BAB 43
Bosan betul Erin rasakan, sendirian
di bilik hotel Four Seasons, di kota cosmopolitan Geneva, Switzerland. Negara
tertua yang mengamal negara berkecuali. Erin menemani mama. Mama sudah 2 hari
bertugas dan Erin ditinggalkan sendirian di bilik hotel dengan acara bebas
solo. Sudahlah penat tersangkut kerana flight delay 4
jam disebabkan cuaca buruk dua hari lepas. Kapalterbang tidak dapat mendarat di
Schiphol airport, Netherlands. Selepas
itu tersadai di Schiphol kerana kapalterbang
tidak dapat berlepas kerana cuaca
juga tidak mengizinkan. Nasib baik ada
connecting flights lain perjalanan terus ke Geneva. Masih terasa letihnya, 12
jam di dalam kapalterbang. Rasa bagaikan kematu ponggong dibuatnya, hanya
terperuk di tempat duduk, walaupun berada di kelas Business. Tidur juga
terganggu, ada sahaja pelayan menanyakan untuk menghidangkan makanan yang tidak
sudah-sudah. Orang
hendak tidur, bukan hendak makan. Jetlag satu lagi hal. Perbezaan waktu selama
7 jam. Di Malaysia sudah jam 12 tengahmalam, di sini masih siang, baru jam 6
petang. Nsib baik di Geneva Airport tidak ada pemeriksaan kastam. Sampai sahaja
di sana, kutip bagasi dan terus keluar. Di tambah pula dengan bantuan pegawai
Kedutaan, segalanya mudah.
Mama sedang sebok dengan urusan
kerja dan urusan serah tugasnya,
pagi-pagi lagi sudah dijemput oleh kereta pejabat untuk ke Pejabat Kedutaan.
Mama ada berpesan agar Erin pusing-pusing meronda kota Geneva jika bosan, di sini
tempat yang paling selamat di dunia, tidak perlu risau. Tetapi kalau selamat
macamanapun, jalan sorang-sorang tak ada mood la..
Pesannya lagi untuk mencari makanan
yang halal atau vegetarian sahaja… ingat ma.. Erin ingat semua pesanan tu,
janganlah risau! Kata mama, jika selalu makan makanan yang tidak halal nanti
jadi darah daging, setiap kali makan makanan yang tidak halal, perlahan-lahan
akan menutup hati kepada kebenaran. Nanti susah hendak menghafal surah, lidah jadi
kelu. Ngerilah pulak! betul ke ustazah Suzilah ni memberi kuliah atau hanya hendak menakut-nakutkan Erin?
Walaubagaimanpun pesan mama akan Erin ingat, Erin tidak akan memakan benda yang
tidak halal tu.., percaya la..!
Malas juga hendak keluar sejuk-sejuk
begini, walaupun baru awal musim luruh, tetapi sejuknya sampai ke tulang. Sudahlah terpaksa memakai stokin setiap masa,
keluar bilik sahaja muffler dan jaket jangan di lupa. Sepasang glove sentiasa
tersimpan di dalam poket jeket, manalah tahu tiba-tiba memerlukan.
Permandangan kota terkenal ini,
memang awesome memang cantik, tempat yang paling cantik yang pernah Erin lihat
disepanjang pengalamannya merantau ke negara orang. Di mana-mana permandangan bagaikan
melihat gambar di dalam postcard atau kalender.
Ada 3 hari lagi mereka terpaksa menginap di bilik hotel ini dan kemudian
akan ke rumah yang telah disediakan oleh pihak Kedutaan. At least bila sudah berada
dirumah itu nanti bolehlah Erin memasak atau sekurang-kurangnya explore
sekeliling persekitaran rumah. Tidaklah bosan terperam begini.
Cincin belah rotanyang di sangkutnya di leher dipusing-pusing.
Cincin tanda pemberian untie Mysha dua bulan yang lalu. Wajah seseorang muncul
difikirannya. Telefon di capai, jari menekan abjad.
“Karl, I wish you are here
with me now.. so bored” text sms di hantarnya.
“Do you really mean it, I
boleh aje booked ticket right away just
to be with you, I miss you..sayang” Karl menjawab sms Erin, tersenyum Erin,
mengetahui dirinya di rindu oleh lelaki ini.
“I miss you too, tapi I
rasa tak perlulah you datang, 10 hari aje lagi, I balik la.., nanti I datang
dengan you for our honeymoon, boleh kan?.. ha..ha..ha..., I gurau okey!”
“Apa pulak guraunya, kalau ada jodoh, why not! Bukan setakat
Switzerland, ke Timbaktu pun I sanggup ikut you.. ” hebat betul kata-kata Karl,
sampai begitu sekali sanggup berkorban… lautan api tidak mahu direnangi ke?
