Wednesday 30 July 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 15



Masih mood raya, mana tidaknya! Raya kan sebulan. Teringat pulak saya pada Doktor Johan. Kita lupa sekejap Erin dan Karl. Hari ini saya bawa pembaca berjumpa Johan dan Didi.. 

Bab 15


Dalam berangan, sampai juga Johan di halaman rumahnya. Rasanya separuh dari ingatannya hanya dipenuhi dengan nama “Eli”, alhamdulillah selamat sampai jua .Memandu pulang dalam keadaan separa sedar. Di fikiran bagaikan ada suis yang memetik alat replay yang memutarkan kesah dirinya sewaktu bersama Eli. Seperti time travel pula.
Nasib baik tidak tersasar sampai ke sempadan Thailand, khayal punya pasal!
Masih duduk di dalam kereta walaupun pintu pagar otomatik masih ternganga, tidak ditutupnya. Pandai buka, tetapi tidak ingat hendak menutupnya.

Friday 25 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 64



 BAB 64                                        

“Saaayanggg..” Karl memanggil lembut isterinya dengan nada meleret.
Malam kedua selepas majlis mereka.  Mereka ingin merehatkan diri setelah penat di siang hari. Penat kerana masih melayan tetamu yang datang kerana ada tetamu yang tidak sempat hadir di majlis mereka kelmarin, tetapi mereka tetap datang berkunjung. Penat disakat keluarga juga menokok tambah kepenatan. Penat aktiviti malam, tak usah di sebut! 
Berdua-duaan di balcony rumah banglow sambil membuat kerja tidak bergaji, mengira bintang di langit dan memerhati kerlipan kapal-kapal yang berlalu di Selat Melaka. Kedua-duanya berdiri dengan tangan memegang besi gerigi.

Indahnya Takdir Mu - Bab 63



Bab 63

“Erin dah sedia ke?” tanya Suzilah kepada Del.
Karl hendak masuk ke bilik bagi majlis menyarung cincin. Rumah banglow yang dahulunya sunyi, kini hingar bingar dengan majlis perkahwinan Erin dan Karl. Sengaja Karl mengadakan majlisnya di rumah itu. Dia suka dan sayang rumah yang sudah terbiar begitu lama.  Wak dan keluarga sungguh gembira dengan keputusan Karl untuk tinggal terus di situ. 
Tidak ketinggalan Oma Maria, oma adalah gelaran nenek di dalam bahasa German. Dia sudah terbiasa membahasakan dirinya oma semasa di German dahulu. Dia sudah melupakan segala perkara

Indahnya Takdir Mu - Bab 62



BAB 62

Jari Karl menekan tetikus, mengedit gambar yang baru sahaja dimasukkan ke dalam komputer. Hasil dari temuramahnya dengan Duta Besar Filipina di Kuala Lumpur. Tugasan pertama selepas pulang dari Filipina dan juga selepas bercuti panjang selama hampir 6 bulan. Hasilnya tidak sebaik selalu, kerana fikirannya tidak focus kepada tugas. Fikirannya tertumpu hanya pada Erin yang ditinggalkan sesudah subuh tadi. Tenangkah dia atau meracau seperti selalu?

Wednesday 23 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 61



Bab 61

Tidak di sangka sudah dua bulan berlalu, tanpa banyak perubahan kepada ingatan Erin. Namun dia nampak lebih ceria. Sudah mampu berbual, mampu membuat lawak malah sudah mempersoalkan Tok pa bagaimana Karl tiba-tiba menjadi cucunya dan dia menjadi anak angkat orang lain yang dia tidak kenal.   
Karl hanya mempunyai 4 bulan sahaja lagi untuk dia bercuti dengan separuh gaji. Setiap hujung bulan dia akan ke pejabat berjumpa Encik Lokman untuk melaporkan kesihatan Erin. Erin pun sudah semakin rapat dengan Karl, cuma dia tidak suka Karl yang pandai-pandai menyentuhnya. Erin lebih selesa bersama Wan Jie.

