Untuk pembaca yang setia mengikuti coretan ini. Selamat membaca...
Kepada Mak Teh, terima kasih saya ucapkan kerana membuat saya ingin terus menghabiskan cerita ini.
Kepada Mak Teh, terima kasih saya ucapkan kerana membuat saya ingin terus menghabiskan cerita ini.
Bab 20
Awal-awal lagi Puan Fatihah
sekeluarga telah mengatur untuk check out dan menggunakan perkhidmatan hotel
untuk menghantar mereka ke lapangan terbang.
“Abang, next year kita
datang lagi sini boleh tak?” minta Ain kepada Aqram.
“Tak mahu pergi negara
lain, pergi Europe ke, pergi Australia ke?” jawab Aqram
“Tempat-tempat tu Ain nak
gi jugak, tapi Cape Town every year, macammana?” rayu Ain.
“Abang belum pandai cop
duit lagi Ain.. kalau abang dah pandai cop duit, setiap bulan pun boleh datang
sini..” gurau Aqram kepada adiknya.
“Ala.. abang ni, tak apa,
tak payah pergi tempat lain, tapi kita datang sini every year.. macamana?”
pujuk Ain lagi.
“Ain rasakan.. Ain rasa kak
Hani tu sukakan abang tau?..” pandai-pandai sahaja Ain meneka yang Hani sukakan
abangnya.
“Mana ada, dia tak layan
abang pun, abanga tengok!” ujar Aqram
“Nak Ain tolong tanyakan,
nanti Ain emel dia” amboi-amboi, Ain hendak jadi posman pulak.
“Hai jangan buat malu abang
okey!!, kalau abang mahu, abang boleh tanya dia sendiri, apa hal pulak nak
minta Ain tolong” Aqram seakan membantah tetapi dia suka sebenarnya, mahu tapi
malu hendak mengaku.
Perjalanan ke lapangan
terbang mengambil masa 45 minit. Sesampai sahaja dibalai berlepas mereka terus
check in luggage dan mengambil boarding pass. Terlalu awal untuk masuk ke bilik
menunggu. Mereka mengambil keputusan untuk berlegar-legar di kedai bebas cukai
sementara waktu masih ada.
“Assalamualikum, dah check
in semua barang” Semua menoleh ke arah suara. Hani rupanya.
“Mualaikumsalam Hani” jawab
Puan Fatihah dengan wajah yang ceria, tidak disangka Hani akan menghantar
mereka di lapangan terbang.
Aqram pula nampak lebih
ceria apabila orang yang diharapnya berada ketika ini muncul didepan mata. Muka
berseri-seri, senyum sepanjang zaman.
“Lupa saya nak ingatkan,
kat sini boleh refund VAT” Hani memaklumkan VAT boleh dituntut kepada setiap
pembelian melebihi Rand100 dalam satu
resit.
“Ada..ada saya dah kumpul
semua resit yang berbelanja lebih dari Rand100 tu, advise dari reception hotel
masa mula-mula sampai dulu tak banyakpun, datang sinipun lebih nak berjalan aje
dan temankan si Aqram tu..” Puan Fatihah memuncungkan mulutnya ke arah Aqram
yang sedari tadi masih merenung Hani yang datang dengan memakai seluar brown
pekat, blouse cream berjalur coklat yang menampakkanya lagi kelangsingannya.
Hari ini Hani tidak
bertudung bawal, sebaliknya mengenakan skaf kepala yang diikat kebelakang dan
ditarik kehadapan untuk menutup lehernya yang jinjang. Warna-warna gelap
membuat kulit puteh Hani terserlah kehalusannya.
“Nanti puan pergi ke
kaunter refund VAT tu dan dapat balik rebate 12% cash” kemudian Hani menoleh
kepada Aqram
“Lengan Encik dah okey ke?“
Pertanyaan yang sama ditanya lagi.
Sebenarnya sudah tidak ada
cerita lain yang hendak ditanyapun
kepada kembar Khasif.
“ehem, thanks to nurse Hani..” jawabnya sambil senyum meleret.
Berbeda sedikit perangainya
dari semalam semasa dirumah Hani. Aqram nampak lebih ceria.
“Saya saja singgah, hari
Ahad tak tahu nak buat apa, kalau dah semua okey saya bergerak dulu” Hani
memohon diri dan menoleh badannya ke belakang kerana ingin meninggalkan
keluarga itu. Niatnya sekadar hendak mengingatkan mengenai VAT claim sahajapun.
“Cik Hani ada kerja ke?
kalau free, tunggu lama sikit sampai kita orang masuk boarding room, jika
sudi..” pinda Puan Fatihah
“Emm.. tak ada apa-apa,
cuma takut mengganggu keluarga Puan aje”jawab Hani.
“Hani tak payahlah
berpuan-puan dengan saya, panggil aje untie, rasa saya lebih mesra” Puan
Fatihah lebih senang dipanggil untie, lebih mesra katanya.
“Apalah Kak Hani ni.., kita
orang suka kalau Kak Hani ada, Abang Aqram lagi suka..kan bang?” tiba-tiba Ain
mencelah. Ada-ada saje Ain ni..
“Eh.. apa kena mengena
dengan Abang pulak, adik ni.. “ menidakkan ungkapan adiknya, sedangkan memang
benar, kehadiran Hani menceriakan harinya.
