DLJ bab 2 part 1
Kerry
menghulur bekas yang berisi kentang
yang telah dikupas, kentang yang sudah
menjadi kecil kerana si Kerry menyulit tebal kentang tersebut. Seumur hidupnya
mana dia pernah buat kerja-kerja sedemikian. Mummy yang buat, nasib baik pandai
pegang pisau. Seandainya pegang pisau terbalik, lagilah haru. Begitu juga
halnya kepada bawang dan halia, Namun itu tidak menjadi soal kepada Tok Mama.
Budak perempuan kacukan itu perlu diajar ke dapur. Budak perempuan itu cucunya,
dia tidak mahu cucunya sampaikan menanak nasipun tidak tahu.
Tok
Mama mengambil bahan-bahan yang dihulur lalu terus menghirisnya. Membiarkan si budak
perempuan hanya memerhati. Terangguk-angguk sahaja Kerry memerhati Tok Mama
memasak. Jadilah.. Hari ini menjadi pengupas kentang, bawang dan halia. Dapat
juga pegang benda-benda itu, baru tahu sebenarnya susah tugasnya. Ingatkan
senang? Tidak semudah yang Kerry lihat si tukang masak yang ada di kaca
television. Itu cuma persembahan, ketuk sana ketuk sini, cincang sana cincang
sini, lebur. Tup tup sudah siap terhidang di atas meja.
“Hari
ini Kerry pandang aje Tok Mama masak kari ya? Lain kali Tok hendak tengok Kerry
pula masak, boleh?”tanya Tok Mama sambil mengerling ke arah Kerry, tangan kanan
sebok memutar senduk kayu perlahan-lahan..
Laju
sahaja angguk si Kerry.
Tetiba
Kerry teringat kesah si Uda.
“Tok..apa
makna Melukut sama satu lagi word, aahhhh lupalah pulak!”tanya Kerry kepada Tok
Mama yang kencang mengaduk lauk.
Kerry
kecilkan matanya sebelah. Memikirkan adakah soalan yang diajukan tidak kena
pada waktunya?
“Ah!
Apa dia? Melukut? Mana pula kau dapat perkataan tu, Kerry?”tanya Tok Mama.
Kerry
hanya menunjukkan giginya.
“Kejap
ya, Tok aduk kuah ni dulu, nanti Tok jawab..” sambil Tok mama mengambil bekas
garam dan mencicap beberapa titik kuah yang baru diletak di tapak tangannya.
Terangguk-angguk sahaja dia. Setuju dengan rasa yang baru dinekmatinya.
Cepat-cepat tangan tua itu mengalihkan periuk dari penunu dan di letaknya
tudung periok sendeng, agar wap panas lauk tersebut masih dapat keluar.
“Apa
tadi.. melukut ya” tanya Tok lagi. Kerry
senyum, dia sendiri tanya dan dia sendiri jawab. Kerry hanya mengangguk.
“Pergi
ambil beras guna sukat kat dalam tu” arah Tok mama.
Terdedek-kedek
Kerry menuju ke tong beras, lalu diceduknya beras dengan menggunakan tin susu
yang sudah tidak rupa tin susu lagi. Tentu sudah lama bergelumang didalam
beras.
“Bak
ke mari..”arahnya lagi lalu disambutnya.
“Ni
ah.. kita panggil melukut. Bekas ukur beras. Kenapa tak tanya perkataan
gantang?” tanya Tok Mama. Tin susu lama yang berisi beras tersebut diangkatnya
tinggi.
Kerry
kerut muka. “Macammana orang tua ni tahu, aku memang hendak tanya juga pasal
Gantang, walaupun aku tahu gantang tu ialah sukatan barang bagi benda macam
beras dan gandum” bisik hati Kerry, mulut disengetnya.
“Yang
tu, saya tahu Tok..”kata Kerry mahu tunjuk pandai, tidak mahu tunjuk kalah
dengan perempuan tua di sebelahnya.
“Pergi
simpan semula beras dan sukat tin tu” tangannya menghulur kedua-dua barang
tersebut.
Kerry
menonong menyimpan semula barang-barang ke tempat asal.
“Ada
apa-apa yang Tok Mama mahu Kerry tolong ke?”tanya Kerry.
