BAB 18
Keluarga
Puan Fatihah sampai semula pada jam 3 petang di hotel penginapan mereka. Semua
puas hati dengan trip ke Fairly Glen. Yang paling gembira, tentunya Aqram.
Lengan yang berbalut dipegangnya selalu, kerana lengannya yang cedera itu, dia
dapat rapat dengan Hani.
Manakala
Hani pula singgah di pejabat, dia ke pejabat kerana keretanya dipakir di sana
dan juga untuk melihat apa-apa yang dia perlu tahu sepanjang dua hari
ketiadaannya.
Zariath
memberitahu, Malan ada membuat beberapa run sepanjang ketiadaan Hani.
Dilihatnya juga ada beberapa tempahan untuk minggu hadapan. Hani sungguh
berpuas hati dengan kerja Zariath. Dia seorang kerani yang cekap, beruntung See
The World Travelmempunyai seorang pekerja yang dedikasi sepertinya.
Memandangkan
esok hari Jumaat, Hani mengambil peluang untuk membeli sedikit barang untuk
persediaan menjamu keluarga Puan Fatihah kelak.Dalam perjalanan pulang dia
telah singgah ke kedai halal berdekatan dengan rumahnya. Diwaktu malamnya dia
sebok berkemas mana yang perlu. Eve sudah dimaklumkan akan rancangannya ini.
Eve juga turut membantu mengemas dan menyediakan persediaan yang sepatutnya.
Hani ingin memastikan tetamu ini gembira dan rasa welcome.
Bagaikan
menyambut hari raya Hani rasakan.Bukan selalu dia ada tetamu. Tambahan pula
tetamu dari jauh. Dari tanah airnya, Malaysia. Lagilah hatinya girang. Rasanya
tidak mahu dia melelapkan mata untuk menunggu hari esok.
Bab 19
Bab 19
Hari
Sabtu yang ditunggu, akhirnya tiba. Dengan bantuan Eve, Hani telah menyediakan
makanan serba ringkas tetapi istimewa. Segalanya telah diatur dengan baik, Eve
telah diberitahu, apa yang harus dilakukan sebaik tetamu istimewanya tiba.Eve
agak hairan, Mem Hani extra ceria, namun dia juga turut ceria. Sudah lama dia
tidak melihat Mem Hani bersinar kegembiraan seperti itu.
Hani
sampai di hotel menjemput mereka 10 minit lebih awal, tetapi telah kelihatan
keluarga tersebut sudah berada didepan lobby menunggunya.Mereka terkejut
melihat Hani mengenakan baju kurung puteh berbunga kecil berwarna ungu dengan
tudung berwarna ungu lembut. Memandangkan cuaca dingin, Hani melilit scaf ungu
gelap berbentuk ribbon dileher. Pandai Hani memainkan warna untuk dirinya
kelihatan terserlah. Tidak perlu jadi model untuk kelihatan cantik.
“Cantik
Cik Hani pakai baju kurung, ingatkan dah lupa baju kurung” tegur Puan Fatihah
“Mana
boleh lupa puan, kalau boleh nak aje saya pakai selalu. Cuma kadang tu tak
sesuai nak pakai di sini, masa summer aje yang boleh guna, sebab kat sini
sejuk..tapi hari ini teringin pulak nak pakai..” jawab Hani jujur
“Ya
la..,Cik Hani cantik, pakai apapun nampak cantik“ puji Puan Fatihah. Hendak
menjamu di rumahnya, pastilah kena kata-kata manis. Tetapi sebenarnya Puan
Fatihah jujur memuji Hani. Apa yang terkeluar dari mulutnya adalah yang benar.
Mereka
semua memasuki kereta Hani. Aqram seperti diatur, duduk disebelah Hani. Yang
lain di seat belakang.
“Jauh
ke rumah Cik Hani” tanyanya lagi.
“Tak,
tak jauh dalam twenty to half and hour drive, macam tu..” Hani menjawab
sambil memulas trering kerana bertemu simpang.
