BAB 47
“Apa lagi yang Mar mahu ha!“ Maria
berundur setapak ke belakang apabila di herdik suami yang sedang naik minyak.
Suami mana yang tidak naik minyak dengan apa yang telah dilakukannya tanpa dia
sedar.
“Maria!.. abang dah beri segalanya
untuk Mar.., rumah , harta, kasih
sayang.. Mar dah macam puteri.. abang layan, tapi apa
yang Mar balas .. menconteng arang di muka abang! Sini kampung Maria bukan
London yang Mar boleh buat sesuka hati.. apa sebenarnya yang Mar nak lagi ha!
Abang tak faham, tolong jelaskan tang mana yang kurangnya!” Lantang lagi suara
Benjamin kepada si isteri yang hanya teresak-esak, apabila menyesal dengan perbuatannya.
Sekali lagi Maria tersentak sedikit
ke belakang dengan herdikan Ben. Terutama apabila herdikan itu betul-betul di
depan mukanya. Tunduk seribu bahasa, dengan bertemankan air mata. Dia tidak
mahu menjawab, tidak guna hendak menjernihkan keadaan yang sudah lama keruh,
cuma Ben tidak perasan dia juga salahnya. Tetapi sudah terlambat hendak Maria
menjelaskan kenapa dia bertindak sedemikian.
Terbayang Hamzah herdikkan daddy
kepada mummy Maria yang di dengarnya sewaktu baru sahaja kakinya menjejak anak
tangga di luar rumah banglow tersebut. Tangga yang sama yang di dakinya
beberapa bulan lalu. Tangga yang masih utuh dan masih menerima untuk di pijak
oleh kakinya.
Tatkala itu, Hamzah baru sahaja
pulang selepas menyusur pantai untuk menghabiskan cuti semesternya di tanah
air. Nasib baik adiknya Dyana baru sahaja pulang semula ke London kerana semesta
bermula awal, jika tidak, tak tahulah bagaimana keadaannya. Pasti luluh hati
gadis itu melihat kepincangan keluarganya. Biarkan dia sahaja yang akan
memaklumkan kepada adiknya apabila dia kembali ke United Kingdom kelak. Sudah
beberapa hari Daddy hilang, tiba-tiba pulang dengan amukan bagaikan orang sudah
tidak siuman.
Ini bukan kali pertama Hamzah
melihat daddy dan mummynya bertengkar, sudah acap kali sejak dari dia kecil
lagi, tetapi kali ini pertengkaran mereka lain sedikit bunyinya, sangat jauh
berbeza. Sudah terang terangan, jika dahulu mereka hanya berbalas kata di dalam
bilik, tetapi hari ini di ruang tamu. Mummy duduk tunduk sambil mengesat air
mata di sofa, daddy pula berdiri disisi meja kopi. Sudah kepenatan atau sudah
hilang kata-kata. Hamzah sudah tidak peduli!
Jika dahulu Hamzah kurang mengerti
kerana dia masih kecil, tetapi kini dia sudah dewasa dan faham sungguh dengan
masalah daddy dan mummy. Puncanya datang dari uncle Harry, sepupu daddy yang
tidak pernah jemu mengoda mummy, macamlah tidak ada perempuan lain yang hendak
digodakan selain dari isteri sepupunya sendiri. Banyak lagi perempuan perempuan
melayu yang ada di Malaysia, kenapalah mummy Maria jugak yang dipilihnya. Tetapi sekarang dia entah ke mana, sejak
dihalau keluar oleh daddy malam tadi. Tetapi jika difikirkan, jika bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi, telah nyata sekarang sudah bertepuk kedua
belah tangan. Masakan mummy boleh
menolak godaan uncle Harry, kerana hanya dia yang sentiasa berada di sampingnya.
Daddy? Sentiasa sebok dengan dunianya. Daddy Ben sering terbang menjalankan
tugas sebagai juruterbang.
Semua sudah terlambat, siapa atau apa yang
harus disalahkan, diri sendiri atau profession? Sebenarnya perkara ini sudah
lama boleh diselesaikan, kenapakah daddy tidak berterus terang sahaja dengan uncle
Harry dan minta sahaja dia keluar dari banglow itu dan mencari rumah sewa. Jika
dari dahulu daddy bertindak demikian, rumahtanganya mungkin boleh diselamatkan,
setidak-tidaknya mummy masih berada di sisi. Tetapi daddy tidak bertindak
sedemikian. Jika sekarang tak usah hendak diceritakan lagi, nasi sudah menjadi
bubur. Mummypun sudah timbul sayang kepada uncle Harry. Daddy, selaku suaminya sudah
menjadi orang asing kepada dirinya.
Masakan tidak, mereka hanya dapat bersama dua minggu dalam sebulan, dua
minggu lagi memberi peluang uncle Harry
untuk memainkan peranan dan sendiwaranya.
Si lelaki yang bernama Harry yang saban hari berada di sisi kerana
bertugas sebagai Pengurus Estate di Ladang Tanah Merah. Akibatnya, mereka
ditangkap khalwat oleh orang kampung. Malu besar daddy hari itu. Bergegas dia
pulang dari Dubai apabila berita disampaikan oleh Mustapha, kawan baiknya.
Ohh.. uncle Tapa!!
