SILAKAN... BACA SAMPAI PUAS!! SELAMAT BERBUKA ...
BAB 50
“At last, I will be reunited
with my grandma for the first, after so long..” tersenyum tidak sudah Karl
dengan berita pertemuan neneknya amat mengembirakan dirirnya, dan kegembiraanya
itu dikongsinya bersama Erin. Namun kegembiraan tersebut tidak dapat diraikan
kerana mereka sedang sebok dengan majlis penutup ASEAN Summit. Mungkin esok
mereka boleh celebrate kerana esok hari terakhir mereka di bumi Imelda Marcos
ini.
Sekarang mereka sedang menunggu report yang sedang disediakan oleh
pihak secretariat. Mereka terpaksa menunggu report terakhir disiarkan untuk
mengetahui conclusion kepada semua perbincangan disepanjang persidangan
dijalankan.
Jam sudah menunjukkan 2 pagi, tetapi report masih belum juga
disiarkan. Hari ini Karl dan Erin asyik menelan finger food yang dibekalkan
oleh pihak hotel, sudah lewat-lewat begini lapar pula rasanya perut minta
diisi. Erin mencadangkan untuk mencari fish and chips berdekatan dengan hotel.
“Karl, you perasan tak ada restaurant fish and chips, I rasa I ada
nampak restaurant fish and chips kat bangunan depan tu masa dalam teksi pagi
tadi, kita pergi nak?” Erin
mengajukan rancangan kepada Karl yang sedang mengelap kameranya dengan kain
yang khas untuk membersihkan kamera tersebut.
“Lapar sangat ke? I orderkan hotel food aje untuk you, nak?” Karl
memujuk Erin supaya tidak keluar dari hotel kerana sudah jauh malam, tidak
berani pandai-pandai meronda di tempat orang.
“Hotel food lagi! dah jemu lah sayang.. 5 hari dah kita makan hotel
food..” rengek Erin, kerana Karl tidak mahu keluar hotel, malah sanggup
membelikan Erin makanan, tetapi makanan yang disediakan oleh pihak hotel. Heeee…
cukup-cukuplah.
“Tunggu la kejap, report tu should
be realese any minute now, nanti kita terlepas pulak.” Karal memberi alasan
yang kukuh supaya stay put.
Ada betulnya juga kata Karl. Memanglah penantian itu satu
penyeksaan. Sementara menunggu report disiarkan, Erin membetulkan write up yang
telah dia bincangkan bersama Karl. Draft
pertama tadi sudah ditunjukkan kepada Abang Harith untuk pandangannya. Rasanya dia berpuashati dengan draft
terakhir ini.
Tunggu punya tunggu jam 4 pagi baru
selesai. Perutpun sudah lupa yang tadinya berkeroncong, hanya sekarang yang
meminta dilayan ialah mata, sudah mengantuk, bantal sudah memanggil manggil. Jika cerita cartoon, mahu rasanya ditupang kelopak mata dengan
batang mancis! Selesai sahaja menyiapkan laporan , pakat hendak balik hotel dan
tidur sahaja. Mengidam Fish and Chips tunggu esok aje. Sempat lagi hendak
merasa fish and chips orang Philippines kerana flight pulang pada jam 11.00
malam esok.
Yang hairannya sampai sahaja di hotel, mata terus hilang mengantuk,
mungkin sudah bukan waktu tidur agaknya. Alang alang menunggu, baik tunggu sampai subuh,
selepas tu barulah paksa tidur. Janji dengan Karl tadi ketuk biliknya jam 11.00
pagi, boleh brunch terus dan kemudian boleh mencari sounivir sikit untuk dibawa
pulang. Erin bercadang hendak mencari mutiara Philippines, dengarnya cantik dan
murah di sini. Buat masa sekarang, baik sahaja melayan mata, Yang itu esok
punya cerita...
Sebaik sahaja masuk waktu Subuh,
solat diselesaikan dan Erin memaksa matanya lelap. Disebabkan keletihan, cepat
betul dia terlelap.
