BAB 42
Karl menghayun langkah menuju ke arah Hard Rock
Café, Mid-Valley selepas memakir keretanya di Level 4. Seperti biasa
tempat ini tidak pernah sunyi dengan para pengunjung, sentiasa ramai, kena pula
ada Jualan Murah, Sales. Entah sale apa yang sentiasa Sales sepanjang tahun.
Tetapi kali ini sales hujung tahun dan juga Sales hari natal nampak gayanya yang
sedang berlangsung. Karl tahu ini Sales hari natal kerana jelas kelihatan terpacak besar pokok pine
yang dihias dengan lampu dan kapas ibarat salji kononnya, kotak-kotsk bungkusan
hadiah diatur di kaki pokok. Tentunya hanya kotak kosong, jika kotak berisi
barang, alamatnya tak sampai sehari kotak itu lesap ditempatnya, kena kebas
jawabnya. Di kaca-kaca pameran semua
kedai juga mempunyai konsep yang sama, Christmas. Berlumba-lumba mereka
menghias, cantik-cantik juga hiasannya. Sudah 5 hari Erin ke Switzerland
melawat mamanya. Karl sudah berjanji dengan Andy, bertemunya di sini. Sudah beberapa kali berjanji untuk bertemu tetapi
tidak tertunai, ada sahaja yang menghalang. Jika Karl
senang, Andy pula yang sebok, jika Andy senang, Karl pula out station. Hari
ini, mesti dijadikan, tidak boleh di tangguh-tangguh lagi.
Langkah dihajun terus, eskalitor ke tingkat 3 sudah
dilepasi. Hard Rock Café di hujung wing kanan di hala. Dari jauh sudah nampak
logonya. Sama ada dia yang sampai dulu atau Andy. Entah,. dia tidak tahu.
Janjinya bertemu jam 2.00 petang, selepas Zohor katanya. Sejak bila pulak jadi alim si Andy ni,
bertanya-tanya di benak hati Karl. Dia dulunya sama sahaja nakalnya dengan
dirinya di UK, dua kali lima.
Sembahyang ikut sempat. Jika terlepas atau terlupa
mana hendak ingat hendak mengkadaq. Puasapun begitu, jika terlalu gian hendak
merokok, tidak tahan dengan pelawaan teman yang bukan Islam, main sebat sahaja.
Tapi kini Karl sudah tidak buat kerja-kerja gile itu lagi. Dulu jauh dari orang tua, tiada siapa yang memantau,
keadaan sekeliling juga memainkan peranan. Di UK siapa hendak tahu kau Islam
atau tidak, di waktu bulan puasa, kau hendak puasa ke kau tak mahu puasa ke
siapa yang mabil peduli. Cuba buat di Malaysia, kalau hendak merasa
naik black maria, buat lah tak puasa. Lagi pun Mama dan Papa strict, kalau dia
tahu apa yang Karl buat di sana dulu,
mahu di potongnya elaun, syukur mereka tak tahu. Yang dia tahu anaknya baik
sahaja di sana. Mereka percaya juga adik papa, untie Dyana yang papa telah
amanatkan memantau Karl di sepanjang Karl belajar. Depan untie Dyana berlagak
innocent, tetapi di belakangnya sebenarnya bertanduk juga si Karl ni, mereka
tak tahu.
Oleh
itu sejak pulang ke Malaysia kini kena kekalkan title anak yang baik. Susah
juga hendak berubah pada awalnya, tetapi sekarang ini memang sudah betul-betul
berubah, sumpah memang sudah 101 peratus berubah. Jadi apa yang hendak
dihairankan jika Andy juga sudah berubah. Masa boleh merubah segalanya,
betullah lirik lagu Francisca Peter itu.
Buat kerja giler ituu dulu, zaman remaja.. gila
ikut nafsu, semua sudah menjadi sejarah. sekarang sudah dewasa dan matang.
Mengeleng kepala Karl apabila teringatkan apa yang telah dilakukannya masa
dulu-dulu, terutama masa di UK, kalah orang puteh perangainya, cuma betina
sahaja yang dia tidak sentuh. Arak ada juga curi-curi, ikut kawan. Mana
boleh aci pandang aje, tak cool. Sembahyang dan puasa culas, kejap buat kejap
tidak, ikut suka. Perempuan pegang-pegang, ringan-ringan tu dah biasa. Rokok
dah macam asap keretapi, pots, weeds juga dia pernah cuba, nasib baik tidak
ketagih. Teman yang seangkatan dan setia dengannya tentulah lelaki yang akan
ditemuinya sebentar nanti, Andy aka Wan Ariffin. Perangai buruk dan baiknya juga semua ada di
dalam poket temannya yang satu ni.. blood brother katakan.
