Bab 48
“Tring…” terdengar loceng pintu Erin ditekan orang.
Pendek sahaja deringannya. Terjengul wajah Karl yang memang sudah lama
menunggunya. Abang Harith sudah awal bersarapan, mungkin masih di dewan makan
bersama Puan Lim.
“Jom, nanti kita lambat tak sempat sarapan
pulak” tangan Karl segera mengheret Erin dengan langkahnya yang panjang. Erin tidak terikut dengan langkah panjang
Karl, seperti orang yang lapar sangat. Kebulurkah dia, tadi malam menghilang
sampai dini hari bukankah mencari makan?
“Eeh…Karl, jangan lah macam ni, tak terkejar I, relax la..masih banyak masa
lagi ni, you dah lapar sangat ke?” Erin hairan dengan tindakan Karl yang
mengheretnya laju.
“Ya ke? bukan dah jam 7.00 sekarang
ni, pembukaan tu jam 8.00 kan?“ menjelaskan tindakannya berjalan pantas.
“Cik abang oi.. pembukaan 9.00 pagi la.., cuba
tengok betul-betul program book tu..
pendaftaran yang 8.00 pagi.. kitakan dah buat pendaftaran, yang kita dah
dapat ni..” sambil meraba lanyard
berwarna biru dengan tulisan besar ASEAN SUMMIT 2014 berwarna hitam yang sudah
sedia tergantung di lehernya, juga sudah tertera namanya. Karl juga memegang
lanyard yang sudah di lehernya sendiri.
“Ye ke?” sambil tersenyum malu, apa hallah
mamat ni, benda simple macam tu pun lupa ke.. Tangan Erin terlerai dari tangan Karl. Erin
terus mengambil pinggan di kiost vegetarian. Erin
mengambil spaghetti sayuran dan beberapa keping spring roll juga sayuran. Karl
di belakangnya, tidak diperhati apa yang dipilih oleh lelaki itu. Perjalanan
terus menuju ke meja yang sudah diduduki oleh Abang Harith dan Puan Lim
memandangkan ada dua seat lagi yang kosong di sana.
“Boleh join..?” Erin meminta
kebenaran.
“Apa pulaknya tak boleh” kata Puan Lim.
Petah perempuan cina ini berbicara Bahasa Melayu, masakan tidak,
sudah siang malam di kelompok orang melayu. Puan Lim, jika berbaju kurung,
memang susah hendak percaya yang dia bukan perempuan melayu.
Karl menyusul kemudian dan terus duduk tanpa meminta kebenaran.
“Karl you nak air apa, I ambilkan” tanya Erin kepada Karl yang
sudahpun mula menjamah sarapannya.
Dia mengambil spaghetti sayur siap dengan telur mata kerbau.
“I nak kopi..” sambil matanya tepat memandang ke arah Erin.
Abang Harith dan Puan Lim hanya memerhati sketsa Erin dan Karl tanpa
berkata apa-apa. Biasalah orang muda. Merekapun pernah muda, perkara mengambil
berat antara satu sama lain semasa bercinta memang perkara biasa.
Sejurus kemudian Erin kembali di tempat duduk dengan dua cawan di tangan,
satu untuknya dan satu untuk Karl. Karl buat muka selamba, seronok rasanya bila
ada orang melayannya. Layan sikit sikit boleh la.. lebih lebih sooory!!.
Abang Harith dan Puan Lim sudah di penghujung sarapan mereka. Hanya
menunggu Karl dan Erin menghabiskan sarapan mereka kerana mereka akan menaiki
satu teksi sahaja ke hotel untuk majlis pembukaan itu.
Perjalanan yang sepatutnya tidak sampai dua puluh minit ke Hotel
Marco Polo sudah menjadi hampir 45 minit kerana pemeriksaan keselamatan. Nasib
baik jam baru menunjukkan 8.00 pagi. Erin terus mengeluarkan buku kecilnya
menuju ke Dewan Perasmian. Karl juga sudah menjinjing kameranya. Dewan sudah
hampir penuh dengan delegasi dan para jemputan. Sebentar lagi, 10 kerusi di atas
pentas akan diduduki oleh pembesar-pembesar negara ASEAN - Brunei, Kembodia,
Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapore, Thailand, Vietnam dan tuan rumah
Philippines.
Erin tenang, di kepalanya sudah ada beberapa soalan yang akan
dikemukakan kepada pembesar pembesar negara itu sewaktu press conference nanti.
