BAB 44
Hari ini hari terakhir menginap di hotel
dan mereka akan dipindahkan ke rumah yang telah sedia di sewa oleh pihak Kedutaan.
Tepat seperti yang telah diatur,
mereka telah dibawa ke rumah mama sepanjang bertugas di sini terletak di Ostring,
apartment 4 tingkat, tetapi tiada lift. Apartment mama
terletak di tingkat paling atas, tingkat 4, konsep penhouse . Apartment yang mempunyai 2 level.
Dapur, dining dan guest hall semua di tingkat bawah beserta dengan 2 bilik
sederhana besar. Manakala dua bilik besar, yang boleh dikatakan bilik master
terletak di tingkat atas, ensuite.
Cantik rumahnya, siap ada summer garden di ruang tengah untuk mama
menyimpan pokok tanamannya apabila musim sejuk tiba.
Sekurang-kurangnya mama boleh
menyambung aktiviti yang digemarinya iaitu berkebun. Internet connection wifi
bulanan bersama dengan satelit TV. Boleh guna unlimited, janji bayar setiap bulan,
ini faktor utama dan paling PENTING .. internet., senang nak skype atau
internet phone nanti. Tadipun dah cuba skype dengan Karl, ha..ha..ha..dengan
muka baru bangun tidur…nasib baik mata besar, kalau mata sepet.. sah 100% macam
apek jual sayur..ha..ha..ha. jangan marah Karl,. Eh..
sorry, adakah apek cina jual sayur lagi sekarang ni, rasanya sudah tak ada. Yang jual sayur sudah diambil alih orang
Indon tak ke? Sudah salah information pulak. Erin sengaja menyakat kerana hendak
menghilangkan stress sorang-sorang. 4 hari lagi Erin akan berjumpa si abang
apeknya tu. Siaran TV memang banyak, tetapi kebanyakanya berbahasa german
swiss. Siaran yang boleh ditonton Erin hanya siaran BBC atau CNN,
alhamdullillah.. Jadi
tak payah nak belajar bahasa Hitler.
Hati-hati siaran XXX pun banyak juga.. Masyaallah.
Jiran-jiran nampaknya baik dan
mesra. Yang paling ketara ialah sunyi.. sangat sunyi,
nama sahaja City, tetapi tidak terdengar train lalu atau tram.. hebat betul negara ini, setiap rumah
dipasang dengan kalis bunyi.
Setiap pagi atau petang boleh
dilihat ramai rakyatnya membawa anjing berjalan, tetapi semua anjing-anjing ini
tidak mengeluarkan suara, sebab mereka sudah diajar supaya tidak membuat
bising. Mereka terlalu sayangkan binatang peliharaan ini sehinggakan ada yang
memasukkannya ke dalam bakul khas. Cantik-cantik bakulnya. Jika anjing-anjing ini melepas..hem..hemm.. tahukan
.. poopoo a.k.a tahinya kena diambil dengan plastik khas berwarna hitam dan
dibuang ke dalam tong berwarna hijau yang tersedia di sepanjang jalan. Jika
tidak diambil, akan di saman. Di sini main saman sahaja, dari itu kena
beringat.
Sampah pula perlu dibuang di dalam plastic khas yang berwarna biru,
jika plastic berwarna lain, sampah tidak akan diambil. Botol plastik dan kaca
kena diasingkan dan dibuang sendiri ke dalam tong yang disediakan disetiap
supermarket mengikut warna juga. Jika botol kaca berwarna dikhas untuk botol
berwarna. Jika botol kaca puteh, khas untuk botol kaca puteh. Kertas hanya boleh dibuang 2 minggu
sekali dan perlu diikat kemas. Hemmm.. banyak hal pulak kena ikut.
Pengamatan Erin selama 2 minggu di sini masih terbatas, mungkin
nanti mama boleh ceritakan banyak lagi kesah disini. Erin pun tak kesah sangat,
hanya menghitung hari untuk pulang ke Malaysia..angau punya pasal., tapi masih tak
mahu mengaku. Sekarang, siapa rindu siapa?
Esok hari Sabtu, rancangan mereka
hendak ke Luzern. Dari pamphlet hotel
yang Erin ambil, Erin ketahui akan menyusuri tasek Luzern dan naik ke gunung
Pilatus dengan train yang paling condong di dunia, 48 degrees. Seterusnya menaiki kereta kable ke puncak
gunung yang di kenali methosnya gunung ni dahulunya tempat tinggal dragon a.k.a
naga. Ada terdapat sebuah gua di puncak membuktikan methos ini. Tidak sabar
rasanya pula Erin hendak menyusuri gunung dragon ini. Dragon mat salleh ya! Naga
Eropah, Naga yang pendek dan gemuk, bukan seperti naga di China yang kurus dan
panjang.. macam-macam jenis naga pulak, jangan tak tahu! Yang pasti, kedua-dua
mengeluarkan api di hidung, macam abang apek Erin yang sorang tu, jika dia marah..