****
Terkejut Erin dengan deringan dari
iphonenya. Alarm yang diset jam 10.30 pagi kerana dia sudah berjanji akan
mengetuk pintu Karl jam 11.00 pagi. Harap Karl sudah
siap sedia, jangan pulak masih melayan mimpi. Jika itulah halnya siap kau!
Puan Lim masih dibuai mimpi, sedikit terganggu dengan deringan
telefon Erin tadi, tetapi kemudian menyambung semula lenanya.
Nasib baik mamat tu sudah sedia apabila Erin sampai di depan biliknya.
“Abang Harith mana?” tanya Erin, sebaik sahaja Karl membuka pintu
hotelnya.
“Kenapa cari Abang Harith pulak? I kan ada?” jawab Karl, hairan dengan
pertanyaan Erin.
“Apalah salahnya tanya.. ishy . you ni., diakan colleague kita
jugak”
“Dia dah keluar awal lagi, dia kena cari banyak barang, untuk
isteri, untuk anak-anak tu.. tak termasuk lagi saudara mara, ramai yang pesan
mutiara, katanya tadi..”
“I pun nak cari mutiara jugak, nak beli sorang satu, untuk sepupu I…
you tak hendak beli untuk mama you ke? Untuk I ke?” tersengeh memberi cadangan.
“Good idea jugak, nanti I cari satu untuk mama, tentu dia
suka..untuk you.. hem.. kena beli jugak ke? You beli sendiri la..”
Erin menjeling kearah Karl ..”tak sangka taik hidung masin jugak
rupanya pakcik ni..” dalam hatinya berkata.
Pencarian restaurant fish and chips bermula. Maklumlah Erin sudah mengidam sejak
malam tadi. Akhirnya bertemu dan cepat-cepat tempahan
dibuat. Bagus layanannya dan pantas.
“Sedap jugak ya, not bad… tartar sauce diapun not bad..hem.. tak rugi dapat makan hari ini..”
Erin memberi komen dengan mulut sedikit penuh.
Karl hanya angguk sambil meneruskan
suapan ikannya. Ikan segar memanglah sedap! Selesai mengisi perut, mereka
bercadang untuk ke tempat penternakan mutiara. Menurut pelayan restaurant itu
tadi, tidak jauh, perjalanan kurang dari setengah jam dan barangan dari
muatiara banyak terdapat di sana dan hargapun jauh lebih murah. Jika murah
bolehlah mereka membeli lebih sedikit.
Dengan menaiki teksi mereka sampai
ke destinasi yang di tuju. Benar seperti yang di beritahu oleh pelayan
restaurant tadi, beberapa kedai diredah untuk mencari mutiara yang mereka berkenan.
Berbagai warna, ada warna merah jambu, puteh mutiara dan biru pun ada. Semua
warna Erin berkenan. Bukan Erin sahaja yang tertarik dengan mutiara-muriara
disitu, beberapa orang pelancong yang ada dikedai tersebut jugak sebok tawar
menawar.
Erin perhatikan memang berbaloi ke sini,
harga separuh dari di pekan tadi, boleh dapat 2 utas rantai mutiara dengan
harga yang sama. Penjual tersenyum, pembeli lagilah tersenyum sampai ketelinga.
Pelanggan makin bertambah, lelaki dan perempuan keluar masuk.
“Huwag hurong (jangan bergerak)”
tiba-tiba suara yang tidak difahami Erin mahupun Karl bergema, lelaki yang baru
sahaja masuk ke kedai berbahasa tagalog.
Semua pelanggan terganga,
termagu-magu termasuk Erin dan Karl kerana tidak mengerti, apa sudah jadi!
Lelaki tempatan yang baru sahaja masuk tadi, lelaki ini kurang siuman ke apa?
Apa yang dilihat kedua-dua penjual
perempuan yang sebok membantu
menerangkan kesah mutiara tadi sudah pucat dan duduk mencangkong dengan kedua
belah tangan mereka sudah di kepala. Lelaki yang baru sahaja masuk tadi ada
menyembunyikan sesuatu rasanya di dalam jeketnya. Sekarang sudah terang terang
mengeluarkan senjata itu. Alamak! Senjata api!!