Yang
sebenarnya dia hanya menunggu jawapan “Tidak” agar dia boleh terus menyambung
bertapa di dalam bilik berhawa dingin sambil membaca kesah si Uda dan Dara yang
terhenti.
Tambahan
cuaca tidak menyebelahi dirinya. Sudahlah cuaca luar panas, ditambah dengan
bahang api dapur.
Apa
kelas anak mat saleh kena berpanggang di dapur…”Not me… “
“Cukup
untuk hari ini, tomorrow you will do something else, boleh” tanya Tok Mama.
Kerry
lega. Tak kesahlah tugas apa yang akan diberi kepadanya esok. Esok cerita lain,
yang penting hari ini sudah selesai.
Dengan
pantas Kerry meninggalkan Tok Mama.
“hey..hey..
hendak ke mana tu” tanya tok mama.
“You
can leave after you done with the dishes” arah chief chef.
Kerry
hanya menurut, di dalam hati berkata-kata “Kenapalah kat Malaysia ni orang tak
guna dishwasher seperti di rumahnya
dulu di London. Masukkan pinggan atau gelas ikut rak yang disediakan, bubuh
tablet pencuci di celah poket yang disediakan dan pilih masa yang diperlukan.
Satu jam, setengah jam tak kesah, janji mesin itu terus menjalankan tugasnya
sehingga pinggan mangkuk kering. Tangan tak perlu basahpun” Kerry mencebik
mukanya sambil tangan ligat mencuci apa sahaja yang di dalam singki.
“Krung..krang”
bunyi pinggan mangkuk berlaga. Mahu sumpek benda-benda itu dikerjakannya.
Ini
tidak! “Tengok” bisik hati Kerry lagi, menilik kedua-dua belah tangannya yang
baru selesai dikeringkan dengan kain. Masih sempat menyambung ketidakpuasan
hatinya. Namun tugasnya selesai juga.
“I’m
done” kata Kerry lalu cepat-cepat meninggalkan dapur. Takut ada lagi misi yang
akan diberikan oleh Tok Mama.
Tok
Mama geleng kepala.
“Budak-budak
sekarang ni. Tidak mengapa, perlahan-lahan tunjuk ajar dia. Kasihanpun ada
juga. Dia cultural shock tu. Kena
tinggal sorang-sorang, emak pula jauh..” katanya perlahan, cuba memahami
situasi si cucu yang sedang memberontak.
Masalah
perpisahan mama dan daddy, dia yang jadi mangsa. Kasihan.
***
“Tet”
bunyi remot penghawa dingin dihidupkan. Terus Kerry yang sudah sedia dengan
buku di tangan menyiarap. Selak punya selak, terus tangan terhenti di tempat
dia diganggu sebentar tadi. Sungguh tidak patut, diganggu semata-mata diberi
tugas membogelkan kentang dan bawang.
Senyum
Kerry apabila istilah mengupas bawang dan kentang di tukar kepada membogel.
Ada-ada sahaja anak mat saleh ini.
Terus
dia membaca sambungan seterusnya kesah
si Uda.
“Suri,
ibu si Uda mencapai huluran si anak.
Berbuai-buai
ikan-ikan itu apabila beralih tangan.
“Cepat
balik Uda?”tanya si ibu.
“Hendak
ribut bonda..”jawab si Uda.
Si
ibu hanya angguk.
Punyalah
dia leka menganyam tikar sehinggakan dia tidak perasan keadaan cuaca di luar.
Tekun
betul dia menghabiskan kerjanya.
Uda
tahu, si ibu perlu menyiapkan tempahan tikar itu. Sekurang-kurangnya bertambah
juga rezeki buat mereka dua beranak.
Uda
memegang palang di tingkap. Memikirkan si ibu tidak mengetahui hari hendak
ribut. Takut pula dirinya seorang yang perasan sendiri. Dia harus pastikan
seratus peratus apa yang dia ingat adalah kenyataan, bukan hayalan dari
fikirannya yang tidak keruan.
Uda
lega…
Dari
jauh dia lihat awam masih hitam, namun masih terang di kampungnya.
Tidak
jadi hendak ribut. Hujan sudah habis dicurahkan ke lautan agaknya, bisik hati
kecil Uda.
