseh
dan cintanya kepada Khasif tidak dapat disangkal lagi. Perasaan yang pertama
kalinya di rasa, satu perasaan yang tidak pernah Hani cari, perasaan yang datang sendiri. Aneh sungguh
perasaan ini, hanya hatinya yang mengerti. Khasif mampu membuat degupan Hani
berdetik pantas sejak pertama bertentang
mata di hospital dulu, walaupun waktu itu hanya wajah Khasif tidak dapat diketahui bagaimana rupanya, hanya kelihatan sepasang
mata.
**********
“Eh…
Hani, bila sampai, ibu tak dengar keretapun” tegur Kasmah ibu Hani, guru
sekolah rendah Telok Mas yang akan bersara 5 tahun lagi. Menyapa anaknya apabila melihat anaknya sudah
duduk disofa rotan di beranda rumah separuh batu yang dibeli oleh abah dengan
duit gaji semasa bekerja di bank swasta dahulu. Kasmah juga duduk bersebelahan
Hani. Sudah lama juga dia tidak duduk berborak dengan anaknya begini.
“Kenapa tak telefon beritahu nak balik..?” tanya ibu
“Saja sekali sekala nak buat surprice kat ibu…” tangan secara spontan
dihulur dan tangan tua ibunya dicium.
“Surprise beno lah tu..” tidak tahu sama ada marah atau amaran dari
ibunya, Hani hanya mampu tersenyum.
Tidak mengapalah, yang penting
Hani sudah selamat sampai, Melaka dengan Putrajaya bukan jauh sangat, pemanduan
melalui lebuhraya PLUS hanya mengambil kurang dari 4 jam pemanduan. Ikut lebuhraya, hanya perlu
sediakan duit toll.
“Dah nak 1 jam dah Hani sampai.. tu lah ibu, tak tutup pintu pagar. Hani
sampaipun tak perasan, sesiapa malaun pun boleh masuk.. sekarang ni bahaya bu,
orang ambil kesempatan..nest time ibu pastikan gate tutup ..” mengingatkan
ibunya agar menutup pintu pagar, jangan dibiarkan terbuka luas. Sekarang ini
berbagai kes jenayah berlaku, itu yang pintu gate tertutup! Jika yang terbuka,
sudah tentu mengundang penjenayah tersebut dan memudahkan misi mereka.
“Ibu dah tutup, mesti si Adi tu keluar dengan motor dia tu .. terlupa
nak tutup balik la tu...” menyalahkan anak lelakinya, yang juga adik Hani.
“Kau
cuti ke?” tanyanya lagi
“Em..
cuti 3 hari sebab shift malam campur week end .”
“Ohh. Bagus la panjang sikit di
rumah ni...”
“Abah mana Bu?..
“Abah ada kat belakanglah dengan pokok pisang dia tu..”
Ibu memberitahu yang Abah, kerani bank yang sudah bersara 2 tahun lepas
dengan aktiviti kegemarananya iaitu berkebun.
“Shima?”tanya
Hani lagi
“Shima
rumah pak andak, jumpa Tirah, nak discuss soalan SPM katanya..”
“Oh..
bila diorang start periksa ya bu” tanya Hani lagi
“Hujung
bulan ni start lah first paper..”. Kata Kasmah lagi.
Hani
cuba hendak memulakan perbualan dengan ibunya yang duduk bersebelahan
dengannya, tetapi tidak tahu di mana harus dimula. Hani memberanikan diri
untuk bersuara.
“Ibu, Hani nak tanya ibu sikit la.. “ Hani cuba memberanikan diri untuk memulakan
bicara. Kena berhemah ibarat menarik rambut dalam tepong. Rambut tidak putus,
tepong tidak berselerak.
”Tanya
apa” berkerut wajah Puan Kasmah akan soalan anak perempuannya, tidak pernah
wajahnya sebegitu serious mengajukan sebarang pertanyaan.
