Monday 30 January 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet - bab 4



Bab 4

Mata Kerry membulat merenung perkataan perkataan yang membuat dia tidak faham langsung dengan ayat yang dia baca.
“Dara duduk bersimpuh sambil jari laju memilih antah beras di dalam nyiru buluh. Banyak pula antah beras yang dia jumpa.”
Perkataan “bersimpuh”, apa agaknya ya? Perkataan kuno sungguh! Kerry tarik muka masam. Kerry betul-betul tidak faham perkataan ini. Bahasa Melayu yang di katakannya bahasa zaman Jepun.
Perkataan “antah” pula, adakah sama dengan perkataan yang selalu orang arab gunakan “ana dan antah. Apa hal pula”nyiru” bukankah ada peribahasa “besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan”.
Alahai, lagi complicated jadinya.

Sunday 29 January 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet bab 3 part 2



Gembira sahaja Kerry sebaik sahaja selesai solat bersama tok mama. Satu pengalaman dan pelajaran yang cukup bermakna buat Kerry. Baru dia tahu, tidak susah manapun bersolat. Jika berterusan begini, pandailah dia. Ini sekadar mengikut pergerakan sahaja, Jika disuruh membaca surah, mahu terkucil dibuatnya. Setakat al fatihah tu bolehlah. 
“Asar nanti tok panggil!” tok mama bersuara, menghilangkan lamunan si Kerry. Nasib baik tidak jauh dia mengelamun.
Kerry hanya angguk. Sudah itu yang perlu dia buat.
Seandainya dia geleng kepala, apa agaknya yang berlaku?
Sebaik sahaja telekung digantung, laju sahaja Kerry keluar dari bilik Tok Mama menuju ke biliknya.
Apalagi? Abang Uda sedang menunggu!
Terus sahaja dia mengapai buku yang terlungkup kerana Kerry berhenti disitu lalu dia telungkupkan buku tersebut sebagai penanda.

Wednesday 25 January 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet bab 3 part 1



Bab 3 part 1

Kerry resah gelisah, panas punggung duduk di beranda bersama Tok Mama. Hendak buat macammana, Tok Mama minta dia duduk bersama, temankan tok mama untuk  berbual sebaik sahaja pinggan selesai dicuci. Alahai, hendak manja-manja pula orang tua itu. Sedangkan si Uda dan Dara sedang menunggu Kerry di dalam biliknya.
“Tunggu ya Uda dan Dara” bisik hati kecil Kerry.
Permintaan Tok Mama tidak dapat ditolakkanya. Walaupun darahnya mengalir separuh Eropah dan separuh Asia, namun didikan gadis timur masih ada. Penghormati orang tua, tambahan ajaran sedemikian bukan sahaja khusus untuk orang Asia, orang baratpun ada didikan sedemikian, tetapi cara yang berbeza.

Wednesday 18 January 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet bab 2 part 2














BAB 2 Part 2

DJL



Kerry bersila sambil menyambung pembacaannya.
Wah! Makin seronok pula cerita ini. Ingatkan cerita melayu hanya cerita yang membosankan, tidak setaraf dengan cerita cerita bahasa inggeris. Tetapi tangkapan dia salah, rupanya.
Tengok, apa sudah jadi, baru beberapa helai bacaan sudah mampu membuat dia berfikir.

Monday 16 January 2017

Antara Dara Layla dan Juliet bab 2 part 1












DLJ bab 2 part 1



Kerry menghulur bekas yang  berisi kentang yang  telah dikupas, kentang yang sudah menjadi kecil kerana si Kerry menyulit tebal kentang tersebut. Seumur hidupnya mana dia pernah buat kerja-kerja sedemikian. Mummy yang buat, nasib baik pandai pegang pisau. Seandainya pegang pisau terbalik, lagilah haru. Begitu juga halnya kepada bawang dan halia, Namun itu tidak menjadi soal kepada Tok Mama. Budak perempuan kacukan itu perlu diajar ke dapur. Budak perempuan itu cucunya, dia tidak mahu cucunya sampaikan menanak nasipun tidak tahu.

Saturday 14 January 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet - bab 1












DLJ - bab 1



Kerry duduk bersila sambil mengelap buku yang baru dia ambil dari almari buku Tok Mama dengan helaian tisu. Lepas sehelai dicampaknya ke bakul sampah, diambilnya yang kedua dan yang ketiga helai adalah penyudah. Sudah berapa lama agaknya buku tersebut duduk diam di dalam almari tersebut. Tidak berhabukpun, tetapi biasalah, Kery hendak pastikan kebersihan, Kerry tetap membersihkannya.
Dengan cermat, hanya menggunakan jari telunjuk Kerry menyelak kulit keras si buku.
Terpapar tajuk buku yang bertulisan besar. UDA DAN DARA.