Saturday 3 May 2014

Mengharap Di Tanjung Harapan - Bab 20



Untuk pembaca yang setia mengikuti coretan ini. Selamat membaca...
Kepada Mak Teh, terima kasih saya ucapkan kerana membuat saya ingin terus menghabiskan cerita ini.
Bab 20

Awal-awal lagi Puan Fatihah sekeluarga telah mengatur untuk check out dan menggunakan perkhidmatan hotel untuk menghantar mereka ke lapangan terbang.
“Abang, next year kita datang lagi sini boleh tak?” minta Ain kepada Aqram.
“Tak mahu pergi negara lain, pergi Europe ke, pergi Australia ke?” jawab Aqram
“Tempat-tempat tu Ain nak gi jugak, tapi Cape Town every year, macammana?” rayu Ain.
“Abang belum pandai cop duit lagi Ain.. kalau abang dah pandai cop duit, setiap bulan pun boleh datang sini..” gurau Aqram kepada adiknya.

“Ala.. abang ni, tak apa, tak payah pergi tempat lain, tapi kita datang sini every year.. macamana?” pujuk Ain lagi.

Mengharap Di Tanjung Harapan - Bab 18 & 19



BAB 18

Keluarga Puan Fatihah sampai semula pada jam 3 petang di hotel penginapan mereka. Semua puas hati dengan trip ke Fairly Glen. Yang paling gembira, tentunya Aqram. Lengan yang berbalut dipegangnya selalu, kerana lengannya yang cedera itu, dia dapat rapat dengan Hani.
Manakala Hani pula singgah di pejabat, dia ke pejabat kerana keretanya dipakir di sana dan juga untuk melihat apa-apa yang dia perlu tahu sepanjang dua hari ketiadaannya.