Karl hari ini agak kalut, entah kenapa, Erin dapat rasakan dia tidak dapat
menumpukan penuh perhatian kepada tugasnya hari ini. Adakah disebabkan berita
penemuan neneknya atau apa? Erin tidak dapat membaca hati lelaki ini. Akan
ditanya nanti, apabila dia ada kelapangan. Yang penting liputan pembukaan acara
ini perlu diberi keutamaan. Tugas pertama di luar negara perlu dibuat sebaik
mungkin, tidak mahu mengecewakan Info Harian. Peluang ini akan dimenafaatkannya
sebaik mungkin. Tugas ini bukan tugas yang pertama dan terakhir buatnya.
Abang Harith dan Puan Lim juga tidak kelihatan, tenggelam di celah-celah
orang ramai. Erin tahu mereka juga sedang bersedia untuk press conference
nanti, terutama Puan Lim yang sudah acap kali menjalankan tugasan di luar
negara. Abang Harith tak usah di kira, pemberita otai yang sudah lama makan
garam di bidang kewartawanan.
Penantian sudah sampai ke kemuncak apabila kesepuluh orang pembesar
berjalan naik ke pentas apabila dimaklumkan oleh pengacara sebentar tadi. Tepukan
gerumuh di berikan oleh hadirin. Mereka mengambil tempat duduk mengikut bendera
yang tegak berdiri dibelakang setiap kerusi. Pengacara memaklumkan untuk nyanyian
lagu ASEAN dan meminta semua pembesar berdiri. Dendangan lagu ASEAN bergema di ruang
dewan yang besar. Selesai lagu, pengacara meminta Perdana Menteri Philippines
untuk memberi sepatah dua kata dan merasmikan persidangan ini dengan toast ucap
selamat. Akhir sekali sessi photo di mana semua pembesar berganding tangan di atas
pentas sebelum mereka duduk di kerusi masing-masing untuk sessi soal jawab.
Sessi yang ditungu-tunggu oleh Erin dan Karl, juga para pemberita
lain dari semua negara ASEAN dan global.
Berbagai soalan yang dikemukakan,
dari hal ASEAN sehingga hal elwal semasa. Erin bertanya mengenai hal ehwal
ASEAN untuk kebaikan sejagat, ditujukan kepada negara tuan rumah. Lancar sahaja
tuan rumah menjawabnya dan Erin juga berpuas hati dengan jawapannya. Selain
dari rakaman, catitan juga dibuat. Flash kamera bergemerlapan menerangi dewan
yang sudah sedia terang. Perasmian untuk pembukaan sudah selesai, jemputan
dijemput untuk menekmati jamuan ringan. Kepada VVIP, jamuan bagi mereka di bilik
yang berlainan. Erin mencari-cari Karl, tetapi dia tidak ditemui. Abang Harith dan Puan Lim sudah berada di
Dewan resepsi. Mata Erin masih mencari-cari Karl, tetapi kelibatnya tidak juga kelihatan.
Ahhh malaslah hendak cari dia ni,
entah kemana, baik sahaja Erin mula mengambil sedikit makanan yang sudah
tinggal sedikit tu. Nak tunggu
Karl entah dia ke mana, last-last nanti jadi lebai malang, makanan sudah “cak
boh leow“.
Sedang Erin beratur mengambil
makanan, terkejut apabila terasa bahunya disapa. Erin menoleh, Karl di belakangnya
juga sedang memegang pingan untuk mengambil makanan. Erin lega, tidak perlu
pencarian lagi, Karl sudah muncul.
Erin, seperti selalu memang
perihatin tentang pemilihan makanan. Nampaknya seminggu di sini, seminggulah
dia akan vegetarian. Itu adalah lebih baik dari was was. Hanya untuk
mengelakkan dari lapar, sekadar mengalas perut. Jika ada makanan laut okey
juga. Kali ini ada seafood speghatti, tergolek-golek kelihatan kepah dan udang.
Jangan dibubuh wine sudahlah. Karl juga mengambil makanan sama seperti yang
diambil Erin. Meja yang terdapat dua seat kosong di tuju. Jauh di hujung
terdapat meja yang sudah kosong, nampaknya disitulah tujuan mereka.
“You gi mana tadi? I tak nampakpun
you masa pembukaan tadi” soalan yang ditujukan kepada Karl sebaik sahaja
melabuhkan ponggong mereka dikerusi.
