Bab 10
Aku pakaikan Lia kasut, meronta-ronta dia hendak
berjalan tanpa kasut. Tidak sabar-sabar lagi dia hendak keluar, apabila dia
melihat abang Rizal dan kak Jaja sudah berlari-lari di halaman. Nama sahaja
masih kecil, tetapi hatinya besar, konon dia berfikir sudah sebaya dengan abang
Rizal dan kak Jaja. Terkedek-kedek dia berlari kearah Rizal dan Jaja yang
memanggilnya. Apa lagi terkekek kekeklah dia gembira. Terus sahaja Rizal pimpin
tangan kecil Lia. Aku yang duduk di wakaf hanya memerhati telatah Lia bermain
dengan kedua-dua anak buahku. Indah sahaja menjadi kanak-kanak, tanpa ada
masalah didalam kepala yang perlu difikirkan.
Ku paling ke kiri, rupanya mak duduk disebelah ku.
Entah bila di duduk, aku tidak pasti, aku tidak perasan kehadiran emak kerana
leka memerhati mereka bermain. Lia pula tidak memadankan masih
kecil, sudah terikut-ikut kakak dan abangnya. Terkekek-kekek mereka tertawa,
membuat aku juga tersenyum, menumpang rasa apa yang mereka rasakan, rasa
seronok dan gembira. Cuaca pula menyebelahi mereka. Petang yang nyaman membuat
hatiku riang dengan bunyi burung layang-layang dan beberapa jenis burung lagi
yang mungkin bersedia untuk pulang kesarang masing-masing.
Aroma
bunga-bunga berwarna merah pekat pokok bacang yang sakan berbunga lebat,
menjadi teduhan wakaf. Sesekali terbau wangi bunga bacang apabila dibawa
angin petang, amat meruntun jiwa. Tidak dapat digambarkan tetapa enaknya bau
haruman itu. Di kaki boleh dilihat
putih-putek kecil buah bacang yang luruh tidak sempat membesar. Nampaknya tahun
ini, puaslah makan buah bacang kerana memang lebat bunganya tahun ini.
“Bacang banyak buah kali ni ya mak?” kata ku ingin
memulakan perbualan.
“Ha ah.. puaslah
nanti kita makan, terutama sambal belacan bacang.. Lyna kan suka sambal tu..”
kata mak. Memangpun, aku suka sambal bacang.
Aku angguk
sambil tersenyum, aku juga hantu bacang. Emak tahu itu. Semasa kecil aku kupas
hanya menggunakan gigi, akibatnya habis melepuh bibir kerana getah bacang boleh
membuat bibir luka kerana acidnya. Tetapi umur-umur begitu, peduli apa, janji
dapat makan. Melepoh pun melepoh la. Bukan setakat isi bacang habis dipulun,
sampaikan sabut buah tersebut sudah putih pun masih di hongges. Yang hairannya,
baru terasa puas jika memakan buah cara begini. Jika dihiris dengan pisau,
sudah hilang kicknya, tidak ada thrill lagi.
“Lyna senang ke
jaga Lia sorang-sorang?” tanya mak.
Aku toleh
kesebelah mak. Muka berkerut, aku hairan, apa punya soalan mak aku ini. Memanglah aku kena jaga Lia sorang-sorang, Dengan
siapa lagi yang aku perlukan untuk jaga Lia.
“Kenapa mak.. Lyna okey aje boleh jaga Lia
sorang-sorang..” jawab ku, aku harap mak tidak terasa hati dengan jawapanku
yang bernada agak tinggi.
“Takkk..mak ni
ada hal nak tanya Lyna..” sambung
mak lagi.
Hah.. tu
dia..jeng! jeng! Jeng! Suspence sikit. Soalan cupumas,
out of the blue. Aku hanya sabar
menunggu apakah soalannya.
Walaupun aku
nampak tenang menunggu soalan emak, tetapi hati aku berdegup kencang, dup dap
dup dap bergentang kencang, seperti orang baru balik dari berlari pantas 100
meter. Aku harap emak tidak mendengar kencangnya jantongku berdegup.
