Sementara saya dapat idea untuk sambungan Aku Bukan Perempuan itu, kita layan coretan ini pula ya!
BAB 5
Seperti biasa aku mandikan Lia dan kemudian bermain dengannya sebelum
memasak yang ringkas-ringkas untuk mengisi perutku, janji kenyang. Goreng telur
kicappun sedap sebagai makan malam.
Sedang aku leka bermain bersama Lia, aku dengar pintu depan seperti
sedang dibuka. Terdengar kunci berlaga. Aku tahu siapa yang baru balik. Dian,
teman serumahku. Aku berkongsi menyewa apartment ini dengan Dian, dia bekerja
sebagai setiausaha di Sime Darby. Apartment 3 bilik itu aku kongsi sewanya
dimana aku membayar untuk 2 bahagian dan Dian satu bahagian. Aku mengambil dua
bilik, bilik master dan bilik yang paling kecil. Bilik Master untuk diriku dan
bilik yang paling kecil untuk Lia. Bilik bersaiz sederhana dihuni oleh Dian.
Lia tidur denganku, cuma barangannya sahaja di bilik tersebut. Bukan aku tidak
mampu untuk menyewa satu unit, tetapi aku perlukan seorang teman.
Sekurang-kurangnya jika apa-apa berlaku, sakit pening, ada juga seorang teman
yang mengetahui. Lagipun Dian anak saudara salah seorang rakan sejawatku di
hospital.
“
No comments:
Post a Comment