“Ibu,
kalau Hani kahwin orang asing ibu setuju tak?” Opps! Terlepas cakap.. soalan
pasal kahwin rupanya. Ibu tersenyum. Tapi ada tapinya..denan bangsa asing,
calon menantunya bukan orang melayu.
“Ehhh
budak ni, dah tak ada orang melayu ke kau ni Hani, Cina mana, India
mana.!!.bukan senang nak didik orang yang tak seugama dengan kita, kecuali diri
sendiri tu betul-betul boleh bimbing.. ini diri sendiripun tak betul, macam
mana nak bimbing orang?” tegur Kasmah dengan panjang lebar seakan-akan
memprotes.
“Tak Bu,
dia orang Islam cuma dari negara lain..” terbulat lagi mata Kasmah. Orang
dari negara lain, tetapi berugama Islam. Banyak negara yang terlintas dikepada
Kasmah.
“Negara mana, orang Arab ke?” Kasmah cuba membuat serkap jarang.
“Tak.. orang Afrika Selatan” jawab Hani
”Orang negro ke Hani.. kau ni dah
buang tebiat keapa?..” seperti risau sahaja wajahnya.
“Macamlah dah tak ada orang lain dalam dunia ni, kau nak kahwin dengan
negro.. dah tu buat malu ibu aje!” sekali serkap jarang yang terlalu jarang sehingga
tidak menangkap apa-apa pun.
Melihat ibunya melatah, Hani menambahkan lagi geram ibunya. Sengaja menyakat.
“Negropun
manusia sama macam kita jugak bu.apa salahnya.” Hani, cukup-cukuplah menyakat
orang tua tu.
“Hisssy
sudahlah tu Hani, kalau negro, kau lupakan aje la..” naik marah pula Kasmah
dibuatnya, tanpa mengetahui anaknya hanya bergurau.
“Ala..
Hani gurau aje, orang Cape Malay la bu..” lalu Hani memeluk badan ibunya sambil
tersenyum nipis sahaja
Kasmah, menyedari dirinya di persendakan. Dan yang melegakan hatinya,
lelaki yang sudah memikat hati anaknya bukannya Awang Hitam... Lega..
Kasmah mengurut dada..”Budak ni, buat ibu sakit jantung aje” tangannya
masih laju mengurut dadanya.
“Ibu tak kesah, Hani yang nak hidup dengannya, Ibu setuju aje pilihan
Hani. Tapi tanya abah dulu,, yang pasti bawak jumpa ibu dulu.. dari Afrika ni
ngeri jugak ibu rasa.., entah memang negro, saja Hani nak mainkan ibu..kata
bukan negro..” sambil kedua-duanya ketawa berderai.
“Dah pergi tukar baju , jom tolong ibu masak..” Kasmah meninggalkan Hani
berjalan menuju ke dapor. Jika dilayan, satu kerja pun tidak siap.
Hani juga berjalan menuju ke biliknya, akur dengan permintaaan Kasmah
untuk membantunya memasak di dapor.
******
“Abang, pagi tadi Hani ada tanya saya, kalau
dia kahwin dengan bangsa asing, kita boleh terima tak?“ Kasmah memulakan kata
dengan suaminya di dalam bilik mereka disebelah malamnya.
Kasmah ligat melipat telekong yang baru
digunakannya.
“Apa?, Hani tu dah ada calon ke? Bangsa asing mana?” Abah Hani, Pak
Tajuddin orang yang tidak banyak cakap itu bertanya ingin tahu. Tajuddin sedang berbaring
dengan tangan memegang sebuah buku kecil, buku himpunan doa dan zikir.
“Entahlah katanya orang Afrika Selatan.?.” Kasmah menjelaskan, tetapi dia juga kurang pasti.
“Ehm. .. mana pulak dijumpanya budak tu..” soalan Tajuddin lagi, mata kemudian
menala kearah Kasmah yang sedang melipat sejadah.
“Kau suruh aje dia bawak jumpa kita, barulah kita boleh decide nanti..,
takut sekarang ni, orang jual orang..kena pulak orang Afrika.., dia kahwin anak
kita lepas tu di bawak ke sana, kat sana di jualnya.. banyak berlaku macam ni..”