Indahnya Takdir Mu - Bab 60



Bab 60
Sudah dua hari bertamu di bilik kecil hospital. Selesai subuh Karl menjengok tingkap, cantik panorama Putrajaya dari tingkap kaca itu. Bangunan pejabat Kerajaan yang dibina mengikut bentuk cintarasa arkitek, si pelukis pelan. Setiap banguan mempunyai keunikan tersendiri. Bukan tidak biasa Karl melihat bangunan-bangunan ini, namapun kerja di Putrajaya. Cuma tidak ada masa untuk menilai dan mengkaguminya kerana asyik lena berkerja, terlepas pandang untuk menekmati keindahan bangunan-bangunan tersebut. Tetapi pagi ini, dari ruang tingkap kaca yang kecil, buat pertama kalinya Karl terfikir untuk

Monday 21 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 59

Kepada pembaca-pembaca yang sudi singgah, harap sekiranya memberi komen-komen yang membina agar saya dapat memperbaiki penulisan saya di coretan yang lain.. Insyaallah..


BAB 59

Mama Mysha dan Papa Hamzah sudah lama pulang. Karl juga sudah terlena entah berapa jam, selepas pemeriksaan terakhir dari Dr. Logan, dua jam yang lalu. Jam tangan diintai, sudah menunjukkan 1 pagi. Bolehkan terlena duduk di atas kerusi dan kepala terlentok di atas katil dengan tangan memegang tangan kanan Erin. Sejuk betul bilik itu, segera Karl ke dinding yang terlekat controller penghawa dingin, suhu di naikkan ke angka 22 daripada angka 18.
Erin masih tidak bergerak, masih seperti patung mannequin. Tangan menutup mulut yang menguap,

Indahnya Takdir Mu - Bab 58



Bab 58

Berjalan perlahan dia meninggalkan bilik Dr. Logan. Mata Dr. Logan masih tidak lepas memandang pergerakan anak muda malang itu meninggalkan biliknya dengan penuh harapan. Pandai bermotivasi doktor ini, mampu orang yang sudah putus harapan untuk hidup, mahu terus hidup seribu tahun lagi. 
Karl melangkah laju menuju ke bilik ICU. Di jenguknya ke bilik di mana Erin ditinggalkan tadi, tetapi tubuh badan orang yang di cari sudah tiada. Karl panic lagi, muka sudah pucat. Terus Karl ke kaunter tengah bertanyakan di mana isterinya berada sekarang?

Indahnya Takdir Mu - Bab 57



Bab 57

“Wan ..saya bawa Erin ke hospital.., kenapa pulak dia ni..”
“Ya ALLAH..” tanpa berkata apa-apa, Karl panic..Karl terus mengendong Erin dan membaringkannya di seat penumpang sebelah pemandu yang telah diturunkan tempat duduknya.  Karl merapatkan mukanya ke muka Erin, ingin mengetahui pergerakan nafas Erin.  Nafas Erin dapat dirasanya, tetapi lemah, pergelangan tangan untuk denyutan jantung juga dirasa. Masih bergerak, Karl jadi doktor tak bertauliah sesaat. Erin pengsan. Karl gubra dan panik.

Indahnya Takdir Mu - Bab 56



BAB 56

Pulang dari masjid Karl terus menuju ke bilik, diperhatikan kosong, bayang isterinya tidak kelihatan. Kemana agaknya Erin.  Tok Pa sudah keluar awal dari keretanya tadi, sementara dia memakirkan keretanya di garage yang kosong. Terdengar tapak kaki seperti orang berjalan ke arah meja makan, Wan Jie dengan mangkok kaca berisi sesuatu, Karl tidak pasti di tangan dan Tok Pa disebelahnya, rupanya semua sudah berkumpul untuk bersarapan bersama. Karl berjalan menuju ke meja makan. Tok Pa , Wan Jie dan Erin sudah duduk untuk memulakan sarapan.

