Bab 23
Johan
merapati katil si pesakit. Dipegangnya botol drip yang tergantung dan diperhatikan agar setiap titikan cecair yang keluar dari botol yang tergantung
terbalik itu sama seperti yang telah disetkan oleh jururawat.
Kemudian di
tariknya kerusi, lalu duduk. Mata mencerlung ke wajah seorang perempuan yang
sedang lena. Wajahnya sudah
bertampal dengan gauze, termasuk batang hidung. Dah rupa clown circus. Johan
senyum bila mengkiaskan si pesakit dengan badut.
Kaki
tergantung sebelah. Kaki di sebelah kasut yang patah agaknya, sebab kaki yang
itu cedera parah. Cedera sahaja, belum patah!
“Macamamnalah
boleh jadi macam tu sekali, wahai Cik Eliya Suraya Megat Mansur oi..! Bolehkan kau tak nampak, kereta punyalah besar!
Yang kau
main lintas tu kenapa?
Dah tahu,
si pemandu tu perempuan. Tahu
ajelah macammana ladies driver!!“omel Johan sendirian.
Main kutuk
aje ya! Tidak semua pemandu wanita begitu, ya tuan doctor?
Jika hendak
tahu, pemandu wnitalah yang paling berhemah! Jangan tak tahu!
Opss..
sorry. Johan perasan yang di sudah menuduh melulu..
Berbalik
semula kepada si pesakit yang terlantar.
“I hanya
hendak dengar, apa agaknya alasannya.. hendak salahkan kasutlah tu!!” Johan
senyum sendiri. lagi
Sudah
bersedia mendengar apa sahaja alasan yang bakal dia terima.
Dia tahu
Eli bukannya dengar?
Sedang lena kerana diberi suntikan untuk dia
berehat. Nasib baik tidak teruk mana. Tambahan, pertolongan
awal dari Doktor Johan sedikit sebanyak membantu. Tetapi dari darah yang
bersepah, nampak begitu teruk.
Nasib baik tidak seteruk yang di lihat.
Yang kasihannya si pemandu perempuan
itu, dia ingatkan kecederaan yang di alami Eli, adalah total kesalahan dirinya!
Sedangkan keretanya tidak menyentuh Elipun.
Kecederaannya adalah kerana si Eli yang terjatuh
sendiri di atas jalan raya yang kasar.
Keujudan
kereta hanya sebagai berada di wrong
place at the wrong time!
Kasihan
dia… simpati pula Johan kepada si pemandu perempuan, yang baru tidak sampai
seminit dia kutuk!
“Assalamulaikum..”terkejut Johan
mendengar suara lelaki memberi salam.
Dia menoleh.
Seorang lelaki masuk memimpin seorang
budak lelaki.
Johan tertoleh-toleh ke arah si budak.
Wajahnya mengingatkan Johan pada
seseorang.
Ahhh.. tak mungkin!
Bisik hati Johan. Budak-budak kadang tu muka
serupa.
“Encik?”tanya seorang lelaki.
Johan serba salah hendak menjawab..
Johan tidak pasti siapa.
Teman lelaki Eli agaknya, bisik hati kecilnya.
“Saya Johan..”akhirnya Johan menjawab
dan hanya anggukan yang diterima Johan.
“Saya Amer.. Megat Amer, abang Eliya..”
jawabnya.
“Haa..” baru Johan mengerti, abang Eli
rupanya, ingatkan tadi teman lelaki!
. Tahu
ajelah si Eli tu boleh tahan juga social lifenya.
“Daniel
boleh duduk sana ya? Biar papa Emer berbual dengan uncle ni ya?” kata Amer, abang
si Eli.
Johan
senyum, kan dah kata, anak
buah Eli rupanya.
Anak abang
dia!
“Encik Johan teman lelaki Eli ke?“ tanya
si abang
Sudah terbalik kut, tadi Johan ingatkan
dia yang teman lelaki si Eli, kini si abang pula ingatkan Johan teman
lelakinya..
Kalau
berani, kau cuba mengaku!
Johan bulatkan mata?
Apakehal pula dia ni, main terjah aje?
Tak tahukah? Aku bukan teman lelakinya,
hanya kawan lelaki.
Abangnya cukup memantau urusan si adik,
akibat terlalu memantau, si adik bukan main lagi merasa bebas, terutama apabila
jauh dari mata keluarga..
“Tak.. saya cuba kawan dia aje. Kawan
sejak dari UK dulu..”jawab Johan tenang.
“Ooo.. tapi nama Johan selalu saya
dengar dari mulut adik saya ni..jadi bukan you, Johan lain agaknya..“ katanya
lagi dengan nada kendur.
“Mungkin..mungkin Johan lain. Bukan saya
sorang aje yang bernama Johan, betul tak?“ tiba-tiba Johan tertawa kecil.
