Saturday 3 May 2014

Mengharap Di Tanjung Harapan - Bab 20



Untuk pembaca yang setia mengikuti coretan ini. Selamat membaca...
Kepada Mak Teh, terima kasih saya ucapkan kerana membuat saya ingin terus menghabiskan cerita ini.
Bab 20

Awal-awal lagi Puan Fatihah sekeluarga telah mengatur untuk check out dan menggunakan perkhidmatan hotel untuk menghantar mereka ke lapangan terbang.
“Abang, next year kita datang lagi sini boleh tak?” minta Ain kepada Aqram.
“Tak mahu pergi negara lain, pergi Europe ke, pergi Australia ke?” jawab Aqram
“Tempat-tempat tu Ain nak gi jugak, tapi Cape Town every year, macammana?” rayu Ain.
“Abang belum pandai cop duit lagi Ain.. kalau abang dah pandai cop duit, setiap bulan pun boleh datang sini..” gurau Aqram kepada adiknya.

“Ala.. abang ni, tak apa, tak payah pergi tempat lain, tapi kita datang sini every year.. macamana?” pujuk Ain lagi.

“Ain rasakan.. Ain rasa kak Hani tu sukakan abang tau?..” pandai-pandai sahaja Ain meneka yang Hani sukakan abangnya.
“Mana ada, dia tak layan abang pun, abanga tengok!” ujar Aqram
“Nak Ain tolong tanyakan, nanti Ain emel dia” amboi-amboi, Ain hendak jadi posman pulak.
“Hai jangan buat malu abang okey!!, kalau abang mahu, abang boleh tanya dia sendiri, apa hal pulak nak minta Ain tolong” Aqram seakan membantah tetapi dia suka sebenarnya, mahu tapi malu hendak mengaku.
Perjalanan ke lapangan terbang mengambil masa 45 minit. Sesampai sahaja dibalai berlepas mereka terus check in luggage dan mengambil boarding pass. Terlalu awal untuk masuk ke bilik menunggu. Mereka mengambil keputusan untuk berlegar-legar di kedai bebas cukai sementara waktu masih ada.
“Assalamualikum, dah check in semua barang” Semua menoleh ke arah suara. Hani rupanya.
“Mualaikumsalam Hani” jawab Puan Fatihah dengan wajah yang ceria, tidak disangka Hani akan menghantar mereka di lapangan terbang.
Aqram pula nampak lebih ceria apabila orang yang diharapnya berada ketika ini muncul didepan mata. Muka berseri-seri, senyum sepanjang zaman.
“Lupa saya nak ingatkan, kat sini boleh refund VAT” Hani memaklumkan VAT boleh dituntut kepada setiap pembelian melebihi Rand100 dalam  satu resit. 
“Ada..ada saya dah kumpul semua resit yang berbelanja lebih dari Rand100 tu, advise dari reception hotel masa mula-mula sampai dulu tak banyakpun, datang sinipun lebih nak berjalan aje dan temankan si Aqram tu..” Puan Fatihah memuncungkan mulutnya ke arah Aqram yang sedari tadi masih merenung Hani yang datang dengan memakai seluar brown pekat, blouse cream berjalur coklat yang menampakkanya lagi kelangsingannya.
Hari ini Hani tidak bertudung bawal, sebaliknya mengenakan skaf kepala yang diikat kebelakang dan ditarik kehadapan untuk menutup lehernya yang jinjang. Warna-warna gelap membuat kulit puteh Hani terserlah kehalusannya.
“Nanti puan pergi ke kaunter refund VAT tu dan dapat balik rebate 12% cash” kemudian Hani menoleh kepada Aqram
“Lengan Encik dah okey ke?“ Pertanyaan yang sama ditanya lagi.
Sebenarnya sudah tidak ada cerita lain yang hendak ditanyapun  kepada kembar Khasif.
ehem, thanks to nurse Hani..” jawabnya sambil senyum meleret.
Berbeda sedikit perangainya dari semalam semasa dirumah Hani. Aqram nampak lebih ceria.
“Saya saja singgah, hari Ahad tak tahu nak buat apa, kalau dah semua okey saya bergerak dulu” Hani memohon diri dan menoleh badannya ke belakang kerana ingin meninggalkan keluarga itu. Niatnya sekadar hendak mengingatkan mengenai VAT claim sahajapun.
“Cik Hani ada kerja ke? kalau free, tunggu lama sikit sampai kita orang masuk boarding room, jika sudi..” pinda Puan Fatihah
“Emm.. tak ada apa-apa, cuma takut mengganggu keluarga Puan aje”jawab Hani.
“Hani tak payahlah berpuan-puan dengan saya, panggil aje untie, rasa saya lebih mesra” Puan Fatihah lebih senang dipanggil untie, lebih mesra katanya.
“Apalah Kak Hani ni.., kita orang suka kalau Kak Hani ada, Abang Aqram lagi suka..kan bang?” tiba-tiba Ain mencelah. Ada-ada saje Ain ni..
“Eh.. apa kena mengena dengan Abang pulak, adik ni.. “ menidakkan ungkapan adiknya, sedangkan memang benar, kehadiran Hani menceriakan harinya.
Semua tergelak dengan usikan Ain.
Akhirnya Hani menerima pelawaan Puan Fatihah, lagi satu jam bersama mereka apalah salahnya. Jika pulang kerumahpun bukan ada sesiapa kecuali Manja.
Mereka berbual, ada sahaja cerita yang dibangkitkan, membuat Hani terasa rindu tanah airnya, banyak benda yang dia sudah tertinggal rupanya.
Terdengar makluman boarding room ke Kuala Lumpur telah dibuka di Pintu bernombor 22. Hani bersalam salaman dengan Puan Fatihah, Rayyan dan  Ain. Encik Mansor dan Aqram hanya memerhati. Sayu pula rasanya Hani apabila  mereka akan meninggalkan Hani. Keluarga dari Malaysia yang sedikit telah mencuit hatinya.
“Selamat jalan dan jumpa lagi…” eh kenapa aku cakap jumpa lagi..tiba-tiba Hani berkata di dalam hati, buat apa aku nak jumpa mereka lagi..hissy!!
Hani melangkah dan meninggalkan mereka yang mengheret beg masing-masing menuju ke balai berlepas.
“Cik Hani tunggu!” tiba-tiba Aqram bersuara sambil mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya.
This is something for you, for being my nurse, not much, but I hope you like it” katanya.
Hani menerima kotak kecil yang Aqram hulurkan, sebenarnya tanda minta maaf kerana telah rasa bersalah buruk sangka terhadap Hani. Perbualan mama yang telah didengarnya secara tidak sengaja memberi  penjelasan apa status Hani sebenarnya.
Hadiah yang tidak seberapa harganya itu sengaja disimpannya,  jika ada peluang berjumpa Hani lagi. Alhamdulillah rupanya bertemu juga sekali lagi dengan Hani yang tidak disangkanya. Sudah rezeki Hani gamaknya.
“Terima kasih, tapi saya tak ada apa nak beri En. Aqram?” Hani malu untuk menerima pemberian itu kerana dirinya tidak mempunyai apa-apa sebagai balasan.
“Cik Hani boleh balas next time, bila cik Hani balik cuti di Malaysia nanti” lalu Aqram berjalan pantas mendapatkan keluarganya semula. Hani hanya berdiri tidak berkotek dengan satu kotak kecil masih digenggamnya di tangan. Memerhatikan sekeluarga Puan Fatihah meninggalkannya tanpa menoleh. Hani hanya berdiri memerhatikan pergerakan mereka sehingga mereka hilang dari pandangan. Sayu pula hati Hani, apabila ditinggalkan sendirian. Kenapa mesti sayu? Mereka bukannya ada kena mengenapun dengan dirinya, tetapi sungguh Hani merasa sedih!

