Bab 37
Sedih aku lihat abang Rafiq yang hanya terlentang, dia
masih lena. Dia tidak menyedari kehadiran aku pagi ini. Pergerakannya masih
terbatas, hendak mengerengpun perlukan pertolongan. Aku
tidak layak membantunya. Selalunya dia diuruskan oleh pembantu hospital atau
jururawat. Setakat pandang,
aku bolehlah.
Kehadiran aku di bilik ini sekadar memenuhi
permintaannya. Dia ingin aku selalu menjenguknya. Kerana dia masih sakit, jadi,
kerana dia masih sakit aku turutkan.