Pak Tajuddin menjelaskan panjang lebar. Hai.. banyak kesangsian dari Pak
Tajuddin, susahlah Hani nampaknya mendapat persetujuan keluarganya.
“Ye lah.. esok saya ceritakan kat dia..” Kasmah hanya menurut arahan
suaminya.
“Dahlah tu.. dah lewatnya..” Kasmah terus menutup lampu dan hanya
membiarkan lampu tidor yang malap menyala. Berbaring sebelah suaminya yang
cepat-cepat meletakkan buku kecil dimeja sisi. Kasmahpun satu hendak tutup
lampu, tak ada warning langsung. Tahu-tahu bilik sudah gelap.
*********
“Bila
nak balik Putrajaya” Pak Tajuddin memulakan bicaranya bersama Hani selepas
sarapan. Duduk di sofa rotan sambil
membelek surat khabar.
Hani tahu
abahnya bertanya sebab setiap kali pulang ke Putrajaya ada sahaja buah pisang
atau betik yang dibekalkan untuk anaknya membawa pulang. Dia tahu Hani memang
suka buah betik, sebab itulah di tanamnya beberapa batang pokok betik di belakang rumah.
“Lusa,
lepas asarlah agaknya.bah.” jawab Hani.
Hani
sudah cuak, dia tahu apa yang diminta ibu sampaikan kepada abah sudah pasti
sudah di laksanakannya.
“Malam tadi.., ibu ada beritahu abah, hal kawan Hani tu..” haa.. kan
betul..sudah meletup, nasib baik mercun bukan bom. Lega Hani melihat reaksi
abah yang tenang dan bersahaja.
“Abah tak ada halangan kalau itu pilihan Hani, tapi Hani kena ingat
sekarang ni macam-macam perkara yang tak disangka boleh berlaku.. orang jual
orang la.. orang tipu orang la.. macam-macam., jadi abah tak nak berlaku pada
keluarga kita, terutama Hani”. Sayang juga abah pada anak dara dia ni
ya..berbisik kata hati Hani. Hani tersenyum sumbeng.
“Jadi abah, nak Hani bawak budak tu jumpa ibu dengan abah dulu dan
kemudian kita fikirkan.. macammana?” Pak Tajuddin membuahkan cadangan, jika Hani serious pasti
akan Hani atur pertemuan itu. Jika tidak, sudah tentunya tiada pengunjung dari
Afrika Selatan seperti yang diberitahu akan mengunjunginya.
“macammana
kau jumpa budak tu Hani?”Pak Tajuddin cuba menyiasat, macam polis pencen sahaja,
bekas kerani bank itu.
“Dia
salah sorang yang mangsa bunga api awal tahun hari tu.. dekat 2 minggu jugak
dia di hospital tu…dia kerja travel agent bah. Da bawak tourist dari
Afrika Selatan datang Malaysia.. tu yang Hani jumpa dia..” menjelaskan apa yang
meragukan Pak Tajuddin. Jelas penerangannya agar abah tidak bertanya lagi.
“Oh.. macam tu.., apa-apa pun bawak dia jumpa abah dulu..” ulang Pak Tajuddin.
“Esok boleh tak bah..” seperti tidak sabar-sabar.
Sebenarya bukan tidak sabar, tetapi Khasif perlu pulang ke Cape Town dalam masa
3 hari lagi.
“Besok?.. apa hal cepat sangat.. budak tu ada kat sini ke?” Pak Tajuddin
terkejut, namun dia mengikut perancangan Hani. Pasti ada sebabnya yang
pertemuan perlu dilaksanakan segera.
“Kau aturlah.. dengan ibu..” Pak Tajuddin bangun dan meninggalkan Hani,
menuju kemana lagi kalau tidak di belakang rumah dengan kebunnya.
Lega Hani, langkah pertama sudah mendapat lampu hijau.
Hani mencari-cari ibunya, terus
terhenti pandangan matanya kepada susuk tubuh ibunya yang sedang leka menyemak
buku-buku kerja anak muridnya. Tekun cekgu itu menyemak lepas satu ke satu buku
yang kulitnya berwarna puteh.