Saturday 19 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 55



BAB 55
                    
Tersentak dan terjaga Karl dari tidurnya, tadi sudah lama dia terlena di sofabed yang sudah menjadi tempat tidurnya sejak tiga bulan lebih. Karl tidak akan tidur sekatil sehingga Erin benar-benar boleh menerimanya. Malam ini tidak terkecuali. Malam ini juga tiada gangguan dari Erin yang selalu meracau, tetapi diri sendirinya pula yang terjaga. Dia sendiri tidak tahu apa yang membuatkan dia terjaga.   Tiba-tiba sahaja dia tersentak. Bangun perlahan menuju ke arah Erin yang masih tidur lena mengerekot di bawah selimut. Selimut yang sudah terjuntai sedikit ke bawah dikuaknya perlahan menutup seluruh tubuh Erin. Karl senyum

Indahnya TakdirMu - Bab 54



Bab 54

Zip beg sandang yang berisi kameranya dibuka.  Kamera ditarik keluar. Semua gambar sepanjang berada di Filipina ada disimpan di dalam kamera tersebut. Juga dokumen lain sepanjang persidangan disimpan oleh Karl di dalam beg galas ini. Punat kamera ditekan, terpapar beberapa ikon di skrin, menunggu arahan untuk menekan punat yang lain. Sudah dua bulan kamera tersebut tersadai di dalam beg galas. Nasib baik baterinya masih mampu menjalankan tugas. Ligat tangan Karl menekan punat satu persatu, setiap gambar yang

Indahnya Takdie Mu - Bab 53



BAB 53

Perjalanan pulang ke tanah air sungguh memenatkan. Ditambah pula dengan diburu oleh pemberita dan dikawal setiap masa oleh pegawai polis.  Rimas dibuatnya!
Jika dua hari lepas dikawal oleh polis Filipina, kini polis dari tanah air sendiri pula. Melangkah sahaja mereka di balai ketibaan, berpusu-pusu pemberita yang mengujakan berbagai-bagai soalan kepada Karl dan Erin.
Entah berapa lama pemberita-pemberita ini sudah menunggu. Karl tahu, kerana dia pernah berada di situasi begitu. Kerlipan flash dari kamera tak usah hendak dikira. Kini baru Karl tahu bagaimana

Friday 18 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 52



BAB 52

Selepas pemeriksaan dari pihak hospital, Karl dimaklumkan bahawa Erin mengalami gangguan hilang ingatan sementara yang dipanggil Post Traumatic Stress Disorder symptoms (PTSD) Penyakit yang datang kerana terlalu takut atau trauma dengan apa yang berlaku. Tetapi doktor tidak dapat mejangka berapa lama, mungkin sehari, dua hari, seminggu dan mungkin juga mengambil masa bertahun.  Bergantung kepada persekitaaran dan juga sokongan dari orang terdekat.

Indahnya Takdir Mu - Bab 51



BAB 51

Setiap hari hidangan yang serupa diberikan, berupa 2 keping roti dua kali sehari bersama dengan sebotol air mineral.  Hanya sekadar tidak mahu tebusan mati kebulur. Bukan apa makanan yang dihidangkan yang menjadi perkara utama buat masa ini. Perkara yang lebih penting, adakah mereka masih dapat menyedut udara yang diberi percuma oleh Ilahi pada esok harinya. Setiap detik, setiap saat, tidak siapa dapat mengagak apa yang akan berlaku. Setiap saat berada di dalam keadaan cemas. Cicak berdecit di atas bumbung pun mampu membuatkan degup jantung berdenyut laju.

Wednesday 16 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 50



SILAKAN... BACA SAMPAI PUAS!! SELAMAT BERBUKA ...

BAB 50

At last, I will be reunited with my grandma for the first, after so long..” tersenyum tidak sudah Karl dengan berita pertemuan neneknya amat mengembirakan dirirnya, dan kegembiraanya itu dikongsinya bersama Erin. Namun kegembiraan tersebut tidak dapat diraikan kerana mereka sedang sebok dengan majlis penutup ASEAN Summit. Mungkin esok mereka boleh celebrate kerana esok hari terakhir mereka di bumi Imelda Marcos ini.