Hani
berhenti dilampu isyarat yang menunjukkan warna merah.Diluar kelihatan seorang
pengemis berkulit puteh yang memasang kotak dibadan bertulis
Tulisan
“No soap, no money, no food, please help me” tergantung di leher.
“Kasihan
ya Ma, orang putehpun ada minta sedekah rupanya.. ingatkan orang kulit hitam
aje yang susah?” Ain rasa simpati.
Terkejut
juga dia apabila di Afrika Selatan, orang kulit puteh ramai yang menjadi
pengemis.Bukan seperti di dalam TV yang dipropagandakan yang miskin hanya orang
kulit hitam.
“Ahha..
sini ramai orang susah, bukan orang kulit hitam aje, orang kulit puteh pun ada
yang miskin… betul-betul miskin.. memang kesihan..” Hani memberi sedikit
penjelasan.
Tangannya
ligat menukar gear apabila lampu isyarat bertukar hijau.
Aqram
duduk diseat hadapan, bersebelahan Hani hanya mendiamkan diri, mengerti
penjelasan yang diberi. Pandangan sesekali ke arah Hani. Hani jeling, tahu
dirinya diperhatikan.
Manakala
yang lain duduk di belakang hanya menekmati permandangan yang sayup-sayup
kelihatan Table Mountain semakin jauh ditinggalkan. Hari ini Hani memandu
Cryler Grand Voyager biru gelap milik Khasif yang jarang-jarang dipandunya,
kerana kereta ini untuk 6 orang penumpang. Hani tidak ada keperluan untuk
membawa kereta besar. Cukuplah dengan kereta hondanya itu.
Sepanjang
perjalanan, Puan Fatihah ada saja soalan yang dikemukakan kepada Hani. Yang
mana boleh dijawab Hani, adalah jawapannya, yang mana tidak, nampaknya sorry
la..Hani kena membuat penyelidikan untuk jawapannya, takut memberi salah
information pula nanti.
Sebaik
sampai, Hani menekan loceng pintu dan intercom rumahnya sendiri. Eve dah
membuka pintu. Apabila mendengar suara majikannya diluar pintu.
“Ini
Eve, pembantu saya” Hani memperkenalkan Eve kepada yang hadir.
Eve
faham apa yang Hani katakan, walaupun dalam Bahasa Melayu.
“Hello”
jawab Eve sambil membetulkan penutup kepalanya yang sentiasa menutup rambutnya
yang kerinting halus.
Hani
mempersilakan semua ke ruang tamu sementara dia ke dapur untuk mengisi
lauk-lauk ke chefing dish yang telah tersusun awal-awal di atas meja.
Kelihatan
Ain berjalan-jalan di sekitar rumah. Seperti biasa Manja akan suka menyebok
jika mengetahui Hani ada tetamu.
“Ma,
ada kucing.. cantik…kucing Kak Hanikah? apa nama kucing ni..” tanya Ain
“Manja.
Manja namanya.” Hani bersuara dari Dapur.
”Memang
mengada-ngada dia tu..tak boleh ada orang..tu yang akak bubuh nama manja..
memang manja giler” sambungnya lagi.
Ain
mengendong Manja sambil tangannya mengusap-usap bulu Manja, apa lagi memang
seronoklah Si Manja dibelai begitu.
Eve
menghidangkan air dan jus sementara menunggu Hani sebok di dapur. Mengisi
chefing dish dengan lauk-lauk yang sudah disediakannya.
Tak
sampai 10 minit, Hani menjemput mereka ke meja makan.
“Hani
masak kari ikan snoek, semua kena rasa, ikan ni hanya ada di South Afrika aje
tau.. ikan ni hidup di antara perairan Lautan Hindi dan Lautan Atlantik
tu..yang dekat dengan Cape of Good Hope tu..sebabnya dia hidup diantara
pertemuan arus panas dan arus sejuk.. tak jumpa ikan ni kat tempat lain” jelas
Hani. Menceritakan keistimewaan ikan yang dipanggil ikan snoek. Ikan yang
seakan-akan ikan barracuda.