Semua tergelak dengan
usikan Ain.
Akhirnya Hani menerima
pelawaan Puan Fatihah, lagi satu jam bersama mereka apalah salahnya. Jika
pulang kerumahpun bukan ada sesiapa kecuali Manja.
Mereka berbual, ada sahaja
cerita yang dibangkitkan, membuat Hani terasa rindu tanah airnya, banyak benda
yang dia sudah tertinggal rupanya.
Terdengar makluman boarding
room ke Kuala Lumpur telah dibuka di Pintu bernombor 22. Hani bersalam salaman
dengan Puan Fatihah, Rayyan dan Ain. Encik Mansor dan Aqram hanya memerhati. Sayu pula rasanya Hani
apabila mereka akan meninggalkan Hani.
Keluarga dari Malaysia yang sedikit telah mencuit hatinya.
“Selamat jalan dan jumpa
lagi…” eh kenapa aku cakap jumpa lagi..tiba-tiba Hani berkata di dalam hati,
buat apa aku nak jumpa mereka lagi..hissy!!
Hani melangkah dan
meninggalkan mereka yang mengheret beg masing-masing menuju ke balai berlepas.
“Cik Hani tunggu!”
tiba-tiba Aqram bersuara sambil mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya.
“This is something for you, for being my nurse, not much, but I hope you
like it” katanya.
Hani menerima kotak kecil
yang Aqram hulurkan, sebenarnya tanda minta maaf kerana telah rasa bersalah
buruk sangka terhadap Hani. Perbualan mama yang telah didengarnya secara tidak
sengaja memberi penjelasan apa status
Hani sebenarnya.
Hadiah yang tidak seberapa
harganya itu sengaja disimpannya, jika
ada peluang berjumpa Hani lagi. Alhamdulillah rupanya bertemu juga sekali lagi
dengan Hani yang tidak disangkanya. Sudah rezeki Hani gamaknya.
“Terima kasih, tapi saya
tak ada apa nak beri En. Aqram?” Hani malu untuk menerima pemberian itu kerana
dirinya tidak mempunyai apa-apa sebagai balasan.
“Cik Hani boleh balas next
time, bila cik Hani balik cuti di Malaysia nanti” lalu Aqram berjalan pantas
mendapatkan keluarganya semula. Hani hanya berdiri tidak berkotek dengan satu
kotak kecil masih digenggamnya di tangan. Memerhatikan sekeluarga Puan Fatihah
meninggalkannya tanpa menoleh. Hani hanya berdiri memerhatikan pergerakan
mereka sehingga mereka hilang dari pandangan. Sayu pula hati Hani, apabila
ditinggalkan sendirian. Kenapa mesti sayu? Mereka bukannya ada kena mengenapun
dengan dirinya, tetapi sungguh Hani merasa sedih!
***
“Am beri Hani apa” tanya
Puan Fatihah ingin tahu apabila Aqram sudah berjalan bersaing dengannya.
“Kerongsang” jawabnya
pendek
”Bila masa pulak Am beli”
tanya Puan Fatihah lagi.
“Kat depan hotel malam
lepas balik Garden Route..,tak ada apa nak beli, kita pergi lunch rumah dia tak
bawa apapun, tu yang Aqram beli something,
just a token of appreciation”
“Em..Ma lupa pulak hal
tu..” jelas puan Fatihah tunduk.
“Ma suka si Hani tu.. “ Puan Fatihah membuat pengakuan.
”Ain pun…ma” sokong Ain mencelah.
“Abang macammana?” Tanya Ain lagi, cuba mengusik abangnya yang
nampak tidak tentu arah. Berkerut
muka Aqram, apa punya soalan dari adiknya.
Namun dia hanya terdiam. Perbualan mereka terhenti apabila sudah sampai di Pintu 22.
Masing-masing sebok dengan urusan check-in.
Tamat sudah percutian
mereka di bumi Mandela. Mereka membawa pulang bersama hati yang puas dan
gembira. Cuma.. cuma Aqram merasa dirinya tertinggal sesuatu. Dia tinggalkan
secebis hatinya kepada seorang perempuan, tanpa pengetahuan siperempuan. Harap-harap perempuan itu sudi
menyimpannya.
4 comments:
Ahamdullilah buka2 ada smbungan.. tunda masak baca dulu. orng sebelah menjeling saja takut makan lambat. tpi mak teh tak pandi nak komen.. ikut sja jln crita penulis .. yg sbtul inilah pertama kali mak teh tulis kat ruangan macam ni biasanya mak teh baca karya orang saja jadi pengikut dlm snyap.
Saya sangat berbesar hati, kerana ada pembaca yang suka coretan ini. Ini ialah coretan pertama saya. Memang terukpun tatabahasanya. Banyak salah sana sini. Maafkan saya...
Munkin ramai jga pmbaca lain nak komen tpi susahlah nak komen..tadi tu smpai terhatar dua kali sebab komen tak keluar..jdi mak teh send skali lagi..tak nampak tpi mak teh twakal saja..
Tak susah.. tekan icon comment, taip apa yang hendak disampaikan dan lepas tu publish.. siap..saya sangat mengharap comment2 dari pembaca supaya saya dapat membaiki lagi mana yang tak kena..
Post a Comment