Indahnya Takdir Mu - Bab 49



Bab 49

“Encik Hamzah dan Puan Dyana okey ke tinggal di rumah saya ni? Harap-harap selesa ya? Bilik tetamu di tingkat atas” Suzilah melayan tetamu istimewanya sebaik sahaja sampai setelah menjemput mereka di lapanganterbang Geneva.
Hamzah sudah sampai di Geneva bersama adiknya. Suzilah menumpangkan mereka di rumahnya.
“Janganlah berencik-encik dengan saya, malu saya, sudahlah menumpang rumah dan Puan banyak membantu mencari mama kami…Itu sudah cukup bermakna bagi kami adik beradik” jelas Hamzah, merendahkan diri

Indahnya Takdir Mu - Bab 48



Bab 48

“Tring…” terdengar loceng pintu Erin ditekan orang. Pendek sahaja deringannya. Terjengul wajah Karl yang memang sudah lama menunggunya. Abang Harith sudah awal bersarapan, mungkin masih di dewan makan bersama Puan Lim.
“Jom, nanti kita lambat tak sempat sarapan pulak” tangan Karl segera mengheret Erin dengan langkahnya yang panjang. Erin tidak terikut dengan langkah panjang Karl, seperti orang yang lapar sangat. Kebulurkah dia, tadi malam menghilang sampai dini hari bukankah mencari makan?

Indahnya Takdir Mu - Bab 47


BAB 47

“Apa lagi yang Mar mahu ha!“ Maria berundur setapak ke belakang apabila di herdik suami yang sedang naik minyak. Suami mana yang tidak naik minyak dengan apa yang telah dilakukannya tanpa dia sedar.
“Maria!.. abang dah beri segalanya untuk  Mar.., rumah , harta, kasih sayang.. Mar dah macam puteri.. abang layan, tapi apa yang Mar balas .. menconteng arang di muka abang! Sini kampung Maria bukan London yang Mar boleh buat sesuka hati.. apa sebenarnya yang Mar nak lagi ha! Abang tak faham, tolong jelaskan tang mana yang kurangnya!” Lantang lagi suara Benjamin kepada si isteri yang hanya teresak-esak, apabila menyesal dengan  perbuatannya.

Indahnya Takdir Mu - Bab 46



Bab 46

Coklat dari Swiss di agih-agihkan untuk semua di department Erin, kecuali Karl kerana sudah diberikannya khas semalam dan juga Encik Lokman. Erin membungkus cantik untuk bossnya, boss punya kena asing. Nak kena kipas sikit, politik office, boss kena jaga.
Lewat petang Encik Lokman memanggil Karl, Erin, Puan Lee dan Abang Harith  untuk memberitahu persiapan bagi ke persidangan ASEAN di Davao City, Philippines sebulan lagi. Confirm nampaknya pemergian mereka, ingatkan tak jadi, manalah tahu, nama orang lain pulak yang naik, namun syukur at least Karl ada bersama. Erin memang suka mencuba benda baru lebih adventurous sikit ke tempat-tempat macam ni. Segala perkembangannya di Malaysia pasti dilaporkan kepada mamanya di Swiss. Mama gembira dan selalu berpesan menjaga keselamatan, terutama bila berada di tempat orang.

Indahnya Takdir Mu - Bab 45



BAB 45

“Excuse me sir, my seat..!” Erin menghulurkan keratan tiket yang tertulis seat nombor, meminta kebenaran dari penumpang lelaki muda yang di sebelahnya keluar sebentar kerana tempat duduknya di tepi tingkap
“Oh..oh.. sorry..” lelaki itu bingkas bangun Erin meloloskan dirinya untuk ketempatnya.
Erin ingin berbahasa melayu kerana nampak gaya seperti orang Asian, tapi takut pula orang Filipina atau orang bukan dari negara nusantara.  
Erin duduk, lega rasanya akan sampai esok harinya ke tanah air selepas transit 4 jam di Schiphol, Netherlands. Dua minggu bersama mama, cukup gembira, tetapi jika adanya si dia, alangkah bagusnya.