“Ibu, boleh ganggu kejap..?“ tanya Hani kepada ibunya yang masih leka
menyemak kertas kerja anak muridnya.
“Ehmm… apa dia..” jawab ibu, walaupun tangan masih ligat menulis sesuatu
diatas salah satu buku yang dibukanya.
“Abah suruh arrange kawan Hani tu jumpa ibu dengan abah, Hani arrange
esok boleh tak, sebab kawan Hani tu kena balik Cape Town hari Jumaat ni..” Hani
menjelaskan kedudukan. Harap ibu berseteju.
“Esok..eh.. ada apa esok..ha“ Kasmah terdiam sebentar, memikirkan apa
aktiviti yang dia ada esok harinya/
“Hemmm.. bolehlah, sekali ajak dia makan tengahari.. dia datang berapa
orang?” tangan berhenti menulis dan pandangan juga sekarang sudah singgah ke arah
Hani. Hani yang duduk dikerusi bersetentang dengannya.
“Tak tahulah, nanti Hani tanya..” cadangan yang baik juga ibu berikan,
bisik hati Hani.
Hani meninggalkan ibunya dan masuk kebilik, keluar bilik dengan telefon bimbit ditangan
dan tangannya terus menekan-nekan butang. Dia menghantar pesanan ringkas kepada
siapa lagi kalau bukan Khasif. Khasif yang akan menjadi tetamunya esok.
“Khasif,
how are you, I’m at my hometown Melacca
at the moment, my parent wants to meet you, it is ok tomorrow around
12.00” selesai ditaip butang hijau di tekan.
“Insyallah,
give me the address..” jawapan melalui blackberry Khasif di terima. Cepat betul
Khasif menjawab pesanan ringkasnya, omel Hani. Namun hatinya riang.
“Ok, I will wait for you at at Telok Mas taxi stand.. call my
handy 013 7163399” sekali lagi Hani menekan butang hijau, Send.
“TQ
darling, see you 2morrow” satu lagi jawapan yang cepat dari Khasif. Hani
membulatkan matanya..perkataan Darling.
“Dah
berdarling darling pulak.. macam confident aje aku setuju.”.bisik Hani di dalam
hati sambil tersenyum girang. Kalau orang tuanya tidak setuju bagaimana, Hani
terpaksa akur juga, dia tidak mahu menjadi anak derhaka.
********
“Assalamulalaikum
Hani, where are you? I’m already here.. at the taxi stand” kedengaran suara
Khasif apabila Hani menjawab telefonnya.
“Hem..
okey! Did you see White Myvy in front of a coffee shop? That’s my car..White
Myvy” Hani mengulangi jenama keretanya kemudian terhenti sebentar memberi
peluang Khasif mencari kedudukan dimana keretanya berada.
“Did you
see it Khasif?” Hani mengulangi pertanyaannya kerana tidak menerima sebarang
maklumbalas dari Khasif. Lama juga di tunggu jawapan. Nampakkah atau tidak dia
akan keretanya yang tercogok di depan kedai kopitiam Baba Ai dan Nyonya Moon.
“Yes,
Yes..I can see now..” akhirnya Khasif mengetahui di mana kereta Hani
dipakirkan, di depan matanya sahaja, cuma tidak perasan. Girang suara Khasif.
”You
drive here and then follow us, I will lead the way.. is it okey?” Hani
memberitahu kerana atas nasihat ibunya meminta Shimah menemankannya semasa
menunggu Khasif. Kurang manis anak dara menunggu teman lelaki sendirian, nanti
apa orang kampong kata, tambahan pula di pekan Telok Mas ramai kenalan. Siapa
tidak kenal Pak Tajuddin, dan cekgu Kasmah.
“Hem..
okey..we will be there right away.. salamualaik” Khasif mengakhiri perbualannya.