Rompakan atau apakah ini!! Karl,
Erin, 2 penjual dan 3 orang pembeli lain juga berbuat tindakan yang sama, duduk
mencangkong dengan kedua belah tangan di kepala apabila diherdik dengan
kuat oleh lelaki tadi. Nyawa atau
mutiara?
“Please do what he says..” penjual perempuan merayu dengan suara
terketar-ketar .
.”What’s going on..” tanya
Karl, panik.
“Just keep quite and follow
orders” katanya lagi dengan kepala yang tunduk.
Suasana yang riuh dengan tawar menawar tadinya menjadi merta merta
menjadi sepi.
Kemudian, hanya dengan isyarat tangan, semua orang diarah keluar di mana
seorang lelaki lain sudah menunggu di luar kedai rupanya.
Mereka diarah mengikut lelaki menuju ke bot yang sudah sedia
menunggu. Erin sudah pucat lesi. Karl dan Erin kini sudah mengerti, ini bukan
rompakan, ini penculikkan.
Kenapalah pulak terjadi kepada mereka.
“Wg Kang Main gay… bilis lakad amiet tahimik… walk..walk..
fast.(Jangan bising dan jalan cepat ke sana).” pencolek itu cuba berbahasa
inggeris apabila mengerti mereka tidak mengerti apa yang di katakan sebentar
tadi.
“Kapiusap…(diam)” katanya lagi dengan nada menengking.
Dilihat lelaki yang pertama tadi menolak kasar penjual yang bersuara
tadi. Tentunya perempuan itu merayu, kerana dari nada suara perempuan itu
seperti meminta simpati. Aduh!.. apalah balanya pulak ni.
Sebuah bot laju menunggu di jetty.
Erin hampir terjatuh semasa melangkah untuk menaiki bot, nasib baik
tangan Karl sempat memegang Erin dan menyambutnya masuk ke dalam bot dengan
selamat, walaupun bot kecil itu sedikit bergoyang. Di dalam bot, semua senyap,
termasuk Erin dan Karl. Penculik telah merampas semua beg tangan dan juga
dompet. Nasib baik Karl tidak membawa kameranya hari ini kerana hanya bertujuan
untuk membeli belah, jika tidak sudah pasti penculik merampas kameranya dan
sudah tentu mengetahui mereka sebagai pemberita. Buat masa ini mereka menyangka
semuanya pelancong. Sekarang ini macam-macam cerita pasal pemberita. Sekarang
pemberita juga diburu, nyawa pemberita sentiasa di hujung tanduk. Suasana
seperti di dalam cerita filem Hollywood sahaja, cuba bezanya, itu lakonan dan
yang ini benar-benar berlaku, reality.
Lama juga perjalanan bot yang berakhir di sebuah pulau. Tidak ada
masa hendak mengira berapa lama perjalanan, kerana soalan mengenai nyawa mereka
lebih penting. Dari kejauhan, kelihatan beberapa orang lelaki lagi sudah sedia
menunggu di tepi pantai dengan kepala berbebat kain hijau dan semuanya memegang
senjata. Mereka diherdik dan dipaksa untuk berjalan laju menuju kebangunan yang
berada di tengah pulau. Penat juga berjalan, sudahlah tiada semangat untuk
melangkah, namun dipaksanya juga. Hanyunan langkah semua yang dicolek seakan-akan zombie sahaja, tidak ada
khudrat.
Mereka semua ditempatkan di satu bilik kecil. Dari pertanyaan yang
dikemukakan, mereka mengerti mereka sudah diculik oleh Kumpulan Abu Sayyaf,
kumpulan yang berteraskan Islam untuk meminta kemerdekaan dan kebebasan dari
Negara Filipina untuk Negara yang berasingan berlandaskan Islam. Mereka mahu
Mindanao menjadi satu Negara Islam berasingan. Tetapi tindakan mereka ini
memalukan orang Islam juga, akibatnya Islam ditafsirkan sebagai pemberontak dan
pembuat masalah. Sedangkan Islam tidak begitu. Pastinya mereka meminta wang
tebusan untuk mereka membiayai hidup dan membeli senjata gamaknya. Sekarang
sudah berani mencari mangsa orang asing untuk diculik ditempat pelancongan
sebagai tebusan.
