Bab 23

Kemudian di
tariknya kerusi, lalu duduk. Mata mencerlung ke wajah seorang perempuan yang
sedang lena. Wajahnya sudah
bertampal dengan gauze, termasuk batang hidung. Dah rupa clown circus. Johan
senyum bila mengkiaskan si pesakit dengan badut.
Kaki
tergantung sebelah. Kaki di sebelah kasut yang patah agaknya, sebab kaki yang
itu cedera parah. Cedera sahaja, belum patah!
“Macamamnalah
boleh jadi macam tu sekali, wahai Cik Eliya Suraya Megat Mansur oi..! Bolehkan kau tak nampak, kereta punyalah besar!