Sekarang ni memang semua sanggup, tengoklah bila sudah jemu nanti.
“Kadang tu kena sekali sekala berjauhan macam ni, absence make the heart grows fonder.. and thank you Karl,
temankan I dengan sms jiwang you, at least I rasa ceria sikit..oh.. one more
thing, kalau Timbaktu you pergi sorang aje la..I tak mahu pergi..hemm”
“Any time sayang, but for me, your absence make my heart tak tentu
arah..ekk..why you don’t want to go Timbaktu? Lagi best apa!, tak ada orang nak
pergi sana, more space for us. Orang suka pergi ke tempat yang berseradat
dengan manusia sampai nak berjalan pun tak boleh.. apa hal..hairan kan? And one
more thing, please don’t text me like yesterday.. I tengah mimpi jumpa you that
time.. tapi you dah ganggu, 3am masa tu.
LOL! Time difference 7 jam jangan lupa..tak sempat nak guling-guling atas salji
macam cerita Hindustan dengan you di Switzerland, kacau daun betul
you....hem..”
“Okey, sorry, I tak ganggu mimpi you lagi, tapi time sekarang okey
kan.. sini baru 9 am..”
“Ya..sini dah 4 petang”. Pendek pula
jawapan sms Karl.
Dapat Erin bayangkan muka manis Karl
semasa membaca setiap sms yang dihantar.
Melayan sms sementara menunggu mama pulang dari pejabat, Lama lagi mama
akan pulang, baiklah ronda-ronda seperti yang mama cadangkan.
Banyak info yang Erin dapat dari
membaca brochure yang diambilnya di Kaunter Hadapan hotel tadi. Geneva bandar
kedua terbesar selepas Zurich. Bandarnya yang bersih dan teratur. Terdapat
beberapa buah tasek yang besar, bersempadan dengan negara Perancis, dengarnya
hanya dengan pemanduan 20 minit sudah boleh melepasi sempadan. Switzerland
dikelilingi oleh 4 negara Eropah lain, Peranchis, Germany, Austria dan Italy Negara
kecil beraja yang di panggil Liechtenstein berada di dalam Switzerland. Erin tidak tahupun keujudan negara ini. Zurich, commercial city dan Bern, ibu
negaranya pula hanya 3 jam train ride ke negara Italy. St Moritz, bandar yang
terkenal untuk pemain ski pula bersempadan dengan negara Austria, manakala
Basel, pelabuhan bagi negara ini pula berkongsi bandar dengan German.
Ramai sekali orang berbasikal.
Bolehlah mereka berbasikal kerana cuacanya mengizinkan. Cuba berbasikal di Malaysia,
mahu pitam dibuatnya, kerana panas, kalau sekejap bolehlah agaknya. Tambahan
pula jika berbasikal, pengayuh terpaksa berhati-hati, jika tidak mahu jadi
arwah cepat. Mana tidaknya, kenderaan berat dan kenderaan lain selalu memecut
laju, mana peduli keselamatan orang lain. Penunggang motosikalpun selalu jadi
mangsa, inikan pula pengayoh basikal.
Walaupun Erin cuba menghayati keindahan
bandar ini sepenuhnya, tetapi tidak berjaya, kerana hatinya telah ditinggalkan
di Malaysia. Tujuannya disini hanya untuk meneman mama
sebelum settle down dan sebagai memberi moral support. Buat pertama kalinya
mama akan tinggal bersendirian di luar negara tanpa Erin kerana Erin sudah
bekerja dan tidak dapat mengikutnya lagi. Nasib baik di eropah, jika di negara
third world mahu juga Erin risau dibuatnya. Namun sebenar tidak perlu
dirisaukan keselamatan, walaupun kenegara dunia ketiga ke, dunia kedua ke,
tidak menjadi masalah, kerana keselamatan pegawai dan kakitangan Kedutaan
dijaga oleh negara tuan rumah.
Banyak juga gambar-gambar yang telah dirakamkan oleh Erin. Yang
paling banyak ialah kerusi gergasi yang hanya mempunyai 3 kaki didepan pejabat
Bangsa-bangsa Bersatu tadi. Kerusi gergasi yang di paggil “broken chair”. Kerusi ini setinggi 12 meter, tinggi tu! Di setiap
sudut dirakamnya, cuma gambar dirinya tiada, segan untuk meminta bantuan orang.
Apabila dibaca write up di papan yang terpacak di sisi kerusi berkaki tiga itu
disebutkan sebagai symbol memperingati mangsa-mangsa yang terkena jerangkap
samar dan periok api. Check list sudah berpangkah digambar kerusi berkaki tiga.