“Semua
dah sampai sanakan? Maksud saya Cape of Good Hope yang kita panggil Tanjung
Harapan” Hani di rumahpun masih hendak menjadi tourist guide.
“Dah,
kami dah sampai dah.. second day kita orang disini. ” kata Encik Mansor
“Special
nama ikan itu? Ni yang kena rasa ni.. tambah pulak yang tukang masaknya Cik
Hani kita ni..” tambah Encik Mansor lagi. Semua tertawa.
“Saya
bukan pandai masak pun, harap apa yang saya sediakan boleh dimakan dan menepati
selera semua” kata Hani.
“Ishy..Hani
ni..saya tahu tentu sedap..” kata Puan Fatihah lagi.
Hani
menjamu tetamunya, selain dari kari ikan snoek, sayur asparagus goreng cendawan
butang, daging berlada dan sayur campur. Starternya sup ayam jernih.
Manisan
hanya buah-buahan dan pudding caramel yang dibuatnya malam tadi.
Ikan
snoek memang enak dibuat kari, Hani memang menyukainya, Khasif juga. Apabila
melihat tetamu seperti berselera menjamu, Hani puas hati. Tidak sia-sia dia
menyediakannya jika semuanya enjoy, terutama Aqram. Memang terbayang-bayang
seperti Khasif dihadapannya.
Selesai
makan, mereka duduk berbual sambil memakan dessert.
“Sedap
masakan Hani, pandai masak.kata tak pandai!.” komen Puan Fatihah
“Ala
sikit-sikit tu boleh la..” jawabnya ringkas tetapi sebenarnya suka juga dengan
pujian Puan Fatihah
Kemudian
Puan Fatihah mendekati Hani dan bertanya dalam nada perlahan, hanya boleh
didengari oleh Hani sahaja.
“Cantik
rumah Hani ni.. Hani tinggal sorang-sorang aje ke?” Entah dimana Puan Fatihah
belajar jadi perisik. Merisik peribadi orang.
“Ya,
sejak suami saya meninggal 3 tahun lepas” akhirnya Hani memberitahu Puan
Fatihah yang dia adalah seorang balu.
“Oo..
Hani dah pernah berkahwin” Puan Fatihah terkejut, tetapi tenang mendegar kerana
dia tahu bukan senang Hani hendak memberitahu statusnya kepada orang yang baru
dia kenal.
“Ya”
Hani malas hendak bercerita panjang.
Cukuplah
memberitahu apa yang patut Puan Fatihah tahu tentang statusnya sahaja.
“Tapi
Hani tak nampakpun macam orang dah kahwin, macam anak dara aje saya tengok”
Sambung Puan Fatihah lagi.
Hani
hanya tersenyum apabila kata-kata itu keluar dari mulut tetamunya.
“Ada-ada
aje Puan ni, nak puji tu biarlah berpada-pada sikit, saya ni janda” jawab Hani.
“Takkan
orang secantik ni tak ada berjumpa pengganti yang dah pergi.” Soal Puan Fatihah
lagi, memang lagak seorang perisik kepoh.
“Belum
jumpa lagi, puan.. lagipun siapalah hendakkan saya yang tak sempurna ni..”
jawab Hani, tetapi sebenarnya hatinya tersentuh dengan soalan itu.
Pandangan
Hani talakan keluar di tepi kolam renang.
Kelihatan
di luar Encik Mansor sedang duduk berbual-bual bersama Aqram di bawah payung di
kerusi garden bersebelahan kolam renang.Masing-masing dengan secawan kopi panas
yang telah dihulurkan oleh Eve. Ain dan Rayyan menyauk daun-daun yang terjatuh
di dalam kolam renang dengan penyauk yang ada tersandar di tepi tembok. Musim
luruh memang begitulah caranya, banyak daun yang gugur dan masuk kedalam kolam
renang. Hani tidak memasang jaring. Jaring hanya dipasang apabila musim dingin
muncul nanti.