“Pagi Fadly
sampai dari UK, makada terima tetamu. Rehan, Lia ingat tak untie Rehan? Anak
Tuan Taib tu.. yang duduk kat rumah banglow putih tepi jalan besar sana tu..”
tanya mak kepada aku.
“Untie Rehan..
untie Rehan” berulang-ulang aku menyebut nama itu untuk aku melakarkan wajah
perempuan yang dipanggil untie Rehan di ruang fikiranku. Bila sudah pasti
dengan lakaran itu aku hanya angguk. Apa kena mengena anak Tuan Taib itu dengan
aku?
Hisy apa pula tiba-tiba
emak memaksa aku mmebayang wajah perempuan yang aku sudah ingat ingat lupa.
“Mereka datang
merisik.. merisik Lyna, siap bawa cincin tanda lagi, cincin ada kat mak, mak
simpan” sambung mak lagi. Aku
ternganga…Haaa, baru aku faham. Ada orang mengintai aku. Emak ni biar betul!
Emak dan abah sudah sediakan untuk kehilangan aku? Anak perempuan tunggalnya? Tak faham aku? Sudah
sampai jodoh aku agaknya..
“Risik Lyna
untuk siapa mak?” tanya ku ingin tahu.
Suspence dah ni.
Dap dup dap dup ..jantong mengepam darah naik kekepala. Otak sudah ligat berfikir, merisik aku untuk siapa?
Dia ada anak lelaki ke? Setahu aku untie Rehan yang aku kenal tidak ada anak
lelaki, anak perempuan adalah, yang tua namanya Kelly, sebaya dengan Fadly.
Seorang lagi nama Nelly, adik kepada Kelly. Itu sahaja yang aku kenal. Anak
lelaki Tuan Taib memang ramai, kira adik untie Rehan… tapi jika untuk
adik-adiknya, tidak masuk akal pula. Adakah yang masih belum berumahtangan
lagi? Akupun bukan ambil tahu sangat dengan orang kampung dan kesah keluarga
ini. Pulang kekampungpun memerap dirumah. Hanya sesekali aku munculkan diri
dengan mengikut emak dan abah ke rumah orang kenduri kahwin atau menziarah
orang sakit atau kematian, itu sahaja.
Relax Lyna, cuba
buat bersabar, cuba tunggu apa emak hendak sampaikan. Yang tidak menyabar tu
kenapa?
“Mereka merisik
untuk adiknya yang nama Rafiq tu, tentu Lyna kenal.. kan dia kawan Fadil.. kamu jugak berkawan dengan dia
masa sekolah dulu.. ia
tak?” panjang pulak intro mak mengenai budak Rafiq itu kepada aku.
Hah sudah.. kedua-dua tangan serta merta menutup mulut
ku.. terkejut. abang Rafiq, memang aku kenal! Tidak kahwin lagi ke abang Rafiq!
Aku senyum meleret, sengeh sehingga menampakkan gigi. Wajah abang Rafiq
menggantikan wajah untie Rehan diruang fikiranku.
“Mak! Mak tahu
tak abang Rafiq tu, berapa umur dia? Mahu beza dalam 7 tahun gitu..
Tak mahulah Lyna, lagi pun mahu ke dia terima Lia sekali. Kalau nak
kahwin dengan Lyna kena terima Lia sekali..” rungut ku.
Aku cuba jadikan Lia sebagai alasan, harap ianya
berjaya.
Aku nampak mak mengeleng-geleng kepalanya. Mungkin dia
sudah tahu jawapan dari aku, kerana aku akan menggunakan Lia sebagai alasan.
Kasihan Lia, selalu dijadikan alasan ku untuk mengelak, jika aku tidak setuju.
Maaf Lia, ibu terpaksa menggunakan Lia, demi masa depan kita berdua.
“Itu lah! Dia orang tak tahu yang Lyna dah ada Lia..
mak serba salah hendak cerita pada mereka, ini yang mak hendak tanya Lyna
dulu..” kata mak.
Lembut sahaja bicara emak. Aku pulak yang gelabah.
Baru merisik, bukan apapun lagi.
“Macam nilah Lyna, Lyna jumpa Rafiq dulu, tengok macam
mana, kalau sesuai kita carry-on, kalau takpun tak mengapa, Lyna buat keputusan
sendiri..” sambung mak lagi.