Di sisi Lake Geneva juga sudah berpangkah, gambar jam besar yang
diperbuat dari bunga juga sudah berpangkah. Bunga-bunga disusun menjadikan sebuah jam yang
bergerak mengikut saat. Bunga mengikut musim, sekarang musim luruh, jadi bunga
musim luruhlah yang disusun. Bagaimanalah agaknya bunga
bagi musim sejuk ya? Nanti boleh tanya mama. Air pancut di Lake Geneve juga
sudah dirakamkan.
“Excusaz-moi, est ca que vous pouvez prendre une photo de moi sil
vous plait” maknanya “maafkan saya, boleh saudari tolong mengambil gambar saya?
Translation lebih kurang tu, main hentam sahaja Erin meminta seorang perempuan
untuk merakamkan gambarnya di tepi jam bunga. Memang dia ada belajar bahasa
French semasa nersekolah menengah di Crawford College di Afrika Selatan dulu. Sudah
berzaman ditinggalkan lebih dari 10 tahun, lepas tu tidak di praktikkan. Hendak bercakap French dengan siapa? Dengan
Mama? nanti dikatakan sudah tersalah makan apa budak ni? At least adalah
sekeping gambar yang ada objek Erin di dalamnya, jadilah.
Sudah puas berlegar-legar di Kota hebat ini, perut teraa laparlah
pula. Tadi semasa berjalan-jalan, ada juga Erin perasan beberapa buah
restaurant, tetapi nampaknya seperti tidak halal sahaja. Restaurant makanan
laut, dia tidak perasan pula, Erin tidak perasan. Manalah pulak dia hendak
mencari food court seperti diMalaysia. Selalunya mesti ada di dalam Mall yang
besar-besar. Tadi dia ada perasan Manor. Erin ada terbaca di internet, Manor di sini,
kira famouslah selain dari Migros, Co-op dan Ikea. Erin hendak cuba mengintai,
manalah tahu ada rezeki menunggunya di situ.
Kaki berjalan pantas, Manor
dituju. Tekak
sudah kering betul, lupa pula hendak membawa botol minuman dari hotel yang
dibekalkan percuma tadi. Emm.. cuai betul, itulah hendak berjalan tidak buat
perancangan.
Setiap tingkat Manor diredahnya.
Wallah! Akhirnya pencarian boleh dihentikan, di tingkat empat
rupanya ada food court. Kena tawaf dululah nampaknya, tengok mana makanan yang
boleh dimakan, jika diikutkan semuanya sedap mata memandang, nampak enak.
Pandangan Erin terhenti di station yang menjual makanan laut, at last ada
rezekinya bagi hari ini. Erin
memerhatikan orang mengambil dulang, dia juga turut mengambil dulang. Kemudian
pemilihan, Erin memilih ikan salmon grill dengan kentang goreng serta brocholli
celor. Dulang ditolak terus kekaunter pembayaran.
Hem.. kena CHF20 (RM44.40), ini
belum bayaran untuk minuman lagi. Bayar aje lah labu.. jangan fikir lebih-lebih
dan jangan fikir pertukaran mata wang, jika difikirkan, tidak termakan kita di
buatnya. Nanti perut masuk angin lagi susah. Dulang ditolak lagi sehingga ke station
minuman. Erin memilih sebotol kecil air mineral, lagi CHF3(RM6.60) perlu
dibayar. Bukan Evian, apalah kata kawan mama semasa di dalam kereta tempoh
hari, air Evian boleh ditadah sahaja di tepi jalan, di mana pili air yang
disalurkan dari gunung. Tempat pili
Evian tu terletak di bandar yang bernama Evian, lima belas minit pemanduan
lebih kurang dari Geneva, dekat dengan negara Peranchis khas untuk sesiapa
sahaja yang hendak menadahnya. Ramai pengunjung yang membawa botol yang besar-besar semata-mata
hendak menadah air tersebut. Di kedai terus jadi mahal sampai sebotol kecil
CHF3.00? Masyaallah…
Salmon oh salmon, kau kena sedap okey? kerana Erin kena habiskan,
kalau tidak sedappun Erin kena habiskan jugak.. jangan membazir… dah RM50 lebuh untuk meal ini
sahaja. Switzerland memang negara mahal, serba serbi mahal. Apalah agaknya yang
murah di sini ya!
Selepas makan Erin menuju pulang ke
hotel, Zohor perlu ditunaikan. Jika
hendak keluar lagi, baik tunggu mama pulang, seronok sedikit, at least ada kawan,
berjalan sorang-sorang ni ..tak best..bosan. Kecualilah ada bersama.. aaahh..jangan
fikirkan sangat!
No comments:
Post a Comment