Mudahlah
kerja tukang kebun Hani minggu ini kerana separuh dari kerjanya sudah dibuat
oleh Ain dan Rayyan, pekebun sukarelanya hari ini.Hani senyum apabila
memikirkan tukang kebun boleh berbual mesra dengan Eve. Tambahan pula Mose,
situkang kebun adalah sepupu Eve.
Kelihatan
juga crippy crawler pools cleaner sedang menyudut air membersihkan dasar kolam
renang tersebut. Crippy crawler adalah sejenis alat yang menyedut air dan
membersihkannya, sekali harung membersihkan kolam renang juga, seakan-akan
pencuci hampagas, cuma ia berfungsi didalam air. Hanya Puan Fatihah dan Hani
sahaja di dalam rumah.
Manja
masih menyebok duduk memandang sambil menggoyang-goyangkan ekornya yang kembang
ke arah Ain dan Rayyan yang sedang bermain air. Manja memang suka pada
kanak-kanak dan remaja. Kerana dia tahu, umur-umur begitu yang suka
membelainya.
Aqram
dan Encik Mansur meminta izin untuk menumpang menunaikan solat Zohor sebelum
dihantar pulang ke hotel. Hani menjemput mereka ke bilik ditingkat atas yang
memang dikhaskan untuk bersolat. Di bilik sembahyang memang telah tersedia
lengkap dengan kain pelikat, ketayap dan tasbih. Hani mengeluarkan 2 lagi
sebagai tambahan. Mereka agak kehairanan kerana sehingga kini tidak kelihatan
keujudan lelaki dirumah itu, tetapi kelengkapan bagi orang lelaki lengkap
tersedia. Selesai kaum lelaki bersoalt, Hani, Puan Fatihah dan Ain pula
menunaikan rukun Islam yang kedua ini.
Ain
terlihat di sudut ruang tamu di tingkat atas, tersusun novel-novel melayu
koleksi Hani.
“Banyak
collection novel Kak Hani?” tanya Ain.
“Em..adalah
sikit-sikit, adik Kak Hani kirim...kirim dari Malaysia.” Jawab Hani
“Eh!
ada cerita Adam dan Hawa la.. Ain pinjam boleh tak Kak?” pujuk Ain.
Hani
hanya mengangguk.
“Bila
masa pulak nak pulangkan nanti?” Puan Fatihah bersuara dibelakang.
“Bila
Kak Hani balik Malaysia nanti la mama, boleh tak Kak Hani?..” tanya Ain sambil
memandang kearah Hani yang juga membelek novel-novel yang sudah beberapa kali
diulang pembacaannya. Boleh disedekah sahaja kepada Ain.
“Cari
ajelah di Malaysia nanti” pujuk Puan Fatehah
“Ain
nak baca dalam kapalterbanglah ma” Ain masih berdegil, masih tetap mahu
meminjam novel tersebut.
“Tak
apa Puan, biarlah dia ambil, kalau tak pulangkanpun tak apa, saya dah baca
banyak kali dah..” jawab Hani
Jam
menunjukkan pukul 3.00 petang, setelah berbual dengan bermacam-macam cerita
mereka meminta izin agar dihantar pulang ke hotel. Mereka tidak mahu mengganggu
Hani lagi, biarkan sahaja dia berehat.
“Macammana
tangan Encik Aqram, dah baik ke?” Hani cuba memberanikan diri menegur Aqram,
memandangkan dia agak berubah selepas selesai solat tadi, tidak semesra biasa.
Hani perasan perubahan ini, namun Hani tidak mahu mengetahui apa yang
menjadikannya sedemikian. Apa haknya hendak mengetahui lebih, hal orang yang
baru dikenalinya.
“Tak
ada apa-apa dah, nampak macam dah ok” jawabnya sambil lewa sahaja.
“Esok
flight pagi jam berapa ya?” saja-saja Hani bertanya, sedangkan dia tahu jam
11.00 pagi dan mereka perlu ada 2 jam lebih awal.Jam 9 mereka sudah perlu
berada di Lapangan terbang.