Indahnya Takdir My - Bab 44



BAB 44

Hari ini hari terakhir menginap di hotel dan mereka akan dipindahkan ke rumah yang telah sedia di sewa oleh pihak Kedutaan.
Tepat seperti yang telah diatur, mereka telah dibawa ke rumah mama sepanjang bertugas di sini terletak di Ostring, apartment 4 tingkat, tetapi tiada lift. Apartment mama terletak di tingkat paling atas, tingkat 4, konsep penhouse . Apartment yang mempunyai 2 level. Dapur, dining dan guest hall semua di tingkat bawah beserta dengan 2 bilik sederhana besar. Manakala dua bilik besar, yang boleh dikatakan bilik master terletak di tingkat atas, ensuite.  Cantik rumahnya, siap ada summer garden di ruang tengah untuk mama menyimpan pokok tanamannya apabila musim sejuk tiba.

Tuesday 15 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 43



BAB 43

Bosan betul Erin rasakan, sendirian di bilik hotel Four Seasons, di kota cosmopolitan Geneva, Switzerland. Negara tertua yang mengamal negara berkecuali. Erin menemani mama. Mama sudah 2 hari bertugas dan Erin ditinggalkan sendirian di bilik hotel dengan acara bebas solo. Sudahlah penat tersangkut kerana flight delay 4 jam disebabkan cuaca buruk dua hari lepas. Kapalterbang tidak dapat mendarat di Schiphol airport, Netherlands.  Selepas itu tersadai di Schiphol kerana kapalterbang  tidak dapat berlepas kerana cuaca

Indahnya Takdir Mu - Bab 42



BAB 42

Karl menghayun langkah menuju ke arah Hard Rock Café, Mid-Valley selepas memakir keretanya di Level 4.  Seperti biasa tempat ini tidak pernah sunyi dengan para pengunjung, sentiasa ramai, kena pula ada Jualan Murah, Sales. Entah sale apa yang sentiasa Sales sepanjang tahun. Tetapi kali ini sales hujung tahun dan juga Sales hari natal nampak gayanya yang sedang berlangsung. Karl tahu ini Sales hari natal kerana  jelas kelihatan terpacak besar pokok pine yang dihias dengan lampu dan kapas ibarat salji kononnya, kotak-kotsk bungkusan hadiah diatur di kaki pokok. Tentunya hanya kotak kosong, jika kotak berisi

Indahnya Takdir Mu - Bab 41



BAB 41

Hari Sabtu yang indah, Mama Suzie dan Wan Jie duduk di sofa di baranda. Erin dan sepupu-sepupunya sedang rancak berual di ruang tamu, termasuk untie Lianna. Tok Pa dan Mak Ngah duduk mejuntai kaki di  rumah wakaf disudut pagar. Rancak juga nampaknya perbualan dua beranak itu. Haiziq katanya di dalam perjalanan pulang, tetapi sudah lama perkataan “dalam perjalanan”.  Semua sudah faham dengan ungkapan  Haiziq tu, jika dia beritahu dalam perjalanan tu, maksudnya belum keluar rumah lagi, kecuali jika dia beritahu hendak sampai, maksudnya memang dia sudah hampir ke distinasi.

Indahnya Takdir Mu - Bab 40



BAB 40

Erin menyambung semula kerja yang terbengkalai tadi, terbengkalai kerana dikerah oleh Encik Lokman pagi tadi.  Dia sebenarnya sedang mencoretkan kesah hidupnya. Ala-ala memoir tu.. “Memoir Anak Dagang”. Saja suka-suka, sekurang-kurangnya dia dapat memperbaiki Bahasa Malaysianya yang tidak seindah mana. Ralit menaip tidak sedar Karl di belakang membaca setiap patah perkataan yang dirakamkan diskrin computernya. Mengetahui apa yang dicoretkan Erin, perlahan lahan Karl kembali ke tempat duduknya, tidak mahu menceroboh peribadi dan rahsia orang.  Lebih-lebih lagi Erin, dia pastinya mahu ruang untuk dirinya sendiri. Privacy seseorang perlu dihormati.