Perbincangan keamanan dan keselamatan serantau ASEAN baru sahaja
tamat dibincangkan, kenapa pula ini yang terjadi? Masih Erin ingat, salah satu topic perbincangan
ialah isu membenteras lanun di perairan serantau. Lanun, pemberontak dan terrorist,
sama sahaja, tetapi apa sudah jadi! Negara Philipina pasti malu besar kerana
selain Erin dan Karl dari Malaysia, seorang mangsa dari Belgium dan sepasang
suami isteri dari Australia. Pasti
di kutuk oleh negara-negara kuasa dunia. Pasal mengutuk memang mereka nombor
satu. Soal pendamaian, hampas.. tidak mahu peduli!
Erin asyik berkepit sahaja dengan
Karl sepanjang masa. Jika dulu dia cuba menjaga batas perhubungannya, tetapi
disini dia tidak boleh berbuat demikian, kerana hanya Karl yang boleh memberi
semangat untuk dia menunggu hari esok. Jika boleh, sesaatpun dia tidak mahu
berada jauh dari Karl, begitulah takutnya sekarang ini. Di sini Karl segalanya,
walaupun Karl hanya mampu menenangkan dengan kata-kata peransang, sedangkan
dirinya sendiripun di dalam situasi yang sama. Apa yang mampu dibuat sekarang
ini hanyalah berdoa. Berdoa kepada DIA yang maha mengetahui lagi maha
mengasihi.
***
“Madam, a call from Wisma
Putra” telefonis Kedutaan memberitahu ada panggilan untuk Suzilah sebaik
sahaja duduk dibiliknya.
“Put it through..” pinta
Suzilah dan talian dijawab.
“Boleh saya bercakap dengan Puan Suzilah Mustapha” terdengar suara
seorang lelaki, Suzilah mengerutkan mukanya. Nada lelaki itu seolah-olah
suspense.
“Ya, saya bercakap” Suzilah menjawab tenang.
“Puan, saya dari bilik bertugas Wisma Putra, saya Shaifol, KPS Bhg
Kerjasama Serantau.” Akhirnya Suzilah mengetahui siapa si pemanggil. Dia kenal lelaki ini.
Bertugas di bilik yang di panggil Bilik Gerakan, bilik yang ujud setiap kali
ada musibah atau malapetaka di luar negara. Demi menjaga keselamatan rakyat
Malaysia yang bersepah di seluruh dunia.
“Ya, saya kenal Shaifol, apa khabar?” sambil
mengerutkan mukanya, tertanya-tanya apakah tujuan panggilan tersebut. Suzilah
mengerti jika pegawai bertugas di bilik bertugas membuat paggilan pasti ada berita yang kurang
enak untuk didengar.
“Puan, saya ada berita mengenai anak puan, anak
puan Renee Jasmeen Razali kan?..”
“Ya, kenapa dengan Erin..?” Lagi bertambah
kerut dimukanya.
“Saya dapat berita dari Malawakil Manila, anak
puan dan seorang lagi journalist Malaysia di culik oleh guerrilla Abu Sayyaf
dan jugak beberapa rakyat asing negara lain” jelas Shaifol.
Suzilah tergangga, hilang kata-kata, lemah
segala anggota tubuhnya, rasa hendak terduduk. Terbayang wajah si anak yang muncul
tiba-tiba.
“Rin..“ hanya satu perkataan yang membuatnya
bagai tidak boleh bernafas.
Tiba-tiba Suzi kehilangan udara untuk bernafas,
bagaikan berada di dalam hampagas.