Apa yang humour sehingga dia tertawa
itupun dia tidak mengerti..
Sedangkan persoalan adalah tentang namanya
“Johan“.
Munasabah juga. Berapa juta orang yang
bernama Johan di dalam dunia ini.
Di Malaysia
aje mungkin berlori-lori.
Di negara
lain? Lagi entah-entah bergerabak?
“Eh..Encik
Amer, excuse me, saya terpaksa beredar. Insyallah, jumpa lagi..” Johan bangun
dan melangkah ingin keluar.
Mungkin si
abang perlukan qualiti time bersama si adik yang sakit. Buat apa Johan hendak
mengacau mereka?
“Joe..”
tiba-tiba terdengar suara memanggilnya perlahan.
Johan
berpaling dan terus merapati Eli. Eli yang memanggilnya.
Ingatkan
tadi, dia tidur.
“Eh..Eli you awake, I thought... Macammana?”tanya doctor Johan.
Eli senyum.
“I’m
okey.. thanks. Thanks for everything..”
“Abang..ni kawan Eli yang Eli selalu
sebut tu..doktor Johan..”
Ahhh… sudah! Rupanya Johan yang
diperkatakan selama ini, adalah dirinya.
Mampuslah aku! Bisik hati Johan yang
risau?
“Ohh.. doctor Johan. Semalam, ada sorang
doktor tu beritahu, doktor bernama Johan yang banyak membantu. You rupanya orangnya..” kata Amer dengan nada sedikit
tinggi.
Di dalam
hati berkata-kata. Ini jugak agaknya Johan yang Eli selalu
sebut-sebut, Doktor Johan..
“Tak ada apa-apa Encik Amer. Saya cuba
bantu yang mana saya termampu aje. Tambah pulak yang cedera tu kawan saya.
Kemalangan itu berlaku depan klinik saya pulak tu! Takkan saya hendak biarkan?
Sudah tentu saya tolong..Itupun atas izin ALLAH jua..” kata doctor Johan.
“Joe, jangan pergi lagi. Teman I kejap
lagi!” pinta Eli.
Johan yang tadinya sudah hendak beredar,
duduk semula ke kerusi yang masih kosong untuk dirinya.
Tidak sampai hati pula hendak menghampakan
permintaan orang sakit.
“Mummy..mummy dah sihatkah? Papa Emer kata mummy sakit..?”kata Daniel, apabila
melihat Eli sudah sedar.
“Ya, sayang..mummy dah tak sakit dah.
Danny duduk dengan papa Emer sampai mummy balik rumah, ya sayang?”kata Eli
sambal mengusap rambut Daniel yang menganguk bersetuju tinggal sementara
bersama lelaki yang di panggilnya papa Emer.
Johan binggong.
Apa hal pula, Daniel memanggil Eli mummy
dan bapa saudaranya, papa?
Siapa ibu
dan bapa si budak ini sebenarnya?
Eli oh Eli,
hendak suruh Johan merungkai teka tekikah?
Ahhh.. tak
kuasalah.
“Eli, abang
turun kejap. Do you need something,
majalah ke, atau apa-apa..Abang bawa Daniel sekali” Tanya si abang.
Tetapi si
adik hanya mengelengkan kepala. Bagi dirinya, tidak perlu apa-apa, asalkan Tuan
Doktor yang bernama Johan berada di sisi.
“Abang
belikan Eli majalah ajelah ya? Apa-apa aje majalah yang abang jumpa..” katanya.
“Come
daniel..ikut papa!“ sambil Amir memimpin tangan budak lelaki yang berusia lebih
kurang dari 5 tahun itu.
Si budak
hanya mengikut, mengerti akan mendapat apa sahaja yang dia mahu, jika bersama
papa Emernya.
Sebenarnya
si abang sengaja ingin membiarkan si adik bersama lelaki yang mengaku hubungannya
hanya sebagai seorang kawan. Sedangkan si abang mengetahui ialah lebih dari itu
dari mulut adiknya. Mana tidaknya, nama si Johan sentiasa di bibir. Tambahan
pula, ada sesuatu yang si abang perlu tahu daripada Johan.
Dia
berharap Johan dapat membantunya.
Ahh! Hari
ini akhirnya, dia dapat bertemu dengan tuan badan. Tanpa si abang mengetahui si
adik hanya menceritakan kesah si doktor hanya
separuh jalan, tidak cerita sepenuhnya. Terutama status si doctor tidak pernah
di terangkan dengan jelas.
Sedangkan si
adik tahu, si doktor bukan sahaja suami orang, malah seorang bapak budak!
2 comments:
Rindu dengan Didi. si sengal ini dah kembali.......
Didi tertipu lagikah?
Post a Comment