Hani
memandang kearah Shima yang berdiri disebelahnya. Perkataaan “we” menunjukkan
lebih dari seorang. Khasif datang dengan siapa ya? Tertanya-tanya Hani.Shima
hairan dengan riak muka kakaknya, dia tidak mengetahui apa yang tersirat dan
tersurat didalam kepala kakaknya sekarang. Dia cuba chaperone kakanya sahaja
hari ini.
Kelihatan Ford Edge berwarna merah hati menuju kearah kereta Hani.
Kereta siapa pulak ni..? Hani yang masih tertegat di depan kedai kopi dapat
mengetahui itu kereta yang dinaiki Khasif. Khasif keluar mendapatkan Hani.
“Itu ke orangnya kak?” terkejut Hani apabila singgah soalan dari adiknya
di telinga Hani. Hani menoleh..
“Ha..ah..” jawapan pendek.
“Handsome lah kak..” jawapan dari Shima pendek, dan secara spontan
tangan Hani singgah ke bahu adiknya. Ada-ada
saja si Shima ni, tetapi tersenyum dengan kata-kata manis dari adiknya, memuji
bakal abang ipar, jika ada jodoh.
Adik, bukan rupa yang jadi ukuran, isi hati yang penting dek oi!! Kalau
sedap mata memandang, tetapi hari-hari makan hati, boleh ke hidup!
“How are
you..?” tersenyum Khasif bertanyakan khabar. Pertanyaan Khasif hanya dibalas
dengan senyuman oleh Hani.
“My
sis.. Shima” memperkenalkan Shima. Shima sekadar membungkuk sedikit badan. Khasif juga hanya menganggukkan kepala
“You
just follow my car, okey, I will lead..Shall we go now..?” Meminta kereta yang di
pandu, entah siapa agar mengikut kereta Hani.
Khasif
tidak pula memaklumkan siapakah geragan pemandu yang dinaikinya. Perlu ke Hani
tahu?
Hani
menunggu Khasif yang sedang menghala ke kereta Ford Edge, nampak dari cermin
sisi yang mereka sudah bersedia. Hani memulakan perjalanan dan perlahan kereta Khasif
mengekori kereta yang dipandunya.
Mudah sahaja untuk kerumah Pak Tajuddin. Pemanduan tak sampai pun 10 minit. Sesampai sahaja dirumah, Hani mempersilakan
Khasif yang bertemankan En. Amri, dari Oriental Tours Services, rupanya masuk
kerumah. Pak Tajuddin, Puan Kasmah dan
abang Pak Tajuddin yang Hani panggil Pak Long Aziz telah sedia menunggu.
Hani terus ke dapor menyediakan minuman ringan. Abah dan Pak Long pandai
juga berbahasa Inggeris, tetapi nampaknya En. Amri menjadi jurubahasa Khasif.
Begitu juga ibunya maklumkan cekgu bahasa inggeris.
Hani berasa lega, dari perbincangan yang diperhatikannya, tiada
ketegangan berlaku. Itu pertada yang baik. Ibu pun nampaknya dapat menerima
Khasif, Pak Long Aziz yang banyak menyoal, dan Khasif menjawabnya dengan hormat
sekali. Ye lah biasalah lah tu, sebelum dapat memanglah lembut lidah dari gigi.
Nak tahu langit tinggi atau rendah, tunggulah bila sudah berumahtangga nanti,
semua tembelang terbongkar. Hani masih lagi skaptikal, tetapi dia perlu memberi
peluang kepada Khasif, manalah tahu dirinya memang telah ditentukan milik
Khasif. Hanya DIA yang maha mengetahui.
Mereka kemudian di jamu dengan makan tengahari yang serba ringkas.
Khasif tidak mempunyai masalah dengan lauk yang disediakan Kasmah, kerana dia
sudah kerap ke sini hinggakan boleh menjadikan Malaysia sebagai rumah keduanya.
Khasif yang makan dengan seleranya masak asam pedas Kasmah, orang Melaka lah
katakan. Selesai berbincang Hani menghantar Khasif dan En. Amri ke kereta.
