BAB 45
“Excuse me sir, my seat..!” Erin menghulurkan keratan tiket yang
tertulis seat nombor, meminta kebenaran dari penumpang lelaki muda yang di sebelahnya
keluar sebentar kerana tempat duduknya di tepi tingkap
Erin ingin berbahasa melayu kerana nampak gaya seperti orang Asian,
tapi takut pula orang Filipina atau orang bukan dari negara nusantara.
Erin duduk, lega rasanya akan sampai esok harinya ke tanah air
selepas transit 4 jam di Schiphol, Netherlands. Dua minggu bersama mama, cukup
gembira, tetapi jika adanya si dia, alangkah bagusnya.
“Daniel…” lelaki disebelahnya sambil menghulurkan tangan, sebagai
salam perkenalan. Mesra terover mamat ni. Nak sambut ke tidak? Erin berbelah
bagi.
“Erin..” akhirnya Erin menyambut salam perkenalannya.
“Bercuti ke ?” Tertoleh Erin mendengar orang di sebelahnya berbahasa
Melayu, lenggok bahasa orang Malaysia.
“Tak.. teman mak kerja kat Geneva”
Erin menjelaskan.
“Oh..I bercuti seminggu di Amsterdam..” Erin tidak tanya pun, tulah
mesra alam rupanya.
“Bagus tak Switzerland…?” menyambungkan bicara, apabila tiada
response dari Erin.
“Okey la..”jawab Erin kendur.
“Okey aje.. I thought its
owesome.. sebab ramai kata Swiss cantik..”
“Memang cantik, tapi mahal…serba
serbi mahal”
“Amsterdam not bad too.. banyak tempat boleh pergi..”
Erin masih tidak memberikan sebarang response. Pasti di cop sombong,
lantak la.
Pengumuman sudah meminta untuk menumpukan perhatian kepada tatacara
keselamatan. Entah yang keberapa kali, sudah sampai hafal.
Skrin di depan Erin menyala dengan sendiri dengan guidance cara
memasang tali pinggang dan juga cara menyelamatkan diri jika berlaku kemalangan.
Sebaik sahaja selesai tayangan keselamatan, peramugari sudah
bersedia menghidang air untuk semua orang.
“Nak air apa..” tanya Daniel si peramah kepada Erin.
“Ambilkan I mineral aje..” air mineral beralih tangan, dia nampaknya
mengambil juice orange.
“KL duduk mana?” ah.. dah lebih-lebih pulak soalannya, atau hanya
soalan untuk menghilangkan rasa bosan.
“Puchong..” saja Erin menjawab,
ingin mengetahui apa soalan seterusnya, dia hendak alamat Erin ke, atau nombor
telefon Erin. Jika tidak, maknanya dia hanya berbual kosong, tetapi jika dia
meminta nombor dan alamat, rasanya dia flirting, sedang mengurat Erin. Lama
juga ditunggu Erin, tetapi tiada bertanya lagi.
Phew.. lega Erin.
“I nak lelap..if you need to
go to the lavatory, you kejut I ya..? baik rupanya lelaki ini.
Erin hanya mengangguk..”Thanks…”
Sebenarnya Erin juga hendak melelapkan matanya, perjalanan masih
jauh, lagi 11 jam. Yang pasti lenanya akan terganggu, ada sahaja, makan malam
la..pengumuman la..itu tidak termasuk orang mendengkur atau anak kecil
menangis. Tetapi yang
paling Erin tidak selesa ialah pandangan mata jiran di sebelahnya. Erin perasan sesekali matanya meleret ke arah Erin. Mungkin dia
perasan Erin tidak melayannya.
“Sorry bro, I’m taken!!”.
****
Seperti dijanjikan Karl menjemput
Erin di KLIA. Sebaik sahaja mendarat 8.45 pagi Isnin. Karl mungkin mengambil cuti,
semata-mata hendak menjemput Erin. Rindu benar nampaknya dia, tersengeh
menayangkan giginya yang puteh. Erin juga begitu, senyum tidak lepas, mengheret
sebuah beg sederhana besar dan satu beg galas di belakang. Letih nampaknya dia,
mahu tak letih, 12 jam di dalam kapalterbang, tidak termasuk transit 4 jam di
Schiphol Airport, Netherlands yang membosankan. Serta merta segar dan nampak
ceria apabila wajah Karl ditemu. Karl terus mencapai beg yang diheret Erin, menyambung
mengheret beg menuju ke tempat keretanya terpakir. Mereka jalan beriringan
perlahan.
“Penat sayang..” entah silap makan
apa agaknya Karl hari ini yang bersayang-sayang pagi-pagi buta ni.
“Hem..” itu sahaja yang terlarat
Erin ucapkan, dengan mata tertutup dan kepala di head rest. Karl mengerti,
lepas sarapan nanti, Karl akan
menghantar terus Erin ke rumahnya untuk dia berehat, esok sudah mula kerja. Esok sahajalah boleh catch up apa-apa yang tertinggal. Tengah mood
swing tu dan juga penat, biarkanlah. Sesekali
Karl memandang Erin yang melelapkan matanya di sebelah.