***

“Am beri Hani apa” tanya Puan Fatihah ingin tahu apabila Aqram sudah berjalan bersaing dengannya.
“Kerongsang” jawabnya pendek
”Bila masa pulak Am beli” tanya Puan Fatihah lagi.
“Kat depan hotel malam lepas balik Garden Route..,tak ada apa nak beli, kita pergi lunch rumah dia tak bawa apapun, tu yang Aqram beli something, just a token of appreciation”
“Em..Ma lupa pulak hal tu..” jelas puan Fatihah tunduk.
“Ma suka si Hani tu.. “ Puan Fatihah membuat pengakuan.
 ”Ain pun…ma” sokong Ain mencelah.
“Abang macammana?”  Tanya Ain lagi, cuba mengusik abangnya yang nampak tidak tentu arah. Berkerut muka Aqram, apa punya soalan dari adiknya.
Namun dia hanya terdiam. Perbualan mereka terhenti apabila sudah sampai di Pintu 22. Masing-masing sebok dengan urusan check-in.
Tamat sudah percutian mereka di bumi Mandela. Mereka membawa pulang bersama hati yang puas dan gembira. Cuma.. cuma Aqram merasa dirinya tertinggal sesuatu. Dia tinggalkan secebis hatinya kepada seorang perempuan, tanpa pengetahuan siperempuan.  Harap-harap perempuan itu sudi menyimpannya. 

4 comments:

sufi_jamal said...

Ahamdullilah buka2 ada smbungan.. tunda masak baca dulu. orng sebelah menjeling saja takut makan lambat. tpi mak teh tak pandi nak komen.. ikut sja jln crita penulis .. yg sbtul inilah pertama kali mak teh tulis kat ruangan macam ni biasanya mak teh baca karya orang saja jadi pengikut dlm snyap.

Rose Ezadora said...

Saya sangat berbesar hati, kerana ada pembaca yang suka coretan ini. Ini ialah coretan pertama saya. Memang terukpun tatabahasanya. Banyak salah sana sini. Maafkan saya...

sufi_jamal said...

Munkin ramai jga pmbaca lain nak komen tpi susahlah nak komen..tadi tu smpai terhatar dua kali sebab komen tak keluar..jdi mak teh send skali lagi..tak nampak tpi mak teh twakal saja..

Rose Ezadora said...

Tak susah.. tekan icon comment, taip apa yang hendak disampaikan dan lepas tu publish.. siap..saya sangat mengharap comment2 dari pembaca supaya saya dapat membaiki lagi mana yang tak kena..