Tapi jangan main-main, Erin sayang naga sorang ni, naga ini hanya ada di Malaysia.
Hemm… bercerita pasal naga, adakah
logik, kedua-dua jenis naga ini boleh terbang?
Tidak masuk akal langsung, sama ada
naga jenis Eropah atau naga jenis Asia, kedua-duanya obes, mana boleh terbang!
Nasib baik hanya dongeng, tetapi semasa Erin kecil dahulu memang percaya habis,
si dragon yang obes boleh terbang. Dragon mat saleh berbadan bulat, tapi
kepaknya hanya seconet. Ialah sebab banyak makan keju dan susu, itulah nampak
sehat dan bulat semacam. Yang paling tidak logik dragon Asia..sudahlah badan
besar dan panjang, tak ada kepak lagi.. hairan bin ajaib. Kurus dan panjang
sebab makan nasi dan tauhulah tu…Yang paling hebat naga Asia boleh telan bulan,
boleh percayakah tu!!
Cukuplah dengan cerita dragon,
kenapa hendak susah-susahkan kepala otak hendak memikirkan sama ada bintang tu
boleh terbang atau tidak? Yang pasti binatang binatang tu sudah mengembirakan
berjuta-juta kanak-kanak dengan cerita hayalan mereka sejak beratus-ratus tahun
dahulu, termasuk Erin satu ketika dahulu.
Pagi-pagi lagi Erin dan mama telah
menempah tiket untuk ke Luzern. Tiket Train dan juga tiket cruise. Mahalnya mak
datuk CHF272 sorang, kalau ditukar matawang Malaysia bernilai RM870 seorang. Lets see berbaloi tak bayar mahal-mahal semata-mata hendak masuk gua
dragon tu. Memang sudah tahupun dragonnya memang sudah tidak ada. Sudah pupus.
Perjalanan dengan train mengambil masa 3 jam tetapi tidak terasa,
memang servis train Swiss nombor satu, senyap dan bersih. Siap ada orang
menjual sarapan lagi. Layanannya seperti di dalam filem
Hollywood yang naik Orient Express tu. Tapi ini bukanlah Orient Express
tetapi SBB, tak tahulah pulak Erin SBB apa maksudnya.
Sampai sahaja di Luzern, terus sahaja mama dan Erin menuju keluar
dan mencari-cari tempat cruise dengan bertanya di information centre. Cruise dijangka akan bertolak kurang
dari satu jam. Besar kapalnya, berderet kerusi diluar dan di dalam kapal. Erin
dan mama mengambil kerusi yang berada di luar, cuaca sangat cantik, walaupun
sedikit sejuk. Cruise menyusur perlahan, di kiri kanan permandangan yang memang
memukau, tidak dapat diceritakan atau digambarkan, memang cantik. Lebih kurang satu jam juga cruise menyusur tasik dan kemudian
menaiki cogwheel train. Train yang paling condong didunia condong sehingga 48
degree itu. Sampai ke destinasi akhir untuk cogwheel train, penumpang diminta
untuk berjalan kaki dalam 200 meter untuk sama ada berlegar di dataran tersebut
atau menaiki kereta cable untuk terus ke puncak. Erin dan mama berlegar-legar sebentar di kawasan
tersebut dan kemudian menuju ke lorong untuk mengambil kereta kable. Di lihat sudah
ramai pengunjung yang menunggu, dan hanya 11 orang setiap sebuah kereta kable. Belum
sampai dipuncak lagi tetapi sudah boleh dilihat awan, rasanya awan boleh di
gapai dengan tangan.
Terkuak sahaja pintu kereta kable,
angin sejuk menerpa ke muka. Jaket dan muffler memang sentiasa tersarung di badan
sejak dari dalam train lagi. Nampaknya sarung tangan juga perlu dipakai. Erin
dan mama mengikut beberapa orang yang pastinya mempunyai bertujuan yang sama,
menuju ke gua dragon. Sebelum menempuh
ke gua dragon, sebuah kedai sovinir terletak di tengah-tengah terpaksa
direntas. Erin mencadangkan untuk melihat-lihat jika ada yang boleh dibeli.