“Sayang.. I tak hilang ke mana pun. I cari angle yang best sebab tak
mahu terlindong orang… kan orang ramai tadi..nanti gambar nampak kepala aje” jelas
Karl. Terjawab sudah soalan Erin.
“Bukannya apa I risau aje… I tengok you lain macam aje sejak
semalam, you ada apa-apa ke yang I perlu tahu.” Tanya Erin ingin berkongsi apa
yang menjadi masalah Karl. Manalah tahu, dia boleh membantu menyelesaikan
masalah yang dipikul.
“Tak ada apa-apa la.. cuma mungkin fikir hal granny I tu.. macam manalah papa nak handle..” kan
kata dah, Erin dapat merasa something is wrong, dan telahannya kali ini betul,
nasib baik Karl mahu berterus terang dengannya.
“Oh. ingatkan hal lain tadi, I dah agak dah…, don’t worry lah
Karl, will settle it, nanti kita balik Malaysia
kita tahu la..” cuba menenangkan Karl kerana Karl perlukan tumpuan untuk
menghasilkan tugasan yang baik. Karl hanya senyum segaris. Pandai perempuan ini
cuba menenangkannya, ini membuat dia lagi sayang kepada Erin. Sepanjang hari
mereka harus berada di Marco Polo hotel sehingga sessi kedua disebelah petang
tamat. Selepas sessi pertama barulah
Erin dan yang lain-lain membuat liputan sebagai kata penamat hasil dari
perbincangan hari pertama. Berita harus disalorkan keibu pejabat secepat
mungkin untuk disiarkan dimuka depan esok. Ngeri… sungguh ngeri dan pressure jugak. Erin
berharap ibu pejabat berpuashati dengan gandingan laporan dari Erin dan Karl.
Abang Harith berkongsi laporan bersama Puan Lim.
“Karl, bila selesai nanti boleh tak
ambil gambar I dekat backdrop pembukaan tadi.. I nak ambil gambar kenangan la..
bukan selalu dapat datang tempat macam ni..” pinta Erin kepada Karl. Karl menjeling ke atas. Apa lagi minah ni..
“Boleh.. apa salahnya… lepas tu you ambil gambar I pulak…”
“Tak mahu la… I tak tahu guna kamera canggih you tu.. nanti takut
nampak kaki aje, atau ada badan tak ada kepala, tapi tu dikira artlah jugak
kan!” berderai mereka ketawa dengan statement Erin.
Naif betul perempuan ni, nanti Karl akan setkan, hanya perlu tekan
butang sahaja, itu pun takut ke? Art kan apanya Erin, kalau gambar orang tak ada kepala? Art horror
agaknya.
“Erin… nanti I setkanlah.. you cuma
tekan butang ni aje” sambil menunjukkan butang yang seharusnya ditekan Erin.
Rapat sungguh mereka, kepala hampir berlaga kepala. Mata berpandangan, terus
senyap.
Menyedari keadaan, Erin beralih
menjarakkan sedikit dirinya.
“Hemm… just signal me when you are ready..” Karl juga perasan dengan
apa yang berlaku, bangun meninggalkan Erin yang masih senyap membisu.
Berbagai aksi Erin yang dapat Karl
rakamkan. Tersengeh-sengeh apabila
mereka melihat ulang tayang gambar yang diambil. Gambar Karl hanya beberapa
keping sahaja, jadilah. Yang selebihnya gambar Erin dengan berbagai gaya, gila
posing pula dia. Tidak ketinggalan dia bergambar dengan abang polis yang
bertugas di hotel Marco Polo yang mereka temui sebelum pulang ke hotel. Uniform
berwarna biru terang yang dipadankan dengan seluar berwarna biru pekat. Topi
polis yang sama seperti topi polis di Malaysia cuma ada jalur merah di keliling
topi. Ada ada saja Erin ni, nasib baik
abang polis tersebut memberikan kerjasama, jika tidak, buat malu sahaja.
Janganlah marah Karl, bukan hendak menggoda abang-abang polis itu, hanya
sebagai kenangan. Mengabadikan gambar uniform polis Philippines seperti
mengabadikan gambar pak guard bertopi hitam tinggi di Istana Bukingham Palace
tu lah. Tak dapat London, di Davou City
pun jadi lah!
No comments:
Post a Comment