“Akak,
kalau senang datanglah hantar kami” pinta Ain, memujuk.
“Insyallah
kalau tak ada apa-apa akak sampai” jawab Hani, seperti berjanji sahaja.
“Mintak
card nama akak, nanti kalau Ain senang Ain hantar e-mel akak” kata gadis lincah
itu lagi.
“Ha
ah,.. nanti akak beri” jawab Hani.
“Tak
payah cik Hani, saya ada simpan, nanti saya beri e-mail address Cik Hani pada
Ain” jawab Puan Fatihah.
Teringat
Hani pernah memberi name kardnya kepada Puan Fatihah semasa pertemuan di
restaurant tempoh hari.
Apabila
semua sudah sedia, Hani menghantar mereka semula ke hotel penginapan.
Sesampainya
di hotel semua bersalam salaman dengan Hani dan mengucapkan terima kasih kerana
sudi menjemput dengan hidangan yang sedap. Tetapi Aqram berkelakuan agak
berbeza dari hari-hari yang sebelumnya. Hani tidak ambil pusing, lagi pun
memang Hani tak mahu perhubungan ini berpanjangan kerana tidak mahu disalah
ertikan. Walaupun jauh di sudut hati kecilnya menyimpan sedikit harapan.
Harapan agar dapat berjumpa dengan mereka lagi. Kenapa pula dia ada menyimpan
perasaan itu?
Puan
Fatihah sekeluarga menuju ke bilik penginapan mereka untuk berehat dan mengemas
barang-barang sovinir yang telah mereka beli disepanjang 9 hari di sini.
Tambahan pula flight mereka awal pagi. Lebih baik bersiap sedia, takut
tertinggal pula nanti barang jika dikemas dengan cara tergesa-gesa.
“Kasihan
Cik Hani tu ya bang, muda-muda dah janda.. ehh..bukan janda, balu” Puan Fatihah
bersuara kepada Encik Mansor semasa sedang berjalan ke bilik masing-masing.
“Mana
awak tahu yang dia tu dah balu?” tanya suaminya
“Saja
saya tanya tadi, rumah tu rumah dia ke? Katanya rumah arwah suami dia, dah tiga
tahun meninggal dunia..” Fatihah menyampaikan apa yang dia tahu kepada
suaminya.
“Oh..
patutlah di bilik sembahyang tadi, abang tengok semua cukup kelengkapan untuk
orang lelaki.. siap ada kain pelikat, ada kopiah lagi..” jawab suaminya.
Aqram
hanya mendiamkan diri di belakang mendengar perbualan orang tuanya dengan rasa
terkejut. Aqram meraup mukanya, nampaknya dia sudah salah faham. Ingatkan Hani
sudah bersuami. Kemudian dia tersenyum pula. Dia masih ada peluang. Tetapi yang
di restaurant tempoh hari siapa? Hahhh.. mungkin temannya, atau mungkin
pelanggan syarikatnya. Aqram malas hendak memikirkan lebih-lebih. Yang pasti
Hani bukan lagi isteri sesiapa.
3 comments:
kenapa bab 18 sikit sangat. Sbenarnya mak teh memang tunggu crita ni..tpi hnya peminta senyap saja..ni baru pertama kali nak bgi komen. crita ni sedap lain dari yg lain. mak teh suka dan sring trtunggu2. terukan berkarya.
kenapa bab 18 sikit sangat. Sbenarnya mak teh memang tunggu crita ni..tpi hnya peminta senyap saja..ni baru pertama kali nak bgi komen. crita ni sedap lain dari yg lain. mak teh suka dan sring trtunggu2. terukan berkarya.
Terima kasih mak teh. Saya ni nak cuba buat kelainan dalam cerita saya konon. Tapi kadang tu, ketandusan idea pulak. Macammanapun saya akan habiskan cerita ini perlahan-lahan. Insyallah.
Post a Comment