Emak suruh aku jumpa dia. Bukan hendak berkenalan,
sebab aku sudah kenal sangat dengan abang Rafiq ni. Tetapi hendak jumpa aje
kan? Ya, ada benarnya juga kata-kata mak, jumpa dulu.
“Abah
macammana?” tanya ku, adakah abah mempunyai pendapat yang lain.
“Abah! Abah tak kesah, dia serah pada Lyna.. Lyna yang
hendak kahwin, jadi Lyna yang kena buat keputusan sendiri..” sambung emak
sambil emak mengalehkan pandangan kearah cucu-cucunya yang bukan main lagi
riang ria bermain. Sesekali tersenyum dengan hanya melihat telatah mereka yang
berkejar-kejar tanpa tahu erti penat, masing-masing mencungap-cungap dan dahi
masing-masing sudah menitik peluh.
“Hemmm..ialah
mak, nanti Lyna fikirkan. Kenal-kenal dululah rasanya, okeylah kut.. lepas tu
baru boleh fikir macammana kan mak?” kata ku, berbunyi seperti setuju dengan
rancangan emak agar aku berjumpa dan berkenalan dahulu dengan Rafiq.
Emak senyum
dengan persetujuanku, aku sebenarnya “setuju” sebab terpaksa.
Yang sebenarnya
aku sudah ada jawapan di dalam kepala.
Aku sebenarnya
tidak sampai hati hendak menghampakan rancangan emak dan abah. Mereka nyawaku,
mungkin dengan cara ini aku dapat mengembirakan mereka, apalah salahnya. Tidak
semestinya aku terus kahwin. Cuma berkenal-kenalan dahulu. Kenal orang yang
sudah aku kenal, hendak kenal apa lagi
ek!
Setahu aku,
abang Rafiq tu, kawan abang Fadil. Kawan sekampung dan kawan satu sekolah. Kira senior abang Fadil. Kalau
abang Rafiq yang aku kenal tu lah. Abang Fadil ada berapa orang kawan yang
bernama Rafiq, setahu aku dia sorang saja. Memang sah Rafiq yang itu, anak Tuan
Taib. Dia selalu datang kerumah jika ada aktiviti sekolah atau hanya sekadar
berbual kosong dengan abang. Aku selalu diusiknya, dia kaki sakat. Selalu
menarik tocang rambut aku, yang selalu aku tocang dua, siap ribbon lagi. Di
sekolah sewaktu itu hanya membenarkan warna putih, biru atau hitam sahaja warna
ribbon untuk mengikut rambut, mengikut warna uniform sekolah. Aku selalu hilang
ribbon, angkara si Rafiq tu la! Dia selalu menariknya jika tidak dapat
menarik tocang aku. Konon bergurau,
tetapi bergurauannya kasar, membuat aku benci dan cukup menyampah dengannya. Nasib baik ribbon masa itu murah
sahaja harganya, tidak silap aku, 1 kaki 30 sen, macam tu lebih kurang, aku
sudah lupa. Aku kurang kamceng
dengannya, tetapi disebabkan dia berkawan dengan abang Fadil, terpaksalah aku
mengikut sahaja. Abang pulak tu, terlalu menjaga aku, itu tidak boleh, ini
tidak boleh, terutama dengan siapa aku berkawan. Dia selalu memanau aku dalam
hal ini. Dia hanya membernarkan aku berkawan dengan kawan perempuan. Secara
tidak langsung aku kenal semua kawan-kawannya.
Bila balik sekolah perlu balik bersamanya. Itulah
sebabnya sesiapa sahaja kawan abang, aku kenal. Terbayang aku wajah seorang
budak lelaki, berkulit putih yang sedikit gempal dengan muka penuh dengan
jerawat pasir. Si Rafiq ini memang selalu aje bersama abang. Dia yang aku kira
paling rapat dengan abang. Seperti tidak ada kawan lain, selain dari abang
Fadil. Zaman remaja, mana kesah hendak menjaga penampilan.
