Bab 10
Aku pakaikan Lia kasut, meronta-ronta dia hendak
berjalan tanpa kasut. Tidak sabar-sabar lagi dia hendak keluar, apabila dia
melihat abang Rizal dan kak Jaja sudah berlari-lari di halaman. Nama sahaja
masih kecil, tetapi hatinya besar, konon dia berfikir sudah sebaya dengan abang
Rizal dan kak Jaja. Terkedek-kedek dia berlari kearah Rizal dan Jaja yang
memanggilnya. Apa lagi terkekek kekeklah dia gembira. Terus sahaja Rizal pimpin
tangan kecil Lia. Aku yang duduk di wakaf hanya memerhati telatah Lia bermain
dengan kedua-dua anak buahku. Indah sahaja menjadi kanak-kanak, tanpa ada
masalah didalam kepala yang perlu difikirkan.