Sunday 13 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 36 - 39



BAB 36

Pendek sahaja taklimat yang diberikan oleh penganjur. Tidak sampai satu jam pun. Refreshment disediakan, finger food sahaja, tetapi mengenyangkan juga. Dengan mini pizza dan sandwiches tuna, air panas kopi, teh juga pelbagai juice buah-buahan. Erin sudah tidak mahu mengambil makan malam dan hanya berhasrat untuk sahaja berehat di biliknya.
Pertemuannya dengan Huzaimi petang tadi sedikit sebanyak menyesakkan dadanya, walaupun dia sudah berjaya melupakan lelaki itu, tetapi sedikit cemburu melihat kebahagiannya. Erin pernah

Saturday 12 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 33 - 35



BAB 33

“Tapa! Tapa! Tolong aku..“ tercungap-cungap Ben yang baru sampai, bagaikan dia baru habis berlari marathon. Dengan penampilan yang tidak terurus, berserebeh. Tak serupa orang yang berjawatan juruterbang. Kereta diparkingnya jauh. Terkejut juga Tapa, setahunya, lelaki anak mat saleh ini kacak dan kemas orangnya. Tetapi hari ini apa sudah jadi?
“Kenapa dengan kau Ben?Tak fly hari ini?“ tanya Tapa yang baru sahaja hendak merehatkan dirinya yang baru pulang dari pejabat.

Friday 11 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 30 - 32



Senyap sahaja blog saya sekarang ni? Tak ada orang yang membaca agaknya.. Cderitanya membosankan ke!!

BAB 30

“Ding dong.. ding dong.. ding dong “ Erin menekan loceng pintu, tetapi pintu banglow tidak dibuka. Di pintu pagar tadi, nasib baik Wak nampak kereta Erin tersadai hampir 10 minit, tiada siapa yang membuka, terus berlari orang tua itu membukanya. Susah juga hendak berkunjung ke rumah orang kaya-kaya bagini. Private property, nasib baik tidak ada dawai besi dengan papan tanda “Private Property – No Trespassing“.  Beberapa kali ditekan, masih tidak dibuka, pengsankah dia seperti yang dikatakannya malam tadi! Risau pula di hati Erin.  Erin sudah cuak, ini sudah kes nanya!!

Wednesday 9 July 2014

Indahnya Takdir Mu Bab 26 - 29



BAB 26

Karl memerhati Papa dan mama sedang menonton TV sewaktu dia sampai di rumahnya di Bukit Tunku. Karl juga turut melabuhkan punggungnya di salah satu sofa sebelum membuka mulut untuk menyampaikan hasratnya.
“How was it, this time?” tanya papa apabila melihat Karl hanya berdiam.
Mama memandang Karl menunggu jawapan kepada soalan si suami.
“This trip is even better pa.. pa dan ma tak berhajat ke nak ke sana sama Karl?“ Karl sudah meluahkan sedikit hasratnya.

Indahnya Takdir Mu Bab 21 - 25


BAB 21

Pagi Isnin sepatutnya dimulakan dengan bersemangat hendak bekerja, kerana sudah berehat pada hari Sabtu dan Ahad, tetapi ramai insan yang berprinsip terbalik.  Setiap pagi Isnin perasaan rasa malas hendak memulakan kerja itu pasti ada. Itulah sebabnya mungkin dipanggil Black Monday. Tak pasal-pasal hari Isnin di warnakan hitam.  Erin juga tidak terkecuali dengan penyakit malas ini. Sampai sahaja Erin di pejabat, Karl sudah sedia menunggu di tempatnya.