Encik Amri pun apa kurangnya, bukan
selalu dapat merasa masakan asam pedas dari air tangan orang Melaka sendiri.
Lupa mereka sekejap tujuan utama mereka ke rumah Hani. Nampah mesra walaupun
baru beberapa jam sahaja berjumpa.
Solat Zohor berjemaah yang berimamkan Pak Long Aziz. Sungguh mereka
tidak berasa kekoh langsung bila bersama keluarga ini.
Khasif sempat bertanya kepada Hani, sama ada keputusan sudah di buat,
tetapi Hani masih belum memberikan
jawapannya. Tak
sabar-sabar lah pulak mamat Melayu Cape ni.
“I will
let you know tomorrow okey, be careful and safe journey back to KL” doa Hani,
sambil mata menjeling kearah Encik Amri yang tidak henti tersengeh. Entah apa
yang melucukan, hanya dia sahaja yang tahu. Khasif mengangkat mata kepada Amri.
Pastinya kedua-dua lelaki ini memang ada rahsia yang hanya mereka berdua sahaja
yang mengetahui.
“Hati-hati En. Amri, selamat jalan” ucapannya kepada En. Amri sebelum
En. Amri meninggalkan rumah sambil
melambaikan tangan.
Puan Kasmah bersandar memerhati di pintu depan bersebelahannya Pak Tajuddin.
Pak Long Aziz juga, memerhatikan kereta Ford Edge merah berlalu pergi. .
“Handsome
lah boyfriend akak tu.. mana akak jumpa ek!!..” komen Shima.
“Apalah
adik ni, dari pagi tadi..cerita pasal paras rupa.. kat akak dah cakap, bukan
itu ukurannya.. coincidence aje dia handsome.. nak buat macammana?” Murni cuba
menafikan, tetapi sebenarnya memangpun Khasif seorang lelaki yang tampan. Kacukan lah dikatakan.
Ha.. nak tahu mana akak jumpa dia.. a.ka.k jum..pa dia kat.. hem..”
sengaja Hani melambatkan jawapannya hanya untuk menyakat adiknya, Shima..
“dia salah sorang mangsa bungaapi hari tu..la..”akhirnya Hani
mengakhirkan teka teki adiknya.
”Ohh…” panjang oh..Shima tanda dia mengerti.
Hani
mendapatkan ibu, abah dan Pak Longnya.
“Ibu,
abah,Pak Long macammana.. Hani risau, dia beriya-iya benar nak melamar
Hani..Ibu tengok dia macammna?” tanya Hani inginkan jawapan, sama direstui atau
tidak.
“Abah
rasa dia dia ikhlas.. kau Mah macammna..”tanya Abah kepada iserinya Kasmah.
“Kau Ajis macammna pulak” Abah meminta
pandangan dari ibu dan Pak long.
“Entahlah
bang, tanya tuan punya diri la. saya tengok pun okey aje budaknya” jawab ibu.
“Kau dah
bersedia nak terima dia ke Hani?.tanya Pak Long lagi, ni.. nak jadi isteri
seumur hidup, bukan main pengantin pondok-pondok.. kena ingat“ berlawak pula
Pak Long dengan Hani.
Hani
angguk kepala dengan malu-malu tanda setuju
“Jadi
bila dia nak hantar orang” amboi seperti tidak sabar sahaja soalan Pak
Tajuddin.
“Nanti
Hani tanya dia, apa perancangan dia..” Hani serba salah untuk menjawab, kerana
jawapannya semua di tangan Khasif.
********
“Khasif,
can I see you before you leave tomorrow?’ Hani menalefon Khasif sebelum
bergerak pulang ke Putrajaya.
“Of
course Hani, what time and where..” jawabnya, memang menunggu-nunggu untuk bertemu
Hani.
“My duty
is in the morning tomorrow and finish by 2pm., can we meet after 2.00 then, may
be over lunch?..” Hani memberi cadangan, jika Kasif tidak keberatan.