“Renee Jasmin” Karl memanggil Erin dengan nama penuhnya
“hemm…” Erin menjawab dengan mata
masih tertutup
“Renee Jasmin” sekali lagi Karl memanggil
Erin dengan nama penuhnya.
“Untie Suzi apa khabar?”
“Oh ya.. mama kirim salam kat you
and thank you jemput I” Erin menjawab soalan Karl dengan kepala bersandar di headrest
dan membuka sebelah matanya manakala sebelah lagi masih tertutup.
Hari ini Erin tidak kuasa hendak
mengodek radio Karl, hanya kedengaran deruan engin kereta Karl sahaja. Setengah
jam perjalanan sudah sampai di rumah Erin.. sorry pembetulan bukan rumah Erin..
rumah mama Erin di Putra Heights.
“You larat ke nak drive pergi kerja esok, kalau masih letih, we can go together..” kata Karl.
Terharu Erin dengan sifat concern Karl terhadap dirinya. Jangan masa
bercintan cintun sahaja yang ambil berat, bila dah bersama nanti lain pulak
halnya.
“No.. its okey.. nanti kalau ada assignment susah pulak sebab tak
ada kereta..”
betul juga kata Erin, manalah tahu nanti ada assignment berasingan,
susah pulak Erin hendak menjalankan
tugasnya.
“Okey la.. you rehat.. apa-apa call I okey sayang..!!” sambung Karl.
Erin mengheret begnya yang baru sahaja Karl keluarkan dari bonet
dengan longlai menuju ke pintu pagar. Kemudian berpatah balik ke arah Karl yang
masih memerhatinya di seat pemandu. Erin mengeluarkan sebuah beg kertas dari beg sandangnya.
“Ada coklat Swiss, yang kecil tu you punya,
you tak boleh makan coklat banyak-banyak nanti rosak gigi you yang puteh tu,
yang besar tu untuk untie dan boleh
tolong sampaikan…” Erin mulalah tu membuat lawak bodohnya.
“Ada T-shirt, jugak untuk you, I hope it’s the right size, kalau suka
you pakai, kalau tak suka you simpan aje la...” kata Erin.
Erin berharap Karl tidak mengharap
ada nota membunuh seperti yang telah dia lakukan sewaktu dia pulang dari
Sarawak dahulu. Maaf,
Erin tak pandai hendak jiwang-jiwang.
Karl menyambut bungkusan dari
tingkap yang telah di turunkan cerminnya.
“Coklat sama t-shirt aje ke? Ingatkan you belikan I jam Rolex..” Erin membulatkan matanya dengan gurauan
Karl.
Tidak disangka besar betul harapan
Karl. Dan jugak high taste. Jam ROLEX!, usahkan jam
rolex, talinya pun tak mampu hendak Erin beli kawan oi... Karl tersenyum,
apabila mellihat riak muka terkejut Erin. Di dalam hati Erin, dari beli jam
rolex untuknya balik beli beg Louis Vuitton untuk dirinya sendiri. Boleh berangan-angan sahajalah. Kedua-dua
barang itu terlalu mahal, tidak mampu oleh Erin yang baru setahun bekerja,
harga satu-satu barang tu boleh sahaja dibuat deposit rumah… ehem.. setakat
hendak jam flikflak Swatch tu mampulah. Erin terus masuk ke rumahnya, di pintu
melambai Karl.
Karl meneruskan perjalanan.. entah
dia kerja atau tidak, Erin tidak pula bertanya tadi.. pagi masih awal baru jam
9.05 pagi. Mama perlu diberitahu bahawa dia sudah selamat
sampai, SMS dihantar ke nombor telefon mama di sana, mahal giler, setiap SMS
RM2 airtime Erin terbang.. demi mama RM20 satu SMS pun akan Erin usahakan.
Kereta Karl masih tidak bergerak,
tangan Karl melambainya, meminta dia datang Erin hairan. Perlahan menuju semula ke pintu
pemandu. Tidak faham betul Erin dengan lelaki ini, tadi mengerti yang Erin
penat, tetapi sekarang ni terpanggil panggil pulak. Bungkusan plastik berwarna
merah disua. Alamak, nasi lemak lauk
sotong yang dibeli bungkus di R&R tadi. Itulah Erin hendak marah-marah
pulak dengan Karl. Sudahlah tadi dia yang keluar belikan, kerana Erin
mengantuk, ini ditinggalkan pula. Nanti lapar siapa hendak belikan? Tersengeh
sahaja Erin mengapai bungkusan merah
tersebut. “Thanks Karl..sa..yang Karl” hanya menyebut dua silibus pertama yang
lagi dua hanya mampu disebut Erin di dalam hati.
No comments:
Post a Comment