Fulamak! Mahal giler, kemeja T berleher bulat sahaja pun sudah mencapai CHF50,
bayangkan RM180 sehelai.. lupakan la.. Sovinir untuk Karl, akan Erin cari di Geneva
aje nanti, di atas gunung ni mahal harganya. Mahu tidaknya bila sudah naik
gunung lain harganya. Penyusuran gua dragon, panjang sungguh, lebih dari satu
jam, panjang dan kelam rupanya, tetapi Erin tak nampak apa-apa pun, cuma setiap
stop ada disediakan write up tentang sejarah dan nama lorong-lorong tersebut walaupun
semua tulisan tidak jelas, hanya samar-samar, maklumlah dalam gua. Tetapi tidaklah sama dengan gua dalam filem dragon and dungeon tu.. terang, gua ini
gelap perlu berhati-hati untuk menapak dan hanya satu hala. Patutlah hidung
dragon berapi, kerana apabila dia balik ke guanya, memang memerlukan cahaya
untuk bergerak. Lantainya juga basah oleh titisan air
yang sentiasa menitis air dari atas bumbung yang sentiasa diliputi salji.
Pengalaman baru bagi Erin, merasa
mengepal salji di luar tadi. Erin meminta mama mengambil gambarnya banyak-banyak bersama salji. Ini hendak ditunjukkan bukti kepada
Karl katanya.
Yey…I sudah pegang salji! Mama hanya tersenyum melihat Erin berposing, ada ada saja, anak
tunggalnya ini.
Selesai menyusur gua dragon, Erin dan
mama Suzi turun semula ke pekan Luzern sambil menyusur kedai-kedai yang cukup
meriah. Mereka juga tidak ketinggalan menyusur jambatan kayu kurun ke 17 yang
masih kukuh dan juga contengan lukisan dari zaman itu yang masih kekal dan
masih nyata boleh dilihat. Luzern
merupakan destinasi pelancongan terkenal di Switzerland. Ramai sungguh
pelancong dari Asia, sama ada dari Cina atau Jepun, Erin kurang pasti.
Sebelum habis Zohor mereka sudah tiba semula di Geneva. Waktu solat
juga panjang, Zohor masuk 1.45 petang, Asar 6 lebih, maghrib, 8 malam dan Ishak
hampir jam 10 malam. Subuh mula hampir jam 6 dan 7 lebih masuk syuruk.
Esok satu lagi gunung akan mereka
tawan, gunung Jungfrau. Gunung yang ketiga tinggi di banjaran Alps. Gunung tertinggi di Eropah Barat ialah
Mont Blanc yang berada di Peranchis.
Seperti semalam, Mama dan Erin keluar rumah awal pagi. Tempat di tuju ialah
Interlaken. Perjalanan kurang sedikit
dari semalam, jika semalam memakan masa lebih sedikit dari 3 jam, perjalanan
kali ini 2 jam lebih sedikit sahaja. Perjalanan dengan train hanya sehingga
Interlaken Ost. Kemudian mama dan Erin perlu mengambil train gunung sehingga
puncak. Train gunung yang berjalan perlahan. Setiap 5 minit perjalanan train
berhenti untuk penumpang yang ingin turun mengambil gambar atau berlegar di
sekitar kawasan. Erin dan mama tidak berhasrat untuk turun, mahu terus sampai
ke puncak. Lama juga perjalanan, hampir satu jam. Sampai sahaja ke destinasi,
terasa susah untuk bernafas. Ya ALLAH kenapa ni, tak cukup stamina rupanya dan
kekurangan oksigen. Memang terasa sesak, sudahlah sejuk yang teramat!. Terus
mengikut pelancong pelancong lain ke restaurant
dan melihat panorama dari gunung ketiga tertinggi di Eropah melalui
cermin kaca di sekeliling restaurant. Yang hairannya, sebaik sahaja keluar dari train gunung, tertera secara
melintang tulisan memberitahu Jungfrau Top of Europe. Dari puncak ini, boleh di
lihat sempadan German, Austria dan France. Sajli merata-rata, tetapi hanya
boleh di lihat dari dalam cermin kaca.
Untuk menghilangkan rasa sesak
nafas, mereka mengambil minuman panas, Erin dengan kopi panas dan mama dengan
teh panasnya. Terasa lega sedikit apabila air panas
mengalir ke badan yang sejuk, nasib baik badan tak beku. Hairan juga sepanjang
train mendaki tadi kelihatan kambing dan lembu relax aje memakan rumput, tidak
sejukkah mereka ya!
No comments:
Post a Comment