Indahnya Takdir Mu Bab 17 - 20



BAB 17

Erin terkejut dengan gegaran telefon iphonenya yang diletakkannya di meja kecil sebelah katil.  Dia membuka matanya kecil sahaja, ingin mengetahui siapakah insan yang berani mengganggu tidurnya. Tertera nama Karl.
 “Aaahhh..dah tahu dah! Apa lagi si mamat sengal ni hendak?...“ gumam Erin. Dilihatnya waktu ditelefon menunjukkan 1.45 pagi.  Sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal, bertambah kusut masai rambutnya diperlakukan sedemikian.

Indahnya Takdir Mu Bab 13- 16


BAB 13

“Tadi mama berbual dengan cikgu Pozi. Dia kata Erin naik motor mat rempit, ya ke?“ Kan dah kata, cikgu Fauzi sudah salah faham. Erin baru sahaja pulang, mama sudah mengajukan soalan bom atomnya.
“Erin dengan Karl tadi. Karl bawa motor dia, sebab nak cepat. Semalam kan dah tertinggal kereta Rin kat ofis? Karl ada rupa Mat Rempit ke Ma? ” kata Erin. Mama hanya diam.

Menghitung Bintang/Indahnya Takdir Mu Bab 9 - 12



BAB  9
Seperti biasa pagi-pagi di Info Harian, Erin menjalankan kerja mengikut yang di arahkan.
Rasa sedikit sunyi di ruang pejabat yang besar itu kerana kerana budak penyebok yang duduk di belakangnya masih bercuti sakit, sunyi tetapi bahagia, aman bahagia  untuk 2 hari. Betulkah dia bahagia?
Telefon Erin berbunyi dengan irama lagu Adele “Someone Like you”. Lagu orang putus kasih, bukan Erin putus kasih cuma dia suka irama dan rangkap-rangkap lagu itu yang enak didengar. Macam mana nak putus cinta, boyfriend pun tak ada?

Menghitung Bintang/Indahnya Takdir Mu Bab 5 - 8



BAB 5

Berpusing-pusing Karl memandu di sekitar Putrajaya mencari tempat untuk mereka makan, tetapi kebanyakan sudah hampir tutup kedai kerana waktu sudah hampir jam 10.00 malam. Datang salah waktu, Restaurant tidak menunggu mereka. Akhirnya Erin memutuskan untuk ke Nando’s di IOI Mall sahaja. Mereka harus segera masuk sebelum menjadi lebai malang, makanan tak ada, penat sahaja yang dapat. Karl have no objection, apa yang Erin teringin akan diturutinya, nanti kalau Erin tak setuju, nampaknya dia kena makan malam sendirian. Tujuan menjemput Erin pun untuk makan bersama, jadi conclusionnya kena ikut apa yang diminta oleh tuan puteri Erin. Itu kata hati si putera katak.

Menghitung Bintang/Indahnya Takdir Mu - Bab 1 - 4

Memandangkan Coretan 30 Jam Yang Indah Bersamamu adalah sambungan kepada cerita ini, pembaca terpaksa mengikut cerita ini dahulu sehingga tamat untuk mengetahui apa yang berlaku. Di harap bersabar untuk coretan 30 jam.

Juga cerita asal adalah Menghitung Bintang, kini tajuk baru Indahnya Takdir

 Satu lagi, nampaknya pembaca kena marathon membaca...enjoy!!
BAB 1

Erin mengigit hujung pen berwarna merah, mukanya berkerut dan matanya sesekali terkelip-kelip lagak seperti seorang ahli politik yang sedang memikirkan masalah negara, berat sungguh masalah itu nampak gayanya. Erin mencoretkan sesuatu di atas sehelai kertas yang sudah sarat dengan lakaran dan penuh dengan contengan berdakwat merah. Sesekali tangan ditupangnya ke dagu, mata juga kerap melihat ke atas, memandang jauh, entah ke planet mana dia singgah. Entah-entah dia sudah sampai di Planet Zuhal, planet yang ada relung gas, seperti cincin itu. Eh! Merapulah kau Erin, hidupan apa yang boleh hidup di planet yang banyak gas tu?  Ditepuk kepalanya apabila dia menyedari yang dia jauh mengelamun.