“Anakanda,
sekiranya anakanda ada terluang waktu, sudi kiranya anakanda membantu
bonda?”tanya si ibu lagi.
“Bantuan
apa, ya bonda?”Tanya si Uda.
“Tempahan
tikar sudah bonda siapkan. Untuk Tok Ketua”kata si ibu dengan nada kendur.
Tertoleh
si Uda apabila si ibu menyebut Tok Ketua.
Betulkah
si ibu baru sahaja menyebut “Tok Ketua”?
Ya
Tok Ketua, hanya ada seorang sahaja yang menndapat gelaran Tok Ketua di
kampungnya.
Tok
Ketua adalah bapa si Dara.
Tentu
sahaja dia setuju hendak menghantarnya. Sekurang-kurangnya dapat juga dia
bertemu dengan si buah hati. Walaupun tidak secara terang, dapat melihat
bayangnyapun sudah cukup melepaskan angannya.
“Masakan
anakanda tidak sudi membantu bonda! Apa sahaja buat bondaku tersayang..”kata
Uda, berbicara sambil menoleh ke arah ibu.
Si
ibu tersenyum-senyum mendengar luahan kata si anak.
Sedangkan
si Uda berbicara dengan dua makna.
Pertama,
memang dia sentiasa akan membantu ibunya.
Kedua,
tempat yang dituju ada seseorang yang menantinya.
“Mana
tikarnya bonda?”tanya si Uda, laju.
“Nun
di sana, sudah bonda gulungkan. Ada dua keping. Ibu pastikan corak yang paling
menarik dan kemas buat Tok Ketua”kata si ibu lagi.
Uda
berjalan perlahan menuju ke penjuru rumah yang ditunjukkan oleh si ibu, di mana
dia sudah lihat dari jauh beberapa gulungan tikar tersandar di penjuru rumah.
Rumah
kayu yang tidak ada perabut, memang mudah melihat apa sahaja yang ada di
dalamnya.
“Larik
biru satu, dan satu lagi larik merah pulasan. Itulah kepunyaan Tok Ketua”
sambung si ibu lagi.
Segera
Uda mengasingkan dua tikar yang diperkatakan, agar mudah dia mengusung tikar
itu ke destinasinya kelak.
Bukannya
dekat, mahu berpeluh juga dibuatnya.
Namun
sejauh manapun rumah Tok Ketua, Uda pasti tidak ada masalah untuk berkunjung.
Lagipun
dia hanya akan mengusung tikar, bukannya batu?
Seandainya
ibu meminta dia memikul batu, dia tetap sanggup.
Apa
saja tugasan yang termampu dia lakukan, pasti akan ditunaikan.
“Selepas
solat nanti, akan saya uruskan..”kata si Uda lembut.
Si
ibu hanya angguk. Mengerti si anak adalah seorang anak yang tidak pernah ingkar
perintahnya.
Kerry
menghentikan bacaan, helaan nafas cukup kuat terdengar. Entah apa yang membuat
dia kurang udara. Sebab Si Udakah, atau ibu si Uda ?
Kasihankan!
Kata Kerry sendirian lantas memandang sekeliling. Di lihat, tidak ada yang
kurang di dalam biliknya. Serba lengkap buat anak mat saleh itu. Kesempurnaan
perlu diberi oleh mama agar anaknya tidak merasa ditinggalkan bontang, sebelum
meninggalkannya.
Memang
si anak puas hati, segala yang dia mahu dipenuhi, tetapi dia sakit hati kerana
harapan untuk bersama dalam satu keluarga yang sempurna hanya tinggal harapan.
Tetapi
setelah membaca beberapa muka surat buku
itu sudah dapat menyedarkan dirinya bahawa dia adalah seorang budak yang
beruntung. Kerry cuba membayangkan dirinya seandainya berada di tempat si Uda,
yang serba kekurangan. Entahlah, tidak dapat hidup walaupun sehari agaknya.
Dari
posisi menyiarap, kemudian dia bingkas duduk. Mata menala ke atas, lama dia
memikirkan.
Apa
pula yang difikirkan? Masih lagi kesah fantasi yang baru dibacanya atau kesah reality
hidupnya!
No comments:
Post a Comment