“Hem.. good idea, I wait for you at the
hospital.” Memangpun, jika Hani tidak meminta bertemu dengannya pun memang dia
hendak bertemu dengan gadis itu. Kini tuan punya diri yang menyerah, pucuk di
cita ulam mendatang. Sangat-sangat dialu-alukanlah cadangan itu.
“See you
tomorrow then..Bye sayang..” Khasif menamatkan perbualan
Hani di
hujung talian, senyum mendengar Khasif menyebut sayang.. bagaikan irama yang
merdu sekali di telinganya. Aduh, susah sungguh orang dah anggau, segalanya
indah.
******************
Dari
jauh sudah kelihatan Khasif tersengeh-sengeh melambai Hani, apabila dia perasan
kelibat Hani yang keluar dari lift menuju ke pintu utama. Memang tajam
penglihatannya terutama apabila mencari susuk tubuh Hani. Sedangkan jika
difikirkan berapa ramai orang yang berpakaian puteh seperti Hani dihospital ni,
memang agak keliru jika hanya berpandukan dengan susuk badan. Tetapi ini tidak
terjadi masalah pada Khasif, memang dia boleh mengetahui bentuk susuk tubuh
yang di lambainya itu adalah Hani, dia pasti itu Hani, yang sekarang ini sudah
menjadi buah hatinya. Jika diminta mencari Hani melalui bayang-bayangpun dia
mampu mengenal yang mana bayangan Hani. Hanilah gadis yang membuatnya makan
kenyang, mandi basah dan tidor lena.
Hani
perasan lambaian Khasif dan membalasnya terus berjalan laju menuju ke arah
lambaian.
“Assalamualaikum
Khasif” sambil tersenyum nampak gembira Hani memberi salam.
“You
waited long” Hani berbual sambil jalan
beriring dengan Khasif.
“Noop…”
jawapan yang tidak benar, sedangkan dia sudah menunggu lebih dari 45 minit. Namun demi untuk bertemu
Hani, satu hari menunggupun dia akan akan memberitahu bahawa dia baru sampai.
“Where
are we going now ..” tanya Hani.
“Lets
have lunch at Putrajaya Seafood.., I want this moment to be remember by both of
us..” seperti yakin dengan jawapan yang akan diterimanya dari Hani nanti adalah
berita gembira.
“Its fine
with me…” Hani menjawab. Orang yang akan bayar, apa lagi, boleh aje la
jawapannya..
Hani
menuju ke tempat pakir yang memakirkan Myvynya.
“Hani,
you go with me, I borrow Amri’s car today” katanya sambil menunding jari
menunjukkan kereta yang memang Hani kenal sangat, kereta Ford Edge merah hati
Amri yang di pakir di bawah teduhan pokok yang sebaris dengan keretanya, Hnya
selang beberapa kereta lain sahaja.
Khasif
membuka pintu kereta untuk Hani dan terus memandu. Tempat yang dituju seperti
yang telah dimaklumkannya kepada Hani, Putrajaya Seafood.
Rupanya
Khasif telah menempah meja bagi mereka. Apabila sampai terus sahaja pelayan
membawa mereka ke sebuah bilik yang akak sederhana besar yang boleh membuatkan
4 biji kerusi, details betul lelaki ini. Agaknya ini menjadi perkara biasa bagi
lelaki asing, tetapi bukan lelaki Melayu yang mungkin perbuatan ini agak
kebaratan. Risau juga di hati Hani, Khasif nampak bersahaja. Hati Hani
tertanya-tanya, adakah semua gadis dia akan melayan sebegini? Satu tandatanya
yang bermain di kepala Hani.
Kelihatan
minuman jus sudah tersedia diatas meja.
Khasif
menarik kerusi untuk membenarkan Hani duduk, kemudian baru dia mengambil
tempatnya. Amboi memang romantic Khasif. Hani sungguh terharu, kerana dia tidak
pernah dilayan sebegitu rupa. Suasana makan malam candle light akan berulang, cuma sekarang bukan makan
malam tetapi makan tengahari.
Sebentar
kemudian makan tengahari telah sampai untuk dijamu. Semua telah diatur oleh
Khasif awal-awal. Khasif memang teliti, demi untuk gadis yang kini di
hadapannya.
