Buat pembaca yang mengikuti coretan ini. Silakan..
Bab 22

Dua minggu sudah berlalu, hari
ini Seina akan kembali semula ke Cape Town. Hani tidak menunggunya di
Lapanganterbang kerana Ebrahim yang akan menjemput. Hani hanya menunggunya di
pejabat. Pasti banyak cerita yang hendak Seina sampaikan kepadanya. Hani juga
ada cerita yang hendak di kongsikan. Seina, adik ipar merangkap kawan baiknya. Dia
berdua tidak pernah menyimpan apa-apa rahsia. Baik Seina mahupun Hani. Hanya
Seina yang banyak memberi kata-kata semangat untuk Hani terus bangun dan
memulakan hidup baru sewaktu kehilangan Khasif dahulu.
“Assalamualum everybody” ucapan yang diberikan
sambil berjalan dan menuju ke biliknya yang dikongsi bersama Hani. Sudah Hani
jangka, Seina pasti akan muncul di pejabat. Seina datang ke pejabat dengan
senyum yang meleret, walaupun diwajahnya nampak agak letih, maklumlah 10 jam didalam kapalterbang.