Sampai
di pintu hard Rock, mata melilau mencari-cari meja kosong atau mencari kelibat
Andy sekiranya dia sudah sampai dahulu.
“Can I help you sir?” tegur pelayan yang
melihat Karl tercagak-cagak seperti mencari-cari seseorang.
“I need a table for 2, please” jawab Karl
mesra, kena pula yang bertanya si gadis manis. Cakap orang puteh lagi…
“Come with me” jawab si gadis sambil
mempersilakan Karl mengekorinya.
Di
pertengahan restaurant, Karl perasan seseorang melambainya. Di sudut restaurant
itu susuk badan orang yang dicarinya.. si Andy..
“I will join my friend. there.” rendah
sahaja nadanya dan meninggalkan pelayan terus menuju ke arah Andy. Andy berdiri
dan memberi salam style fist bump.
“Kau
apa khabar bro..” tanya Karl kepada Andy yang sudah tersenyum dan kedua-duanya
duduk.
“Hai..
kau Nampak lain, hampir aku tak kenal tau.. rambut dah pendek, kemas, baju pun
dah stylo..” sambungnya memuji penampilan Andy yang berbeza dari yang dia kenal dulu.Lebih bergaya dan nampak
lebih matang.
“Come on bro.. dulu lain, sekarang lain,
aku dah kerja, kerja dengan government pulak tu.. Aku kerja kat Kementerian Penerangan
la..kenalah ikut etika pakaian, lainlah kau orang swasta..pakai jeans dengan t-shirtpun
jadik!” berderai mereka ketawa.
“Lama
kita tak jumpa ya.. …ada tak empat
tahun..” jelas Karl
“Em.. macam tu lah, lebih kurang..” jawab Andy.
“Berhubung dengan facebook aje, nasib baik fb kau
active.. selalu update something..aku malas..”kata Andy
“Kau
cammana ..ah!”sambungnya lagi.
“Macam
ni la..” sambil kedua-dua tangan Karl
yang di atas meja di silangnya.
“Can I take your order?” Tanya pelayan
mengganggu perbualan dua sahabat yang baru hendak rancak.
“Nak
makan apa?” Tanya Andy kepada Karl sambil mengangkat kening matanya.
“Chicken sandwitches and coffee.. black
please.” Pandangan Karl ke arah pelayan yang sebok mencatit pesanan
“Make it two please..” kata Andy
“Hey..
mana kawan-kawan kita yang lain ye.. kawan-kawan masa di
UK dulu.. “
“Entah, dah bersepah-sepah dan ada yang dah kahwin
pun tak jemput kita..”
“Siapa.”
Karl ingin tahu
“Two months back, I met Fahmi..” belum
sempat Andy menghabiskan cerita Karl menyampuk
“Which Fahmi..”
“Ala.. Fahmi skema.. tu..”
“Ohh.. that Fahmi” terbeliak mata Karl membayangkan
Fahmi yang dikatakan.
“Ha.yang
tu..! la..tengah sorong stoller Ba.. by, dah ada 2 anak tu beb!, sorang lagi
adalah dalam 3 tahun di pimpinnya, productive betul dia..engkau bila lagi, bini
dia aku tak nampak pulak? Entah-entah kita kenal…” tersengeh aje apabila Andy
mengemukakan soalan kepada Karl.
“Kau tanya aku, yang kau tu..?” lagi sekali
berderai ketawa.
“Aku!.. “ Karl buat-buat terkejut..
”Aku tunggu kau la dulu.., mana boleh aku lawan
tauke” Andy mencebek
“Aah..aku .. sebenarnya dah ada calon, lebih kurang
macam dah tunang la..dah hantar cincin tanda kata orang”
“Ha.. dengan siapa? Aku kenal ke? apa kau tak
cerita, selalu fb aku, tapi tak ceritapun ya..?, siapa gadis malang yang dah
kau goda ha!”
“Excuse me...aku bukan macam dulu lagi ha.. this
time aku serious.. “
“Aku
ingat kau masih allergic dengan
perempuan”
“Dengan
dia aku tak allergic okey.. no more allergic..” berderai ketawa lagi.
“Aku pun dah ada calon.. why not
nanti kita arrange double date, boleh aku kenalkan kau so call tunang aku, dan
kau kenalkan dengan awek kau..” Andy merencanakan sesuatu.
“Hem..
boleh juga, nanti aku tanya Erin..”