Mustapha telah beberapa kali menasihatkan Ben untuk melakukan
sesuatu. Hubungan isterinya dan Harry sudah menjadi buah mulut orang kampung,
tetapi Ben tidak ambil peduli, katanya dia percayakan Harry. Malah dia hampir
memarahi Mustapha yang disangkakannya cuba masuk campur urusan rumah tangganya.
Nah! sekarang orang
yang dipercayai makan tuan, ibarat harap pagar, pagar makan padi. Ben tidak
mahu dirinya dikatakan dayus, akhirnya mengambil keputusan menceraikan Maria
dengan talak satu, walaupun hatinya sangat berat untuk berbuat demikian,
hatinya masih ada sayang kepada
perempuan ini. Perempuan yang diceraikannya adalah ibu kepada anak-anaknya. Dia
tidak boleh bersikap hanya mementingkan dirinya sendiri. Tetapi apabila
difikirkan, kenapa mesti dia masih menyimpan Maria sebagai isterinya lagi,
sedangkan hati Maria sudah hambar, malah hubungan mereka bukan seperti pasangan
suami isteri yang lain, malah seperti orang asing.
Hamzah selaku anak terpaksa akur
dengan keputusan daddynya. Mungkin ini keputusan yang
terbaik buat semua. Yang tinggal hanya uncle Tapa untuk daddy memohon bantuan..
uncle Tapa lagi..
Mummy Maria pulang ke rumah ibu bapanya. Hamzah kerap juga berjumpa
ibunya di rumah datuknya, datuk Safuan. Setelah didesak, Mummy Maria akhirnya
bernikah dengan uncle Harry setelah uncle Harry memeluk Islam dengan nama
islamnya Nur Ilham. Di sinilah titik
tolaknya, perpisahan anak beranak. Hamzah dan Dyana di tinggalkan oleh mummy
demi mengikut cinta yang di sangkanya cinta sejati. Mummy Maria mengikut uncle
Ilham pulang ke United Kingdom setelah kontraknya tamat di Malaysia.
Hamzah sering bertemu mummy, bersama Dyana si adik. Sehinggalah Dyana
habis pengajiannya di UK tetapi Dyana mengambil keputusan untuk tinggal menetap
di UK bersama keluarga di sebelah daddy. Manakala Hamzah pulang ke Malaysia
untuk meneman daddy Ben.
Hamzah sudah tahu, niat uncle Ilham bukan sebenarnya cinta sejati
yang mummy harapkan atau sayang kepada mummy Maria, tetapi hanya sekadar ingin
merosakkan rumah tangga daddy.
Ternyata benar! Selang beberapa tahun, diketahui mummy Maria meminta
cerai kerana uncle Ilham dia tidak dapat merubah kehidupan lamanya. Berat
sungguh baginya mengikut cara kehidupan Islam dan balik semula ke cara hidupnya
yang lama, minum dan betina. Harapkan nama cahaya Ilham, rupanya bukan cahaya
yang dicarinya, tetapi ialah cahaya tidak tidak memberikan sinar. Mummy Maria
terlalu malu, dua kali menjadi janda dan akhirnya dengarnya dia lari ke
Netherland, rumah Melly, emak saudara Hamzah, bekas emak saudaranya kini.
Itulah penjejakan terakhir Hamzah, sehinggalah hari ini, dia pernah bersua muka
dengan perempuan itu buat sekian lamanya, perpisahan hampir 30 tahun. Sejak
keluar dari rumah untie Melly, mummy Maria terus menghilangkan diri. Entah
kenapa dia bertindak demikian. Dyana juga telah berusaha untuk menjejaki mummy
Maria tetapi tidak juga berhasil.
Mahukah mummy Maria bertemu dengannya nanti?
Satu soalan yang belum pasti. Perancangan untuk pertemuan ini harus dibuat dengan teliti bersama
adiknya Dyana.
Berpandukan nombor telefon Suzilah
yang telah disms oleh Karl setelah diberi oleh Erin sebentar tadi, Hamzah telah
menghubungi adiknya di UK dan perancangan di buat. Dia akan bertolak ke UK lusa
dan kemudian bersama Dyana ke Geneva keesokkan harinya. Diharap Suzilah dapat
meneman mereka disepanjang mereka berada di sana.
Perasaan gembira dan sedih bercampur
aduk. Gembira kerana pencarian
sudah hampir selesai. Perasaan sedih pula,
apabila tidak mengetahui adalah benar pencariannya sudah hampir berakhir, kerana
sehingga hari ini Hamzah dan Dyana tidak mengetahui kenapa mummy meninggalkan
mereka dahulu, berpuluh tahun tanpa khabar berita. Mengapa dia cuba melarikan diri.
Adakah mummy memang berniat membuang
mereka?
Adakah mummy sudi bertemu dengan
anak-anaknya yang telah ditinggalkan satu ketika dahulu?
Adakah apa yang dilakukannya
sekarang ini adalah satu tindakan yang betul?
Adakah ini penghujung pencariannya?
Jangan di timbulkan banyak persoalan. Jawapan
yang perlu di raih.
Di harap
perkara ini akan terungkai dan terlerai, dan segala soalan akan terjawab,
insyallah. Itu sahaja yang dapat Hamzah fikirkan buat masa ini. Segalanya di
atas kehendak MU jua.
No comments:
Post a Comment