Yang hairannya, dia sudah mencicah 34 tahun, tetapi
masih sendiri belum berumahtangga? Lelaki yang sebaya dengannya sudah berderet
anak, ataupun sudah mempunyai anak yang sudah bersekolah rendah, tetapi dia
belum berumahtangan lagi, kenapa ek?.
Dikepala aku memikirkan, lelaki yang lambat kahwin ini
ada dua masalah. Sama ada dia seorang lelaki yang memilih atau seorang lelaki
yang cerewet. Rafiq category yang mana..hemm..big question mark!
Elleh!.. aku mencari sebab orang lain pula, kenapa
soalan itu tidak ditujukan kepada diriku sendiri? Soalannya,
kenapa sudah mencicah 25 tahun, tetapi tidak ada teman special seperti gadis
lain. Adakah aku seorang perempuan yang memilih atau cerewet? Atau hendak
tunggu anak taukeh balak, atau anak Dato’ datang untuk berkenalan, seperti
Dian? Hemm.. hampeh, usahkan anak taukeh balak? Anak taukeh jual burgerpun
tidak ada yang ingin berkenalan.
Yang ada datang
mengintai, hanya engineer, anak kepada bekas colonel tentera bersara yang sudah
terlajak pulak tu..umur yang lebih tua dari abang sulung aku sendiri.
Aku mendongak, aku terpandang bunga-bunga merah pekat
buah bacang. Hemm.. cuba buatkan ibarat pertemuan yang diatur nanti seperti
bunga-bunga tersebut. Bukan semua bunga-bunga tersebut dapat menghasilkan buah
sehingga boleh di hongges. Ada bunga yang gugur tidak sempat menjadi putek
buah. Kadang tu sudah berputih sebesar manik, pun banyak yang gugur. Usahkan
sebenar manik, sebesar bola tennispun kadang tu ada yang gugur tidak sempat
masak. Jadi apalah yang hendak dirisaukan sangat. Aku cuba menenangkan hatiku
sendiri.,
Tidak semua pertemuan atau perkenalan diakhiri dengan
perkahwinan.
Itulah dikatakan, jodoh itu rahsia ALLAH kan!.. nampaknya aku ikut sahaja rancangan emak,
meminta aku berkenalan lebih rapat dahulu. Untuk aku kenal hati budinya, dan
untuk dia juga mengenal hati budi aku. Dulu lain, zaman kanak-kanak, sekarang
sudah lain. Masing-masing sudah dewasa dan sudah cerdik untuk memilih mana yang
baik dan mana tidak.
Pengalaman pertama aku untuk mengenal lebih rapat
seorang lelaki. Bukan sebarangan lelaki. Bukan lelaki yang dikategorikan
sebagai rakan biasa seperti rakan sepermainan, rakan sekampung, rakan sekolah,
rakan sekuliah, atau rakan sekerja, tetapi lelaki yang bakal dipanggil suami,
jika ada jodoh…phew.. berpeluh juga apabila difikirkan.
Lelaki yang bakal berkongsi apa sahaja, luar dan
dalam, dzahir dan batin. Lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga dan imam kepada aku dan anak-anak ku kelak, jika
ada rezeki, seriau sahaja bunyinya. Yang paling utama, lelaki yang bersedia menerima
aku dan Lia seadanya.Biarlah emak dan untie Rehan uruskan hal ini. Untuk hari
ini, baik sahaja aku hiburkan hatiku dengan melayan karenah anakku dan anak
buah ku. Kan itu lebih baik!
Sayup-sayup kedengaran dendangan lagu penyanyi Othman
Hamzah, Oh Ibu, Tolong Lamarkan. Macam perli sahaja bunyi lagu itu, yang
sepatutnya ditujukan kepada abang Rafiq, bukan pada kau. Lagu yang sesuai untuk
aku Oh Ibu, aku tidak mahu kahwin. Adake lagu tajuk itu. Aku tersengeh
sendiri.. ada ada aje lah aku ni.. Mata masih tidak lepas memerhati Lia dan anak-anak
buahku bermain, tetapi fikiran entah kemana, melayang jauh ke Planet Pluto.