“Hani,
how was the response from you parent..” sudah tidak sabar mendengarnya apabila
Hani seperti menyeksa dirinya dengan mengantung jawapan yang dinanti-nantinya.
Hani
menyenduk nasi kedalam pinggan dan dihulurkan kepada Khasif. Khasif mengambilnya
soalan Khasif masih tidak berjawab.
“Emm..they…”
sengaja Hani melambatkan jawapannya. Khasif yang dihadapannya mengerutkan muka,
muka bimbang..bimbangdengan jawapan Hani. Sedangkan Hani relax sahaja memulakan
suapan. Khasif tidak selera menjamah makanan, hanya menguis-guis sahaja rezeki
dihadapannya.
“They approved our relationship..” Hani
akhirnya memberi jawapan yang diperlukan, kasihan pula Khasif tidak lalu makan,
kerana menunggu jawapan tersebut.
“Alhamdulillah”..
betul apa telahan Hani, sebaik sahaja mendengar jawapan dari Hani, terus dia
menyenduk lauk-lauk kedalam pinggan Hani dan juga pinggannya. Mukapun tidak
berkerut lagi, kini muka riang pula diganti.
Sekarang
yang tinggal hanya kedengaran gelak ketawa sepasang kekasih yang baru mendapat
pengiktirafan cinta mereka.
**************
“Ibu,
Khasif nak hantar wakil meminang hujung bulan ni, boleh tak?” Hani memberitahu
ibunya. Kini pantang cuti, Hani akan pulang kekampong.
“Apa Hani, hujung bulan ni, sempat ke.. Hani tak rasa ke, semua ni macam
tergesa-gesa aje, Hanipun baru aje kenal dia kan” Puan Kasmah agak terkejut
dengan berita yang baru Hani sampaikan. Dia bimbang kerana masih belum kenal
sepenuhnya dengan bakal menantunya. Namun jika Hani sudah membuat keputusan,
apa yang boleh dia lakukan. Baginya dia mahu yang terbaik untuk anak-anaknya.
Kebahagian mereka adalah kebahagian dirinya juga..
“Buat syarat aje mak, En. Amri yang wakil, Khasif tak ada..” Hani menerangkan yang akan di hadiri
oleh Encik Amri sebagai wakil meminang, tanpa mengetahui yang ibunya tidak
berasa senang. Bukan tidak mahu Khasif sebagai menantunya, tetapi semuanya
berlaku begitu cepat. Ibu sedikit sangsi.
“Ibu
kita buat simple aje..” Hani masih bercerita mengenai rancangannya.
“Simple
simple pun kena jugaklah buat hantaran bagai..” Kasmah tetap mengikut rentak
anaknya, agar riak kurang senangnya tidak dapat dikesan oleh Hani.
“Nanti Hani belilah sikit dari sini.. buat 9 dulang sudah lah”
Seperti yang direncanakan hari pertungan Hani berjalan dengan baik. Di
hari tersebut, isteri En. Amri diwakilkan menyarongkan cincin pertunangan ke
jari manis Hani. Cincin yang telah diberi Khasif kepadanya tempoh hari, hari
ini sahlah Hani menjadi tunangannya. Yang hairannya cincin sangat elok terletak
di jari manis Hani, di mana Khasif
mengetahui ukuran jari Hani, tidak Hani ketahui, yang Hani ketahui Hani
sayangkan Khasif, begitu juga dia.
Di atas permintaan Khasif, tarikh nikah di tetapkan 3 bulan kemudian,
iaitu bulan Disember.
Aduh,
semuanya hendak segera, dalam masa tiga bulan, sempat ke membuat segala
persiapan? Sekali lagi Puan Kasmah runsing memikirkan, tetapi terpaksa
digagahkan juga demi Hani, anak perempuan sulungnya.
Dihatinya
berkata-kata, adakah semua tindakan yang Hani lakukan ini, adalah tindakan
yang betul.
No comments:
Post a Comment