Seperti tidak percaya sahaja dengan berita yang
baru sahaja dia dengar. Baru semalam dia berbicara mengenai anaknya dan Karl
kepada Hamzah. Rasa mahu terlepas sahaja gagang telefon, tetapi semangat untuk
mengetahui berita selanjutnya membuatkan Suzilah terus berbicara. Dia perlu
kuat kerana dia mahu bersama anaknya. Dia mahu berada di sisi si anak, dalam
apa jua keadaan.
“Rin, kau selamat. Mama tahu kau
selamat..“ bisik hati kecil Suzi. Cuba menempatkan dirinya di dalam denial.
“Apa? Betul ke maklumat ni.!.” Suzilah seperti tidak percaya dan
cuba mencari penjelasan.
“Ya, puan, pihak Wisma dan kerajaan Philippines sedang berusaha
untuk menyelamatkan mereka dan beberapa lagi warga asing. Kami akan salorkan maklumat terakhir kepada
puan sebaik aje kami dapat” jelas Shaifol lagi, tenang.
“Terima kasih Shaifol… saya akan balik Malaysia secepat mungkin”
mengakhiri perbualan dan bergegas
Suzilah menemui Duta Besar untuk memberi maklumat dan memohon cuti untuk
pulang ke Malaysia dan seterusnya ke Philippines.
Berlagak tenang, tetapi sebenarnnya hati bagaikan hendak luruh
dibuatnya apabila mendengar berita itu. Tanpa disedari air mata mengalir tanpa
disuruh. Suzilah menangis, menangis sepuas-puasnya. Dia pulang awal hari itu
untuk memaklumkan kepada bapanya Mustapha, kerana Erin dan Karl diculik.
Diculik oleh pemberontak Filipina.
Setibanya di rumah, Hamzah juga memberitahu bahawa dia juga mendapat
berita yang sama. Dia juga perlu pulang segera. Anak-anak mereka memerlukan
mereka sekarang ini. Urusan untuk memujuk mummy Maria nampaknya diserahkan
seratus peratus kepada adiknya,.Dyana. Masalah lebih penting dan bahaya sedang
menunggu di Filipina. Penerbangan yang
awal diatur, menaiki Qatar Airways, penerbangan yang terawal keluar dari
Switzerland yang boleh ditempah. Begitu juga Hamzah menukar penerbangan ke penerbangan
yang sama. Mysha akan menunggu Hamzah di KLIA, manakala Haiziq akan menjemput
kakaknya. Semua telah maklum dengan apa yang telah berlaku, semua risau akan
keselamatan Erin dan Karl di sana.
Tok Pa mengatur untuk membuat
sembahyang hajat di masjid Port Dickson. Setiap hari sepanjang mereka ditahan
merupakan hari yang haru biru bagi keluarga Hamzah dan juga keluarga Tok Pa. Semua perbualan berkisar kesah Erin
dan Karl, tajuk perbualan tidak lari kemana-mana, hanya cerita mereka sahaja.
Peti TV sentiasa dibuka untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai mereka.
Berita penculikan mereka sudah menjadi berita antarabangsa. Tok Pa dan Wan Jie
yang paling runsing, Suzilah lagilah, tak usah nak kata… seperti kucing
kehilangan anak. Itu tidak lagi halnya keluarga Hamzah. Urusan ibunya belum selesai,
ditambah pula dengan berita menculikkan.. Urusan yang paling berat, nyawa anak
tunggalnya.
Puan Lim sudah pulang ke Malaysia,
tetapi di atas arahan ibu pejabat,
Harith masih di Davao City. Menunggu dengan harapan sekiranya mereka
dibebaskan, sekurang-kurangnya Harith ada untuk menghulurkan bantuan kepada
pihak yang berwajib Filipina, mana yang perlu.
Nasib baik Harith menolak pelawaan
Karl untuk mengikut mereka ke tempat itu. Jika tidak, Harith juga menjadi
mangsa. Itu kata lega Harith, tetapi simpati kepada kedua rakan sekerjanya yang
di dalam bahaya turut menyesakkan dadanya.
1 comment:
Penat wey!! belajar bahasa Tagalog dengan teman ofis... harap yang di tulis tu betul! Jangan ada yang buka dictionary pulak..
Post a Comment