“Tu
nama dia.. Erin? Erin brocovich ke?” Andy
menyakat Karl
“Ada adalah kau ni, dari dulu sampai sekarang tak
ubah-ubah perangai tu.., grow up bro?,
yang kau nak tahu lebih detail tunang aku apa kes? ” Sambil bercerita, tangan menyuap sandwich
yang sudah di hantar oleh pelayan semasa sebok bercerita hal masing-masing.
Catching up, kesah-kesah yang perlu mereka update.
“Ia
lah ia lah..” kedua-duanya berdiri, Andy
menepuk bahu Karl, Karl tersengeh.
Banyak topic yang dibangkitkan, sedar-sedar sudah
masuk asar, minum tak sampai RM30 sorang, duduk berjam-jam. Bangkrap
tauke Hard Rock kalau semua pelanggan buat begini.
Andy
merelet skrin telefonnya.
“Dah masuk waktu asar, jom surau kat atas..!” Andy
melihat waktu solat rupanya dan terus ingin menunaikan rukun Islam yang kedua
itu.
Karl hanya menurut. Dia sudah berubah, memang dia
sudah berubah Alhamdulillah. Bukan berubah 100
peratus, tetapi 150 peratus. Selepas membayar di kaunter, mereka bersaing
menuju ke surau di sebelah food court untuk solat asar.
Telefon Karl bergetar di poket seluar, segera di
leretnya skrin, dia ada menerima sms.
Tersenyum sendiri, dari Erin. Andy hanya memerhati
kawannya yang sudah pastinya angau.
“sms dari Erin” menjelaskannya kepada Andy.
Andy
tak tanya pun, sajalah tu Karl hendak beritahu. Buah hati pengarang jantung menghantar sms rindu. Sms dari jauh tu..
dari bumi Swiss.
“Sudah-sudahlah senyum tu bro., dah tenat sakit kau
tu..” kata-kata seakan memperli dari Andy, Karl mengalih pandangan dari skrin
telefon ke arah Andy.
“Ada-ada ajelah kau ni..” sambil
menumbuk lembut lengan temannya.
Surau
yang dituju sudah berada di mata, ramai
jemaah sedang beratur menunggu untuk mengambil uduk. Alhamdullillah masih ramai
insan yang tidak leka dengan jualan murah.. yang belum tentu betul-betul murah.
***
Di
perjalanan pulang menuju ke Pakir, Karl terhenti di satu Stor. Nama Stor
sungguh menarik perhatian “Pilihlah Aku”. Karl dan Erin ke kedai itu dua minggu
lalu untuk membeli pakaian traditional yang akan dipakainya sewaktu Annual
Dinner hujung tahun nanti. Karl terbayang, Erin sedang membelek baju untuk
dirinya. Meleret senyum Karl teringatkan cerewet juga rupanya minah itu memilih
pakaian. Naik pening budak perempuan jurujual itu dibuatnya. Ada baju yang dia
berkenan, tetapi tidak ada warna yang dia suka. Ada warna yang dia suka, tidak
ada design yang dia suka. Hey perempuan susah betul. Karl hanya menunggu
pemilihan Erin, bila dia sudah berkenan, baru Karl boleh memilih bajunya pula,
kerana dia mahu sedondon bersama Karl, konon. Pilih punya pilih, akhirnya Erin
memilih baju kebaya lace penuh dan berlabuci berwarna kuning tanah liat,
beserta dengan hiasan kepala. Bukan main lagi dia mengayakannya apabila dia berjalan
seperti pragawati, terliang liok di depan Karl. Kononnya hendak minta pandangan
Karl, sama ada cantik atau tidak? Buat habis air lior sahaja, jika Karl kata
“Tidak” pun tiada gunanya, kerana dia pasti mahu yang itu juga. Amboi sudah
seperti pengantin sahaja. Tetapi itu yang dia sudah bekenan, tambahan pula dia
jarang berpakaian traditional, elok juga sesekali melihat dia memakai pakaian
begitu. Apabila Erin sudah selesai memilih, hanya perlu mencari baju melayu
Karl sahaja. Tidak sampai sepuluh minitpun memilih sudah selesai. Apa yang
hendak difikirkan, jumpa warna yang sedondon dan sesuai dengan saiz sudah siap.
Cuma kasut sahaja yang belum dibeli lagi, katanya jika ada yang menarik di
Swiss nanti akan dibelinya. Tengoklah kasut Swiss bagaimana nanti.
Karl
meneruskan perjalanannya ke kereta. Entah apalah minah
itu buat di Eropah sekarang ini.
No comments:
Post a Comment