Kerana aku berhajat untuk lari kesana, agar abang Rafiq tidak dapat cari aku,
tetapi kemudian aku terfikir dan terpaksa membatalkan niatku ke Planet itu. Aku
berpatah balik ke bumi kerana Lia masih memerlukan aku..Lia, ibu akan sentiasa
bersamamu anakku…
***
“Bila Lyna cadang nak balik KL hari ni..” tanya mak
kepada ku sewaktu aku membantunya mengemas meja makan selepas sarapan. Memang
tugas aku dan mak jika bab-bab begini. Siapa lagi yang hendak diharap. Aliyah,
adik ku sibuk melayan anak-anak saudaranya. Tidak adil pula rasanya kepada Kak
Shimah kakak iparku, kerana dia yang menyediakan nasi goreng sebagai sarapan
tadi. Mentang-mentang dia menantu,
takkan hendak dibuli pula. Sudah ringan tangan kedapurpun sudah cukup baik. Dia
seorang kakak ipar yang boleh diharap. Beruntung abang aku mendapat dia sebagai
serorang isteri.
“Hari tu, masa Rehan datang, dia ada sebut, kalau Lyna
balik beritahu dia, sebab dia nak jumpa..” kata mak lagi.
“Tadi mak dah telefon dia dan beritahu yang Lyna ada
balik..” sambungnya lagi.
Aku tercengang, terhenti sedetik tangan aku yang tadi
ligat mengelap meja makan.
Apa pula emak
ni, tadi elok sahaja cerita-cerita yang mengembirakan semua, tup-tup cerita
pasal aku pulak. Namun aku memang tidak sampai hati hendak menunjukkan protest
aku kepada emak.
“Lyna balik
lepas asarlah agaknya mak..” jawab
ku
“Mak, tak tergesa-gesa ke ni mak? Risau pulak
Lyna..mak rasa Lyna ni dah sedia ke nak jadi isteri orang?” aku masih tidak
percaya kepada diriku sendiri untuk memikul commitment sebagai seorang yang
bergelar isteri.
Sudah bersediakah aku? Mampukah aku jadi isteri yang
baik? Baru menjadi seorang ibu instant pun aku tidak menang tangan
menguruskannya. Inikan pulak untuk menjaga seorang suami. Setahu aku menjaga
suami lebih susah dari menjaga bayi. Kerenah tentu jauh lebih mencabar. Berat
tanggungjawab yang bakal aku pikul. Tiba-tiba aku rasa takut dengan title
“isteri” yang bakal aku dapat.
“Lyna jumpa aje Rehan, mak ikut sekali, kita dengar
dulu apa dia nak kata. Kalau mana Rafiq ada, pun bagus jugak, ahhh.. Lyna boleh
rasa gerak hati, okey ke tak okey si Rafiq tu..” amboi-amboi mak, sudah pandai
bermadah pulak.. rasa gerak hati lah pulak…macam membaca puisi sahaja
pendengaran aku. Bunyi macam syairpun ada. Nasib baik tidak keluar syair cinta
Khalil Gibran. Si Penyair cinta terkenal yang berasal dari Lebanon itu.
“Apa yang tersenyum-senyum, tak betul ke apa yang mak
kata?” mak menonong ke sinki dengan beberapa biji cawan yang perlu dicuci.
Aku tersenyum bukannya apa, terkejut dengan mak yang
sudah pandai bermadah-madah, sejak bila pula dia pandai ini semua? Hendak
marahpun tidak jadi dibuatnya. Walaupun idea itu sebenarnya bukan yang aku
fikirkan tetapi aku tetap setuju, sebab idea itu datang dari emak. Seorang emak
selalunya hendak yang terbaik untuk anaknya. Kebahagian dan kesempurnaan memang
menjadi impian seorang ibu. Naluri seorang ibu juga dapat mengesan sama anaknya
dalam keadaan baik atau tidak. Patutlah orang tua-tua selalu berpesan Syurga
itu dibawah telapak kaki ibu. Seorang ibu bagaikan mempunyai telepathy dengan
anak-anaknya. Aku dapat rasakan apa yang emak rasakan kerana aku kini seorang
ibu,
Mak oh..mak..akan aku ikut sahaja rancangan mak, jika
itu dapat sedikit sebanyak membahagiakan hati mak.
No comments:
Post a Comment